الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak
mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya,
ini adalah urusan Allah, dan kita tidak berupaya menentukannya,
tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam
dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih
dari mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,
sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan
kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk
meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap
melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang
telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan
ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan
sedih dan menyesal.

Wallahu a'lam
Rujukan : Kitab Terjemah Nashahul Ibad karangan Ibnu Hajar Asqalani
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.
Amalan tafakkur dan tazakkur menjadikan seseorang itu sedar akan dirinya. Mudah-mudahan bila sentiasa meneliti kekurangan diri dapatlah sentiasa kembali kepada-Nya..sesunguhnya Allah sentiasa menunggu permohonan taubat hamba-hambaNya.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...
DeleteSemoga kakak juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin
Tafakur adalah pangkal segala kebaikan dan ianya akan bisa menghantarkan kita kepada kemajuan, kemanfaatan, kebaikan, ketaatan, keimanan, dan ketundukan kepada Allah Ta’ala.
Salam 'alaik...
ReplyDeleteAllahurabbi! jiwa manusia akan makin sihat, sihat dan sihat dengan berTAUBAT kepada ALLAh..
Jazakallahu khairan ya sahabat atas perkongsian ilmunya..Alhamdulillah.
Barakallahu fik. ~
Wa'alaikumusalam...:)
DeleteHati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Bertaubat kepada Allah sekali pun dosa kecil pembersihan jiwa.
Afwan sahabatku..
Moga Allah kasih
Assalamualaikum..sentiasa bertaubat, beristighfar...serta berusaha tidak mengulangi kesilapan..tanda hati yang tidak mati....
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
DeleteBenar, bila kita merasa berTuhan dan kita pula hamba kepadaNya, maka kita bis jadi hamba yang patuh dan taat.