Friday, August 05, 2011

Berbuka puasa dengan tamar


بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan kembali bersama kita lagi. Sudah pasti setiap muslim ingin sekali memenuhi seharian mereka dengan amal ibadah sehinggalah Ramadhan pergi meninggalkan kita semua. Dan di bulan puasa ini, sering kita mendengar kalimat ‘Berbuka puasalah dengan makanan atau minuman yang manis'. Kononnya itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Benarkah demikian?

Dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma segar) sebelum sholat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamar (kurma kering), maka jika tidak ada tamar kering beliau meneguk air. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Nah. Rasulullah berbuka dengan kurma. Kalau tidak mendapat kurma, beliau berbuka puasa dengan air. Samakah kurma dengan ‘yang manis-manis’? Tidak. Kurma, adalah karbohidrat kompleks (complex carbohydrate). Sebaliknya, gula yang terdapat dalam makanan atau minuman yang manis-manis yang biasa kita makan sebagai makanan berbuka puasa, adalah karbohidrat sederhana (simple carbohydrate).

Dari mana asalnya sebuah kebiasaan berbuka dengan yang manis? Tidak jelas. Malah berkembang jadi keyakinan umum di kalangan masyarakat, seakan-akan berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis adalah 'sunnah Nabi'. Sebenarnya tidak demikian. Bahkan sebenarnya berbuka puasa dengan makanan yang manis (karbohidrat sederhana) boleh menjejaskan kesihatan.

Buah tamar, dalam keadaan asli, sebenarnya tidak terlalu manis. Tamar segar merupakan buah yang bernutrisi sangat tinggi tapi berkalori rendah, sehingga tidak menggemukkan.  Jadi, kalau mahu mengikuti sunnah Rasulullah, sebaiknya carilah tamar segar yang tanpa ditambahkan kandungan gulanya. Kini, saya merasakan buah tamar yang terdapat di pasaran adalah dalam keadaan asli.

Kenapa berbuka puasa dengan yang manis sehingga boleh menjejaskan kesehatan?

Ketika berpuasa, kadar gula darah kita menurun. Kurma, sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah, adalah karbohidrat kompleks, bukan gula (karbohidrat sederhana). Karbohidrat kompleks, untuk menjadi glikogen, perlu diproses sehingga memakan waktu. Sebaliknya, kalau makan yang manis-manis, kadar gula dalam darah akan melonjak naik. Sangat tidak sehat. Kalau karbohidrat kompleks seperti buah tamar asli, keadaan pergerakannya perlahan.

Mari kita bicara tentang ‘indeks glikemik’ (glycemic index/GI). Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) tinggi yang memiliki sifat merangsang penimbunan lemak kerana respon insulin yang tinggi. Contohnya makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sementara, Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) rendah yang memiliki sifat menyediakan tenaga besar yang cepat habis, namun tidak merangsang penimbunan lemak kerana respon insulinnya rendah. Contohnya buah-buahan. Karbohidrat Kompleks pula adalah karbohidrat yang memiliki struktur untaian gula yang panjang dan juga merupakan sumber tenaga besar, namun memiliki sifat yang membuat tenaga yang dihasilkan menjadi lebih tahan lama dan tidak menghasilkan lemak. Dalam tubuh kita karbohidrat kompleks akan diproses secara perlahan, itulah sebabnya tenaga yang dihasilkan menjadi tahan lama.

Nah, kalau perut sudah kosong seharian, lalu langsung dibanjiri dengan gula (makanan yang sangat-sangat tinggi indeks glikemiknya), sehingga respon insulin dalam tubuh langsung melonjak. Dengan demikian, tubuh akan sangat cepat bertindakbalas untuk menimbunkan lemak.

Seorang sufi yang diberi Allah ilmu tentang urusan kesihatan jasad manusia. Kata Beliau, bila berbuka puasa, jangan makan apa-apa dulu. Minum air putih segelas, lalu sholat maghrib. Setelah shalat, makan nasi seperti biasa. Jangan pernah makan yang manis-manis, kerana ia boleh merosakkan badan dan mengundang penyakit. Kenapa nasi? Sebabnya, nasi adalah karbohidrat kompleks. Perlu waktu untuk diproses dalam tubuh, sehingga tindakbalas insulin dalam tubuh juga tidak melonjak. Kerana tindakbalas insulin tidak tinggi, maka kecenderungan tubuh untuk menabung lemak juga rendah.

Inilah sebabnya, ramai sekali orang di bulan puasa lemaknya bertambah di bahagian-bahagian penimbunan lemak: perut, pinggang, pinggul, paha, belakang lengan, pipi, dan sebagainya. Ini kerana tubuh dibanjiri dengan insulin, melalui makan yang manis-manis, sehingga tubuh menimbunkan lemak, padahal otot sedang mengecil kerana puasa.

Rasulullah mengajarkan kita untuk makan dengan tidak berlebihan. Jangan sampai makanan menjadi cubaan yang menghalangi ibadah kita di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Ramai orang di bulan puasa ini menjadi lemas, mengantuk, atau bertambah gemuk kerana pengambilan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. Kerana salah memahami hadits di atas, maka natijahnya ‘rajin puasa = rajin berbuka dengan gula.’

Jika ingin sihat, ikuti saja kata Rasulullah: "Makanlah ketika lapar dan berhentilah makan sebelum merasa kekenyangan.“ DAN Sabdanya lagi, "Tidak ada satu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam, lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, cukuplah sepertiga untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Semoga ada manfaatnya...

Dikutip dari kebanyakkan sumber

34 comments:

  1. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan..

    Terima kasih saudara atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni. Aduhh,tiba2 kecut perut jadinya bila baca bab2b karbohidrat kompleks, sederhana, gula ni semua .Semalam berbuka dengan pengat pisang. Pagi tadi pun bersahur dengan pengat pisang..huhu.

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. IA SEHARUSNYA MEMJADI PANDUAN AMALAN KITA. SELAMAT BERPUASA.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ust.

    Saya bernasib baik membaca entri ini. InsyaAllah saya akan ubah gaya pemakanan saya selepas ini. Patutlah badan saya jadi begini.

    Terima kasih atas usaha Ust menerbitkan entri yang ilmiah ini.

    ReplyDelete
  4. salam saudara Abdul Razak
    moga sihat hendaknya..

    Saya bersetuju dengan entri anda ini, tak pernah pula saya dengar sunat berbuka dengan makanan yang manis, dengan buah kurma sudah tentu..begitu juga dengan buah Tin dan sebagainya..wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Ustaz...

    ramai antara kita yang mengambil makanan yang terlebih manis sewaktu berbuka sehingga memungkinkan datangnya pelbagai penyakit!

    Rasulullah SAW telah memberi contoh yang baik dan betul, kita saja yang suka mengubah2...

    ReplyDelete
  6. salam en.razak, lama tak jenguk sini. selamat berposa :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Nampak gayanya saya jua perlu ubah cara pemakanan saya waktu berbuka nanti...terima kasih atas tazkirah ini.

    Selamat menjalani ibadah puasa.
    Selamat menyambut lebaran,
    maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum

    info yang baik

    kebanyakan kita masih keliru antara kurma dan rutab. nampaknya hadis tu menjelaskan rutab yang diberikan keutamaan berbanding kurma

    masyakat kita kena ingat juga tentang bahaya mengada-adakan sesuatu sandaran atas nama rasulullah sedangkan ia bukan amalan sunnah baginda, jelas sesuatu yang diancam oleh nabi dengan neraka jahannam. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    alhamdulillah,baru tahu huu~`
    syukran ustaz.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saudara,

    subhanallah. Maha suci Allah..
    sungguh, banyak terkandung hikmah di sebalik berbuka dgn kurma.. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.
    Semoga sihat dan ceria. Selamat berpuasa.

    Minda sudah terasuh agar berbuka dengan benda yang manis. Lazimnya buah kurma di pasaran yang dibeli dengan timbangan kilo atau dibungkus sendiri oleh tuan kedai, ia lebih manis dan melekit seperti ada dicampur dengan gula.

    Berbeza dengan kurma yang dalam bungkusan/kotak dengan logo dan gambar yang menarik, tertera negara asalnya. Agak mahal tetapi nampak lebih segar.

    Tahniah atas info tersebut.

    TQ

    ReplyDelete
  12. salam.. apa yang Rasulullah buat mmg ada hikmah yang besar kan.. masyaALLAh...

    tq for the info~ ^^!

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sdra..

    selamat berpuasa utk sdra sekeluarga..

    trime kasih atas peringatan ini..semoga sdra dan keluarga terus dirahmati ALLAH SWT

    ReplyDelete
  14. Assalam Ustaz..

    Mekasih bg info nih..
    Saya nak tanya pasal solat witir..
    Betul ke kalau kita dah witir slps terawikh,then bila kita bangun utk solat tahajjud kena buka witir smula? Mcamana caranya tu? yg saya amalkan skrg ni lepas terawikh saya trus balik,x join witir..nt pas solat sunat baru witir..btk ke tu?

    puas dh gugel info pasal ni tp x jumpa..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,
    tahniah. entry yg sgt2 berharga. menggabungkan fakta agama & sains perubatan sekaligus.

    sukar dilepaskan. mohon izin utk perkongsian di AHP.
    jazakallah khier...

    moga sentiasa dlm redha & rahmat-Nya, insya-Allah...

    ReplyDelete
  16. -->Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali saudari Shinju..

    Menurut apa yang saya pelajari tentang solat witir jika sudah dikerjakan selepas solat Tarawih, maka tidak perlulah diulangkan semula bila bangun solat malam untuk mengerjakan solat Tahajud atau solat sunat lain.

    Namun, yang AFDALnya hendaklah mentakhirkan sekalian solat Witir hingga selesai mengerjakan solat Tahajud. Inilah yang sebaik-baiknya kerana mengikut kata para ulama. Orang yang bercita-cita untuk mengerjakan solat sunat Tahajjud hendaklah mentakhirkan solat Witirnya sehingga selepas solat Tahajjudnya, demikianlah fatwa Syeikh Ramli Kabir.

    Sumber: Kitab Furu' Al-Masail wa usul al-Wasail karangan Maulana Syeikh Daud Abdulllah Al-Fathani

    ReplyDelete
  17. Salam akhi...

    Syukran di atas perkongsian ini...

    Selamat menjalani ibadah puasa.. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...

    ReplyDelete
  18. dah 5 hari puasa, tamar yang IM beli belum luak dari sekotak itu..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ust.

    Cantik pengisian N3 ini. Makan tamar macam tak kenyang itu yg mula makan lebih berat tak kira dah karbohidrat atau gula semuanya masuk dalam tubuh. Akibatnya di tanggung sendiri.

    Takut kakak bila baca kenyataan ini. Terima kasih peringatan kakak nak kongsi dgn keluarga kakak....

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum saudara
    semoga saudara dlm kesihatan yang baik jua,bagi menruskan penulisan mendidik jiwa ini.

    Subhanallah. Indahnya ISlam.
    sehinggakan cara makan, bab pemakanan turut dititik beratkan.
    sesungguhnya pada Rasululluah itu terdapat contoh tauladan yang baik.

    selamat berpuasa dan selamat mnejalani ibadah di bulan ramadan
    wslm

    ReplyDelete
  21. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T atas nikmat yang tidak putus-putus dari-Nya.

    Terima kasih atas segala kiriman ilmu dari sahabat, alhamdulillah.

    Moga ALLAH memberkati segala usaha yang baik ini, aamiin.

    syukran jazilan :-)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, baru saja beli kurma tadi..mudah2an amalan makan kurma dapat diteruskan hingga bulan2 akan datang kerana kurma sememangnya banyak khasiat.

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum ustaz,

    salam ukhuwah..tertarik dgn komen2 yg diberi pada blog sahabat maka dgn itu saya follow ustaz..info yang sangat banyak memberi manfaat..salam ramadan dr saya

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum

    Saya sudah terbiasa sejak kecil makan nasi sebelum solat maghrib sewaktu berbuka. Sekarang ini cuba melatih diri untuk makan nasi sesudah solat maghrib. :)

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum

    terima kasih utk info ni...
    sgt2 berguna (^__^) ~

    ReplyDelete
  26. info yg berguna untuk diamalkan sepanjang ramadhan.. terima kasih tuan razak..

    ReplyDelete
  27. bismillahirrahmanirrahim..

    salam ziarah di bulan ramadhan ya ustaz..
    post yang bermanfaat..:)
    Alhamdulillah^^,

    moga Allah kasih~~
    selamat beramal:)

    ReplyDelete
  28. Salam Ustaz.
    Salam Ramadhan.Semoga diberkati Allah swt.N3 yang menarik dan padat dengan infomasi Islamik.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kitak:)

    Semoga kitak memperolehi kesihatan yang baik dan dirahmatNya jua..Amin..:)

    Tksh yaa kitak..kongsi info/ilmu tukk..:)
    Sememangnya banyak manfaat yang diberikanNya biar dengan sebiji kurma..namun banyak khasiatnya..:)


    p/s:...maaf kmk..lama sik ziarah kitak di situk..berhibernasi bahh:)

    ReplyDelete
  30. Hi..
    Pertama kali nengok buah tamar tue.
    selalu dengar buah kurma saja.

    selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum. alhamdulillah semenjak tahu kebaikan kurma (lebih2 ianya adalah amalan Rasulullah) maka kurma ni mmg sentiasa ada dirumah wlpun bukan di bulan puasa. jenis Mariami adalah pilihan anak2...

    ReplyDelete
  32. السلم عليكم ورحمة الله

    Saudari Afida, Dato, Abg Hj Hamzah, Saudara Zul, Kakcik, Sis Intan, Cikgu Ahmad, Cemomoi, Nazihah, Mutiara Bernilai, Cikgu Lai, senyumSOYA, Sahrom, Cik Shinju, aku HIV positif, Cikgu Ruby, Insan Marhaen, Kak Zakie, Ummu, ckLah, Sahabat Halawatul Iman, Mohamad Azhan, L, anitaare, Ros Illiyyuun, Manje, Fuad Ansari, Kueh, Cikgu Roha, Pn Kartini, Dearie Pearls, dan Nahmy

    Kepada semua yang telah memberi komen dan ulasannya di sini diucapkan ribuan terima kasih, moga teman semua beroleh kebaikan yang banyak serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...amin

    Kepada yang datang tanpa meninggalkan kesan, terima kasih dan moga mendapat manfaat daripada apa yang saya tuliskan.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.