بسم الله الرحمن الرحيم
Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyyah (Keturunan Rasulullah) ada yang bermukim di daerah Balkh (Iraq). Di situ ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.
Setelah suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim dingin. Setelah mereka memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.
Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!” “Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyyah,” kata tokoh orang Muslim di kampung itu. “Di kampung tuan tidak ada orang yang mengenaliku,” kata ibu tersebut.
Lalu tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia memohon pula kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan pemimpin kampung itu, pemimpin tersebut terus memerintahkan salah seorang anggota keluarganya untuk pergi ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumahnya dengan diberi mereka makanan dan pelbagai perhiasan serba indah.
Setelah malamnya tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah s.a.w. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah s.a.w. dia lalu bertanya, “Wahai Rasulullah! Milik siapa istana ini?” “Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,” jawab baginda. “Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,” jawabnya. “Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,” sabda Rasulullah s.a.w. kepadanya. Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda lagi, “Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku! Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!”
Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.
Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menumpang wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. “Di mana wanita Alawiyah itu?’ tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi. “Ada padaku,” jawab si Majusi. “Aku sekarang menghendakinya,” ujar lelaki Muslim itu. “Tidak semudah itu,” jawab lelaki Majusi. “Ambillah wang seribu dinar dariku dan serahkan mereka padaku,” desak lelaki Muslim. “Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,” jawab lelaki Majusi itu. “Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,” ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.
Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak dapat tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah s.a.w. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?” “Ya, benar,” jawabku. “Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,” sabda baginda kembali.
Sekian...dengarkan titisan air. Biarkan menitis tanpa perlu disesali, sebab sebagai balasan atas titisan itu, kau mungkin akan memperolehi lautan.
Sumber dari Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki,
kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh
menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan
makhluk lain mengutuknya.”
[ Ibnu Abbas ]

Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian ini. Alangkah ruginya kita yang kononnya adalah Muslim sedari awal tapi tidak memanfaatkan keIslaman kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.
Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan oleh Allah, insyaAllah...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian hebat di pagi Jumaat yang mulia ni, sentiasalah membantu mereka yang memerlukan, tidak kira darjat keturunan....
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kadangkali sesetengah daripada kita tidak mengambil Islam itu sepenuhnya sehingga dalam perkara hubungan sesama manusia kita abaikan, kesusahan orang lain kita pandang remeh. Sungguh Nabi s.a.w tidak mengajar kita begitu.
assalamualaikum ustaz...kaifa hal? =)
ReplyDeletesekarang ni wujud lagi kan bait muslim??
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga saudari juga sentiasa dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan oleh Allah...amin
Benar, derajat dan keturunan bukan halangan, bantulah sekadar yang mampu kerana setiap rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita, sebahagian daripadanya milik orang yang memerlukan
--> CikGu Ma
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah bikhair..
Menurut Buya Hamka dalam sebuah kitab tulisannya, ya masih ada. Mun di Sarawak keturunan Keluarga Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Almarhum Datuk Patinggi Tunku Haji Bujang. Dan di Perlis, Kerabat di Raja Perlis.
Di sebelah Negeri Yaman memang ramai keturunan Rasulullah
Wallahu'alam
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.
Maha Suci Allah menentapkan bahawa menimbangkan sesuatu keputusan yang dibuat menatijahkan hasil yang baik dan buruknya.
Berbahagialah orang-orang yang menggilap pemikiran supaya dapat membuat sesuatu tindakan penuh hikmah.
Semoga Allah memberikan kita semua hidayah untuk berfikir sebelum bertindak dan dapat mengambil tindakan yang benar-benar memberi manfaat.
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihata, semoga kakak sihat juga dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.
Benar kak, kadangkali kebaikan itu datang tanpa kita sedari dan sering tindakan kita tersasar kerana gagal melihat kebaikan di dalamnya. Apa yang sering melanda ialah kehadiran perasaan buruk sangka sehingga kita terhasut olehnya.
Salam Ustaz.. Nektok susah mok carik orang cemya.. ADa pun mestinya ada kepentingan masing2..
ReplyDeleteAssalamualaikum..:)
ReplyDeleteMoga ktk dianugerah kesihatan yg baik dan dirahmatiNya selalu...
Pernah mdgr ceramah ust Kazim..kini ada yg mhulur apa2 bantuan atas dasar 'kegeng-an'..dan di pihak mana,sebelah mana....
Andailah kefahaman sebegini blh diubah..pasti ada hikmah dan keberkatan yg mlimpah ruah.....
:)
--> AmirFX
ReplyDeleteSalam Mir...
Nya ada cuma kita sik tauk sebab biasanya urang yang imannya kuat sik mudah mok nunjuk-nunjuk amalnya..
--> Pn Kartini
ReplyDelete:) وعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak juak dianugerah kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya selalu...:)
Aok, kamek pun pernah juak nengar cuma tak ingat tajuk ceramahnya. Bila nak menghulur bantuan pun kena tengok siapa, keadaannya menjadi payah. Allah buka luas untuk kita mendapat kebaikan yang banyak tapi kita tutupkannya dengan alasan yang banyak.
TQ kitak..:)
subhanallah.. ustaz.. zmn skrg muslim masih begitu.. mrk sukar untuk memberi pertolongan walaupun kepada seagama.. yang lebih ringan untuk membantu bukan drp kalangan muslim.. :(
ReplyDeleteAbdul Razak Olá obrigado pela sua visita.
ReplyDeleteeste cartaz é graças interessante para compartilhar.
que você tenha um bom fim de semana.
excuse my english hope you though.
ReplyDeleteAbdul Razak Hello thanks for your visit.
this post is interesting thanks for sharing.
you have a good weekend.
--> LadyBird
ReplyDeleteZahirnya begitulah pandangan sebilangan daripada kita, memberi pertolongan itu dinampakkan merugikan. Namun, yang kuat iman pandangan hatinya sangat besar di sisi Allah Taala. Barangkali jika Allah nampakkan pahalanya akan berlumba-lumbalah manusia mengejarnya..
Allahu'alam..
--> pretha
ReplyDeleteHi..
Sorry, i don't really understand your language. I guess that's portugese. Anyway thanks for translating it and your visit here.
You have a good weekend too..:)
assalamualaikum ustaz.
ReplyDeleteentri ini sangat mengesankan. sering terjadi di kalangan pemuka-pemuka ugama dan masyarakat kita. terima kasih kerana mengongsikan kisah yang menginsafkan ini.
salam,
ReplyDeleteperkongsian yang baik untuk menilai diri sendiri...
TQ sir. Perkongsian yg bermanfaat. Teruskan perjuangan.
ReplyDelete--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya bentuk ujian dan pemberian Allah kadangkali datang seiring dan hanya mereka yang dapat menyelami hakikat ini bisa mengetahuinya dan menerimanya dengan hati terbuka..
--> insan_marhaen
ReplyDeleteSalam...
Ianya banyak mengajar kita erti sebenarnya kasih sayang antara sesama insan
--> School Of Tots
ReplyDeleteWelcome sir. Moga Allah kurniakan kekuatan buat kita semua
Assalamualaikum,
ReplyDeletePerkongsian yg bagus sangat . Muhasabah diri.
--> mamawana
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kerana sudi datang
Terkesan betul baca kisah ni.. Moral of the story...hulurkan bantuan kepada yang memerlukan tak kira darjat, keturunan, bangsa atau agama.
ReplyDeletesalam sahabat...
ReplyDeleteBila hati kita berbelah bagi utk menolong orang,cerita ini boleh dijadikan pengajaran yg sangat "mahal" utk kita renungkan
syukran sahabat...
**moge sihat**
--> Tirana
ReplyDeleteYa bantulah mereka yang memerlukan seberapa mana yang kita mampu dan terdaya..
--> cun09
ReplyDeleteSalam sahabat...:)
Kadangkali tanpa kita sedari bahawa bila hati kita berbelah bagi untuk menolong orang, bahawa itu adalah lintasan yang tidak baik yang didorongkan oleh nafsu dan hasutan syaitan...
Afwan sahabat...
**Saya sihat alhamdulillah*
terima kasih di atas perkongsian ini. teman akan mengambil iktibar dari kisah ini.
ReplyDeleteterima kasih saudara. =)
وعليكم السلام ورحة الله
ReplyDeleteitulah yg sering terjadi pd sebilangan kita. utk beramal pun kena memilih. bila anugerah balasan dr-Nya harap sgt kita dipilih-Nya
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara berada dalam kesihatan yang baik.
Alangkan indahnya kalau orang yang memerlukan dapat diberikan pertolongan sesegera yang boleh.
Assalamualaikum!
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ilmu ini. Semoga saudara diberkati.
salam ustaz
ReplyDeletekisah menarik...manusia berkejar2 mnecari kebahagiaan dan kadang2 mereka tersimpang sendirian tanpa tuju...sedangkan baginda nabi telah tunjukkan dengan jelas =)
T_T
ReplyDelete--> As
ReplyDeleteSyukran.. :)