Friday, September 02, 2011

Puasa di bulan syawal


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...selamat hari raya mohon maaf atas segala silap dan salah...

Bahang sambutan Aidilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam. Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun. Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah s.a.w., bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya: Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh; Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah s.a.w. dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya. Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

Wallahu’alam

56 comments:

  1. SALAM,
    INSYAALLAH, DENGAN KEAZAMAN DAN BIMBINGAN RAKAN2.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Ustaz...

    Dalam keghairahan memakan pelbagai juadah, harapnya kakcik tidak lupa kepada azam kakcik untuk 'menghabiskan puasa' di Syawal ini.

    ReplyDelete
  3. --> Dr. Ben

    Moga dapat diusahakan dengan bersungguh-sungguh..

    ReplyDelete
  4. --> luahfikiran

    Salam..

    Moga Allah kurniakan kekuatan untuk kita semua melaksanakannya..

    ReplyDelete
  5. --> kakcik

    Wa'alaikumusalam kakcik..

    Mudah-mudahan Allah beri mudah buat kakcik..amin

    ReplyDelete
  6. --> ckLah

    Syukran ya cikgu! Moga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia kesejahteraan di bulan syawal yang mulia ni..

    harap2 kita diberi kekuatan dan kesempatan nak buat puasa 6 hari di bulan syawal.

    PS: nak buat hari raya kedua dan seterusnya sampai habis banyak sangat dugaan di kampung ni...insyaAllah balik ke bandar nanti moga2 dapat dilangsaikan semuanya..

    ReplyDelete
  8. aSSAlamualaikum:)

    Selamat Hari Raya ktk..
    moga ktk dianugerahkan kesihatan yang baik dan ceria2 selalu hendaknya..:)

    Tksh utk peringatan..InsyaAllah..cuma utk memulakannya nanti...utk sekarang terasa byk gilak dugaannya..aduhai..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Moga kita semua berjaya melaksanakannya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum dan selamat hari raya...

    moga usia yang diberikan kita gunakan untuk beribadah kepadaNya =,=

    ReplyDelete
  11. --> Afida Anuar

    Wa'alaikumusalam...semoga saudari juga sentiasa dikurnia kesejahteraan di bulan syawal yang mulia ni..

    Moga Allah kurniakan kekuatan dan kesempatan buat kita semua untuk mengerjakannya.

    ReplyDelete
  12. --> Pn Kartini

    Wa'alaikumusalaM..:)

    Selamat Hari Raya juak buat ktk..

    Alhamdulillah kamek sihat sitok, moga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan berbahagia hendaknya di sana..:)

    Sama-sama kitak...nang susah juak nak mula puasa pada 2 syawal, dugaannya sangat tinggi. Apa pun itu tandanya syukur kepada Allah kerana dapat melaksanakan ibadah puasa Ramadhan dengan jayanya.

    ReplyDelete
  13. --> ahmad humairi

    Wa'alaikumusalam..

    Amin ya Rabbial alamin...moga Allah kurniakan kekuatan pada kita semua..

    ReplyDelete
  14. --> abah khalisha

    Ya Allah perkenankan permintaannya..

    ReplyDelete
  15. --> CikGu Ma

    Wa'alaikumusalam dan selamat hari raya...

    Moga Allah kekalkan kita istiqamah dalam beribadah kepadanya..

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya maaf zahir batin....

    ReplyDelete
  17. --> zino

    Selamat Hari Raya juga buat zino sekeluarga, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  18. salam..
    selamat Hari raya Eidulfitri..
    maaf andai ada kesalahan antara kita
    moga saudara selalu sihat..


    Puasa 6 di bulan Syawal..lebih banyak dugaan kerana berpuasa di saat umat islam berjamu selera

    Namun yang terbaik..insyaallah
    ke arah itu juga...

    ReplyDelete
  19. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Terima kasih..
    Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  20. --> a kl citizen

    Terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  21. --> zulkbo

    Salam..

    Selamat Hari Raya Eidulfitri juga buat saudara dan maaf andai ada silap dan salah antara kita..

    Ya benar saudara, dugaannya sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam beribadah kepada~Nya..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga saudara berada dalam keadaan yang sihat.

    Selamat berpuasa 6.

    ReplyDelete
  23. --> aku HIV positif

    Niat sudah ada tapi keadaan tidak mengizinkan takper, ada lagi amalan yang lain boleh dilakukan seperti sedekah dan sebagainya...

    ReplyDelete
  24. --> Kunang-Kunang

    Wa'alaikumusalam Kak Ani..

    Semoga kakak juga berada dalam keadaan yang sihat dan tenang di sana..

    Terima kasih kak!

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah nampaknya sekarang ni semakin ramai yg tahu dan melakukan puasa enam di bulan syawal ni, saya pun baru dapat memulakannya mulai hari ini dan Insyaallah akan meneruskannya sehingga selesai.

    ReplyDelete
  26. --> noorlara

    Alhamdulillah moga Allah kurniakan kekuatan dalam mengerjakan ibadah kepada~Nya..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,
    belum mula lagi, ada saja halangannya, cadangnya lusa baru nak mula, InsyaAllah....

    ReplyDelete
  28. salam ust, moga dirahmati Allah..

    insyaAllah akan bermula puasa enam pada esok hari, mudah2an mendapat keberkatan seperti dalam hadis baginda nabi =)

    ReplyDelete
  29. selagi ada hayat dan sihat , saya pasti akan merebut peluang ini. Untungnya saya, anak2 turut serta ..

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum..

    trime kasih tuan atas peringatan ini

    ReplyDelete
  31. --> Norsha

    Wa'alaikumusalam...

    Moga Allah permudahkan untuk mengerjakannya..

    ReplyDelete
  32. --> Mohamadazhan.com

    Salam sahabat, moga sentiasa dirahmati Allah..

    Eloklah agar dapat menampong segala kekurangan dalam ibadah puasa Ramadhan...

    ReplyDelete
  33. --> LiNda

    Alhamdulillah...moga anak-anak awak dapat meneruskan sehingga di penghujung usia mereka..

    ReplyDelete
  34. --> sahromnasrudin

    Wa'alaikumusalam..

    Terima kasih kembali saudara..

    ReplyDelete
  35. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

    **moga sahabat sihat ^_^**

    ReplyDelete
  36. salam ustaz

    teringat arwah ayah..hari ke dua mesti puasa sampai hari ke 7..terkenang sungguh kami makan tengah hari tapi dia puasa..alhamdulillah walau tak tiap hari, saya cuba habiskan juga

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum

    orang melayu punya dasat nyambut raya kadang sampai lajak bulan syawal, tu yang nak posa enam pon miss

    ReplyDelete
  38. salam, mohon kpd Allah diberikan kesihatan yg berterusan di Syawal ini untuk menyempurnakan puasa enam dan ibadah2 wajib yg lain2.

    ReplyDelete
  39. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Insya Allah, moga Allah beri mudah..

    ReplyDelete
  40. --> cun09

    Syukuran ya sahabat..:)

    TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

    Alhamdulillah saya sihat..

    **moga sahabat sihat juga ^_^**

    ReplyDelete
  41. --> IMANSHAH

    Salam cikgu...

    Semoga segala amalannya mendapat balasan yang baik dari Allah Taala..amin

    ReplyDelete
  42. --> cemomoi

    Wa'alaikumusalam...

    Raya sakan hingga melepasi bulan syawal erk! Menjamu tetamu dan mengunjungi sanak saudara juga merupakan ibadah cuma perlu ingat akan ibadah yang lain...

    ReplyDelete
  43. --> pCL [p@kcikLie]

    Salam..

    Moga Allah perkenankan permintaan saudara...amin

    ReplyDelete
  44. IM dalam perjalanan menuju puasa ke 5...

    ReplyDelete
  45. --> insan_marhaen

    Alhamdulillah, teruskan usaha..

    ReplyDelete
  46. InsyaAllah brother...
    tgh adjust time utk ambik puasa 6
    terus nih.. hik3

    kalau tak pengsan buat keja kat luar..

    ReplyDelete
  47. --> Nur Misnan

    Boleh diusahakan masa tak kerja, ohh di sana weekendnya Jumaat dan Ahad erk!...

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah keluarga kakak hari ini last utk puasa syawal. Mudah sikit lepas ini kalau nak puasa-puasa sunat yg lain...

    ReplyDelete
  49. --> Kakzakie

    Alhamdulillah, moga segala ibadah kakak diterima Allah SWT...amin

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.