الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Bahawasanya mengumpat itu berdosa besar sehingga
membatal ia akan pahala puasa. Bermula dalil yang menunjukkan atas yang demikianitu ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi dengan katanya,
"Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda ia:
Barangsiapa tiada meninggalkan perkataan sia-sia dan meninggalkan ber'amal
dengan dia, maka tiada baginya Allah itu hajat dengan bahawa meninggal ia
akan makannya dan minumannya."
Yakni, tiada diterima Allah puasanya, kerana maksud Allah Ta'ala membersihkan
seorang yang puasa itu daripada dosa, tiba-tiba diperbuat barang yang salah,
seperti mengumpat dan lainnya daripada yang ditegah Allah.
Maka apalah guna puasanya.
Kata Abu 'Isa At-Tirmidzi:
Bermula hadith Abu Hurairah itu ialah hadith hasan lagi shahih.
Bermula yang mengtamamkan (menyempurnakan) bagi puasa, enam perkara:
1. Memejamkan mata daripada berbuat maksiat.
2. Memeliharakan lidah daripada berbuat maksiat.
3. Menjauhkan telinga daripada mendengar maksiat.
4. Menegahkan anggota kaki tangan daripada berbuat dosa.
5. Jangan banyak makan waktu berbuka.
6. Biarlah hati itu kemudian daripada berbuka puasanya
bergantung antara takut dan harap.
Rujukan: Kitab Bahrul Al-Madzi susunan Muhammad Idris Al-Marbawi
Salam Ramadhan Al-Mubarak...syukran..
ReplyDeleteSia sia puasa... menanggung lapar dan dahaga atas perkara yang membatalkan pahala puasa. Moga dijauhi dari perkataan dan perbuatan yg sia sia... agar dapat puasa yg berkualiti dan diterima Allah... InshaAllah.
ReplyDeleteSelamat Menjalani ibadah puasa.
Sia sia puasa... menanggung lapar dan dahaga atas perkara yang membatalkan pahala puasa. Moga dijauhi dari perkataan dan perbuatan yg sia sia... agar dapat puasa yg berkualiti dan diterima Allah... InshaAllah.
ReplyDeleteSelamat Menjalani ibadah puasa.
Salam.. terima kasih atas perkongsian.. bab mengumpat ni bkn bulan puasa je kn.. yg pnting perlu usaha didik diri dan elak amal 'cerita utk pengajaran'.
ReplyDeletesemoga dijauhkan dr perkara sia2.. aamiin
waalaikumsalam. lama sungguh x ke mari
ReplyDeletebiasa perkara ni dlm setiap manusia..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete