Wednesday, August 07, 2013

Aidil Fitri Mulia



بسم الله الرحمن الرحيم


Aidil Fitri
Menjadi lambang kemenangan setiap hamba yang beriman
atas didikan Yang Hakiki,
untuk bebas dari belenggu nafsu dan syahwat
Selama sepurnama ditarbiah
Aidilfitri datang bakal memahkotakan ibadah kita.


Esok belum pasti
Yang Kekal bisa memberi peluang lagi
Mendidik
Mungkin ini langkahku terakhir
Doaku moga ibadahku Kau terima
Semoga kembaliku nanti kepada~Mu
dalam keadaan sebenar-benarnya
BERSIH


Bukanlah hariraya itu bagi orang orang yang memakai persalinan baru,
tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang keta’atannya bertambah.
Dan bukanlah hariraya itu bagi orang yang berhias dengan persalinan dan tunggangannya,
tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang telah diampun baginya dosa-dosanya (oleh Allah Ta’ala).
Dan bukanlah hariraya itu bagi orang yang yang baik-baik dan bersedap-sedap
dengan segala keinginan dan kelazatan, akan tetapi hariraya itu adalah bagi
orang yang diterima taubatnya dan digantikan kejahatan dengan kebaikan.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
buat SEMUA
Maaf atas segala silap dan salah


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak


Jaga diri dan teruskan amalan dan didikan Ramadhan


20 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Selamat HAri Raya Aidilfitri
    Maaf segala salah dan silap
    MOga kitak dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu...Amin

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Selamat Hari Raya Aidil Fitri juak buat kitak sekeluarga..
      Maaf jua atas silap salah.
      Terima kasih atas doanya dan moga kitak sedemikian juga, Allah kurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

      :)

      Delete
  2. Assalammualaikum wbt.
    Salam Aidilfitri ustaz. Semoga amalan kita diterima Allah swt. Semoga kita semua dipanjangkan usia dalam keberkatanNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..

      Salam Aidil Fitri, moga kurniaan Allah rahmat kasih sayangNya mencurah buat cikgu.

      Delete
  3. Assalamualaikum sahabat...

    Didoakan semoga sahabat sihat sentiasa hendaknya...

    Selamat menyambut hari kemenangan kita..mohon diampunkan segala tuturkata yang tersilap, terlanjur dan khilaf..maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Alhamdulillah sihat seadanya, moga sahabat sihat juga hendaknya.
      Kemenangan merupakan kegembiraan kerana dapat melaksanakan perintah Allah serta mendidik nafsu kita, agar terus dalam ketaatan.

      Selamat Hari Raya..

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

    Selamat hari raya juga diucapkan dan diharapkan segala kesilapan dimaafkan. Semoga segalan amalan diterima Allah dan direzekikan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

      Aamiin aamiin ya Rabbial 'alamin, moga Allah beri kesempatan

      Delete
  5. Assalamualaikum w.b.t..

    Alhamdulillah. Jazakallahu khaira atas taujihat yang sahabat kongsikan..Aamiin Ya Rabb.

    Salam Eidulfitri, Maaf atas salah & silap ana juga ya sahabah.
    Taqobbalallahu minna wa minkum siyamana wa siyakum.

    Moga ALLAH S.W.T. sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik buat sahabat, Barakallahu fik..Allahuma Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabatku..:)

      Aamin aamin atas doamu buat ana di sini. Ana doakan semoga sahabat beroleh persalinan taqwa dari ibadah puasa dilaksanakan serta mendapat ampunan dari Allah SWT.

      Barakallahu fik..:)

      Delete
  6. salam sahabat

    esok adalah harapan, sekarang adalah kenyataan, kemarin adalah kenangan,yang tak luput dari khilaf dan kesalahan ...ketika tangan tak mampu berjabat,kaki tak dapat melangkah, hanya hati yang mampu berbisik...Taqobbal allahu minna wa minkum...salam aidilfitri ^_^

    **moge sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..:)

      Taqabbal Allahu minna wa minkum..

      Semoga Allah kasih dirimu

      Delete
  7. Salam Aidilfitri 1434H, maaf zahir dan batin andai ada kesalahan dari saya, Zulkifle(zulkbo) seisi keluarga. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara, Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga buat saudara dan keluarga. Maaf jika ada silap dan salah serta terkasar bahasa.

      Delete
  8. Assalamualaikum...

    En. Razak... Selamat Hari Raya.
    Maaf zahir batin.

    تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

    Perjuangan menghimpun amalan tidak pernah selesai selagi nafas masih dipinjamkan.

    Bergembira di hari kemenangan.
    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Ya Cik Iqa...terima kasih!
      Selamat Hari Raya

      Perjalanan kita menuju~Nya terlalu singkat, kutiplah segala bekalan yang tersedia untuk kita melangkah ke alam yang selanjutnya.

      Moga Allah kasih dirimu jua..:)

      Delete
  9. Assalamlaikum wbth...

    Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, kalau ada khilaf & dosa, MOHON AMPUN & MAAF...Selamat Hari Raya Aidilfitri...semoga diberkati Allah sentiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wrbt..

      Terima kasih..

      Andai jemari tak sempat berjabat.
      Jika raga tak bisa bersua.
      Bila ada kata membekas luka.
      Semoga pintu maaf masih terbuka.
      Selamat Eidul Fitri

      Delete
  10. salam tuan
    Lawatan di syawal ke 7.tirana aduka.
    Maaf zahir batin..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.