الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
IMAM AS-SYAFIE memberi wasiat :
Iman mempunyai bentengnya untuk menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.
Tanpa pagar yang kukuh dan sempurna, pasti iman akan terancam oleh musuhnya yang
nyata iaitu nafsu dan syaitan.
Oleh itu, untuk menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan itu dengan
5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal dan
beradab di dalam melaksanakan ibadah.
**YAKIN
Benteng yang utama dan terpenting ialah yakin maka wajiblah kita berusaha untuk
menyuburkan keyakinan kita. Keyakinan perlu disuburkan dengan ilmu pengetahuan.
Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan.
Jika sudah terperangkap di dalam jerat syaitan di dalam soal keyakinan, maka
terhapuslah segala pahala amal dan hapuslah iman. Untuk itu perlu ada ilmu.
**IKHLAS
Benteng iman yang kedua ialah ikhlas. Ikhlas ialah meniatkan sesuatu yang dilakukan
atau yang ditinggalkan kerana Allah SWT. Ikhlas itu yang sebenarnya adalah rahsia Allah
yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Bagi mereka yang ikhlas dalam menjalankan perintah
Allah dan meninggalkan larangan~Nya, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan
Allah. Pandangan dan pujian manusia bukan kemahuan mereka yang ikhlas.
**MENGERJAKAN AMALAN SUNAT
Perkara seterusnya dalam usaha untuk memagar iman dengan kukuh ialah hendaklah kita banyak
mengerjakan amalan-amalan sunat seperti banyak mendirikan solat sunat, membaca al-Quran,
bersedekah, puasa sunat dan amalan sunat yang lain. Perlu diingatkan di dalam kita
melaksanakan amalan sunat, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.
**ISTIQAMAH BERAMAL
Sikap istiqamah (tetap) beramal itu adalah merupakan salah satu dari benteng iman.
Ketahuilah bahawa musuh kita iaitu nafsu dan syaitan tidak pernah rehat dan jemu
untuk menghancurkan kita, maka dengan istiqamah barulah seimbang pertahanan kita
terhadap musuh. Maknanya kita juga tidak pernah berehat di dalam mempertahankan iman kita.
Banyakkan melakukan ibadah dan kebaikan walaupun sedikit kerana kita tidak tahu
mana satu amalan kita yang Allah nilai.
**DISIPLIN
Di dalam beribadah kita perlu bertatsusila dan bertertib kerana itu adalah adab sopan
kita melakukan ibadah kepada Allah. Perkara ini sangat penting di dalam kita melakukan
ibadah kerana telah sepakat ulama tasawuf mengatakan, "Yang banyak menjauhkan seseorang
hamba itu dari Allah bukan kerana tidak cukupnya ilmu dan amal tetapi kerana kurangnya
adab di dalam melaksanakan ilmu dan amal."
Wallahu a'lam

Assalamualaikum Sahabat ku...
ReplyDeleteTerima kasih atas N3 yang sungguh bermakna ....ilmu yg bermanafaat... ilmu yg memenuhi hati yg kosong.... Mudah2 han tercapai segala benteng kekuatan itu... semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati Ilahi...
Wa'alaikumusalam sahabat...
DeleteTerima kasih kembali, sekadar untuk menyampaikan dan sambil mengingati diri sendiri agar sentiasa muhasabah diri.
Moga sahabat juga sentiasa rahmat kasih sayang Allah SWT dan diberkatiNya...aamiiin
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin
Sungguh benar pesan imam ini..istiqamah itu menjanjikan kemanisan iman..mudah-mudahan keikhlasan dapat bertapak dihati..aamiin
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...
DeleteSemoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin
Moga kita semua sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman, menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteIman itu kdg kala tinggi, kdg kala rendah, memang perlu kepada benteng yg kuat...syukran diatas perkongsian...
Wa'alaikumusalam...
DeleteBenar, tanpa adanya benteng yang mantap kita bisa tersungkur dengan hasutan nafsu kita sendiri...