Friday, October 07, 2011

Jalan selamat menuju~Nya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin~Nya dapat kita bersua lagi di dalam ruang tanpa sempadan ini. Selawat dan salam diucapkan buat junjungan Nabi s.a.w. serta keluarganya, sahabat-sahabat Baginda, para tabiin dan mereka yang mengikuti Baginda hingga hari kiamat.

Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan ini, hakikatnya adalah menjejaki jalan kembali kepada Allah. Sepanjang berjalan, ujian tidak kunjung padam, muncul dari berbagai penjuru, bentuk dan kesannya. Segalanya tertuju kepada hati insan. Ada kalanya kita rebah, ada kala mampu bertahan malah menumpaskannya, berulang-ulang silih berganti. Di kala itu, barulah kita sedar bahawa jatuh bangun kita dalam mencari jalan pulang kepada Allah adalah suatu perjuangan yang serius, sulit dan menyukarkan namun begitu signifikan. Bersabarlah dalam menempuh badai ujian. Harapan yang tinggal hanya kepada Allah. Jangan sama sekali meremehkan bantuan Allah, kelak malapetaka pasti menimpa.

Jalan dan cara menuju keselamatan dan kebahagiaan abadi adalah dengan cara mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Benar, Allah telah mengajar makna kedekatan itu kepada kita. Dia mengajar kita melalui utusan~Nya yakni para Rasul sehingga kita berkata "Kami Beriman." Itulah kebenaran. Kita menerima dan membenarkannya. Tugas kita kemudian hanyalah mengikuti ajaran dan teladan Nabi~Nya lahir dan batin.

Laksanakan segala perbuatan-perbuatan yang telah Allah wajibkan bagimu. Kemudian, laksanakan apa yang telah Allah hukumkan sunat bagimu seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi. Lalu, mulai apa yang telah Dia serahkan kepadamu sebagai perbuatan sukarela, perbuatan-perbuatan baik yang dapat diterima. Bantulah orang-orang yang memerlukan. Lakukanlah apa saja yang membawa mendekatkanmu kepada Allah dalam ibadah dan solatmu.

Jangan habiskan usiamu dalam usaha-usaha yang hampa. Jangan buang waktumu dalam perbincangan yang tidak berguna. Sebaliknya, renungkan dan ingatlah Allah. Bacalah Al-Quran. Bimbinglah orang yang tersesat ke jalan yang terang benderang. Bantulah orang lain meninggalkan kejahatan dan alihkan mereka kepada perbuatan baik. Perbaiki persahabatan yang rosak. Bantulah orang lain untuk membantu satu sama lain.

Bersihkan dan hiasilah siang dan malammu dengan ibadah. Tuhan Yang Maha Pemurah memanggilmu ke hadrat~Nya sebanyak lima kali sehari. Dirikan solatmu pada waktu-waktu Dia memanggilmu. Setiap kali selesai solat, buatlah perhitungan di atas tindakan-tindakanmu sejak solat yang terakhir didirikan. Dengan demikian diharapkan ruang senggang di antara waktu-waktu solat itu hanya terisi dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan tindakan-tindakan yang sesuai bagi seorang Islam.

Berhati-hatilah, kerana jika ada cinta dunia berakar kuat dalam hatimu, ia akan menyesakkan hatimu dan ia akan menjadi sangat sukar untuk dicabut dan dibuang keluar. Dunia ini adalah dasar ujian, jangan cari kesenangan dan kekayaan di dalamnya. Biarlah sedikit makan. Itu akan meninggalkan lebih banyak ruang dalam hatimu dan akan meningkatkan hasratmu untuk berdoa dan taat. Ia akan membuatmu lebih aktif, bingkas dan tidak malas.

Jauhi tidur sebelum kamu benar-benar mengantuk. Jangan makan sebelum kamu merasa lapar. Berpakaianlah hanya untuk menutup aurat tubuhmu dan untuk melindunginya daripada dingin dan panas. Biasakanlah membaca al-Quran setiap hari. Peganglah al-Quran dengan hormat ketika membacanya. Peganglah ia dengan tangan kirimu setinggi dadamu dan gerakkan tangan kananmu menyusuri bait-bait yang baca. Bacalah sekadar kamu dapat mendengar suaramu sendiri.

Dunia ini adalah tempat persiapan. Di dalamnya kita diberi banyak pelajaran dan menempuh banyak ujian. Pilihlah yang sedikit di atas yang banyak. Puaslah dengan apa yang kamu miliki, walaupun itu lebih sedikit berbanding dengan apa yang dimiliki orang lain. Sesungguhnya, lebih baik memiliki yang sedikit.

Dunia ini tidaklah buruk, sebaliknya ia merupa ladang akhirat. Apa yang kamu tanam di sini akan kamu tuai di sana. Dunia ini adalah jalan menuju berkah yang abadi dan kerana itu ia baik, layak didamba dan dipuji. Yang buruk adalah dengan memperlakukan dunia sehingga kamu menjadi buta kepada kebenaran dan dikuasai sepenuhnya oleh hasrat, keinginan dan cita-citamu kepadanya. Nabi s.a.w. sumber kearifan, pernah ditanya, "Apakah keduniaan itu?" Baginda menjawab, "Apa saja yang membuatmu lalai dan lupa kepada Tuhanmu."

Belajarlah untuk memberi, baik ketika banyak atau pun sedikit, baik saat suka mahupun duka. Ini menjadi bukti imanmu kepada Allah. Cubalah memenuhi keperluan orang yang memerlukannya. Ini merupakan penegasan bahawa Allah telah menentukan kadar keperluan jasmani seseorang dan tidak ada yang akan mengubahnya. Ini merupakan bukti tawakalmu kepada Allah.

Yang paling utama, yang kamu perlukan adalah adab yang tinggi, akhlak yang baik dan sikap yang wajar. Kamu wajar mengenali sifat-sifatmu yang buruk dan membersihkan dirimu daripadanya. Hubunganmu dengan siapa pun haruslah dilandasi dengan tingkahlaku terbaik, namun hal ini mungkin berbeza mengikut kesesuaian keadaan dan persekitaran.

Demikian, moga kita boleh mengambil manfaat yang banyak dari sebahagian pesan-pesan Al-Imam Sheikh Abu Bakr Muhammad ibn al-Arabi al-Hatim al-Tai.

Wallahu'alam..

48 comments:

  1. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta kasih sayang Allah....

    Allah..... saya rasa pesan-pesan Al-Imam Sheikh Abu Bakr Muhammad ni sangat lembut dan berbekas. Sebak tatkala membacanya...Saya anggap perkongsian entry ni sebagai hadiah ulang tahun hari lahir saya pada hari ni... Terima kasih saudara sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Ustaz...

    kakcik datang untuk menimba ilmu. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ust.

    Terima kasih atas peringatan dan pesanan ini. Dengan bersembahyang lima kali sehari semalam, sepatutnya tidak ada ruang untuk melakukan kemungkaran. Semoga dgn peringatan ini, tidak ada peluang untuk iblis untuk mempengaruhi kita ke jalan yang tidak di redhaiNya.

    ReplyDelete
  4. salam
    'Jauhi tidur sebelum kamu benar-benar mengantuk. Jangan makan sebelum kamu merasa lapar. Berpakaianlah hanya untuk menutup aurat tubuhmu dan untuk melindunginya daripada dingin dan panas. Biasakanlah membaca al-Quran setiap hari. Peganglah al-Quran dengan hormat ketika membacanya. Peganglah ia dengan tangan kirimu setinggi dadamu dan gerakkan tangan kananmu menyusuri bait-bait yang baca. Bacalah sekadar kamu dapat mendengar suaramu sendiri."

    pesanan ini,Insya Allah jika diamalkan...selamatlah hidup disini dan mudah2an disana nanti...

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum saudara Abd Razak
    Semoga sihat &sentiasa dlm keberkatanNYA.

    Sangat terharu dgn peringatan ini. Terima kasih. Semoga kita sentiasa hidup dalam frame yg dah syariat kita tetapkan supaya hidup kita bahagia di dunia dan di sana nanti.

    ReplyDelete
  6. Sahabat Razak...

    Rasulullah SAW bersabda...

    "Siapa di waktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah. Maka Allah akan menetapkan empat hal dalam hatinya; kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya. Kekafiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan-angan yang tidak pernak ada hentinya."
    (petikan-Penenang Jiwa)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum :)

    semoga kitak dianugerahkan kesihatan yg baik dan sentiasa dalam keberkatanNya jua..Amin

    Begitu indah peringatan di pagi jumaat..ke arah membentuk diri sekalian agar sentiasa memperolehi keredhaanNya...sewajarnya perlu ada sikap berusaha memperbaiki potensi iman di dlm diri..dengan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


    :) tksh utk peringatan tuk..:)

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    TERIMA KASIH BYK2 ATAS PANDUAN DAN BIMBINGAN DAN INSYAALLAH AKAN DILAKUKAN TERBAIK MUNGKIN! SEMOGA KITA TIDAK DISIBUKKAN DENGAN PERKARA2 YG AKAN KITA TINGGALKAN. APA YG KITA NAK BAWA BERSAMA SBG BEKALAN YANG SEWAJIBNYA KITA UTAMAKAN !

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Terima kasih Ustaz.
    Setiap bait2 kata di atas
    semuanya nasihat yg sangat2 berguna.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Saya akan sentiasa memanjangkan tazkirah tuan kepada rakan-rakan yang lain di forum PPD Perak Tengah, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Banyak panduan dari N3 ini. Moga dapat dimanfaatkan. Kalau dilihat sebenarnya amat mudah utk melakukannya tapi terpulang pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta kasih sayang Allah...amin

    Semoga Allah mengizinkan kita mengetahui jalan yang benar, menerimanya dan menempuhnya. Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran buat saudari serta keberkatan pada usia saudari..

    ReplyDelete
  13. --> al-lavendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali bang haji. Sungguh, solat itu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Namun, sering ada yang rebah kerana tidak mendalami ilmu solat itu sendiri hingga mudah iblis mengambil tempat untuk menyesatkan manusia.

    ReplyDelete
  14. --> Kamsiah

    Salam...

    Saranannya amat mudah, namun ramai yang tidak mampu mengerjakannya kerana sering terdorong oleh hawa nafsu yang sering mengajak manusia ke arah kejahatan. Hidupkanlah hati dengan ilmu nescaya ia akan mendorong kepada kebaikan...

    ReplyDelete
  15. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga beroleh kesihatan yang baik & sentiasa dalam rahmat keberkatan dari~Nya

    Meraih kebahagiaan hidup di akhirat semuanya adalah kehendak dan usaha kita. Terpulang kepada pilihan masing-masing samada memilih bahagia atau sengsara..

    ReplyDelete
  16. --> atie

    السلم عليكم ورحمة الله

    Sahabat...

    Terima kasih untuk hadith Rasulullah s.a.w.

    Ternyata, ibadah di awal pagi itu sangat penting iaitu solat tahajjud, solat subuh berjemaah dan ibadah sunat lain yang Nabi peringatkan seperti sedekah, membaca al-quran, solat sunat dhuha dan lain-lainnya.

    ReplyDelete
  17. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Semoga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..Amin

    Wajarlah kita sedar dan wujud dalam diri kita kesedaran di atas tindakan-tindakan serta pemikiran kita untuk tunduk kepada kehendak Allah dan mohon pertolongan~Nya. Semoga Dia membiasakan kita dengan amal-amal yang diredhai~Nya dan melakukannya demi meraih redha~Nya.

    Terima kasih kitak juak..:):)

    ReplyDelete
  18. salam Ustaz..
    terima kasih di atas peringatan itu..
    akan cuba diikuti insya-Allah..

    ReplyDelete
  19. --> luahfikiran

    Salam Dato'

    Terima kasih kembali, moga kita sentiasa mengambil berat akan perjalanan kita menuju Allah serta mendapat keredhaan~Nya..

    ReplyDelete
  20. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyka buat kita semua...

    ReplyDelete
  21. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga usaha murnia cikgu mendapat keberkatan dari Allah SWT

    Terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  22. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama kita mohon kepada Allah agar dipermudahkan kita dalam melakukan ibadah dan kebaikan di muka bumi ini serta kekuatan untuk menghadapi dugaan dan ujian dari~Nya..

    TQ Kak Zakie

    ReplyDelete
  23. --> LadyBird

    Salam..

    Mudah-mudahan Allah limpahkan kekuatan buat saudari untuk mengikutinya..amin

    ReplyDelete
  24. --> kakcik

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih datang ke sini kak! Moga ianya mendatangkan manfaat banyak buat kakak..

    Maaf komen kakak termasuk dalam spam. Tak tahu kenapa boleh masuk ke situ

    ReplyDelete
  25. Assalamualikum saudara Abd Razak
    Semoga sihat &sentiasa dlm keberkatanNYA.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  26. --> Cikgu Tie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga cikgu sihat juga & sentiasa dalam keberkatan~NYA.

    Terima kasih kembali cikgu

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum ustaz...moga ustaz sihat dengan izinNya (",)

    ramai orang tahu dia akan mati, tapi tiada persediaan yang dilakukan utk bertemu dengan kematian kerana bila ditanya bila kita akan mati?jawapannya pasti "tak tahu"..alangkah indah jika jawapannya "bila-bila sahaja" kerana kita pasti mengingati mati dan sentiasa berusaha mendekatiNya sebelum kematian menjemput kita..

    "Ya Allah jika hidup ku lebih baik, maka jadikan kahidupan ku di dunia ini sebagai kebun utk ku menanam iman, dan jika mati ku lebih baik, matikanlah aku dalam iman"

    ReplyDelete
  28. --> CikGu Ma

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah sihat kamek tok seizinNya (",)

    Bila kita menyangka kematian kita bila-bila masa, kita sering beringat dan sentiasa mewujudkan tindakan iaitu bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan taubat.

    Tergelincir, bergelumang dalam lembah kekejian. Andai tersesat jalan, kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  29. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok kan lebih baik dari hari....sungguh saya terpesona dengan nasihat yg penuh berhikmah ini....terima kasih atas perkongsiannya....

    ReplyDelete
  30. --> Norsha

    Moga kita sentiasa diberikan Allah kekuatan, istiqamah dalam beribadah kepada~Nya, sentiasa tetap membaiki diri dari hari ke hari sehinggalah kita menemui Allah Taala...

    ReplyDelete
  31. Ustaz.. saya mintak izin tuk ambik ayat nih :

    Belajarlah untuk memberi, baik ketika banyak atau pun sedikit, baik saat suka mahupun duka. Ini menjadi bukti imanmu kepada Allah. Cubalah memenuhi keperluan orang yang memerlukannya. Ini merupakan penegasan bahawa Allah telah menentukan kadar keperluan jasmani seseorang dan tidak ada yang akan mengubahnya. Ini merupakan bukti tawakalmu kepada Allah.

    saya letakkan di wall fb.

    ReplyDelete
  32. --> LadyBird

    Silakan ya, tiada masalah, moga ada manfaat buat pembaca

    ReplyDelete
  33. Assalamu'alaikum wrbth..

    Moga sahabat sihat sejahtera serta senantiasa dlm rahmatNya..aamiin

    Segala puji bagi ALLAH, yang sentiasa mengetuk jiwa-jiwa hambaNya, melalui apa sahaja yang dikehendakiNya..

    Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memperkukuhkan langkah kita semua atas jalan yang satu, dimana kiblatnya adalah semata-mata mencari keredhaan ALLAH SWT..

    Jazakallah ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT, barakallahu fiik :)

    ReplyDelete
  34. saya stuju dgan komen cikgu Ma.. ya Allah matikanlah aku dlam Islam..

    ReplyDelete
  35. --> - Ukhti iman -

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah, saya sihat dengan izin~Nya, moga sahabat juga sihat sejahtera serta senantiasa dalam rahmat~Nya..aamiin

    Setiap amal; meliputi kepercayaan, tutur kata dan perbuatan, ada balasan yang sesuai dengannya, samada baik atau sebaliknya ; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Kesempurnaan ini menjamin keredhaan Allah SWT

    Afwan ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT, barakallahu fiik :)

    ReplyDelete
  36. --> Zul Fattah

    “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai~Nya. Memang tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman.

    ReplyDelete
  37. salam saudara Abdul Razak..
    moga sihat hendaknya saudara di sana..kesibukan melambatkan saya ke sini..

    terima kasih selalu mengingati ke arah kebaikan..moga Allah merahmati anda,

    ReplyDelete
  38. --> zulkbo

    Salam saudara zul..

    Moga saudara sihat juga hendaknya di sana dengan izin~Nya.

    Terima kasih juga diucapkan kerana mendoakan saya

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum

    Semoga kitak sentiasa dilindungi-Nya dengan selamat. :)

    Selagi dua harta yang ditinggalkan Rasulullah (S.A.W)iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah dijadikan panduan,insyaAllah kita semua pasti selamat di dunia, mahupun di akhirat.

    ReplyDelete
  40. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Syukran atas doa kitak, semoga kitak juak sentiasa dilindungi~Nya dengan selamat... :)

    Benar apa yang kitak bicarakan, Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. pada prinsipnya adalah sumber kebenaran dan petunjuk kepada jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum wrh wbk

    sebenarnya ini adalah kali ketiga saya mengulangi membaca tazkirah ini.

    dalam beberapa keadaan, semenjak dipilih Allah melalui ujian2 tertentu, tazkirah di atas lebih bermakna dan rapat di hati saya.

    syukur alhamdulillah dan jazakallah khier...

    ReplyDelete
  42. --> aku HIV positif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah, moga saudara mencapai makam yang tinggi di sisi Allah Taala..

    Terima kasih kembali..:)

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum wbt

    terima kasih utk artikel ni...
    kita sentiasa berusaha utk mebuang sifat2 yang buruk dari hati dan diri hari2 ~

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum brother..

    Alhamdulillah.. solat 5 waktu memang wajib dijaga
    jgn dilambatkan jgn pula dilewatkan serta lalai
    dlm hal ini..

    ReplyDelete
  45. salam sahabat...

    masih byk lagi yg perlu diri ini muhasabah kan...ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  46. --> cun09

    Salam sahabat...

    Ya, saya pun merasakan begitu, jauh sangat dari kedudukan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan para tabiin..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.