بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi sekalian,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pencipta seluruh alam dan moga tercurah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda, para tabiin dan yang mengikutinya hingga hari kiamat.
Ketika syurga dan neraka telah terkunci, dan semua umat manusia telah dimasukkan ke dalam syurga dan neraka, sesuai dengan amalannya dan mereka telah menikmati ganjaran atau merasakan hukuman atas apa yang mereka kerjakan dalam waktu yang begitu lama, Allah SWT menanyakan kepada Malaikat Jibril, subhanallah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, “Apakah ada umat Muhammad s.a.w. yang masih tertinggal di dalam neraka?”
Maka Malaikat Jibril pun pergi ke neraka Jahanam. Neraka Jahanam yang begitu gelap tiba-tiba berubah menjadi terang benderang kerana kedatangan Jibril.
Para penghuni Jahanam pun bertanya-tanya, siapakah yang datang, mengapa Jahanam tiba-tiba terang benderang.
Malaikat Jibril pun menjawab bahawa dia adalah Malaikat Jibril, yang diutus oleh Allah SWT untuk mencari apakah ada umat Muhammad yang masih terselit di neraka Jahanam. Tiba-tiba sekelompok orang berteriak, “Sampaikan salam kami kepada Rasulullah s.a.w., beri tahukan keadaan kami di tempat ini kepada beliau.”
Jibril pun keluar dari neraka Jahanam dan pergi ke syurga untuk memberitahukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. begitu bersedih mendengar bahawa masih ada umatnya yang tertinggal di dalam neraka dalam waktu yang sudah begitu lama. Beliau tidak redha ada umatnya yang masih tertinggal di neraka walaupun dosanya sepenuh bumi.
Rasulullah s.a.w. pun bergegas hendak pergi ke neraka. Tapi di dalam perjalanan beliau terhadang oleh garis batas Malaikat Israfil. Tidak ada seorang pun boleh melintasi garis itu kalau tidak seizin Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. pun mengadu kepada Allah SWT, dan akhirnya beliau diizinkan. Tapi sesudah itu Allah SWT mengingatkan Rasulullah bahawa umat itu telah meremehkan beliau. “Ya Allah, izinkan aku memberi syafa’at kepada mereka itu walaupun mereka hanya punya iman sebesar zarrah.”
Sesampainya Rasulullah s.a.w. di neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu. Penduduk Jahanam pun berucap, “Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam? Siapakah yang datang lagi?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Aku Muhammad s.a.w. yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya.”
Demikianlah kecintaan Rasulullah kepada umatnya, beliau akan memperjuangkannya sampai di hadapan Allah SWT. Lalu bagaimana kecintaan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. kepada peribadi yang begitu agung itu?
Sumber: Kisah dan Hikmah
Majlis Ta'lim Wad Dakwah
Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus
Rujukan : Kitab Muhammad Insan Kamil karya Sayyid Muhammad Al-Maliki dan Kitab Asy Syifa karya Al Qadhi 'Iyadh
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pencipta seluruh alam dan moga tercurah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda, para tabiin dan yang mengikutinya hingga hari kiamat.
Ketika syurga dan neraka telah terkunci, dan semua umat manusia telah dimasukkan ke dalam syurga dan neraka, sesuai dengan amalannya dan mereka telah menikmati ganjaran atau merasakan hukuman atas apa yang mereka kerjakan dalam waktu yang begitu lama, Allah SWT menanyakan kepada Malaikat Jibril, subhanallah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, “Apakah ada umat Muhammad s.a.w. yang masih tertinggal di dalam neraka?”
Maka Malaikat Jibril pun pergi ke neraka Jahanam. Neraka Jahanam yang begitu gelap tiba-tiba berubah menjadi terang benderang kerana kedatangan Jibril.
Para penghuni Jahanam pun bertanya-tanya, siapakah yang datang, mengapa Jahanam tiba-tiba terang benderang.
Malaikat Jibril pun menjawab bahawa dia adalah Malaikat Jibril, yang diutus oleh Allah SWT untuk mencari apakah ada umat Muhammad yang masih terselit di neraka Jahanam. Tiba-tiba sekelompok orang berteriak, “Sampaikan salam kami kepada Rasulullah s.a.w., beri tahukan keadaan kami di tempat ini kepada beliau.”
Jibril pun keluar dari neraka Jahanam dan pergi ke syurga untuk memberitahukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. begitu bersedih mendengar bahawa masih ada umatnya yang tertinggal di dalam neraka dalam waktu yang sudah begitu lama. Beliau tidak redha ada umatnya yang masih tertinggal di neraka walaupun dosanya sepenuh bumi.
Rasulullah s.a.w. pun bergegas hendak pergi ke neraka. Tapi di dalam perjalanan beliau terhadang oleh garis batas Malaikat Israfil. Tidak ada seorang pun boleh melintasi garis itu kalau tidak seizin Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. pun mengadu kepada Allah SWT, dan akhirnya beliau diizinkan. Tapi sesudah itu Allah SWT mengingatkan Rasulullah bahawa umat itu telah meremehkan beliau. “Ya Allah, izinkan aku memberi syafa’at kepada mereka itu walaupun mereka hanya punya iman sebesar zarrah.”
Sesampainya Rasulullah s.a.w. di neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu. Penduduk Jahanam pun berucap, “Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam? Siapakah yang datang lagi?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Aku Muhammad s.a.w. yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya.”
Demikianlah kecintaan Rasulullah kepada umatnya, beliau akan memperjuangkannya sampai di hadapan Allah SWT. Lalu bagaimana kecintaan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. kepada peribadi yang begitu agung itu?
Sumber: Kisah dan Hikmah
Majlis Ta'lim Wad Dakwah
Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus
Rujukan : Kitab Muhammad Insan Kamil karya Sayyid Muhammad Al-Maliki dan Kitab Asy Syifa karya Al Qadhi 'Iyadh
Jawapan kepada Soalan Permasalahan Solat Jumaat pada post yang lepas
Seseorang itu dikira mendapat solat Jumaat sekiranya dia sempat solat satu rakaat bersama-sama dengan imam, dan untuk mendapat satu rakaat tersebut dia mestilah sempat rukuk bersama-sama dengan imam. Maka apabila seseorang itu sempat bersama-sama dengan imam SEBELUM imam bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia telah dikira mendapat solat Jumaat tersebut. Justeru, apa yang perlu dilakukan ialah menyempurnakan solat Jumaat tersebut selepas daripada imam memberi salam dengan ditambah satu rakaat lagi.
Namun sekiranya seseorang itu hanya sempat bersama-sama dengan imam SELEPAS imam bangun daripada rukuk pada rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat solat Jumaat tersebut. Maka dia perlu menyempurnakan solatnya dengan menunaikan solat Zohor sebanyak empat rakaat, selepas daripada imam memberi salam. Ini adalah pendapat jumhur para ulamak, Imam Malik, Imam as-Syafie, dan Imam Ahmad bin Hanbal.
(Rujuk Kitab al-Majmu’ karangan Imam al-Nawawi, 4/558).
Pendapat para ulama' ini bersandarkan kepada beberapa hadis, antaranya ialah:
من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة
Maksudnya: “Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat, maka ia dikira telah mendapat solat tersebut.” (Hadis riwayat al-Bukhari (580), Muslim (608).
Wallahu'alam..
Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara sentiasa dikurnia kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan...
ReplyDeleteAllah....sebak rasanya baca entry saudara ni. Sampai begitu sekali cintanya Rasulullah kepada kita. Tapi kita, cinta sampai tahap itukah kepada Baginda? Peringatan buat saya.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan serta dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin
Begitulah tingginya kecintaan baginda terhadap umatnya.. namun bila merenung diri amat terasa bimbang..
Terima kasih atas peringatan ini dan juga kepada jawapan kuiz tu..
Assalamualaikum Ustaz.
ReplyDeleteSaya tertarik dengan kepekaan nabi kita terhadap nasib umatnya. tetapi jikalau anak saya menanyakan ..
"itu kisah akan datang ayah .. bagaimanakah kita boleh tahu dialog yang belum berlaku dan dari manakah sumber dialog itu diperolehi ?
lalu bagaimana harus saya menjawabnya Ust.
SALAM,
ReplyDeleteDIDOAKAN UST RAZAK SENTIASA DALAM KESEJAHTERAAN DAN KERAHMATAN ALLAH. NABI MUHAMMAD SAW AMAT MENYAYANGI KITA. SENTIASALAH KITA BERSALAWAT KE ATASNYA .
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan jawapan soalan 'teka-teki' tempohari.
....sentiasalah berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w. bagi menyatakan kecintaan kita juga terhadapnya.
Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteBetapa Rasulullah amat mengasihi umatnya. Malunya kita bila meilhat itu semua dan rasa terharu. Baginda sehingga nyawa dah tiba penghujungnya pun masih lagi mengingati umatnya. Allah.... bersyukurnya kita menjadi umat Rasulullah....
salam pagi dik
ReplyDeleteSemuga adik sentiasa sehat terus di Rahmati Allah.
Terima kasih.
assalamualaikum wrh wbk.
ReplyDeletemengalir air mata apabila membaca betapa agungnya kasih sayang rasulullah terhadap umatnya sedangkan 'aku?'
astaghfirullah minal khathoyaa...
t kasih atas jawapan teka teki :)
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteMoga kitak dianugerahi kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu...
...Sememangnya tersentuh di hati mengenangkan kasih yang mendalam Rasulullah terhadap umat Baginda..
p/s:...baru baik dari migrain tuk!
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga di kurniakan Allah kesihatan yang baik selalu..
Betapa kasihnya Nabi Mohammad SAW terhadap umatnya..walau dosa sebesar bumi sekalipun tetap di berinya syafaat..begitu mulia insan bernama Mohammad SAW..Semoga kita semua menjadi umatnya di akhirat dan mendapat syafaat Baginda.
salam sahabat
ReplyDeletetazikrah yang berguna kepada umat akhir zaman. Cabran dan dugaan sekarang sangat luar biasa terutama persekitaran yang amat menakutkan. moga Allah pelihara dunia dan akhirat amin
terima kasih untuk perkongsian ini..
ReplyDeletepasti ramai yang menerima manfaat mambacanya..
Assalamualaikum,
ReplyDeletesungguh tinggi kasih sayang nabi pada kita...
Assalamualaikum...
ReplyDeletesemoga kita menjadi umat yang dikasihi Allah dan RasulNya...Amin.
Sayangnya Rasullulah kepada umatnya sehingga akhir hayat beliau..
ReplyDeleteAssalamualikum Sdr Abd Razak..mudah2an sentiasa diberkati Allah..
ReplyDeleterasa sebak membaca kisah ini..bagaimana cintanya Rasulullah terhadap umat baginda.sedangkan kita nak bersalawat atas junjungan pun kdg2 payah...mudah2an kita antara yg mendapat syafaat Rasulullah kelak...
Cinta rasulullah kepada umatnya cinta sejati... kita pun kata cinta kepada rasulullah tapi cinta kita hanya dibibir...Jika kita cinta kepada rasulullah tentu kita ikuti segala suruhan dan sunnahnya..
ReplyDeleteالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteSubhanallah! kasihnya Rasulullah SAW kpd kita umatnya. Apa yg menjadi kebahagiaan nabi adalah kebahagiaan umatnya, begitu juga dengan apa yg menyusahkan hatinya, adalah kesusahan yg dialami oleh umatnya.
Firman ALLAH SWT,
" Sesungguhnya, sudah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad, yang menjadi sangat berat kepadanya kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan untuk kamu dan menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (S.At-Taubah:128)
syukran ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT, Moga sentiasa dlm rahmat dan redha-Nya..aamiin :-)
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurnia kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan...
Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak redha seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128, "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
--> werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan serta dalam rahmat kasih sayang~Nya.. amiin
Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW.
Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6, "Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain – menurut (hukum) Kitab Allah – daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah."
--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Soalan tuan haji tu ada saya ajukan kepada ustaz berkenan, barangkali kerana kesibukkannya mengendali kuliah-kuliah agama setiap hari maka soalan saya itu belum sempat beliau jawab.
Apapun yang menjadi sumber kita ialah Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Tentang persoalan perkara yang akan berlaku, memang Baginda Rasulullah s.a.w tahu mengenai hal-hal yang ghaib dan apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan izin dan wahyu serta pengkhabaran daripada Allah Ta’ala itu sendiri. Lantaran itulah, Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Surah al-Jin, ayat 26 & 27:
Ertinya : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya." Inilah di antara bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w iaitu beliau mempunyai mukjizat yang dengannya, Baginda s.a.w dapat memberitahu apakah perkara-perkara yang ghaib dan apakah pula yang akan berlaku pada masa akan datang.
Adapun pengetahuan mengenai hal-ehwal ghaib yang diketahui oleh Para Nabi a.s dan manusia-manusia yang berilmu itu amatlah sedikit berbanding pengetahuan Allah Ta’ala mengenainya . Lantaran itulah Allah Ta’ala berfirman : Ertinya : "..dan tidaklah kamu diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (QS Al-Isra’)
Tentang nak jawab soalan anak tuan haji tu, terpulanglah kepada kebijaksanaan tuan haji. Saya rasa tuan haji lebih mengetahui hal ini daripada saya. Untuk menyokong silalah rujuk kepada sebuah buku karangan Muhammad Muhyiddin berjudul "Bila Anak anak bertanya tentang Allah dan Alam ghaib."
selamat menyambut puasa minggu hadapan..
ReplyDeleteSalam Sahabat Razak...
ReplyDeleteSemoga kita tergolong dalam umat Nabi dan Rasul kita Muhamad SAW.... dan dapat syafaat dari padanya....
Assalamualaikum Ustaz...
ReplyDeleteBetapa agungnya kasih Rasulullah terhadap kita... :'(
Sedangkan umatnya semakin melupakan baginda...nak berselawat 33x sehari pun berkira...
penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu
ReplyDelete;-)p
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama cikgu..:)
Banyak tanda-tanda kecintaan kita Rasulullah s.a.w. antaranya ialah:
Meneladani Baginda s.a.w. samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, zahir dan batinnya
mengamalkan sunnah-sunnah Baginda s.a.w. mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda s.a.w. dalam semua keadaan, baik dikala susah, maupun senang, dikala cergas maupun malas.
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semestinya kita sebagai umatnya perlu membukti kecintaan kita kepada Baginda s.a.w. sebagaimana Dia mencintai kita dengan banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.
--> hazeleyed lady
ReplyDeleteSalam kak..:)
Semoga kakak di sana masa ni sudah selamat menjalani pembedahan dan terus dalam penjagaan Allah SWT.
Moga cepat sembuh..
--> aku HIV positif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Begitulah watak dan sifatnya seorang Nabi, kasih sayang mereka tidak berbelah bagi melainkan kerana Allah semata, dan mereka mengajar kasih sayang itu kepada kita agar tidak berbuat segala bentuk maksiat yang mendatangkan kemudaratan di dunia dan akhirat.
Terima kasih kembali..:)
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga kitak juak dianugerahi kesihatan yang baik dan dilindungi~Nya sentiasa...amin :)
Takkan pernah dapat kita balas segala kasih sayang Rasulullah s.a.w. kepada kita. Hendaknya kita sentiasa berselawat kepadanya dan sentiasa menjaga apa yang telah baginda tinggalkan kepada kita.
P/S: Kamek syorkan agar kitak amalkan ayat 19 Surah al-Waaqiah untuk mengurangkan migrain kitak.
لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ
assalamualaikum ust.
ReplyDeleteterima kasih di atas jawapan ust itu. insyaallah akan saya cari buku itu.
saya faham akan penjelasan ust itu .. cumanya saya ingin mengetahui sumbernya. misalnya kalau al-Quran, ayat berapa dan surah berapa, kalau hadis, hadis siapa atau pun hanya pendapat ulamak sahaja.
begitulah saya di ajar dalam pengajian diploma saya baru-baru ini. dalam setiap peperiksaan yang lalu, setiap jawapan seumpama itu mesti diberikan sumbernya.
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara sihat adanya.
Sedih dan mengharukan. Betapa sayangnya Rasulullah kepada kita umatnya, sayangnya kebanyakan dari kita melupakannya.
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara Zul..
semoga saudara jugadi kurniakan Allah kesihatan yang baik selalu..
Kasihnya nabi terhadap umatnya tidak ternilai harganya, tidak terbayang betapa mendalam lautan kasihnya, tidak terkata betapa tinggi menggunung cinta sucinya. Selayaknya kita memperbanyakkan selawat kepada baginda s.a.w.
--> Mohamadazhan.com
ReplyDeleteSalam sahabat..:)
Hendaknya kita penuhi segala syarat, kriteria dan tanggungjawab yang mesti dibuat ke arah memasukkan diri kita sebagai umat Muhammad s.a.w umat pilihan yang hakiki bukan pada mulut sahaja yang tahu mendakwa bahawa kita umat pilihan sedangkan pada tindakan tidak pernah menampakkan bahawa diri kita adalah umat pilihan akibat tindakannya kadang-kadang lebih buruk dan keji daripada mereka yang tidak beriman.
Wallahu'alam
--> Dearie Pearls
ReplyDeleteYou're most welcome..
Begitulah harapan kita agar manfaat itu diambil dan dihayati dalam kehidupan..
--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Rasulullah s.a.w telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan diluar jangkaan manusia biasa.
Semuga Allah terus tidak jemu jemu mencucuri rahmat kepada kkak hazel yang iman hanya sebesar zarah mungkin...Amin.
ReplyDelete--> ckLah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah SWT makbulkan doa cikgu..amin
--> Miecyber
ReplyDeleteSyukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.
--> nyanyisunyi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih mendoakan saya, moga juga kakak di sana juga sentiasa diberkati Allah..
Begitulah dalamnya kasih dan cintanya Baginda s.a.w. terhadap kita umatnya. Walaupun tempat Baginda s.a.w. di syurga sudah terjamin, namun Baginda s.a.w. masih tidak sanggup dan tega melihat keadaan ummatnya jika mereka terseksa di hari pembalasan kelak.
--> Tirana
ReplyDeleteSemoga kita semua dikurniakan kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan kecintaan yang mendalam sepertimana juga cintanya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada kita
--> ♥ Ahlia Iman ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Allahu Allah, sahabatku, amalan kita dibentengkan kepada Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap hari, pagi dan petang! Maka perhatikanlah apa yang kita lakukan, agar apa yang dibentangkan mengembirakan Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ….. Berhati-hati kita dalam setiap gerak langkah hatta detik hati kita.
Afwan ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT, moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya..aamiin :-)
--> ciK LyndaWawa igUana
ReplyDeleteSelamat mengerjakan ibadah puasa minggu hadapan
--> atie
ReplyDeleteSalam Sahabatku atie...
Hargailah kasihnya dan cintanya Baginda s.a.w. kepada kita dengan mengikuti apa yang diajarkan kepada kita.
--> Cik SHiNJU
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kasihnya Rasulullah s.a.w. terhadap kita tidak berbelah bagi cumanya sebahagian daripada sudah melupainya..
Hendaknya kita perbanyakkan sholawat kepada Rasulullah s.a.w. tanda kita menyintainya..
--> Asrul "iLham" Sany
ReplyDeleteTerima kasih saudara..:-)
--> musollahehsan
ReplyDeleteSalam..
Terima kasih mendoakan saya dan didoakan juga semoga Dato' sentiasa dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah SWT dan sentiasa terhias dalam kehidupan kita berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali tuan haji hamzah..
Benar apa yang tuan haji katakan tu, setiap penjelasan mestilah tepat berpandukan al-quran dan hadith
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak sihat juga hendaknya.
Hendaknya kita sentiasa beringat bahawa setiap kali terlintas di fikiran kita untuk melakukan keburukan walaupun sekecil-kecilnya bayangkanlah tangisan Rasulullah yang tidak redha akan segala perbuatan buruk kita.
--> hazeleyed lady
ReplyDeleteAdik meng'amin'kan doa kakak dan moga Allah mengabulkan permintaan kakak..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,,,airmata seratus tahun pun tidak akan dapat membalas kasih sayang Allah SWT yang telah memberikan manusia akhir zaman Rasulullah sebagai pemimpin....SubhanaAllah...marilah bersyukur dan menucapkan selawat ke atas Nabi junjungan akhir zaman...
ReplyDelete