Friday, August 16, 2013

Syawal yang mulia..


بسم الله الرحمن الرحيم


Ketahuilah kiranya, ya Saudaraku!

Apabila telah selesai daripada puasa Ramadhan, maka sayugianya
pula hubungkan dengan puasa enam hari daripada Syawal,
karena besar sangat pahala mengerjakannya.


Maka kelebihan puasa enam hari Syawal itu telah dikeluarkan
oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi akan hadithnya, dengan katanya:


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ فَذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ



Maksudnya :

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam,
namanya Abi Ayyub, katanya: Telah bersabda Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam,
"Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikutkannya akan dia dengan enam
hari daripada Syawal, maka itulah pahalanya sebagai pahala puasa sepanjang tahun."


Kata Abu 'Isa At-Tirmidzi, "Pada bab ini ada riwayat daripada Jabir,
Abi Hurairah dan Tsauban."


Dan katanya lagi : Bermula hadith Abi Ayyub itu ialah hadith hasan lagi shahih.
Dan telah dikeluarkan dia oleh Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ath-Thabari.


Ya Saudaraku!

Bermula makna kata hadith puasa enam Syawal itulah puasa sepanjang tahun.
Yakni, orang yang mendirikan puasa sebulan Ramadhan dengan sempurna, kemudian
diikutnya akan dia dengan enam Syawal seolah-olahnya ia puasa setahun cukup.


Kata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim: Telah berkata 'Ulama': Dan sebab
dikatakan puasa enam hari itu seperti puasa sepanjang tahun, karena satu
kebaktian itu sepuluh ganda balasannya. Maka puasa sebulan Ramadhan itu
balas dengan sepuluh bulan dan enam hari Syawal itu balas dengan dua bulan.


Wallahu a'lam


"Ceriakanlah wajah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan
kebaikan amal-amal baik kalian."

[ Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi ]


21 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Syukran 'ala ilmu ya sahabat,fastabiqul khairat,in sha ALLAh..Moga ALLAH merahmati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wrbt...

      Sama-sama ya sahabat..

      Moga Allah kasih dirimu..

      :)

      Delete
  2. Salam Aidil Fitri, sdr..

    Belum berkesempatan nak mulakan..byk dugaan, kena lebih bermujahadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri juga buatmu di sana..

      Moga Allah beri kesempatan dan kekuatan...aamiin

      Delete
  3. ~Syukran atas segala perkongsian yg bermanfaat, Alhamdulillah...semoga ALLAH sentiasa merahmati...ya kena ambil peluang sbb hadirnya setahun sekali...jgnlah ia dilepaskan begitu saja...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan...:)

      Sementara roh masih bersama jasad, rebutlah peluang yang ada karena ia bisa menjadi penyelamat kita di sana nanti..

      Delete
  4. Salam tuan,

    SHR...

    Muga tertunai juga puasa 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..:)

      Selamat Hari raya..

      Insya Allah, kuatkan azam Allah akan limpahkan kekuatan..

      Delete
  5. salam aidilfitri.. maaf zahir dn batin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri...

      Maaf jua dipinta atas silap dan salah

      Delete
  6. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha Allah SWT

    Antara kesan positif puasa Ramadhan ialah apabila kita dapat meneruskan puasa 6 dalam bulan Syawal..mudah-mudahan dengan pertolonganNya kita dapat mengerjakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha Allah SWT...aamiin

      Benar kak, hebatnya seorang muslim atau muslimah ialah ia sentiasa dalam ketaatan sebilangan masa, bukannya di bulan Ramadhan sahaja.

      Delete
  7. salam alaik ustaz. pertama skali syukran ats perkongsian ilmu ni. dah lama tak singgah blog kwn2. ke duanya, salam eidul fitri. taqabbalallahu minna waminkum. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih atas kunjungan

      dan

      selamat hari raya eidul fitri

      Moga Allah menerima segala amalan kita...aamiin

      Delete
  8. salam
    lama akak tak berkunjung kesini
    akak ada persoalan ttg puasa ganti dan puasa enam

    ada ustaz kata,boleh dilakukan serentak(2 niat,puasa ganti dan puasa 6)
    manakala ada pulak yg berkata tak boleh...wajib buat yg wajib dahulu(puasa ganti) lps tu buat yg sunat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih atas kunjungan..:)

      Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

      Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat.

      Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
      مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

      Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

      Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid]

      Delete
    2. Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

      Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

      Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

      Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

      ( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

      Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said)

      Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

      Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

      “Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

      Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

      Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

      Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

      “Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

      Delete
    3. Imam An-Nawawi RH berkata:

      “Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

      Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

      وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

      Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

      Wallahu a’lam.

      Delete
  9. terimakasih atas penerangan yg panjang lebar dan memuaskan hati..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Terima kasih kembali..:)

      Ya, teruskan moga ada manfaatnya..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.