السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ketahuilah kiranya, ya saudaraku!
Dapat kita ketahui daripada hadith yang dikeluarkan
oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi akan haji akbar itu manakah
harinya, adakah ia hari 'Arafah atau hari Nahar, yakni;
adakah ia pada sembilan hari bulan Zulhijjah atau
pada sepuluh hari bulan Zulhijjah yang berhimpun
sekalian orang di Mina karena menyembelih dan
menyempurnakan sekalian kerja haji.
Maka hadithnya itu adalah begini, katanya :
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ ؛ سَأَلْتُ رَسُو لَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ يَوْمِ الأَكْبَرِ؟ فَقَال؛ يَوْمُ النَّحْرِ
Diriwayatkan daripada Baginda 'Ali Karamallahu wajhah, katanya:
Telah aku tanya akan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
daripada hari haji akbar, adakah ia hari Nahar atau hari 'Arafah?
Maka sabdanya : "Ialah hari Nahar."
Yakni; hari menyembelih korban di Mina, iaitu hari sepuluh Zulhijjah.
Wallahu a'lam..
~~~~~
Berkata seorang Pujangga,
Barang siapa memiliki adab yang banyak dan baik, perasaan yang sihat,
dan akhlak yang mulia. Maka dia akan membuat dirinya dan orang lain
berbahagia. Akan mendapat hati yang tenang dan keadaan jiwa yang sejuk.
Dapat kita ketahui daripada hadith yang dikeluarkan
oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi akan haji akbar itu manakah
harinya, adakah ia hari 'Arafah atau hari Nahar, yakni;
adakah ia pada sembilan hari bulan Zulhijjah atau
pada sepuluh hari bulan Zulhijjah yang berhimpun
sekalian orang di Mina karena menyembelih dan
menyempurnakan sekalian kerja haji.
Maka hadithnya itu adalah begini, katanya :
عَنْ يَوْمِ الأَكْبَرِ؟ فَقَال؛ يَوْمُ النَّحْرِ
Diriwayatkan daripada Baginda 'Ali Karamallahu wajhah, katanya:
Telah aku tanya akan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
daripada hari haji akbar, adakah ia hari Nahar atau hari 'Arafah?
Maka sabdanya : "Ialah hari Nahar."
Yakni; hari menyembelih korban di Mina, iaitu hari sepuluh Zulhijjah.
Wallahu a'lam..
~~~~~
Berkata seorang Pujangga,
Barang siapa memiliki adab yang banyak dan baik, perasaan yang sihat,
dan akhlak yang mulia. Maka dia akan membuat dirinya dan orang lain
berbahagia. Akan mendapat hati yang tenang dan keadaan jiwa yang sejuk.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang derta redha Allah..aamiin.
Tadi kak google tentang maksud haji akbar dapat link ini dan kak teringat sedikit-sedikit pernah mendengar dalam kuliyah tak ingat sama ada Ustaz Kariman atau ustaz di tanyalah Ustaz tentang maksud haji akbar. Dibincangkan ayat daripada surah at-Taubah ayat 3 : Istilah haji akbar telah digunakan Al-Quran, iaitu dalam surah At Taubah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
وَأَذَانٌ مِّنَ اللهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الحَجِّ اْلأَكْبَرِ أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللهِ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
"Dan (inilah) suatu permakluman dari Allah dan RasulNya kepada manusia pada hari haji akbar, bahwa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakan kepada orang-orang kafir (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.".[At Taubah:3].
Jadi jika dulu ramai yang kata haji akbar terjadi bila wuquf jatuh pada hari Jumaat adalah tidak benar.
Di sini kak petik daripda link di bawah. Mungkin penjelasan di sini dapat diterima Allahua'lam.
http://almanhaj.or.id/content/2873/slash/0/adakah-haji-akbar/
beberapa pendapat ulama, sebagai berikut:
- Pendapat yang mengatakan hari haji akbar adalah hari Arafah.
- Pendapat yang mengatakan hari haji akbar adalah hari Nahar (hari Idul Adha).
- Pendapat yang mengatakan, bahwa hari haji akbar adalah hari kedua dari hari Nahar.
- Pendapat yang mengatakan, bahwa haji akbar adalah haji qiran, sedangkan haji ashgar adalah haji ifrad.
- Pendapat yang mengatakan, bahwa hari haji akbar adalah seluruh hari-hari haji.
- Sebagian ulama berpendapat, bahwa haji akbar adalah hari Arafah, dan haji ashgar adalah hari Nahar.
- Sebagian ulama lainnya berpendapat, haji akbar adalah haji, dan haji ashgar adalah umrah.
Namun, seluruh pendapat tersebut dapat disatukan kepada pendapat yang kelima. Yaitu hari haji akbar adalah seluruh hari-hari haji, termasuk di dalamnya hari Arafah, hari Mina, hari Muzdalifah, hari Nahar dan hari-hari tasyriq. Karena, para sahabat maupun tabi'in yang berpendapat haji akbar adalah hari Nahar tidak menafikan jika haji akbar itu juga hari Arafah. Bahkan ada sebagian sahabat yang berpendapat, bahwa hari haji akbar adalah hari Arafah dan juga hari Nahar, misalnya seperti Turjumanul Al Qur'an Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma. Demikian pula sebaliknya. Wallahu a'lam bish shawab.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteSemoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redha Allah SWT..aamiin.
Ya kak, memang banyak pendapat ulama mengenainya dengan dalil dan nasnya, cumanya saya hanya mengambil pendapat dari seorang Ulama Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi dalam kitab karangannya Bahru al-Madzi Juzu 7. Biar pun banyak pendapat, semuanya ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah dan Rasul mengetahui.
Wallahu a'lam
Ya, benar! Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui.
DeleteKak, pernah tak cuba rawatan di sini..?
Deletehttps://www.facebook.com/PUSRATU
http://www.pusratu.com.my/
Pada tahun 2009@2010 kak pernah hubungi PUSRATU, pada masa itu cuma ada 3 tempat iaitu di Sg Buloh, Datuk Keramat dan Taiping. Sekarang nampaknya sudah berubah tempat. Ketika itu kak bertanya tentang kaedah rawatan. Bila diberitahu urut menggunakan siku, jadi tak beranilah nak dapatkan rawatan.
DeleteWalaupun demikian tanpa menyedari, kak disarankan mendapatkan rawatan alternatif di Sungai Buloh. Menurut sahabat ni dia 3 kali dapatkan rawatan, alhamdulillah dah boleh bergerak dengan selesa, solatpun boleh qiyam tak petlu duduk di kerusi lagi. Barangkali kesilapan kak tak tanya dulu kaedah bagaimana yang perawat tu lakukan. Dengan keterujaan nak jadi seperti beliau (beliau belum lakukan pembedahan) lantas terus hubungi perawat lalu lakukan rawatan.
Rupa-rupanya perawat ni dulu memang dari PUSRATU kini buat sendiri.
Dengan sangka baik teruskan juga. Mana tahu izin Allah kak akan dapat sekurang-kurangnya boleh duduk lama. Setelah 4 kali kak surrender srpatutnya 6 kali. Selepas kali ke 4 tu sakit makin bertambah.
Bukan silap rawatan tu, tetapi kemungkinan besar disebabkan banyak luka-luka di sepanjang spinal kak tu yang tamvah sakit bila gunakan siku.
Kesimpulannya selepas pada tu kak kena berhati-hati jangan lagi urut.
Sekarang sedang ikhtiar dengan seorang perawat alternatif juga. Ada beberapa amalan pemakanan yang dicadangkan dan dia membetulkan disc2 yang telah lari. Baru sekali dan insyaAllah kena teruskan. Mudah-mudahan diizinkan Allah sembuh sepenuhnya, aamiin.
Terima kasih kerana selalu doakan kesembuhan buat kak.
oOoo..begitu ceritanya.
DeleteTerima kasih kembali Kak!
IM cuba untuk memiliki akhlak seperti kata pujangga itu tapi tak selalu dapat...
ReplyDeleteTeruskan usaha hingga dikurniakan oleh Allah SWT..
Delete