Ditayang-tayang buaian waktu, lemah lembut tiada terasa
Datang lagi engkau oh Syawal bulan yang mulia
Kesekian kalinya dengan menggenggam hikmat dan selia
Harapan cinta mengingati kemenangan yang kamu gonggong dari masa ke masa
Oh engkau syawal gilang gemilang kupandang sejahtera kurasa
Fajar di timur membayang, melangiri betara indera
Mengalamatkan bahawa tak lama lagi matahari akan tersenyum manakala bertentangan
Permainya...demikian layaknya kehadiranmu penuh kasih mesra
Sungguh engkau, oh syawal sebagai lambang kemenangan
Kami umat Islam menanti cahaya suluh kebenaran sejati
Moga-moga dapat pula kami berkhidmat dan berbakti
Setiap tahun dan abad bercara sendiri nampak kehadiranmu
Telah lalu masa mereka di istana menyambutmu
Keagungan dan kemegahan bagi usaha dan tenaga mereka
Mereka menyanyikan dendang kemenangan dengan suka
Mendengung-dengun ke segenap angkasa yang luas ini
Mereka yang menghiasi parasmu dengan kembang kemuliaan yang murni
Maka sekarang engkau menjelma lagi
Tetapi malangmu menentang udara yang keruh
Taman telah kusut masai bunga kering mati kuntum luruh
Mahligai kemenangan kami telah hancur diinjak-injak masa
Hanya engkau yang kami harapi, kami ratapi dengan hati gelisah
Maka dari jauh saya hulurkan tangan berjabat salam
Kepada sekalian kaum Islam semesta alam
Mudah-mudahan dapat lagi Allah lanjutkan Syawal akan datang
Semasa itu dalam aman dijauhkan bala istimewa hutang
"Ya Allah, Tuhan kami Raja segala raja, kurnialah kami hari kemuliaan..
Kurniakan kami keikhlasan jiwa seperti yang engkau beri..
Mahkotakanlah taqwa buat kami setelah taat berpuasa..
Wahai Allah Yang Maha Pemberi."
Majlis 1937
Selamat Hari Raya Teman-temanku Tercinta,
Maaf Atas Segala Silap dan Salah..
Kudoakan semoga perjalanan kalian
kembali ke kampong masing-masing
dalam perlindungan ALLAH SWT
AMIN..
:-)
Datang lagi engkau oh Syawal bulan yang mulia
Kesekian kalinya dengan menggenggam hikmat dan selia
Harapan cinta mengingati kemenangan yang kamu gonggong dari masa ke masa
Oh engkau syawal gilang gemilang kupandang sejahtera kurasa
Fajar di timur membayang, melangiri betara indera
Mengalamatkan bahawa tak lama lagi matahari akan tersenyum manakala bertentangan
Permainya...demikian layaknya kehadiranmu penuh kasih mesra
Sungguh engkau, oh syawal sebagai lambang kemenangan
Kami umat Islam menanti cahaya suluh kebenaran sejati
Moga-moga dapat pula kami berkhidmat dan berbakti
Setiap tahun dan abad bercara sendiri nampak kehadiranmu
Telah lalu masa mereka di istana menyambutmu
Keagungan dan kemegahan bagi usaha dan tenaga mereka
Mereka menyanyikan dendang kemenangan dengan suka
Mendengung-dengun ke segenap angkasa yang luas ini
Mereka yang menghiasi parasmu dengan kembang kemuliaan yang murni
Maka sekarang engkau menjelma lagi
Tetapi malangmu menentang udara yang keruh
Taman telah kusut masai bunga kering mati kuntum luruh
Mahligai kemenangan kami telah hancur diinjak-injak masa
Hanya engkau yang kami harapi, kami ratapi dengan hati gelisah
Maka dari jauh saya hulurkan tangan berjabat salam
Kepada sekalian kaum Islam semesta alam
Mudah-mudahan dapat lagi Allah lanjutkan Syawal akan datang
Semasa itu dalam aman dijauhkan bala istimewa hutang
"Ya Allah, Tuhan kami Raja segala raja, kurnialah kami hari kemuliaan..
Kurniakan kami keikhlasan jiwa seperti yang engkau beri..
Mahkotakanlah taqwa buat kami setelah taat berpuasa..
Wahai Allah Yang Maha Pemberi."
Majlis 1937
Selamat Hari Raya Teman-temanku Tercinta,
Maaf Atas Segala Silap dan Salah..
Kudoakan semoga perjalanan kalian
kembali ke kampong masing-masing
dalam perlindungan ALLAH SWT
AMIN..
:-)
Assalamualaikum, Salam lebaran..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.
Salam Aidilfitri brother Razak sekeluarga
ReplyDeletesemoga sama2 kita bermaaf2an..
selamat hari raya dari alimaz sekeluarga....
ReplyDeleteassalamualaikum saudara abd razak
ReplyDeletesaya juga mengatur jari sepuluh selama berhubung secara maya ini kerana kadang
dalam berkata-kata ada tersinggung rasa,
dalam berbicara ada tersalah sangka,
dalam bergurau ada ati yang terasa,
dalam senda ada yang tak kena
adakalanya haluan kita tak sama maka mudah berburuk sangka
adakalanya rentak kita tidak senada
maka berubah muka
semoga kita semua dalam peliharaan Allah jua
slamat hari raya
Assalamualaikum saudara abdul razak,
ReplyDeleteMoga tarbiyah ramadhan akan terus kita genggam ke bulan-bulan yang seterusnya, insyaAllah..
terima kasih atas kad ucapan selamat hari raya yang indah ni, nanti saya tayang dekat entry terbaru yer;)...
salam eidulfitri juga buat saudara abdul razak sekeluarga.. maaf lahir dan batin kiranya ada tersilap bahasa dan kata....
besok pagi sejurus selepas subuh saya akan bertolak balik ke Terengganu. Doa2kan saya selamat pergi dan kembali ya saudara. insyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi..
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteSemoga ktk dilimpahi kasihsayang & KeberkatanNya..dan dianugerahi kesihatan yang baik..Amin..:)
Sempena menjelangnya Syawal..mohon ampun dan maaf andai ada kesilapan kmk ngan kitak..manalah tahu..dalam memberi buah fikiran maupun komen di situk ada terkasar bahasanya..:)
Tksh utk kad raya..
nice!!..:)
assalamualaikum kitak...
ReplyDeleteyaaaaa robbi...lama sik singgah blog kitakkkk ehhh....apa khabar kitakkkk?? sihat kah??? kamek bait jaakkk....gago meli barang utk dibawa pulang esokkkk....
selamat hari raya kitak..
molah menu apa kitak di hari raya??
semoga kitak gembira selalu..
sik terbang kl kah?
hehe....
kamekkkkk amik kad kitakkk oowwhh ...terima kasehhhh ....
--> pCL [p@kcikLie]
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Salam lebaran..
Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua..amin
--> Nur Misnan
ReplyDeleteSalam Aidilfitri juga buat Sister Nur dan suami..
Maaf jika ada silap dan salah..
--> alimaz kembara terasing
ReplyDeleteTerima kasih, moga di hari yang berbahagia ini Allah anugerahkan kita semua keampunan dosa dan ketaqwaan yang semakin mantap
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Selamat Hari raya juga buat saudara Cemomoi. Semoga segala amalan kita disepanjang bulan mulia yang bakal berakhir ni akan benar-benar diterima Allah..
Mohon ampun, mohon maaf atas segala ketelanjuran kata yang sengaja dan tak disengajakan...
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita dan pohon agar kita diberi kekuatan dapat meneruskan segala ibadah yang kita lakukan di sepanjang Ramadhan dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.
Didoakan moga Allah permudahkan perjalanan saudari pulang ke kampong dan selamat kembali ke KL kelak...amin
Selamat Hari Raya Maaf Lahir Batin
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله...:)
Semoga kitak juak sentiasa dilimpahi kasih sayang & keberkatan dari Allah SWT..dan dianugerahi kesihatan yang baik..Amin..:)
Kamek pun sama mohon ampun dan maaf ngan kitak andai ada kesilapan yang kamek lakukan baik secara nyata atau tersembunyi sepanjang persahabatan kita di alam maya ini..:)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..:)
Terima kasih kitak..:)
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Aukk nang lamak kita sik datang sitok, muang batu menar kitak..:)
Mek bait jak alhamdulillah, moga kitak bait juak. Selamat hari raya juak buat kitak, bait-bait kitak balit ke kelantan dan moga Allah permudahkan perjalanan kitak.
--> Dr. Ben
ReplyDeleteThanks...Eid Mubarak!
salam sahabat razak...
ReplyDeleteselamat hari raya maaf dipinta atas kesalahan.... semoga syawal membawa bahagia dan penuh ketakwaan....semoga bertemu lagi di ramadhan akan datang....
--> atie
ReplyDeleteSalam sahabatku..
Selamat Hari Raya buat sahabat, maaf atas segala kesalahan...moga berbahagia hendaknya
Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra . Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..
ReplyDelete--> sahromnasrudin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri 1432H..
Saya pun minta maaf andaikata ada silap dan salah yang saya lakukan..
selamat hari raya en.razak..
ReplyDeletemaaf dipinta jika terdapat silap dan salah...
--> ainnoraini
ReplyDeleteSelamat hari raya puan, saya pun minta maaf juga jika ada silap dan salahnya
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat menyambut lebaran,
Maafkan zahir dan batin.
.....apabila berlalunya ramadan maka menangislah pintu langit dan bumi...
SALAM,
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! pihak LF MEMAAFKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)
salam saudara abd razak
ReplyDeleteterima kasih atas kad hari raya'
benar,
sungguh terasa bila ramadhan makin menjauh
semoga syawal akan datang bakal berikan kita semangat baru dan terus beristiqamah beribadah
Berusaha membuat yg terbaik, moga amalan diterima olehNya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat ust dan keluarga...
Salam tn ustaz,
ReplyDeleteSelamat menyambut kedatangan syawal yang mulia, moga bergembira bersama keluarga.......Selamat Hari Raya...
Sebelas bulan kita kejar dunia,
ReplyDeleteKita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H
Eid Mubarak..!!!
ReplyDeleteSemoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu lagi dgn bulan ramadan yg penuh berkat ini thn2 seterusnya..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..moga bergembira di hari lebaran ini.
ReplyDeletesalam saudara Abdul Razak
ReplyDeletemoga anda selalu sihat..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
& Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.
Biarpun tak pernah bersua muka, namun terasa kemesraannya. Doamu sentiasa menjadi motivasi menemani diri. Semoga ramadhan dan 'idul fitri kali ini memberikan kemenangan.
Kak mohon maaf ya, jika ada salah silap di mana-mana dalam dunia maya ini.
Selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteتقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
ReplyDeleteAidilfitri hari kemenangan
ReplyDeleteKejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga..mohon maaf jika ada silap dan salah
Ass-Salam dik Abd Razak
ReplyDeleteIndah sekali bait bait kata tertulis...
Semuga dik Abd Razak beroleh sepenuh keberkatan ramadhan...dan berbahagia menyambut lebaran yang hampir tiba.
Kak Hazel mohon maaf andai pernah komen kakak yang menyinggung perasaan.
Wassalam.
assalamualaikum ustaz.
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan dan ucapan ust. saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya sambil memohon maaf zahir dan batin andai ada tulisan saya yg menyinggung hati.
saya dah ambil kad ust dan tampal di blog saya.
Assalamualaikum saudara Abdul Razak...
ReplyDeleteSelamat hari raya....maaf zahir & batin.
assalamualaikum Ustaz..
ReplyDeleteselamat hari raya, saya juga mohon maaf jika ada salah silap dalam komen dan tulisan saya selama ini
selamat hari raya aidilfitri
Assalamualaikum..
ReplyDeleteDingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam di tengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Lemah gemalai tuan puteri,
Berkain cindai cantik sekali,
Pohon kemaafan di Aidil Fitri,
Moga ukhwah kekal abadi..
p/s jemputlah datang beraya ke rumah saya :)
Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk saudara Abd Razak dan keluarga.
ReplyDeleteKak ani memohon maaf andai ada terguris rasa ketika berblog. Semuanya tidak disengajakan.
Salam. Indah bahasa seindah adabnya. Syawal datang menjentik rasa. Berbaloi sebulan berpuasa tetapi layakkah Hari Raya ini sebagai hadiahnya?
ReplyDeleteassalamualaikum syeikh. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. kita akan sentiasa merindu-Nya walau di bulan mana kita berada.
ReplyDeleteassalamualaikum akh razak :)
ReplyDeletesemoga dalam rahmatNya sentiasa, lame nye x singgah sini.. selamat hari raya dari sy..maaf andai ada tersalah tersilap sepanjang ukhwah yg terjalin di sini.. smoga syawal kali ini mmbawa sejuta rahmat utk akh sekeluarga,
eid mubarak..taqabbalallahu minni wa minkum :)
assalamualaikum akh razak :)
ReplyDeletesemoga dalam rahmatNya sentiasa, lame nye x singgah sini.. selamat hari raya dari sy..maaf andai ada tersalah tersilap sepanjang ukhwah yg terjalin di sini.. smoga syawal kali ini mmbawa sejuta rahmat utk akh sekeluarga,
eid mubarak..taqabbalallahu minni wa minkum :)
ikhlas dari, melatidaisy
Salam,
ReplyDeleteSalam idul fitri, taqabbalalLah minna wa minkum ya Kareem...maaf zahir batin.
Assalamualaikum
ReplyDeleteTangan di hulur maaf di pinta
semurni hati, seikhlas kata
setulus kasih....
tiada penghujungnya....
Salam AidilFitri maaf zahir dan batin
ikhlas dari Maiza :)
Salam Eid Mubaraq.
ReplyDeleteMoga kita istiqomah dlm beramal.
--> ainnoraini
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri Puan Ain..
Saya pun minta maaf juga jika terdapat silap dan salah..
--> ahmad humairi
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Selamat menyambut Hari Lebaran,
Maaf lahir dan batin.
Moga segala amalan kita diterima Allah Taala...amin
--> luahfikiran
ReplyDeleteSalam
Selamat Hari Raya dan kemaafan diterima. Saya pun minta maaf juga jika ada silap dan salah..
--> intan.maisarah
ReplyDeleteSalam saudari intan..
Ramadhan telah pergi membawa obor kemenangan..
Moga terus dipuncak, selamat hari raya..
--> Kakzakie
ReplyDeleteUsaha yang baik tetap dalam bimbingan Allah Taala dan moga tercapai segala hasrat dan usaha..
Selamat Hari Raya buat kakak dan keluarga..
--> Norsha
ReplyDeleteSalam Cikgu..
Selamat merayakan aidil fitri yang mulia, dan semoga kemenangan menjalankan ibadah puasa disyukuri dengan bergembira menyambut syawal yang mulia..
Selamat Hari Raya..