بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum…
“Subhanallah, banyaknya awak masak hari ni, rendang daging ada, ayam masak merah ada, sotong masak pedas ada... ni yang bertambah sayang pada isteri abang sorang ni"… Sudah tentu pujian sebegini akan menaikkan lagi semangat sang isteri untuk memasak pelbagai jenis makanan di lain hari, dan bagi suami pula, dunia dirasakan terlalu indah kerana setiap hari dihidangkan dengan makanan yang enak.
Cuba kita renung sejenak, benarkah kasih sayang seorang isteri itu hanya akan terzahir apabila ia menghidangkan makanan yang pelbagai dan lazat pada suaminya dan benarkah kasih sayang suami akan bertambah bila si isteri semakin hari semakin pandai memasak pelbagai jenis lauk? Secara sedar atau tidak sebenarnya kita sedang mengajar isteri atau suami kehidupan yang mewah, senang lenang, serta kehidupan yang jauh bezanya dari kehidupan Rasulullah.
Jika isteri hanya menghidangkan ikan goreng berkuah sayur air adakah bermakna isteri itu pemalas dan kurang kasih sayang terhadap suaminya? Sebenarnya jika difikirkan secara dalam, isteri yang beginilah yang amat menyayangi suaminya... KENAPA?... Kerana si isteri tidak melalaikan suaminya dengan kenikmatan dunia yang sementara, dan jika suaminya itu seorang yang baik, sudah tentu dia merasa bangga kerana mempunyai isteri yang sedaya upaya membina keluarga berasaskan kehidupan Rasulullah SAW… BAGAIMANA YANG DIKATAKAN KEHIDUPAN RASULULLAH SAW ITU? Sama-sama kita renungkan sirah kekasih Allah ini dengan hati yang penuh keazaman untuk kita sama-sama jadikan Baginda sebagai contoh kehidupan seharian kita, dan kisah di atas itu hanya sekadar contoh kenikmatan dunia yang kadang-kadang kita tidak merasakan itu suatu kemewahan kerana ia sudah menjadi perkara biasa dalam hidup kita, jangan kita terperangkap dengan tipu daya syaitan durjana…
Sebagaimana kita tahu, kehidupan Rasulullah SAW amat sederhana, Baginda Rasulullah SAW memandang jijik orang-orang yang angkuh dengan kekayaan, dengan kata-kata Baginda melalui Aisyah : ”Aku ditawarkan oleh Allah untuk menukarkan batu-batu kerikil sekeliling Makkah menjadi emas tulin; dan aku menjawab : ”Ya Allah! Apa yang ku pohon adalah kelaparan sehari, dan kelegaan di sehari kemudiannya. Di hari kelaparanku, aku mengingati~Mu, dan di hari kelegaanku, aku bersyukur pada~Mu.”
“Apalah ertinya kekayaan dunia kepadaku? Aku adalah seumpama pengembara yang berehat di bawah lindungan keredupan bayangan pepohon; tatkala matahari membenamkan diri, keredupan bayangan pun menghilang; dan tidak datang lagi. Ya Allah! Biarkanlah aku mati dalam kemiskinan; bangkitkanlah aku dikalangan orang-orang yang miskin!”
Beberapa bulan lamanya dapur rumah Rasulullah SAW tidak berasap, menyebabkan Baginda dan ahli-ahli keluarganya tidak mempunyai makanan selain kurma kering, dan air minuman biasa penghilang dahaga. Ketika kelaparan begitu memedihkan, Baginda menerimanya sebagai ujian, yang dihadapi dengan penuh kesabaran. Ketika wafatnya, Baginda Rasulullah SAW tiada memiliki simpanan makanan walaupun sepiring gandum.
Kesihatan tubuh badannya dijaga pelihara, kelegaan hidup dinikmati dalam keadaan yang sentiasa bersih dan berwudhuk. Alas tidurnya adalah helaian tikar yang sering meninggalkan kesan di badannya ketika berbaring. Bantalnya terbuat daripada himpunan dedaun kurma sementara katilnya terbuat dari kain gebah yang terlipat dua. Suatu malam, Aisyah melipat kain gebah itu menjadi empat lipatan, dan Rasulullah SAW tidak menyenanginya lalu meminta supaya dilipat sebagaimana biasanya.
Sebelum wafat, Baginda Rasulullah SAW membebaskan semua hamba abdinya, dan menyedekahkan milik kepunyaannya yang masih berbaki. Pertemuan dengan Allah kelak tidak mahu di cacati dengan kilauan emas perak dalam simpanan. Di rumah kediamannya, terdapat hanya tiga puluh cupak gandum, yang di perolehi sesudah meletakkan baju perisai sebagai sandaran.
Apapun jua, kekuasaan, kekayaan, dan kemewahan yang di anugerahi Allah hendaklah dijuruskan ke jalan yang diredhai~Nya, sebagai pencipta dan pemilik makhluk dan alam semesta, dan jangan sesekali kita lalai sehingga kita hanyut dengan nafsu godaan syaitan.
Wallahu'alam.
(Dipetik dari Sirah Muhammad SAW)

SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH BYK2 ATAS PERKONGSIAN INI. NABI SAW CUKUP SEDERHANA DALAM KEHIDUPANNYA WALAUPUN BOLEH HIDUP DALAM KEMEWAHAN. SEMESTINYA KITA HIDUP SECARA SEDERHANA DI DUNIA SEMENTARA INI.
Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeleteKita sering lupa bahawa dalam rezeki yang kita dapat, terselit rezeki orang lain sama. Kerana itulah kita diwajibkan berzakat, betul tak? :)
Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia rahmat dan kasih sayang dari Allah..
ReplyDeleteYa Allah, Biarlah aku mati dalam kemiskinan, bangkitkanlah aku di kalangan orang2 miskin....
... beza sungguh doa kita dengan doa Rasulullah saw....
salam ustaz,
ReplyDeletekehidupan Baginda Rasulullah SAW
boleh menyedarkan kita erti kehidupan
yang sebenar bukan hanya mengejar
harta dunia semata-mata
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.
Sesungguhnya jika kita benar-benar meneladani akhlak Rasulullah saw terhindarlah banyak perkara buruk dan terjelmalah cahaya dalam kehidupan.
Assalamualaaikum ustaz...
ReplyDeleteSusah benar hati dan jiwa kita nak jauh dari kemewahan dunia...
Rasullullah SAW suka orang miskin yang bersabar dan orang kaya yang bersyukur...tapi manusia sekarang yang mewah masih merungut2 tidak cukup...yang miskin pula mengeluh dan bersungut kenapa kemiskinan yang dikecapinya...
Assalamualaikum ustad,
ReplyDeletedunia ini penuh tipu daya....isteri yg memasak simple2 sekadar 1, 2 lauk dianggap pemalas dan isteri yg memasak pelbagai jenis lauk pauk yg mewah2 dianggap bijak....sungguh jauh bezanya kehidupan kita dgn kehidupan para sahabat....hari ini manusia berlumba2 mengejar kemewahan dunia
Salam ustaz.. Terima kasih atas info yang berguna...
ReplyDeletesalam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga saudara selalu sihat dan sejahtera hendaknya..
Baginda Rasululllah SAW,seorang yang mulia..kekasih Allah..bersyukur kita menjadi antara pengikut beliau, semoga mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
Assalamualaikum wbt!
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini.
assalamualaikum
ReplyDeletew.bt.
rasa tak mampu nak turuti semua sunnah baginda... tawakkal dan tawadduk yang tinggi dan indah layaklah disebut uswatun hasanah
Assalamualaikum Saudara Abd. Razak.
ReplyDeleteSemoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.
“Apalah ertinya kekayaan dunia kepadaku? Aku adalah seumpama pengembara yang berehat di bawah lindungan keredupan bayangan pepohon; tatkala matahari membenamkan diri, keredupan bayangan pun menghilang; dan tidak datang lagi. Ya Allah! Biarkanlah aku mati dalam kemiskinan; bangkitkanlah aku dikalangan orang-orang yang miskin!”
Tersemat diqalbu kalimah ini.
Semoga kita boleh hidup dalam serba kesederhaan.
Terima menyedarkan saya yang sering terlupa ni.
assalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteustaz.. kupasan ustaz sedikit berbeza daripada kupasan ustaz lain..
tapi lady suka cara pemikiran mcm ni.. kalau x rs stress jerk.. asyik2 bacaannya isteri kene masak yang sedap2 tuk suami.. kene layan suami macam raja.. kene berdandan bagai depan suami.. semua kene komplete tuk suami.. sehinggakan isteri langsung takde ms tuk diri sendiri.. tuk hati sendiri... tp xdelak artikel tuk tambat hati isteri.. si isteri je yg kene tambat hati suami.. sedangkan rasulullah pun berusaha tuk membahagiakan hati isteri2nya..
Nur Mu sentiasaku dambakan, Rabb...
ReplyDeletepujian begitu adalah penambah rasa dalam resipi kebahagiaan keluarga. Sunat juga tu ka, puji masakan isteri!
ReplyDelete--> luahfikiran
ReplyDeleteSalam...
Terima kasih kembali. Betapa Rasulullah s.a.w. sangat sederhana. Ia menyedari bahawa akhirat jauh lebih berharga daripada dunia dan seisinya.
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar kakcik, harta dan kekayaan yang dianugerah Allah kepada kita merupakan jalan kebaikan untuk kita samada menginfakkannya atau disebaliknya..
salam sahabat...
ReplyDeletemoge sihat ^_^
semalam saya dah dengar khutbah yg atas tuuu, makruh yg boleh jd wajib hadis (komen lepas) yg sahabat kongsikan tuu yee...kalau kita baru tau tak pe kan, sebelum niii kita korban??
**ilmu baru zulhijjah 1432 ^__^ syukran...
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurnia rahmat dan kasih sayang dari Allah..
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam dan menyempurnakan kemuliaan akhlak. Ia mengajar kita untuk bersederhana dalam semua hal.
--> Ati Masrif
ReplyDeleteSalam..
Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada manusia untuk menjadi contoh terpilih, gambaran pelaksanaan yang sempurna lagi tinggi untuk kesempurnaan manusia sejagat. Sekiranya umat Islam mengikuti keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mulia, sesungguhnya mereka adalah manusia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang agung, sentiasa mendapat kasih dan redha Allah.
Salam sahabat Razak...
ReplyDeleteSemoga sahabat sihat hendaknya... kadang kala kita lupa .... segala yang di berikan Allah SWT itu sungguh mencukupi.... namun masih terus mencari hingga lupa akan Nya..baju penuh almari masih kata tiada baju... tiada kesyukuran.... dan tiada redha atas apa yg Allah SWT turunkan....
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih mendoakan saya, semoga kakak sihat juga dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.
Rasulullah s.a.w. merupakan contoh manusia dengan peribadi yang sangat agung, yang setiap gerak dan sikapnya penuh kebaikan dan kasih sayang. Moga kita semua mengikuti segala apa yang telah Beliau tinggalkan kepada kita.
--> CikGu Ma
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Memang sukar namun hati kita perlu dididik agar tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, jadilah macam jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaan~Nya, bukan benda-benda selainNya.
Mudah-mudahan bila sudah terdidik kita akan terima apa jua yang Allah turunkan kepada kita baik ianya merupakan penambahan kekayaan atau disebaliknya...
--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya, kita hari ini banyak menumpukan masa untuk mengisikan perut sahaja padahal itulah puncanya kemalasan dalam apa jua terutamanya dalam perkara beribadah...
--> AmirFX
ReplyDeleteSalam Mir..
Sama-sama mir..
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara zul..
Moga saudara sihat dan sejahtera juga hendaknya..
Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat, akhlaknya sungguh agung, Tuhan memujinya, bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
--> Cikgu Tie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Berusahalah hendaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya, barangsiapa di antara kalian yang hidup nanti, akan melihat banyak perselisihan. Maka, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang eratlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.
Kehidupan Rasulullah s.a.w. banyak mempengaruhi segala-galanya dalam kehidupan kita dan sentiasa mengingatkan kita agar bersederhana dalam apa jua.
Rasulullah saw. telah menegaskan, “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku, sehingga para manusia mengamalkannya, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala yang mengamalkanya, tiada berkurang sedikitpun pahala mereka.” (HR. Ibnu Majah)
--> LadyBird
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kita ni tak sama cara berfikir dan memberi kupasan. Mungkin pada mereka itulah cara terbaik..wallahu'alam.
Yang penting sebagai lelaki (suami) buatlah terbaik untuk menjaga hati isteri agar tidak membebankan mereka dan menjauhkan sikap mementingkkan diri sendiri
--> ckLah@xiiinam
ReplyDeleteAmin...amin ya Rabb..
--> insan_marhaen
ReplyDeleteBenar itulah sepatutnya..
--> cun09
ReplyDeleteSalam sahabat...
moge sahabat sihat juga hendaknya ^_^
Sebenarnya saya tak ingat apa yang sahabbat maksudkan tu. Dah cuba cari balik video tu kat youtube tapi tak jumpa...Allahu Akhbar
Insya Allah, kalau saya jumpa balik akan saya beritahu..:)
--> atie
ReplyDeleteSalam sahabat..
Alhamdulillah saya sihat, semoga sahabat sihat juga hendaknya...
Bersederhana dalam semua perkara itulah paling baik dan sentiasa ingat akan cara kehidupan Rasulullah s.a.w