Friday, August 23, 2013

Muliakan orang yang berbuat baik..


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai saudaraku yang mulia!

Ketahuilah olehmu, bahawa syukur itu, yakni menerima kasih akan apa
budi orang padamu. Maka menerima kasih itu boleh dengan hati,
dan boleh dengan lidah, dan boleh dengan anggota.


Maka jadilah ia 3 macam :

1. Syukur dengan hati iaitu terupa pada hati akan nikmat yang diberikan orang.

2. Syukur dengan lidah, iaitu dikenang budi orang itu dan disebut baik.

3. Syukur dengan anggota, maka iaitu dibalas budi orang itu.


MAKA SYUKUR AKAN ORANG YANG BERBUDI PADAMU ITU DISURUH OLEH SYARA' KITA


Bermula dalil yang menunjukkan atas suruh itu ialah sebagai Hadith yang dikeluarkan
oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi, dengan katanya:

Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam,
namanya Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu, katanya : Telah bersabda Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam,
"Siapa tiada syukurkan orang nescaya tiada syukur ia akan Allah akan sebagai syukur yang sempurna."
[ Hadith Hasan lagi Shahih ]


Yakni, tiada sempurna syukur engkau kepada Allah melainkan apabila engkau
sertakan syukur manusia yang berbuat baik ihsan padamu.


Membalas budi orang itu disuruh syara' kita sebagaimana yang disabdakan
Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam, "Barangsiapa berbudi kepadamu, maka
hendaklah balas budinya itu. Maka jika lemah sekalian kamu daripada membalasnya,
maka do'akan oleh kamu baginya hingga kamu ketahui sungguhnya telah syukur
kamu akan budinya. Sebab pun disuruh syukur itu kerana Allah itu suka ia akan
orang yang syukur yakni, orang yang mengenang budi.

(At-Targhib wa At-Tarhib)


Sungguhnya syukur itu boleh kita buat sekurang-kurangnya, iaitu seperti kita
kata dengan bahasa Melayu : "Banyak-banyak terima kasih" dan yang eloknya
ialah barang yang datang daripada syara' iaitu dikata :

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Maknanya, Kiranya dibalas Allah akan dikau sebaik-baik balas.

Atau dikata :

بَارَكَ اللهُ فِيْكَ

Maknanya, Kiranya diberkatkan Allah pada engkau.

Sabda Nabi s.a.w., "Siapa memperbuat demikian, maka sungguhnya telah syukur ia akan dia."

Wallahu a'lam


14 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Insya Allah...motivasi utk peringatan bersama. Allah SWT mengurniakan semua itu untuk kita syukuri dan bukan utk memandang rendah org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Benar, setiap kejadian itu diciptakan Allah dengan sebaik-baiknya, tetapi menyebut secara khusus bahawa manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik susunan dan bentuk rupa, menunjukkan bahawa Allah memberi perhatian dan `inayah yang lebih besar terhadap makhluk manusia.

      Firman Allah dalam Surah at-Tin (95:4-6), "Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik rupa bentuk(4). Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah-bawahnya (5). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, maka untuk mereka disediakan pahala yang tiada putus (6)."

      Delete
  2. Assalam.. perkongsian yg baik, sy ambik petikan Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu tu utk perkongsian di facebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Ya silakan kongsi

      Barakallahu fik..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT

    Semoga kita sentiasa dapat menunjukkan rasa syukur atas segala kebaikan yang kita peroleh, baik dengan perasaan gembira, dengan material jika ada ataupun ucapan yang baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak werdah..

      Terima kasih atas doanya, semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..

      Menghargai kebaikan orang lain akan membawa kebaikan baik bagi yang menghargai mahupun yang dihargai.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum wbt..

    SubhanAllah,na'am ya sahabat, indah islam kita tercinta, mengajar kita supaya memberi perhatian yang besar terhadap menghargai sebuah kebaikan, sekaligus bersyukur atasnya sbg seorang muslim, dan tidaklah sempurna syukur kita kepadaNYA kecuali dgn syukur atau terima kasih kpd manusia..

    Sabda Rasulullah SAW;

    " Tidak bersyukur kepada ALLAH SWT, orang yang tidak mahu berterima kasih kepada manusia. [HR.Bukhari]

    wallahu 'alam

    In sha ALLAH ya sahabat, Moga kita insan yang sentiasa menghargai nilai sebuah kebaikan, dan mensyukurinya...

    Jazakallahu khairan, barakallahu fik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..

      Benar ya sahabat, wajarlah kita sentiasa menghargai kebaikan yang ada pada orang lain sekecil manapun. Jangan diremehkan seseorang hanya semata-mata dia tidak melakukan kebaikan yang besar dan anggap banyak kebaikan kita lebih baik daripada kebaikannya.

      Hidup ini akan lebih jadi indah, apabila kita benar-benar bersyukur.

      Syukran ya sahabatku..:)

      Delete
  5. salam sahabat...

    jazakaallah sahabat... "ilmu baru"

    **moge sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..

      Terima kasih atas kunjungan...jazakallah..

      Alhamdulillah sihat, moga dirimu sihat juga.

      Delete
  6. dapat satu ilmu hari ini. jazakallah khair buat tuan atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. Salam Syawal...

    Semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi.. lama tak ke sini .. salam kemaafan dan salam aidilfitri ... semoga ketemu lagi kita di ramadhan akan dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ya sahabat..:)

      Salam kemaafan juga buat atie dan tidak terlambat kiranya nak diucapkan selamat hari raya aidil fitri buatmu sekeluarga.

      Moga Allah kasih dirimu..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.