Friday, July 26, 2013

Ikhlas dan benar


بسم الله الرحمن الرحيم


Fudhail bin 'Iyadh berkata, tentang firman Allah Ta'ala:


"Supaya Dia menguji kamu,

siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya."

(Qs Al Mulk, 67:2).


"Yang dimaksud lafaz أَحْسَنُ عَمَلً

adalah yang paling ikhlas dan paling tepat."


Ditanyakan kepadanya,

"Apa yang dimaksud paling ikhlas dan paling tepat, wahai Abu 'Ali?"


Dia menjawab :

"Sesungguhnya, ibadah tidak akan diterima

bila tidak dikerjakan dengan cara yang benar dan tepat,

meskipun disertai dengan sikap ikhlas.

Demikian pula bila tidak dilakukan dengan ikhlas,

sekalipun itu dengan cara yang benar. Agar diterima,

ibadah harus dikerjakan secara ikhlas sekaligus benar dan tepat.

Ikhlas demi Allah, dan benar berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Jadi, penilaiannya bukan pada banyaknya amal

tapi tingkatan amal itu sendiri, iaitu ikhlas

dan sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.."


Wallahu a'lam..


8 comments:

  1. assalamualaikum ustaz.

    maknanya wajib penuhi kedua-dua syarat itu .. terkurang satu jadi kosong dan sia-sia.

    selamat meneruskan puasa dan tarawikh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Ya pak aji, ikhlas serta mengikuti syarat-syarat pada satu-satu ibadah itu. Jika tidak ia hanya mendatangkan penat dan lelah sahaja.

      Terima kasih, selamat berpuasa

      Delete
  2. Assalamualaikum w.b.t..

    SubhanAllah, Ilmu yang dikongsi sentiasa memberi banyak manfaat, alhamdulillah..

    In sha ALLAH, lepas ni perlu lebih mendalami ilmu, bagi meraih ibadah yang benar dan mudahan-mudahan mencapai ikhlas krnNYA, Allahu Musta'an.

    Jazakallah kheir ya sahabah, fi amanillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam w.b.t..

      Allahu Rabbi...ana tak punya ilmu yang banyak, hanya bisa menyampaikan apa yang telah Ulama' tinggalkan untuk faedah kita beramal...alhamdulillah..

      Insha Allah, moga Allah berikan kekuatan buat sahabat dalam usaha mencari terbaik..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Entry yg bagus utk ingatan kita. Mmg betul kita beribadat kena iklas dan benar, ikut kemampuan kalau tak larat kita akan mengeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Ibadah itu perlu kepada ilmu seperti yang kita sering dengar ilmu itu adalah pemimpin amal, sedangkan amal adalah yang dipimpin.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang dan redhaNya..aamiin

    Ketika ibadah dilakukan hanya keredhaan Allah sahajalah yang diharapkan. Itulah ikhlas menyerahkan jasad dan jiwa yang bukan milik kita sebaliknya milik Dia. Ibadah pula perlu ikut yang disyari'atkan. Mudah-mudahan kita dapat berusaha keras menjadikan amalan kita ikhlas dan benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang dan redha~Nya..aamiin

      Benar apa yang kakak katakan. Moga-moga hidayah~Nya itu, Allah SWT campakkan ke dalam hati-hati kita untuk terus beriman dan beramal kepada~Nya.

      Terima kasih kak..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.