السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Suatu hari Sayyidina Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya,
maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu.
Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH SWT! Kerana, tiada
seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun
lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia.
Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana,
jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita,
rugi atau penuh penyesalan.
6. Bila mana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat.
Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Wallahu a'lam
Jalan dan cara menuju keselamatan dan kebahagiaan abadi adalah dengan cara
mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Benar. Allah telah mengajar makna
kedekatan itu kepada kita. Dia mengajari kita melalui utusan~Nya yakni para rasul,
sehingga kita berkata, "Kami beriman". Itulah Kebenaran. Kita menerima dan
membenarkannya. Tugas kita kemudian hanyalah mengikuti ajaran dan teladan
Nabi~Nya lahir dan batin..
[Syeikhul Akbar Muhyiddin Imam Ibnu 'Arabi At-Tho`i Qaddasallahu Sirrahu]

Assalamualaikum sdr Razak..
ReplyDeleteOrang yang bijak ialah mereka yang bersiap utk mati...
Assalamualaikum saudara...
ReplyDeleteSyukran sebagai motivasi...formula utk hidup tenang dan sihat...insyaAllah.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga limpahan rahmat sentiasa dikurniakan Allah buatmu dan kita semua. Aamin
Semoga nasihat daripada sahabat Nabi yang dijanjikan syurga ini sentiasa kita ingat dan cuba sedaya upaya mengamalkannya..aamiin
salam sahabat...
ReplyDeleteterima kasih...ilmu yg buat saya merenung...
**moge sihat, ogos barunii saya ke kuching**
assalamualaikum...
ReplyDeleteMoga sihat sejahtera dalam rahmat Allah.
Pencarian sebuah kehidupan,
Berada dalam penghidupan sebuah kematian.
Allah ya Allah...
Mohon doanya.
Moga Allah kasih dirimu.
IM juga bila melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan orang lain, cuba untuk jadikan iktibar buat diri ini...
ReplyDelete