Friday, June 06, 2014

Nikmat paling berharga..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Waktu adalah sesuatu yang terpenting untuk diperhatikan.
Jika ia berlalu tak akan mungkin kembali. Setiap hari dari waktu kita berlalu,
berarti ajal semakin dekat. Umur merupakan nikmat yang seseorang akan ditanya tentangnya.


Nabi s.a.w. bersabda:

لاَ تَزُولُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ: عَنْ عُمُرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ
وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ، وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ، وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ

“Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya
tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam
apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan,
dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).”
(HR At-Tirmidzi dari jalan Ibnu Mas’ud Lihat Ash-Shahihah, no. 946)


Sewajarnya manusia itu hendaknya supaya cepat bertaubat setiap pagi, siang,
sore dan malam hari, bahkan kalau perlu bertaubat setiap saat selama hidupnya,
karena manusia itu setiap saat tidaklah selamat dari dosa yang diperbuatnya,
kecuali orang-orang yang telah diselamatkan oleh Allah Ta'ala dan itu pun
sedikit sekali.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa,
kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang
mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang
sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi)


Maka di sini, saya ingin menasihati diri saya serta sahabat-sahabat semua, bahawa semakin
umur kita meningkat saban hari maka semakin sedikit masa untuk kita hidup di dunia ini yang
mana selepas itu kita tidak berpeluang untuk beramal soleh, berbuat kebajikan dan lain-lain
kebaikan yang baik dalam pandangan Allah.


Oleh itu, gunakanlah masa yang masih berbaki ini dengan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
dan semoga dengan sebab itu Allah ampunkan dosa kita, dipermudahkan segala urusan kehidupan kita,
dimakbulkan~Nya akan doa kita, hajat kita tercapai, kurniaan ilmu yang bermanfaat, keluarga yang
bahagia dan ditingkatkan derajat kita di sisi~Nya...aamiin Ya Rabb.


Moga Allah kurniakan keberkatan pada usia kalian semua.. :)
Wallahu 'alam


10 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Moga kitak dirahmatiNya selalu..aaminn..

    Tksh utk satu pengisian santapan rohani di pagi jumaat yang mulia ini
    Semoga ia memberi manfaat utk kita semua..In Shaa Allah
    :)

    Tq kitak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...:)

      Aamiin ya Rabb...moga kitak juak dirahmati Allah sentiasa...aamiin

      Terima kasih kembali, moga ianya mendatangkan keinsafan kepada kita semua, dapat menambahbaik amal soleh dan sentiasa beringat akan pertemuan kita dengan Allah pada masa yang telah Dia tetapkan.

      Afwan..:)

      Moga Allah kasih..

      Delete
  2. Assalamualaikum, sdr..

    dalam Surah Al-Asr..Allah SWT telah bersumpah dgn masa yang manusia itu akan dlm kerugian...sekarang ni masa terasa semakin singkat..kena mengejar masa...kena menyempatkan diri tuk hadir majlis ilmu..

    sedap kopi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Benar, menghargai masa itu hanya hamba yang punya misi terpenting dalam jalan menuju akhirat.

      Ermm memang sedap jika pembuatnya mahir

      Delete
  3. Salam Sahabat Razak

    Semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan berkah Ilahi

    "Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      Semoga sahabat juga sentiasa dalam limpahan rahmat dan berkat Ilahi...aamiin

      Kita hanya hamba, apa jua hanya kepadaNya kita mohon pertolongan..

      Delete
  4. Assalamualaikum dan Salam Kenal.. :D

    Baru terjumpa kewujudan blog ini.. alhamdulillah seronok membaca semua yg dikongsikan di sini.. terima kasih diatas semua perkongsian di sini.. :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Salam kenal...terima kasih kembali

      Delete
  5. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..Aamiin

    Masa itu kehidupan dan perlu diurus dengan betul dan baik. Masa yang berlalu takkan kembali. Benarlah katamu bahawa masa yang berbaki perlu digunakan untuk melakukan kebaikan dan jika boleh mohonlah ampun dan bertaubat setiap saat.

    Terima kasih kerana selalu memperingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak werdah

      Aamiin Ya Rabb...terima kasih atas doa kakak. Semoga kakak sentiasa juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

      Benar kak, kehidupan ini hanya untuk menjadi khalifah dan hamba yang patuh kepada Yang Maha Pencipta. Kita semua akan kembali kepadaNya dengan cara kita hidup di dunia, baik buruknya semua atas pilihan kita.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.