Friday, September 27, 2013

Hikmah Haji...


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Imam Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut tentang faedah
bagi seseorang yang menunaikan haji
dalam Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu.

Antaranya:

  • Menghapuskan dosa kecil. Sebahagian ulama Hanafi berkata, termasuk dosa besar.
  • Membersihkan jiwa daripada maksiat.
  • Jiwa menjadi bersih, ikhlas dalam tajdid kehidupannya.
  • Menambahkan lagi ma’nawiyat ihsan.
  • Meneguh dan menguatkan cita-cita serta keazaman.
  • Mengukuhkan lagi husnu al-zan dengan Allah SWT.
  • Menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan.
  • Memperbaharui tajdid perjanjian ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
  • Bertaubat dengan penuh keikhlasan dan harapan kepada keampunan-Nya.
  • Mendidik jiwa serta melembutkan perasaan kemanusiaan.
  • Menambahkan lagi sifat dan tingkatan ihsan dalam ibadat.
  • Mengimbau kembali nostalgia keagungan Islam.
  • Membaca sejarah salaf al-soleh yang penuh gemilang dengan amalan soleh dan jihad.
  • Mengajar erti sebuah kesabaran dan pengorbanan.
  • Memahami keperluan iltizam dan istiqamah yang mesti disebatikan dalam jiwa.
  • Menzahirkan kesyukuran di atas pelbagai kurniaan nikmat-Nya:
    Antaranya, nikmat harta, kesihatan, ilmu, ukhuwah, iman, taqwa, tauhid, akal dan *ain-lain.
  • Menanam dalam lubuk hati ruh ubudiah yang sempurna.


Ya Allah! Ya Tuhan kami..
Berilah kami keselamatan dan kesihatan dan juga pada orang-orang yang melaksanakan
ibadah haji, orang-orang yang berziarah dan para musafir dari kalangan umat Nabi Muhammad
melalui darat, laut dan udara. Jauhilah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim
khususnya buat semua jemaah haji.


Kami mohon kepada~Mu Ya Allah!
Semoga menjadikan perjalanan mereka, perjalanan yang penuh dengan segala kebaikan tanpa
ada satu pun keburukan yang terdahulu dan yang akan datang....aamiin



Wallahu a'lam


8 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga limpahan rahmat sentiasa dikurniakan Allah buatmu dan kita semua. Aamin

    Sungguh banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita melalui ibadah yang telah disyari'atkan-Nya.

    Satu yang mungkin kita dapat gambarkan ialah bagaimana nanti kita di Padang Mahsyar ketika kita melaksanakan haji terutama ketika berada di 'Arafah .

    Semoga Allah perkenankan doa permohonan ini (yg tertulis dalam N3) buat kita semua..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya kak werdah..

      Semoga limpahan rahmat sentiasa juga dikurniakan Allah buat kakak...aamiin

      Jika kita berada dalam nikmat, maka bersyukurlah. Jika kita berada dalam cubaan, maka bersabarlah. Jika kita berada dalam taat, maka akuilah anugerah~Nya kepadamu. Jika kita berada dalam maksiat, maka segeralah bertaubat.

      Jazakallahu khair ya kak!

      Delete
  2. Di musim haji adalah medan terbaik utk mentadabbur ayat Allah yg bermaksud 'dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal satu dengan yang lain" - pelbagai ragam & kerenah tetapi bersatu menunaikan perintah Allah SWT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keindahannya Islam, semua orang bergerak dengan satu matlamat yang satu. Bidangnya masing-masing, matlamatnya satu, iaitu untuk mendapat keredhaan Allah.

      Delete
  3. IM berazam untuk sempat menunaikan Haji sebelum mata tertutup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah perkenankan doa saudara...insya Allah

      Delete
  4. Assalamualaikum sahabat...

    Hikmah/tujuan ibadat haji yg difardukan tidak akn dpt dirasakan tanpa niat ikhlas semata2 kerana Allah SWT dan utk mendpt status sebagai haji dan bkn utk bermegah2, namun masih ada yg belum diberi rezeki menjejakkan kaki di Baitullah tetapi tidak kurang yang memiliki kemampuan, malangnya belum terbuka hati untuk bersama saudara seagama menyambut lambaian Kaabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya sahabat..

      Benar, antara kesempurnaan ibadah itu ialah kita rahsiakan ibadah kita dari pengetahuan manusia kerana penilainya hanya Allah, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.