بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Segala Puja–puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat~Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga bahawa Dia redha menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredhaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam.
Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba~Nya yang beriman. Dia berfirman: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [QS al-Maa’idah : 3]
Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.
Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu. Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t. Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.
Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?
Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan? Allah s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada otak itu.
Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun.
Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredhaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan~Nya.
Moga ada manfaatnya...

Assalamualaikum saudara abdul razak,
ReplyDeletesemoga saudara sentiasa dikurnia kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...
Manusia hanya mentadbir...dan Allah mentadbir dan mentakdir....sekiranya tidak selari tadbir manusia dan tadbir Allah, yakin dengan seyakin-yakinnya...bahawa tadbir dan takdir Allah itulah yang terbaik buat manusia..
Terima kasih saudara atas perkongsian yang bermanfaat ni;)
Assalamuaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sangat besar manfaatnya. Begitu sekali lengkap dan sempurna aturan Ilahi namun manusia cuba mengubahsuai mengikut kehendaknya. Misalnya dalam undang2 jenayah. Siapakah yang berkuasa mengampunkan pembunuh ? Bukankah warisnya ! Atau pun jika seseorang itu telah sabit atau mengaku meminum arak misalnya, adakah pemerintah boleh mengampunkannya ? Bukankah hukum had itu mandatori ?
salam sahabat razak..
ReplyDeleteterima kasih atas penkongian ini... semoga sahabat razak sentiasa diredhai dan dirahmati.....
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteMoga di pagi Jumaat nan mulia kitak dilimpahi keberkatan dariNya dan dianugerahkan kesihatan yang berpjgan ..Amin..
Betapa Dia Maha Pentadbir sekalian alam..yang penuh dengan ketertiban dan kehebatan peraturanNya..
Alangkah bahagia andai diri antara kita ada rasa kepatuhan padaNya pasti kepatuhan ini jualah yang akan menjadikan kita berusaha mentadbir diri..keluarga ..org di sekeliling ... dengan peraturan Allah...
:):)
Assalamualaikum ustz,
ReplyDeleteSesungguhnya garis panduan dalam apa juga hal telah ada dlm al-quran. Sayangnya manusia sering ingkar dan leka dari utk menjadikan ia sebagai landasan / garis panduan seharian.
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara sihat dan diberikan segala kemudahan oleh Allah dalam menjalankan apa jua urusan.
Jika kita sentiasa ingatkan dalam hati bahawa apa yang berlaku adalah perjalanan hidup kita yang telah Allah atur, InsyaAllah hati kita akan tenang, kepala tak berserabut. Allah yang mencipta kita, jadi dia berhak mengatur apa saya yang dirasakan baik untuk kita. Cuma kita tidak mengetahui.
Kadang2 yang kita tak suka tulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.
Solat yang sempurna menjadikan jiwa tenang namun mendapatkan solat yang sempurna perlukan kefahaman yang total.
ReplyDeleteYa Allah, ampunkanlah aku, berikan aku taufik dan hidayahMU dalam pentadbiranMu ke atasku, amin.
Terima kasih atas tazkirah ini.
Salam.. Subhanallah.. Islam itu indah...
ReplyDeleteassalamualaikum wrh wbk.
ReplyDeletesentiasa tersentuh & beroleh kekuatan setiap kali membaca tazkirah di sini.
alhamdulillah & jazakallah khier...
Tiada apa yang mustahil untuk Allah...
ReplyDeleteالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteAllahu Akbar! ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya..
syukran ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT :-)
Moga sahabat sekeluarga sentiasa dalam rahmat kasih-Nya..aamiin
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga sihat hendaknya..
kita perlu berusaha mencapai yang terbaik dalam hidup..selebihnya bertawakkal, kerana semua dari Allah jua..wallahualam..
terima kasih perkongsian anda.
Salam ustaz
ReplyDeleteManusia mentadbir, Allah jua yang mentaqdir
Assalamualikum Sdr Abdul Razak
ReplyDeleteringkasnya..kita kenalah berusaha, berdoa dan bertawakkal...
semua terjadi dengan izinNya...
ReplyDeletesemua terjadi dengan izinNya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz...
ReplyDeleteAlhamdulillah,dapat sedikit ilmu hari ni...Terima kasih kerana x jemu2 mengingatkan kami yg lalai ini...
Salam
ReplyDeleteselain membaca buku2 agama,motivasi...bila ke blog ni jugak akak pasti beroleh 'isi' nya...
assalam..
ReplyDeletePutaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku
sy setuju ngan kata2 ni
..tapi pada zaman sekarang ini, pentadbiran mahupun peraturan kekadang diputar belit demi kepentingan sesetengah pihak.
ReplyDelete*perkongsian yang bagus. terima kasih.
assalamualaikum. syukran syeikh atas info yg baik. masalahnya skrg ni kita suka tadbir benda2 lain tanpa kita benar2 berjaya 'mentadbir' diri kita dulu....klu tadbir pun suka pakai otak logik bukan ikut apa yg dah Pencipta tetapkan. bila 'diri' tak ditadbir dgn baik maka yg ditadbir pun apatah lagi..
ReplyDeleteManusia sering terlupa bahawa yang mentadbir segala yang di bumi dan di langit ialah Allah, sebab itulah kadang-kadang manusia menjadi sombong dan bongkak.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
ReplyDeleteLama tidak bertandang ke sini mencari ilmu. Terima kasih ustaz.
...ingin cuba sedaya upaya untuk tidak mempersoalkan segala peraturan dan percaturan @ ketentuan Allah yang
ReplyDeleteMaha Mengetahui...
Allah d'Almighty
Allah knows
Selamat menjalani hari dengan penuh nikmat dan keberkatanNya.
salam ust
ReplyDeletepentadbiran Allah adalah yang terbaik...kadang2 manusia sendiri tak dapat terima ketentuan yang telah berlaku pada dirinya, mereka tidak bersyukur dengan qada dan qdar Allah..moga Allah mengamouni dosa semua dan memberikan hidayah dan taufik =)
assalamualaikum saudara abdul razak
ReplyDeleteapa khabr saudara? semoga saudara sihat selalu.
alhamdulillah, terima kasih tas santapan rohani yangs audara nukilkan.salam ramadhan al kareem
salam sahabt
ReplyDeletebenar apay yang tertulis dalam post ini
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...
Firman Allah, "Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (QS At-Takwir: 29)
Sesungguhnya Allah mengatur segalanya untuk kita..
--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Allah telah membuktikan bahawa Dia adalah Pencipta Terhebat, Pengatur Terbaik, dan semua yang diatur oleh~Nya lancar serta berjalan dengan baik, namun ada pula manusia yang mempertikaikan hukum-hukum~Nya untuk mereka.
--> atie
ReplyDeleteSalam sahabatku..
Terima kasih kembali...
Semoga sahabat juga sentiasa diredhai dan dirahmati Allah Taala...
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
Terima kasih kitak mendoakan kamek. Moga kitak juak sentiasa dilimpahi keberkatan dari~Nya dan dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan..Amin..:)
Maha Suci Allah, telah mengatur alam ini begitu sempurna dan sentiasa berada dalam pengawasan~Nya.
Semua perbuatan, kepatuhan dan ketundukan dilakukan hanya kerana dan kepada Allah SWT sahaja, bukan kerana menurut hawa nafsu, bukan pujian dan dipandang baik oleh orang.
Terima kasih kitak..:)
salam sahabat...
ReplyDeletesempat baca n3 niii n dengaq kuliah...syukran sahabat ^__^
salam brother razak
ReplyDeleteislam sekarang tidak seperti dulu
semakin ramai manusia yang tamak
merampas kuasa. rasuah sana sini..
halal haram sudah tidak diendahkan..
Dan juga tak perlu besar-besarkan isu Wahabi...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSebaik-baik pentadbir ialah Allah. Dia juga yang mentaqdirkan sesuatu ke atas para makhluk-Nya.
Alangkah indahnya hidup ini andai akal yang dikurniakan Ilahi itu digunakan oleh kita dalam mentadbir jalan hidup yang ditaqdirkan oleh-Nya berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunnah.