Saturday, August 13, 2011

Buah puasa


بسم الله الرحمن الرحيم


Puasa merupakan rahsia antara Allah dan hamba~Nya.
Ketika seseorang berpuasa dengan sabar, ikhlas dan penuh cinta,
maka hubungan antara hamba yang berpuasa dan Tuhannya
menjadi tanpa kepentingan iaitu suatu ketundukan penuh.
Insan menindakkan kehendak dan hasrat-hasratnya dengan
menyambut kehendak Tuhan.


Tiada satu pun bentuk ibadah atau usaha mendekatkan
diri kepada Allah yang menyamai puasa, kerana
di dalamnya tidak mungkin ada kemunafikan.


Ibn Arabi mengatakan bahawa makna puasa adalah
penolakkan diri yakni menolak ego yang selalu
memerintahkan keburukan dan menolak hasrat-hasrat
jasmaniah, yang hasilnya akan menyucikan diri
manusia.


Itulah mengapa Allah berfirman, "Seluruh amal
dan ibadah manusia adalah untuk mereka sendiri
dan milik mereka. Hanya puasalah untuk~Ku dan
balasannya adalah dari~Ku."


Allah juga mengatakan bahawa nafas seorang
berpuasa lebih harum bagi~Nya daripada bau kasturi,
kerana apa yang dicium bukanlah bau busuk melainkan
manifestasi daripada sifat sabar dan sayang~Nya.
Seorang yang berpuasa demi Allah menghempuskan
manifestasi aroma ini dalam setiap nafasnya.


Ya Allah,
jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa.
Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah.
Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam.
Dan ampunilah aku; wahai Tuhan Maha Pengampun, daripada segala dosa.


Ya Allah,
berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah~Mu
dan berilah aku kemanisan berzikir.
Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu.
Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu,
wahai Tuhan Maha Melihat.


Ya Allah,
bantulah aku dan kurniakan aku kekuatan untuk mengerjakan suruhan~Mu
meskipun dalam keadaan perit menghadapi kesakitan
wahai Tuhan Maha Penyembuh segala penyakit.


Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.



25 comments:

  1. amin ya rabbal 'alamiin...
    jazakallah khier...

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz

    selamat berbuka dari saya untuk tuan sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara abdul razak, saya doakan saudara sentiasa dikurnia kesihatan yang berpanjangan di samping rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah ruah..

    Aminnn Ya Rabbal Alaminn..

    Sebak baca doanya saudara. Moga-moga dengan ibadat puasa yang kita lakukan ni, kita beroleh taqwa...insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Amin...


    Salam saudara Abdul Razak..
    semoga sihat selalu hendaknya.

    Puasa mengajar erti sabar
    dalam mengharungi kehidupan
    bermula dengan berpuasa mengajar
    kita erti lapar dan dahaga etc

    Manusia kalau lapar selalunya
    akan mudah lupa diri, terjadilah
    seperti kisah si polan mencuri
    kerana mencari sesuap nasi etc

    Di sini islam itu jelas begitu
    unik dan indah jika kita merungkainya dan memahaminya..
    wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Salam.. Terima kasih ustaz sebab menyumbangkan info yang bermanfaat.. Semoga kita semua diberikan ganjaran yang setimpalnya dengan apa yang dilakukan di bulan puasa...

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan al-mubarak. Amin ya rabbillamin. Semoga bulan yang mulia dan penuh dengan hikmah ini dapat kita memunafaatkan dengan ibadah yang lebih bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  7. Muga puasa kita hari ini bukan hanya lapar dan dahaga...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum:)

    Semoga ktk dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu..Amin.

    Semoga berpuasanya kita dengan penuh taqwa dan ikhlas ..InsyaAllah kan perolehi keredhaan Allah & ganjaran pahala berlipat ganda..

    :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Moga buahnya memberikan nikmat yang tidak terhingga,

    selamat memburu lailatul qaar.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesihatan yang baik serta dirahmatiNya dan dapat beramal dengan sempurna..Amin.

    Semoga bulan Ramadhan mulia ini menjadi madrasah buat kita semua bagi menghasilkan ketakwaan dan dapat dituai di sana nanti.

    Semoga Allah mengabulkan doamu ini. Allahumma Amin

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum...

    Aamiin Ya Rabbal'alamin..
    doa yang menyentuh hati, moga dikabulkan oleh ALLAH S.W.T segala doa sahabat..insya-ALLAH

    syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  12. SALAM,
    SEMOGA BULAN RAMADHAN INI DAN BULAN2 SETERUSNYA MENDEKATKAN LAGI KITA KPD ALLAH SWT

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum. itulah yg bila ditanya Rasulullah kpd Saidina Ali apa yg disukainya...maka salah-satu jawapan Saidina Ali ialah lagi panas cuaca lagi suka dia berpuasa. betapa byknya 'miracles' yg terkandung dlm ibadat puasa itu...wallahualam

    ReplyDelete
  14. Semuga kita dapat berpuasa penuh...

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan..
    Sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling berjaya dari Ramadhan yang lalu..

    ReplyDelete
  16. Amin... puasa ini penuh hikmah... moga2 kita jalaninya dgn penuh keinsafan... ~

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum

    alhamdulillah hingga saat ini Allah masih memberikan kita nafas semerbak kasturi untuk melaksanakan ibadah puasa, semoga kita dikurniakan pula lailatul qadr, insyaallah

    ReplyDelete
  18. salam ustaz..

    slm ramadhan..semoga puasa kita tersenarai di dalam ibadah yg mendapat keberkatan dan redha dariNya.amin..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum tuan..

    trime kasih ats entri ini..semoga tuan dan sekeluarga terus dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  20. salam nuzul quran..=0

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    ReplyDelete
  21. salam ust,

    puasa ibadah yang terus dinilai oleh Allah kerana cabarannya yang hebat dan memerlu hati yang ikhlas untuk mentaati perintah puasa =)

    Salam ramadhan, rebut peluang 10 malam akhir =)

    ReplyDelete
  22. ameen.

    ramadan semakin hujung :(

    ReplyDelete
  23. Kakak berdoa moga amalan puasa kita menuju sasaran sebenarnya. Amalan yg allah katakan untukNya dan balsan diterima dariNya...

    ReplyDelete
  24. Aku HIV positif, IMANSHAH, Saudari Afida Anuar, Saudara Zul, AmirFX, Dr Sam, Insan Marhaen, Pn Kartini, Cikgu Ahmad, Kak Werdah, Sahabatku Ahlia Iman, Dearie Pearls, Luahfikiran, Nahmy, Miecyber, Cikgu Mohamad, Saudari Manje, Cemomoi, Deena Farhana, Shahrom, Saudara L, Saudara Mohamad, Cikgu Normah dan Kak Zakie.

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih atas kesudian kalian datang ke blog saya dan meninggalkan ulasan. Selamat berpuasa dan moga Allah SWT kurniakan kita semua taqwa dan iman...amin

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.