Friday, November 25, 2011

Hijrahlah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Janganlah engkau berjalan dari satu alam ke alam lain, sehingga seperti binatang himar yang berputar, mengitari gilingan. Tempat ia berangkat adalah tempat yang ia tuju. Namun berangkatlah dari satu alam menuju pencipta alam, : dan kepada Tuhanmulah tempat tujuan akhir.

Renungkan sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul~Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul~Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya." [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad] Fahamilah sabda Nabi itu, bahawa hijrah itu tergantung apa yang dijadikan tujuan hijrahnya. Renungilah persoalan ini, jika kalian punya pemahaman yang benar.

Tidak ada kehidupan yang sia-sia, ibadah yang hampa, melainkan jika kalian berjalan dari alam ke alam lain, sama sekali tidak menuju kepada Pencipta alam semesta. Kenapa diibaratkan pada himar itu? Sebab yang dicari himar tidak lebih dari upahnya, iaitu bisa makan dan minum dari tuannya.

Apakah kita beribadah juga hanya mencari upah dari Allah? Bukan menuju kepada Allah dan menghadap kepadaNya? Fakta menunjukkan kebanyakan orang beribadah kepada Allah, bukan demi dan menuju Allah, tetapi demi kepentingan dirinya, demi kepentingan dunianya, bahkan demi akhirat. Padahal demi diri, demi dunia dan demi akhirat, semuanya itu termasuk alam, iaitu ciptaan Allah Ta’ala. Jika demikian kita akan mengalami kesulitan Liqa’ Allah (bertemu allah), kerana kita tidak menuju kepada~Nya. Mestinya kita menyedari bahawa kita ini berasal dari Allah, dan ke mana lagi kalau bukan menuju kepada Allah?

Hikmah ini sungguh menegur kita. Betapa banyak yang kita lakukan atas nama Allah, atas nama agama, atas nama perjuangan, tetapi tidak tertuju kepada Allah, namun demi kepentingan hawa nafsu kita sendiri. Seluruh ubudiyah kita harus kita hijrahkan kepada Allah dan Rasul~Nya. Kepada Allah~lah orientasi amal ibadah kita, dengan cara mengikuti jejak Rasulullah SAW, demi cinta~Nya dan cinta Kekasih~Nya itu. Segala hal selain Allah dan Rasul~Nya sungguh sia-sia dan hampa.

Selama ini barangkali ada ketakutan dan kekhawatiran jika orientasi kalian adalah Allah dan Rasul~Nya, kemudian kalian kehilangan pekerjaan dan rezeki Allah. Padahal sebaliknya, jika kita kerja, berbuat apa saja, demi Allah dan membela Rasulullah SAW, justeru akan terbuka pintu rezeki~Nya. Namun jangan seperti suatu gerakan yang membela Allah dan RasulNya, tetapi hujungnya adalah sikap-sikap radikal dan jauh dari orientasi jiwa yang menghadap Allah. Tetapi orientasinya menang, bangga, dan kesombongan yang penuh arogan. Justeru ia semakin jauh dari Allah, walau pun berpakaian, seakan-akan seperti Ahlullah, ahli ibadah. Manusia yang bisa berhijrah kepada Allah, adalah manusia yang pergi menuju Cahaya~Nya. Bukan kembali ke alam kegelapan dunia. Manusia inilah yang kelak bisa memandang dunia dengan kacamata Ilahiyah, bukan dengan kacamata dunia yang gelap.

Firman Allah SWT,

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ * الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Orang-orang yang hijrah dalam keredhaan Allah, sesudah mereka teraniaya, sesungguhnya Kami tempatkan mereka di dunia di negeri yang baik. Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar, jika mereka tahu; iaitu orang-orang yang sabar dan kepada Tuhan mereka bertawakkal. [QS An-Nahl : 41-42]

Ya Allah, perkenanlah hamba~Mu menaruh harapan pada luasnya rahmat~Mu agar kami berlayar di samudera keredhaan, terhindar dari syaitan-syaitan yang menyesatkan, menjauh dari pikuk daratan kemaksiatan...amin

Sekian, Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

64 comments:

  1. Salam Maal Hijrah Ya Ustaz,

    Moga hidup lebih diberkati di dunia dan di akhirat...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia kesejahteraan dan rahmat dari Allah, insyaAllah...

    salam maal hijrah saudara, semoga.... setiap perkara yang kita buat adalah semata-mata kerana Allah...

    ReplyDelete
  3. SALAM MAAL HIJRAH,
    TERIMA KASIH BYK2 ATAS PERINGATAN INI ! KITA ADALAH HAMBANYA, USTAZ . LAKUKAN AMALAN KERANA NYA !

    ReplyDelete
  4. --> Norsha

    Salam Cikgu..

    Moga Allah perkenankan permintaan cikgu...amin

    ReplyDelete
  5. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sentiasa dikurnia kesejahteraan dan rahmat dari Allah...amin

    Terima kasih saudari. Moga kita dapat menjadikan setiap pekerjaan kita sebagai ibadah dengan meniatkannya ikhlas kerana menurut perintah Allah, berasaskan lunas Islam dan mengikut sunnah Rasullullah s.a.w.

    ReplyDelete
  6. --> luahfikiran

    Salam Dato'

    Terima kasih kembali Dato'

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ustaz

    tima kasih atas peringatan ini... moga ia menjadi bekal menguatkan tekad dalam melaksanakan hijrah spiritual kita

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut ma'al Hijrah. Semoga kehidupan kita semakin baik....

    ReplyDelete
  9. terima kasih di ats entri ini ...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum :)

    Salam Maal Hijrah sahabat Abd Razak yang dikasihi ALLAH SWT..

    Semoga ALLAH memberkati kehidupan perjalanan kita ini dengan penuh rahmat dan barakah walaupun cabarannya tetap ada.

    Dan mudah-mudahan ALLAH sentiasa mengiringi penghijrahan murni kita semua..Insya Allah

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah 1433 ustaz...makin bertambah usia kita..moga ibdah juga bertambah(",)

    jom baca (",)
    kata-kata adalah cermin peribadi

    ReplyDelete
  12. Selamat Thn Baru 1433H buat Ustaz juga...Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus membimbing kami..

    ReplyDelete
  13. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama saudara, semoga kedatangan tahun baru hijrah ini kita mampu menyambutnya dengan pelbagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga mampu merubah diri ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  14. --> @xiiinam

    Terima kasih cikgu..
    Moga kita semakin baik daripada tahun ke tahun dan terus dalam kebaikan hingga saat kita bertemu dengan Allah nanti...amin

    ReplyDelete
  15. Salam saudaraku
    Abdul Razak..moga anda selalu sihat
    hendaknya...

    Saya pasti kita tak akan dapat lagi
    seperti Hijrahnya Rasulullah SAW dahulu..Hijrah terbesar untuk mendaulatkan islam di seluruh dunia..

    apa yang tinggal kini adalah Hijrah kita sebagai seorang muslim dari perkara yang tidak baik ke arah kebaikan..menjadi kewajiban
    individu

    ReplyDelete
  16. Salam sahabat...

    Hari ini adalah Hari Jumaat yang terakhir. Itulah masa betapa pantasnya ia berlalu. Imam al-Syafie pernah berkata: Aku pelajari dari Ulama Tasawuf dua perkara dan salah satunya ialah masa seperti mata pedang. Jika kamu tidak memenggalnya, nescaya kamu Akan dipenggal. Justeru, marilah kita memelihara masa dengan pengisian Ketaatan pada Allah...

    Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433..
    Semoga Mendapat MARDHATILLAH...

    ReplyDelete
  17. assalamaualaikum akh..

    semoga akh dalam rahmat dan kasih sayangNya sentiasa..

    salam ma'al hijrah dari saya..semoga kedatangan tahun baru membawa sejuta rahmat buat semua..inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
  18. salam maal hijrah dari akak sekeluarga....semoga hari esok lbh baik dari hari2 semalam

    ReplyDelete
  19. --> Arianni

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih sahabat..:)

    Alhamdulillah, sahabat dah selamat kembali dari menunaikan ibadah haji, moga segala ibadah yang sahabat lakukan di sana diterima oleh Allah SWT dan mendapat haji yang mabrur.

    Maaf tak sempat nak berkongsi pengalaman dengan sahabat kerana masa tidak mengizinkan...

    ReplyDelete
  20. --> CikGu Ma

    Terima kasih kitak..:)

    Makin bertambah usia kita, makin berkurang pula waktu bagi menyediakan bekalan untuk ke SANA..

    ReplyDelete
  21. Salam Razak..

    Selamat menyambut tahun baru hijrah..Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.

    ReplyDelete
  22. --> Cik SHiNJU

    Terima kasih saudari Shinju, moga Allah melimpahkan kesejahteraan dan hidayah kepada kita semua, terus dari baik kepada lebih baik dan di akhirnya kita kembali kepada~Nya dengan selamat serta mendapat redha~Nya.

    ReplyDelete
  23. --> Ibn Mustakim

    Afwan..terima kasih datang

    ReplyDelete
  24. --> zulkbo

    Salam saudara zul

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin Allah SWT...amin

    Benar, apa yang menjadi kewajipan kita sekarang ialah kita cuba membuat perubahan dalam diri kita, menambahbaik amalan kita, akhlak, ilmu, dan sebagainya yang baik di sisi Allah Taala...

    ReplyDelete
  25. --> cun09

    Salam sahabatku yang dikasihi Allah...

    Ternyata saya tak sekuat untuk tidak mencemburu masa yang berlalu, ibarat penderita insomnia yang ketagih kopi, sudah tahu kopi akan membuat semakin tak bisa tidur tapi masih saja diminumnya...Allahu Akhbar. Moga Allah beri taat

    Syukran ya sahabatku..:)

    ReplyDelete
  26. --> Melatidaisy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga dalam rahmat dan kasih sayang~Nya sentiasa..

    Terima kasih saudari, semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah pada kedatangan tahun baru nanti..amin :)

    ReplyDelete
  27. --> sehasta mungkin

    Terima kasih saudara...

    ReplyDelete
  28. --> Tirana

    Salam Kak..

    Selamat menyambut tahun baru hijrah juga buat kakak sekeluarga..

    Moga kita terus dalam kebaikan..

    ReplyDelete
  29. Salam Saudara.
    Semoga diberkati Allah swt. Sala Maal Hijrah 1433H. Semoga lebih success lagi penulisannya.

    ReplyDelete
  30. Salam Maal Hijrah Ustaz..
    smg thn yg bakal mendatang jauh lebih baik daripada tahun yg telah berlalu..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..:)

    Moga ktk dianugerah kesihatan yg baik & diberkatiNya....

    Salam maal hijrah...sentiasa memohon pdNya agar membtk diri lebih baik Di sisiNya dari hari2 dan tahun2 nan lalu.......

    ReplyDelete
  32. --> roha

    Salam cikgu..

    Terima kasih mendoakan saya dan semoga cikgu juga dikurniakan Allah kebaikan dan keberkatan yang banyak dalam menjalankan tugas seharian..amin

    ReplyDelete
  33. --> LadyBird

    Salam Maal Hijrah LadyBird..

    Begitulah kita semua mengharapkan, terus dikurniakan Allah kekuatan dalam menjalani kehidupan ini dan tetap taat dan patuh kepada~Nya

    ReplyDelete
  34. --> Pn Kartini

    Sahabatku yang dikasihi Allah SWT..


    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Moga kitak juak dianugerahkan Allah kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..amin :)

    Moga hari-hari bakal mendatang, kita isikan dengan penuh rasa syukur dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah SWT sehinggalah kita dipanggil kembali kepada~Nya.

    Terima kasih kitak..:)

    ReplyDelete
  35. salam sahabat...

    baru abiss dengar ceramah ma'al hijrah...muhasabah diri n p'kongsian yg begitu canteeq...syukran

    ReplyDelete
  36. http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

    menjawab persoalam adakah islam menganjurkan sambutan awal muharram..

    dan benarkah hijrah itu pada bulan muharram?

    insyaAllah

    ReplyDelete
  37. --> cun09

    Salam sahabat...:)

    Ya majlisnya malam tadi sungguh indah dan ramai yang hadir..

    Afwan..

    ReplyDelete
  38. --> Ad-Dien

    Yang pentingnya kita sebagai manusia meninggalkan kemaksiatan dan bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, berubah dengan cara kehidupan yang baru dan menuju jalan kehidupan yang baru yang membawanya, dengan tekad kuat, usaha keras dan amal-amal kebajikan.

    Inilah yang dinamakan dengan hijrah ma’nawiyyah. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menunjukkan hal ini pada Hadits Shahih yang menyebutkan;
    المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه
    “Seorang muslim adalah yang menjadikan kaum muslimin aman dari lisan dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah adalah orang yang berhijrah dari apa-apa yang dilarang Allah atasnya.”

    (Petikan dari al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri)

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum

    malam tadi ada ceramah kat surau saya oleh ust shurur. katanya golongan muhajirin samada mereka berhijrah kerana Allah dan Rasul atau kerana dunia atau wanita, kesemua dijamin syurga oleh Allah. Saya tanya kenapa dua golongan yang berhijarah kerana dunia dan wanita itu juga dijamin syurga. inilah jawapan ust.

    "mereka dijamin syurga kerana mereka semua juga turut berkorban dan sengsara bersama Rasul disamping tidak ada pula mereka melakukan sebarang maksiat"

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  40. salam Maal Hijrah. IM selalu cuba untuk hijrah dalam diri..

    ReplyDelete
  41. salam maal hijrah too..=) like en3 nieh..

    jom baca kejap=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  42. Salam Maal Hijrah.

    ***Terima kasih kerana menyokong entri ckLah yang lalu...

    ReplyDelete
  43. Salam Maal Hijrah,

    Moga Allah sentiasa mengurniakan kita kekuatan dan kesihatan yang membolehkan kita berhijrah kearah kesempunaan iman, insyaAllah.

    ReplyDelete
  44. --> al-lavendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sangat cantik jawapan yang ustaz tu berikan, selagi mana apa yang kita buat dihalakan semata kerana Allah dan tidak terbabit dengan maksiat maka balasannya pun akan baik juga.

    Terima kasih berkongsi ilmu dengan saya..

    ReplyDelete
  45. --> insan_marhaen

    Ya terima kasih, mudah-mudahan hasilnya akan berjaya...amin

    ReplyDelete
  46. --> L

    Thanks...insya Allah nanti saya datang ziarah dan baca..

    ReplyDelete
  47. --> @xiiinam

    Salam Maal Hijrah juga buat ckLah..

    Ya terima kasih kembali..:)

    ReplyDelete
  48. --> ahmad humairi

    Salam Maal Hijrah..

    Moga Allah makbulkan doa cikgu..amin

    ReplyDelete
  49. Salam maal hijrah...
    Semoga sentiasa hidup dalam keberkatan Allah.

    ReplyDelete
  50. --> Cikgu Tie

    Terima kasih cikgu, moga kehidupan cikgu terus dalam keberkatan dan mendapat limpah kasih sayang dari Allah Taala..

    ReplyDelete
  51. Assalamu'alaikum ust.... kakak pun kadang terlupa dan lalai atas ibadah/kerja/tanggungjawab yg dipikul segalanya adalah kerana Allah dan benar kita dtg dari dia dan akan kembali padaNya

    Bila membaca tazkirah begini akan membawa akal kita segera kembali ingat apa yg kita lupa. Terima kasih ustaz...

    ReplyDelete
  52. Salam Maal Hijrah brother... Sorry lambat
    ucapannya. Baru pulang dari berhijrah ke Sabah..

    ReplyDelete
  53. Moga perjalanan kita Allah berkati dan moga Allah pelihara saya dari cakap tak serupa bikin. Cakap pandai, buat tak. Allahu Akhbar! Permudahkan kita dalam urusan menyampai agamaNya.

    "Selamat Tahun Baru Hijrah"

    ReplyDelete
  54. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Begitulah kak, kita hidup di zaman mutahir ni keadaan sekeliling banyak mempergaruhi kehidupan kita termasuklah saya. Dengan hanya kita banyak melakukan ibadah dan amal soleh ianya bisa mendekatkan kita kepada Allah SWT

    ReplyDelete
  55. --> Nur Misnan

    Salam Maal Hijrah Sis...

    Terima kasih kerana sudi juga datang walaupun lambat..

    ReplyDelete
  56. --> RuMaH TuA

    Mudah-mudahan Allah anugerahkan kekuatan kepada kita dapat melaksanakan segala perintah~Nya sebaik-baiknya dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi segala larangan~Nya...amin

    Selamat Tahun Baru Hijrah

    ReplyDelete
  57. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

    Salam Maal Hijrah semoga masih belum terlewat mengucapkannya.

    Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada kita agar dapat berhijrah dengan mengeluarkan diri kita daripada kegelapan menuju kepada jalan yang diredhaiNya. Semoga kita dapat meraih cintaNya. Amiin

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum,

    memang tak dapat dinafikan di zaman ini ramai yang melakukan kebajikan atau ibadah semata-mata untuk mengelabui mata masyarakat luar, tidak ikhlas kepada Allah. Perbuatan yang bodoh lagi merugikan

    ReplyDelete
  59. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sihat di sana dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.

    Moga kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada kita akan terus berkekalan, sentiasa dalam ketaatan kepada~Nya hinggalah kita bertemu dengan~Nya kelak...amin

    Terima kasih kak!

    ReplyDelete
  60. --> noorlara

    وعليكم السلام ورحة الله

    Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada orang-orang yang dimaksudkan diberi hidayah kembali ke jalan~Nya dengan sempurna dan hati yang ikhlas...amin

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.