Friday, August 30, 2013

Minta akan ia tiga kali..


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ketahuilah kiranya, ya saudaraku!

Di dalam Kitab Masyhur Bahru Al-Madzi karangan Muhammad Idris al-Marbawi dinyatakan,
Sekalian manusia ia suka ia akan syurga dan benci ia akan neraka, suka seseorang
itu akan syurga, lalu terus ia meminta, dan juga berlaku benci seseorang itu akan neraka,
lalu terus ia berlindung daripada~Nya, maka jikalau seseorang itu meminta akan syurga
pada Tuhan serta suka kepadanya dan dikerjakan sebab-sebab yang boleh jadi masuknya,
maka pintanya itu sebenar-benar pinta dan suka.


Dan jikalau seseorang itu meminta dengan mulutnya serta suka di hati tetapi dikerjakan
segala sebab yang tidak menjadikan boleh masuknya, maka pinta mulutnya dan sukanya
itu tidak sebenarnya.


Demikianlah juga seorang yang benci ia akan neraka, lalu dipintanya serta dijauhkannya
segala sebab yang memasukkan dia ke dalam neraka, maka ialah sebenar-benar benci dan jika tidak,
maka bohong juga namanya.


Demikian tersebut di dalam hadith seperti hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa at-Tirmidzi dengan katanya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الْجَنَّةُ
اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ. وَمَنِ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam namanya
Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu katanya, telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam :

Barangsiapa minta ia akan syurga pada Allah Ta'ala tiga kali, nescaya berkata syurga itu : Ya Tuhanku,
masukkan dia ke dalam syurga. Dan siapa minta berlindung dirinya daripada neraka tiga kali,
nescaya berkata neraka : Hai Tuhanku, lindung kiranya akan dia daripada neraka.

[ Hadith ini juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i dan al-Hakim ]


Maka jikalau seseorang itu minta syurga dengan sebenarnya yakni menuntutnya
dengan do'a dan fi'il, maka syurga pun sukakan masuknya kepadanya dan minta
ia pada Tuhan masukkan orang yang demikian itu ke dalamnya.


Begitulah juga halnya neraka, jikalau seseorang itu minta berlindung daripadanya dengan
do'anya dan fi'ilnya (perbuatannya), maka ia pun berdoa kepada Tuhan minta lindung akan
orang yang demikian itu daripadanya.


Wallahu a'lam..

~~~~~

Khususnya kepada saudara yang mengalami sakit pinggang dan sakit seumpamanya, amalkan pada waktu
malam dengan membaca Surah Qaff ayat 16 hingga 45 TIGA kali, dan membaca Surah Mukminun ayat 60
hingga 80 pada siang hari juga TIGA kali. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama 3
ke 4 minggu. Selepas membaca tiga kali, mohonlah kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca
dua surah pertama tadi, hendaklah diulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya,
Surah Shod ayat 34 hingga 61, Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, dan Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.

Keterangan selanjutnya sila rujuk Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.


10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    InsyaAllah kita amalkan doa permohonan untuk ke syurga dan jauhkan daripada neraka seperti yang dianjurkan.

    Tentang amalan untuk sakit pinggang tu memang itu yang dianjurkan oleh ustaz Luqman dan sdr Ashraf Muslim ditamvah lagi Surah Yunus ayat 11 hingga 20 dan surah al-A'raaf ayat 56 hingga 64

    kak pernah 3 kali mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Aamiin Ya Rabbial 'alamin...terima kasih doanya, moga kurniaan Allah turun juga kepada kakak di sana...aamiin

      Ya kak, amalan sendiri bisa menyembuhkan penyakit dalam diri kita dengan izin Allah, dan syaratnya ia perlu kepada kesabaran dan istiqamah dalam mengamalkannya.

      Delete
  2. Salam, sdr..

    Syukran di atas perkongsian amalan untuk sakit pinggang. Berusaha, berdoa dan bertawakal kpd Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudari..

      Afwan, jika sakit ikhtiar untuk mencari penawar itu perlu diusaha dengan bersungguh dan selebihnya serah kepada Yang Maha Esa..

      Delete
  3. Tk atas perkongsian. IM pun selalu cuba amalkan sesuatu 3 kali kerana IM tahu Tuhan suka bilangan yang ganjil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Moga amalannya terus-terusan hingga ke akhir hayat..

      Delete
  4. Salam sejahtera..

    Syukran diatas perkongsian entry..semoga menjadi pedoman semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera juga buat anda di sana..

      Afwan, insya Allah, moga ianya mendatangkan kebaikan yang banyak..

      Delete
  5. Assalamu'alaikum wbt..

    Moga shbt sihat hendaknya disana, Aamiin.

    Terima kasih atas ilmu yang sangat bermanfaat ini ya sahabat...alhamdulillah.
    Moga sama2 dapat beramal, in shaa ALLAH.

    Jazakallahu khairan, barakallahu fik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..

      Alhamdulillah sihat, moga sahabat juga demikian rupa, sihat walfiat hendaknya...aamiin

      Terima kasih kembali, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

      Allah Ya Bareek Fik..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.