Friday, August 02, 2013

Empat perkara


بسم الله الرحمن الرحيم


Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم) berpesan :


"Perbanyakkanlah kamu di bulan Ramadhan
akan empat (4) perkara; dua (2) perkara darinya,
kamu bisa meraih keredhaan ALLAH سبحانه وتعالى
dan dua (2) perkara lagi darinya,
kamu tidak dapat terlepas salah satu dari keduanya.


Adapun dua (2) perkara yang kamu bisa meraih keredhaan Allah سبحانه وتعالى ialah :

1. Syahadah لا إله إلا الله
2. Kamu beristighfar kepada Allah سبحانه وتعالى


Adapun dua (2) perkara yang kamu tidak boleh terlepas salah satu dari keduanya ialah :

1. Kamu meminta Syurga
2. Kamu berlindung kepada Allah سبحانه وتعالى dari api neraka."


[ Diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi رحمة الله تعالى عليهم أجمعين ]


Renungan Bulan Ramadhan

oleh

al-Habib `Ali Zaenal `Abidin bin Abu Bakar al-Hamid حفظه الله تعالى

~~~~~

Teruskan usaha semua dalam pencarian satu malam yang
Allah anugerahkan buat umat Nabi Muhammad (صلى الله عليه وآله وسلم)

Malam kemuliaan itu, lebih baik daripada seribu bulan;
padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin
Pemelihara mereka, dengan segala perintah. Malam itu
(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

[QS AL-QADR (97) : 3-5]


6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak,

    Salam Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini dan berada pula dalam lengkungan malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan, semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT. SemoGa kita dapat bersungguh mohon kepada Allah dan dikurniakan pengampunan dan syurgaNya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih kak! Alhamdulillah Allah izinkan kita semua berkesempatan sekali lagi untuk meraih kelebihan yang ada pada malam tersebut dan hendaknya jangan dipersia-siakan nikmat dan peluang itu. Moga dengan sebab kita bersungguh-sungguh mencarinya Allah pertemukan kepada kita semua malam yang mulia itu.

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah, In sha ALLAh...

    Moga ALLAh Ta'ala pilih kita semua. Mudah-mudahan bertemu dengan malam ISTIMEWA itu, Aamiin Ya Rabb.

    Jazakallah kheir ya sahabat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wrbt..

      Syukran jiddan ya sahabat atas kunjungan..:)

      Aamin aamiin Ya Rabbial 'alamin. Usaha dan tawakkal insha Allah, akan Allah bantu dalam pencarian.

      Afwan ya sahabat..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum saudara abdul razak,

    semoga saudara sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    JazakaAllahu khairan kathira atas perkongsian yang tidak pernah putus, hanya Allah sajalah yang mampu membalasnya.

    Selamat berpuasa..semoga Allah menerima ibadat kita. Aminnn insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Saudari..

      Semoga saudari juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

      Terima kasih atas kunjungan, selamat berpuasa dan menyambut aidil fitri mulia.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.