بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin~Nya dapat kita bersua lagi dalam ruang yang tanpa batas ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan orang-orang yang mengikuti Beliau sehingga ke hari kiamat.
Rukun Islam kelima adalah menunaikan ibadah haji di Tanah Haram sekali dalam seumur hidup bagi yang berkemampuan. Ibadah Haji umpama sebuah sketsa hari pengadilan akhirat. Kita melepaskan seluruh tanda dan identiti lalu menyelimuti tubuh kita dengan sehelai kain putih sehingga raja dan pengemis kelihatan sama saja. Dalam keadaan ini, seseorang itu menjadi seakan "mati", yakni hidup tanpa kepentingan diri. Kita dilarang memotong tanaman yang hidup, membunuh serangga yang menggiggit, menanggalkan keropeng di tubuh bahkan menyisir rambut.
Di antara perkara simbolik yang dilaksanakan sewaktu ibadah haji ini adalah tawaf, berkumpul bersama-sama di Arafah dan mengorbankan seekor biri-biri demi mengenang pengorbanan putera Nabi Ibrahim. Ibn Arabi mengatakan bahawa makna harfiah haji adalah niat yang sedar untuk melaksanakan ibadah haji pada waktunya yang tertentu. Ketika Allah menyapa Nabi Ibrahim,
...bersihkanlah rumah~Ku untuk mereka yang bertawaf, beriktikaf, rukuk atau bersujud. [ QS Al-Baqarah 2:125 ]
Dia menghubungkan rumah itu, di planet ini pada diri~Nya. Dan ketika Dia berkata,
Rumah (ibadah) pertama yang dijanjikan bagi umat manusia adalah rumah di Bakka.. [ QS Al-Imran 3:96 ]
Dia membangunnya sebagai rumah ibadah pertama dan menetapkannya sebagai sebuah simbol singgahsana~Nya di bumi. Dia menyeru umat manusia untuk mengelilinginya (tawaf) sebagaimana para malaikat mengelilinginya. Namun, tawaf di Kaabah yang dilakukan para muslimin dengan bacaan yang tertentu, yang merupakan suatu penegasan yang tulus terhadap apa yang ada dalam hati mereka, yakni yang telah membersihkan hatinya daripada segala godaan-godaan hidup di dunia ini, adalah suatu ibadah yang lebih tinggi nilainya daripada kesetiaan para malaikat yang juga bertawaf.
Sebagaimana solat dimulai dengan pernyataan "Allah adalah lebih besar," demikianlah ibadah Haji dimulai dengan penyataan kehadiran: "Ya Allah aku datang! Aku di sini dalam ketaatan, sedia menerima perintah~Mu! Tidak ada apa pun selain Engkau, seluruh puji adalah milik~Mu, semua milik~Mu, tiada sekutu bagi~Mu." Ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk membangunkan Kaabah, Allah menyuruhnya mengucapkan kata-kata ini - dan di alam ruh, Allah memperdengarkan kata-kata ini kepada seluruh ruh orang beriman. Dalam zikirnya, jemaah berhaji mengucapkan kalimat-kalimat ini.
Jemaah haji lelaki mengenakan dua lapis kain putih - satu dililitkan di sekitar pinggang, hingga mencapai bahagian bawah lutut, dan satu lapis diselendangkan di bahu untuk menututp tubuh. Jemaah haji wanita pula, juga mengenakan pakaian serba putih, harus tidak menutup wajah. Praktik ini melenyapkan seluruh perbezaan kedudukan dan status sosial serta merupakan sebuah simbol kain kafan.
Pakaian putih ibadah haji tidak dijahit, seolah-olah tidak dicampuri oleh kedua tangan manusia. Ia milik Allah, yang dengannya keaiban manusia dapat ditutup dan yang melindungi setiap sesuatu yang dari larangan Allah dan dari godaan-godaan jasmaniah.
Pada akhir ibadah haji, di Mina setiap hari selama tiga hari, jemaah haji melemparkan tujuh butir batu pada syaitan. Manusia mengenal Tuhannya melalui tiga aspek~Nya: tindakan-tindakan~Nya, sifat-sifat~Nya dan wujud~Nya. Tiga hari mewakili tiga keadaan ini. Tujuh batu mewakili tujuh dosa yang lebih besar: ujub, sombong, munafik, dengki, amarah, keburukan, cinta harta dan cinta tahta. Jadi, pada hari pertama, kita melepaskan dosa-dosa ini dari perbuatan-perbuatan kita; pada hari kedua, dari watak kita; pada hari ketiga, dengan mengagungkan rahsia Zat Allah, kita melepaskannya dari wujud diri kita.
Akhirnya bersih, di tempat yang disebut Mina, yang bererti "Harapan" dan "Tujuan", kita menyelesaikan ibadah haji dan kembali ke "dunia". Dan kemudian kita cuba melakukan apa yang benar, dan mewujudkan apa yang menjadi tujuan kita dicipta.
Wallahu'alam...
Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha, Maaf atas segala silap dan salah saya..
Semoga Allah SWT mengurniakan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah. Dan Moga Allah SWT mengurniakan kepada mereka yang sedang mengerjakan haji mendapat Haji yang mabrur.

ReplyDeleteSemoga para Hujjaj dan Hujjajah yangsedng menjadi tetamu Allah sentiasa kuat, sihat dan tabah dalam menunaikan rukun Haji.
Selamat Hari Raya Haji untuk Ustaz di sana.
--> @xiiinam
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah makbulkan doa cikgu..amin
Selamat Hari Raya Haji juga untuk cikgu di sana..:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....
N3 ini membuat saya begitu tersentuh ,terkenang kembali saat2 indah disana, kenangan di Arafah, Mina, Safa, Marwah dll
Selamat Hari Raya Haji ustaz...
salam sahabat ^__^
ReplyDeletePerkongsian yg canteeq...syukran
"Kullu 'Am Wa Antum bi Alfi Khoir"
Assalamualaikum .
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha Tuan, semoga ukhuwah sentiasa terjalin.
Salam.. Panggilan haji telah tiba lagi... Semoga semua jemaah Haji Malaysia mendapat haji yang Mabrur..
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah...
ReplyDeletePerkongsian yang sangat berguna saudara, moga mereka semua beroleh haji yang mabrur dan kelak Allah menjemput kita pula..InsyaAllah..
Salam eiduladha juga, maaf atas salah bahasa dan kata.
Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya korban. Didoakan juga semoga para jemaah yang sedang menunaikan rukun Islam kelima berada dalam keadaan sejahtera dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.
Selamat menyambut hari 'iduladha, semoga kita dapat mengahayati pengorbanan nabi Ibrahim as dan orang-orang soleh.
Kepada mereka yang mengerjakan haji dan berkorban didoakan agar diterima Allah SWT.. Amiin
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah.
InsyaAllah moga saya terus dikurniakan KEKUATAN untuk menamalkan apa yang tuan tazkirahkan pada setiap entri tuan, terima kasih.
--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....
Sungguh menjadi tetamu Allah di musim haji akan menjadi kenangan dan saksi kita di akhirat kelak
Selamat Hari Raya Korban
--> cun09
ReplyDeleteSalam sahabat ^__^
Afwan ya sahabat, moga terhias kebaikan yang banyak buat kita semua sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT kelak...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBerharap sangat agar dapat mengunjungi rumah-Nya dalam keadaan sihat walafiat.Moga Allah permudahkan.Ameen.
assalamualaikum
ReplyDeletekesempurnaan ibadah kelima ni moga berkekalan dan konsisten selepas kita dapat melaksanakannya sehinggalah kita menemui Allah... bimbang juga kalo dah tunai haji tapi sikap masih tak berubah
--> AmirFX
ReplyDeleteSalam..
Moga setiap kali panggilan haji itu didengar oleh orang-orang yang belum menunaikan haji dan berhasrat untuk pergi..
--> [PCL]
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Selamat Hari Raya Aidil Adha, moga umat Islam terus dapat bersatu dan wujud kasih sayang di antara kita..
salam eidul adha ustaz...tak nak jemput saya makan daging korban ke ustaz?? ^^,
ReplyDeleteAssalamualaikum brother...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronok tgk mereka megerjakan haji. InsyaAllah yang blm pergi akankesana jua..
Selamat Hari Raya Korban brother...
Salam Ustaz..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha..
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga anda selalu sihat..
Bersyukur ke hadrah Allah jua
pada insan yang terpilih menyahut
seruan Allah pada tahun ini..agar
pulang semuanya membawa haji yang
Mabrur
SALAM,
ReplyDeleteMERINDUI LAMBAIAN KAABAH ! MOGA KITA MENJADI TETAMU ALLAH DI TAHUN-TAHUN MENDATANG
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih mendoakan saya dan semoga saudari pun sedemikian juga...
Betapa nikmatnya manusia yang dikurniakan haji yang mabrur. Kita mungkin datang dengan latarbelakang yang kotor, tetapi haji mabrur bisa membersihkan insan yang kotor menjadi suci bagai bayi yang baru dilahirkan.
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kakcik. Sungguh kekayaan, kemasyuran, kecantikan dan segala kelebihan dunia bukan ukuran untuk penganugerahah haji yang mabrur.
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak sihat juga dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.
Dengan iringan doa, setiap tetamu ‘jemputan’ Allah moga mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.
السلام عليكم ورحة الل
ReplyDeletemembaca entry tuan ni menyemarakkan lg semanagat nak ke sana, semoga Allah permudahkan. Salam Aidil Adha 1432H utk tuan sekeluarga.
blogger JH baru dapat kwsp 50 tahun. dia mahu daftar haji, katanya. IM ntah bila!
ReplyDeleteSalam Ustaz.
ReplyDeleteSemoga diberkati dan dirahmati Allah swt. n3 menarik dan penuh pengisian.Terima kasih ilmu yang disebarkan. Salam Aidiladha.
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah sentiasa merahmati cikgu serta diberikan kekuatan untuk beribadah kepada~Nya...amin
Terima kasih kembali..
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah perkenankan permintaan kitak...ameen
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah jika kita melaksanakan ibadah haji dengan sempurna, Allah akan pelihara kita dari melakukan sebarang kemungkaran dan tetap istiqamah dalam beribadah sehinggalah kita kembali kepada~Nya
--> CikGu Ma
ReplyDeleteSalam eidul adha ustazah...maaflah ya tak boleh nak jemput sebab tak buat korban dalam negeri tahun tok...:)
--> Nur Misnan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah kurniakan rezeki dan permudahkan umat Islam dapat melaksanakan ibadah haji suatu hari nanti...
--> LadyBird
ReplyDeleteSalam..
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara Zul..
Moga sihat hendaknya..
Begitulah kita berharap agar semua yang mengerja haji kembali dengan haji mabrur..
--> luahfikiran
ReplyDeleteSalam..
Memang begitulah sering terasa di hati kita sentiasa merindui panggilan Allah untuk ke sana
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTuan Razak, sayu sgt hati sayani, doakanlah saya agar dapat menjejak kaki ke dua tanah haram..mohon dengan sangat..
Assalamualaikum saudara Abd Razak,
ReplyDeleteBiasanya orang yg mengerjakan ibadah haji akan dapat merasakan status haji mereka samada mabrur atau tidak, sekiranya sekembalinya dari Tanah Suci perlakuan bertambah baik dan ibadah terjaga dan dipertingkat, Alhamdulillah tapi kalu balik ke takuk lama tiada perubahan apa-apa di samping masih melakukan perbuatan yang mungkar sendiri mahu ingatle.
--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Saya pun turut sama, ia menyemarakkan semangat saya.
Salam Aidil Adha 1432H utk tuan sekeluarga juga..
assalamualaikum
ReplyDeletesalam aidil adha juga buat saudara :) moga sihat2 selalu yea ~
--> insan_marhaen
ReplyDeleteSebaiknya daftarlah secepat mungkin, kiranya itu merupakan usaha untuk ke sana..
--> roha
ReplyDeleteSalam...
Semoga cikgu juga sedemikian rupa diberkati dan dirahmati Allah SWT..
Terima kasih kembali dan selamat hari raya aidil adha...
--> Mutiara Bernilai
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah jemput MB menjadi tetamu~Nya suatu hari nanti dengan kurniaan rezeki, kelapangan dan kemudahan...amin
--> noorlara
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Saudari Noorlara..
Begitulah, mabrur itu akan terlihat pada niat seseorang itu ketika mengerjakan haji. Jika niatnya semata-mata kerana Allah Taala maka baiklah dirinya sehingga ke akhir hayatnya. Jika disebaliknya maka buruklah dirinya..
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih, alhamdulillah saya sihat, moga saudari sihat juga hendaknya..
Sangat bermakna.
ReplyDeleteMoga Allah kasih.
"Gaya tulisan bergaya"
--> RuMaH TuA
ReplyDeleteSyukran..:)
Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak.