Friday, September 30, 2011

Kekuatan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau' itu membuka peluang syaitan bertindak." [ Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad ]

Seorang mukmin yang sejati memiliki keperibadian yang unggul. Dia dapat menghimpunkan dalam dirinya segala sifat-sifat kebaikan. Dia seorang yang berilmu, penyantun, penyabar, kuat, berani, pemurah, menjaga kehormatan diri, sanggup berjuang dan lain-lain lagi.

Hadis ini menegaskan salah satu sifat tersebut iaitu kekuatan. Kekuatan seorang mukmin tergambar dalam pemikiran, keimanan, keazaman, kehendak dan kesihatannya. Dengan memiliki kekuatan seseorang itu akan dapat melaksanakan segala perintah Allah dan menahan dirinya dari melanggar larangan~Nya di samping dia berusaha untuk menghalang sebarang maksiat yang berlaku di hadapannya. Sekiranya dia hanya berdiam diri terhadap kemungkaran di hadapannya tentu sekali keimanannya belum cukup kuat.

Daripada Abu Sa`id katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dengan lidahnya dan sesiapa yang tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." [ Hadis riwayat Muslim ]

Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya supaya melengkapkan diri dengan kekuatan dan menyuruh umatnya sentiasa berdoa supaya terhindar dari sifat lemah: Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, aku berlindung dengan~Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat penakut, kebakhilan, tua yang nyayuk. Dan aku berlindung dengan daripada azab kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. [ Hadis riwayat Abu Daud ]

Kekuatan amatlah penting dalam kehidupan setiap individu muslim dan mereka sebagai satu umat. Oleh itu mereka dituntut untuk menyediakan dan mempersiapkan segala bentuk kekuatan untuk mendepani segala cabaran. Allah SWT berfirman: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." [ QS al-Anfal: 60 ]

Jalan yang mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri. 'Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu' memberi isyarat betapa perlunya individu muslim mencari sumber kekuatan dirinya.

Antara sumber kekuatan yang boleh disebutkan di sini ialah:

Pertama, mengikhlaskan niat dalam segala tindak tanduk. Keikhlasan akan memberi kekuatan dan memudahkan kita melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan~Nya.

Kedua, menafikan semua kekuatan selain dari kekuatan Allah. Inilah yang sering dilafazkan oleh seorang mukmin dengan zikirnya: La haulawala quwata illabillah

Ketiga, melengkapkan dengan ilmu terutamanya ilmu al-Qur'an, tafsir, hadis, tauhid dan sirah. Termasuk juga dalam sumber kekuatan ialah ilmu-ilmu yang membantu kita membangunkan sumber insan dan menguruskan kehidupan dunia.

Keempat, melakukan amalan soleh sama ada dalam bentuk ibadat atau memberi khidmat kepada masyarakat, atau menunaikan kewajipan terhadap Allah, diri sendiri dan juga kepada orang lain. Amalan soleh mempunyai makna yang luas merangkumi setiap perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan mendatangkan keredaan~Nya. walaupun berbudi kepada tanah atau belas kasihan kepada haiwan.

Kelima, tidak merasa lemah dalam menghadapi apa-apa situasi.

Keenam, mencari sumber rezeki yang halal supaya tidak bergantung dengan orang lain. Dengan mempunyai pendapatan dan pencarian hidup yang sendiri, seseorang itu dapat menghindarkan diri dari meminta-minta dan meraih simpati daripada orang lain. Semuanya itu bertentangan dengan sifat kekuatan yang dikehendaki oleh hadis ini. Mencari rezeki bererti menunaikan hak diri sendiri, ahli keluarga yang kita wajib menyediakan nafkah perbelanjaan untuk mereka. Dengan mempunyai harta kita dapat menunaikan hak-hak kehartaan seperti zakat, sedekah dan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan iaitu al-qardh al-hasan. Selain itu, kita dapat meneyelamatkan diri kita dari harta yang tidak halal kerana itu akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah yang maha kuat dan perkasa, tempat kembali segala kekuatan dan tidak kekuatan yang sebenarnya melainkan kekuatan~Nya.

Hadis ini memberi pengajaran bagaimana merawat penyakit-penyakit jiwa bagi menghalang ketidaktepatan, keraguan dan kerisauan. Apabila kita tersasar dari mencapai matlamat yang telah dirancangkan, tidak sepatutnya kita menyesal kerana apa yang kita usahakan itu tetap dikira sebagai usaha kita. Kegagalan seharusnya dibaiki dengan perancangan yang lebih teliti dan efektif, bukan dengan cara mengandai-andaikan apa yang telah berlalu.

Kesimpulannya, hadis ini memberi dorongan kepada kita menghimpunkan antara kekuatan rohani, fizikal, jiwa dan emosi kemudian mengaitkan kesemua perkara ini dengan keimanan kepada Allah SWT dan menyerahkan kepada qadha' dan qadar.

Kerjasama mestilah diwujudkan dalam masyarakat Islam. Orang mukmin yang kuat perlu mengerakkan saudara mereka yang lemah supaya sama-sama bergading bahu membina dan memperkasakan kekuatan umat.

Wallahu'alam..

57 comments:

  1. Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...

    Umat islam kena kuat dari segala segi seperti yg saudara sebutkan, supaya bila orang kafir memandang kita mereka berasa gerun. KIta pula tidak ditindas. InsyaAllah sama-sama kita jadi kuat...kerana Allah!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wrbth..

    Jazakallah atas santapan rohani di pagi jummat ini, mudah-mudahan kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH Ta'ala..aamiin

    syukran ya sahabat :) barakallahu fiik~

    ReplyDelete
  3. Setiap individu perlu menguatkan diri dari segi mental, emosi, rohani dan fizikal.


    Terimakasih atas perkongsian ilmu yang banyak memberi kekuatan pada pembaca!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Moga dengan membaca tazkirah ini kita akan menjadi lebih kuat menghadapi ketentuan Ilahi, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. salam sahabat dan abg bro

    menyerahkan kepada qadha' dan qadar.menjukan individu itu muslim sejati...nice bro gua like

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..kaifa hal? (",)

    andai hati sentiasa bertaut pada Allah, pasti hati seorang hamba akan berkata, "Allah tahu apa yang terbaik buat ku"...moga halawatul iman sentiasa subur dalam hati kita semua...

    ReplyDelete
  7. Salam.. Semoga kita semua mendapat syafaat dari-Nya...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum:)

    Moga di hari jumaat nan mulia tok..kitak diberkati dan dirahmatiNya selalu..dan diberikan kesihatan yang baik selalu..Amin

    ..tksh utk n3 kitak tuk..sekaligus merenung dalam diri yang masih perlu mencari kekuatan itu dan perbaiki byk kekurangan diri sendiri...

    :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    la hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyul'azim

    moa Allah berikan kekuatan iman dan taqwa kepada kita semua

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...

    P/S: Terima kasih kerana mengadakan entry yang bermanfaat ini.Cikgu Tie suka sangat datang baca entry blog saudara.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustad,
    sesungguhnya tiada alasan utk kita org islam merasa lemah dan putus asa....

    ReplyDelete
  12. salam saudara Abdul Razak..
    semoga saudara sihat hendaknya..
    kekuatan umat bergantung pada
    penyatuan dan kekuatan umat islam
    itu sendiri..realiti umat islam kini
    semakin lari dari landasan..sedih

    ReplyDelete
  13. Moga Allah kurnia kita sedikit kekeuatan dari khazanah kekuatanNya...
    Insyaallah.

    ReplyDelete
  14. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan...amin

    Umat Islam harus kuat dalam apa jua seperti ekonomi, akhlak yang baik, berilmu, ukhuwah dan lebih-lebih lagi kekuatan akidah.

    ReplyDelete
  15. --> - mujahidah iman -

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua

    Afwan ya sahabat :) barakallahu fiik

    ReplyDelete
  16. --> Tirana

    Moga dengan kekuatan kita umat Islam dapat menegakkan disiplin, kejujuran serta mampu menggalang ukhuwah islamiah antara sesama umat muslim, sehingga kita dapat menatap masa depan kita dengan lebih dan keyakinan untuk memegang teguh pendirian

    Sama-sama kak!

    ReplyDelete
  17. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Begitulah harapan kita semua, moga dengan kekuatan yang ada mampu menjadikan kita umat cemerlang.

    ReplyDelete
  18. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Salam sahabat...

    Sentiasa mengharap pertolongan dari Allah SWT

    ReplyDelete
  19. --> CikGu Ma

    Wa'alaikumusalam...bikhair alhamdulillah.. :)

    Kuat usaha jujur dan amanah
    Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah
    Doa sebagai senjata

    ReplyDelete
  20. --> AmirFX

    Salam..

    Moga doa kitak Allah makbulkan..amin

    ReplyDelete
  21. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله :)

    Moga di hari jumaat nan mulia tok juak kitak diberkati dan dirahmati~Nya selalu serta dilimpahkan kesihatan yang baik...Amin

    Sama-sama kitak...kita tok semuanya bersifat lemah namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya kita harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Terima kasih kitak juak..:):)

    ReplyDelete
  22. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Tiada daya dan upayanya melainkan pertolongan Allah Taala

    Ya Allah, berilah kekuatan pada kami semua agar istiqomah di atas iman dan amal. Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum
    mohon diizinkan tazkirah ini dikongsikan di 'sana'
    jazakallah khier...

    ReplyDelete
  24. --> Cikgu Tie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan saya cikgu, semoga cikgu juga dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...

    Saya tak punya apa-apa hanya sekadar menasihat diri, teman-teman dan pembaca yang kerap ke sini.

    ReplyDelete
  25. --> Norsha

    وعليكم السلام ورحة الله

    Jika kita merasa lemah dan putus asa, kita akan gagal di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  26. --> zulkbo

    Salam saudara Zul..
    semoga saudara sihat hendaknya..

    Benar apa yang saudara katakan tu, umat Islam kini sering berbalah dan bercakar sesama sendiri. Sebenarnya kita memang lemah dari semua segi.

    ReplyDelete
  27. --> RuMaH TuA

    Ya Allah engkau perkenankan permintaannya...amin

    Terima kasih ya!

    ReplyDelete
  28. --> aku HIV positif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya saudara teruskan usaha murnimu

    Syukran..:)

    ReplyDelete
  29. as salam kitak...

    apa khabar kitak tek...sihat? kamek bait jak..pi ada sikit gago dgn kerja d sekolah nektok..biasalah oowhh...sik masuk lg dgn masalah di jiwa...gago ajak lah kamek tok...sik ada hal...kamek masih ada masa singgah blog kitak...yang selalu menyejukkan jiwa kamek..terima kasih kitak...

    ReplyDelete
  30. assalam..

    kekuatan akan dtg bila kita mngikhlaskan dan redha.. sentiasa fikir bahawa Allah syg pd kita dan xkan biar kita dlm mnghadapi situasi tnpa kemampuan kita

    ReplyDelete
  31. --> Adinda Amy Sensei

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah kamek bait jak tok, moga kitak bait juak. Biasalah ujung tahun kedak tok semua cikgu gago ngan keje sekolah. Iboh diembak gilak masalah di jiwa ya, tumpu jak perhatian ngan keje kitak.

    Makasih kitak dapat juak ngabas blog kamek tok..:)

    ReplyDelete
  32. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Allah SWT telah sediakan semuanya untuk kita, terpulang kepada kita untuk memilih dan bertindak. Usaha bersungguh-sungguh insya Allah kejayaan akan diraih...

    ReplyDelete
  33. salam saudara..moga sama2 kita diberikan kekuatan diri..insyaAllah

    Dengan nama Allah aku menyerahkan diriku kepada Allah,tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. السلم عليكم ورحمة الله

    alhamdulillah, syukran atas peringatan. mari kita sesama meninggikan taqwa kita pd-Nya...sbb ketinggian taqwa akan menjadikan kita 'kuat'. dan bila kita kuat maka tidak mudahlah utk musuh-musuh islam menindas & menzalimi kita...

    ReplyDelete
  36. --> anitaare

    Salam...

    Moga doamu dimakbulkan Allah

    Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu

    ReplyDelete
  37. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sungguh kemuliaan manusia di sisi Allah sangat tergantung kepada ketaqwaannya, bukan terletak pada pangkat, harta, suku bangsa atau rupa. Dengan Taqwa manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  38. SALAM,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN ! SUMBER BIMBINGAN

    ReplyDelete
  39. --> luahfikiran

    Salam...

    Terima kasih kembali...

    ReplyDelete
  40. susahnye nak jadi muslim sejati. :( susah nak jadi kuat, ikhlas.. kdg2 nak jadi kuat.. ikhlas.. tp sampai satu tahap dia hilang mcm tu jerk.. mungkin tak cukup kuat melakukan sesuatu kerana Allah..

    ReplyDelete
  41. Waalaikumsalam brother...
    nice sharing here.. manusia zaman skrg
    seperti tercari2 siapa diri mereka hingga
    sanggup berbalah sesama sendiri..

    ReplyDelete
  42. --> LadyBird

    Hendaknya kamu berpegang teguh kepada keikhlasan dan kebenaran, dan Allah pasti akan menjelmakan sifat~Nya Yang Maha Pembimbing kepadamu. Dia akan membimbingmu jalan selamat menuju~Nya..

    ReplyDelete
  43. --> Nur Misnan

    Lupakan perbalahan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah dan jangan habiskan usia kita dalam usaha-usaha yang hampa. Jauhkan daripada membuang waktu dalam perbincangan yang tidak berguna. Sebaliknya, renungkan dan ingatlah Allah setiap saat dan ketika..

    ReplyDelete
  44. skrang ni, nama je Islam.. tp tiang agama tak tegakkan.. jumpa pun tak tegur.. bila la Islam nk maju..

    ReplyDelete
  45. Sentiasa memohon kepadaNYA agar diberi kekuatan pd diri ini...

    ReplyDelete
  46. Ass-Salam di Abd.Razak.

    Lama nian kak Hazel tak singgah menziarah...
    Semuga adik sentiasa di bawah lindungan Allah.

    bagi kakak...faktor 3 dan 5 terasa masih terlalu kurang dapat dilakukan dengan baik...
    namun trtap akan berusaha untuk perbaikki...InsyaAllah.
    Thank you dik.

    ReplyDelete
  47. --> Zul Fattah

    Sinar taufiq dan hidayah itu kepunyaan Allah dan apa yang mampu kita buat ialah mendoakan agar Allah kurniakan sinar itu kepada mereka, kembali ke jalan selamat menuju~Nya..

    ReplyDelete
  48. --> Cik SHiNJU

    Moga Allah perkenankan doa cik shinju...amin

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum.
    Ramai umat Islam sekarang ini yang salah tafsir berkaitan kekuatan yang perlu ada dalam diri. Maka ramailah yang 'kuat' dalam hal-hal yang ditegah.
    Semoga kita diberi kekuatan dalam hal-hal yang berfaedah dan 'menjaga' agama.

    TQ

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum

    keikhlasan susah nak di cernakan kepada perbuatan... moga ALLAH permudahkan perjalan hidup kita utk menjadi umat Muhamad yang kuat jiwanya ~

    ReplyDelete
  51. Allah itu maha mendengar...merayu dan merintihlah kepadaNya..


    Bahasa Melayu VS Nihonggo(Bahasa Jepun )

    ReplyDelete
  52. --> hazeleyed lady

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah dapat juga kak hazel datang berziarah di sini, terima kasih, moga kakak sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..

    Kita manusia punya banyak kelemahan kak! Yang penting kita berusaha sebaik mungkin dan istiqamah dalam apa jua amalan kita

    ReplyDelete
  53. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Memang tidak dapat dinafikan perkara yang cikgu nyatakan itu. Buktinya majlis ilmu al-quran, tafsir, tauhid dan sebagainya yang dijalankan di masjid sangat dingin sambutannya. Ramai umat Islam tidak kuat dalam hal ini.

    ReplyDelete
  54. --> ♥ manje ♥

    وعليكم السلام ورحة الله

    Waspadalah, jika beramal untuk dilihat, dipuji dan diceritakan kepada orang, maka itulah perbuatan tidak ikhlas dan ianya dianggap riya'

    Allah SWT berfirman, "Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa kami kehendaki kebinasaannya, kemudian Kami masukkan ia ke dalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah. Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima)." - (QS al-Israa':18 & 19)

    ReplyDelete
  55. --> Miecyber

    Berdoalah..nescaya Allah itu sentiasa mendengar rintihan hamba~Nya

    ReplyDelete
  56. --> Nuff4u

    Terima kasih singgah di sini

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.