Friday, December 30, 2011

Rahsia ciptaan Allah


بسم الله الرحمن الرحيم

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad bin Abdurrohman Alhamdaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, (ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan~Nya dan sangat tinggi kalimat~Nya serta berkesinambungan nikmat~Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasi pula bagi tiap-tiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dam kemanfaatan.

Pertama

Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman Allah yang bermaksud; “Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?” [Surah An-Nabaa': 12] Kemudian Allah Menghiasi dengan tujuh bintang. Firman~Nya yang bermaksud; “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.”. [Surah Al-Hijr: 16]

Kedua

Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud; “Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.” [Surah At-Thalaaq: 12] Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan sebagaimana firmanNya yang bermaksud; “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah Luqman: 27]

Ketiga

Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat iaitu Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firmanNya yang bermaksud; “Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).” [Surah Al-Hijr: 44]

Keempat

Allah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (Faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman~Nya yang bermaksud; “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”. [Surah Al-Hijr: 87]

Kelima

Allah telah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya yang bermaksud; “Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” [Surah Al-Alaq: 19]

Keenam

Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu pada masa lahirnya disebut 'radli', kemudian 'fathim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghias tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu ucapan “Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullah”. Firman Allah yang bermaksud; “Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya”. [Surah Al-Fath: 26]

Ketujuh

Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu:
1. Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Sham, Khurasan sampai ke Balakh
5. Roma dan Armenia
6. Negeri Ya'juj dan Ma'juj
7. Cina dan Turkistan.

Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri besar dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan tujuh hari itu dari para nabi iaitu:

1. Hari Sabtu – Allah memuliakan Nabi Musa A.S
2. Hari Ahad – Allah memuliakan Nabi Isa bin Maryam A.S
3. Hari Isnin – Allah memuliakan Nabi Daud A.S
4. Hari Selasa – Allah memuliakan Nabi Sulaiman A.S
5. Hari Rabu – Allah memuliakan Nabi Ya'qub A.S
6. Hari Khamis – Allah memuliakan Nabi Adam A.S
7. Hari Jumaat – Allah memuliakan Nabi Muhammad SAW dan umatnya.

Wallahualam.

Sumber dari Kitab: AS SAB'IYYAATU FII MAWAA'IDHI'LBRITYAAT

31 comments:

  1. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurnia kesejahteraan, rahmat dan kasih sayang dari Allah selalu, Ameen, insyaAllah..

    Jika dikaji2 lagi, mesti banyak hikmahnya mengapa semuanya tujuh. Sesungguhnya hanya Allah jualah yang mengetahuinya..

    oh hadith di side bar pun ada menyatakan 7 dosa yang membinasakan. Saya paste kat sini ye..

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. (Riwayat Muslim).

    Allahualam..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

    Maha Suci Allah raja kepada sekelian raja, mencipta segala-galanya penuh himkah dan bergaya. Tiada siapa yang dapat menandinginya dan tiada siapa yang menyekutuiNya dalam mendatangkan manfaat dan mudharat.

    Terima kasih ya atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum..:)

    Salam hari jumaat.moga dgn keberkatan hari mulia ini ktk jua dilimpahi rahmat Dan berkat dariNya jua...amin..

    Seronok membaca n3 ktk tuk...
    Betapa apa kejadian ciptaanNya...Dia yang Maha Mengetahui....

    Tksh utk pengkongsian yang bermakna.

    :)

    ReplyDelete
  4. Salam, Terima kasih singgah baca di sini.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    mengambil keberkatan pada jumaat penghulu hari untuk rasulullah dan ummatnya, suatu perkongsian ilmu yang jarang diperkatakan secara spesifik

    sinonim juga gamaknya orang melayu dengan keagungan angka tujuh sampaikan kalu nak sumpah orang pon sampai 7 keturunan... begitu hebatnya angka tujuh yang belum terhurai sepenuh rahsianya

    ReplyDelete
  6. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan kasih sayang dari Allah..amin

    Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya atas ciptaan~Nya. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:
    Keperkasaan dan kemuliaan itu ibarat kain~Ku, keagungan dan kebesaran itu ibarat selendang~Ku. Barang siapa berusaha menyamai Aku sedikitpun nescaya akan Ku-siksa.

    (Hadis Qudsi Riwayat Muslim dari Abu Sa'id dan riwayat Samuwaih dari Abu Sa'id dan juga riwayat Thabarani yang bersumber dari Ali r.a.

    ReplyDelete
  7. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Didoakan juga semoga kakak sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.

    Benar apa yang kakak katakan. Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Segala-galanya atas Kekuasaan~Nya.

    Terima kasih, kak!

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Saudara Abd Razak,

    Terima kasih berkongsi ilmu.. Terlalu banyak rahsia yang perlu kita hayati Dari Kitabullah.. Subhanallah, dengan faktor apa kita mahu sombong berbangga2 dengan ilmu yg dipinjamkan cuma sedikit sedangkan Allah Maha Luas IlmuNya... Allahuakbar...

    ReplyDelete
  9. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله.. :)

    Salam hari jumaat juak buat kitak. Moga dengan keberkatan hari yang mulia ini kitak juak dilimpahi rahmat dan keberkatan yang banyak dari~Nya...amin.

    Maha Suci Allah, segala yang ada di langit dan bumi adalah ciptaan~Nya petunjuk bagi orang yang mahu berfikir tentang kebesaran~Nya.

    Terima kasih juak buat kitak.:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, AB...semoga sihat menjalani hari-hari InsyaAllah....

    sebelum ni ada juga yatie baca tentang ini, Alhamdulillah, rasanya isi disini lebih padat, terima kasih atas infonya..
    banyak lagi rahsia Allah yang belum kita ketahui sebenarnya...ini semua seharusnya dikaji lebih lagi

    ReplyDelete
  11. terima kasih razak.

    banyak yang saya baru tahu :)

    ReplyDelete
  12. Subhanallah..

    begitu banyak kejadian Allah yang dijadikan sebanyak tujuh kali..

    tujuh itu unik..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi bila membaca entri ini..

    Allah swt itu satu dan ganjil dan Allah swt suka bilangan yang ganjil.. (",)

    ReplyDelete
  14. malasyia berada dalam negeri mana, ya?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Semoga kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan bacaan dan kefahaman dari ayat-ayat al-Quran.

    TQ

    ReplyDelete
  16. --> PCL

    Salam,

    Terima kasih kerana sudi singgah

    ReplyDelete
  17. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Maha Suci Allah, semua ciptaannya punya keistimewanya sendiri dan kebaikan yang banyak buat makhluk ciptaan~Nya..

    ReplyDelete
  18. --> Bulan Syurga Firdausi

    Saya pun dapat ilmu baru juga hasil daripada pembacaan saya..

    ReplyDelete
  19. --> Hana Faza-same person

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, ya betul ilmu yang kita perolehi semuanya datang dari Allah SWT dan sewajarnya kita tak perlu sombong dengan apa yang ada pada kita.

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum Razak...


    Terimakasih atas perkongsian. Sesungguhnya Allah Maha Pencipta. Ciptaan Allah indah-indah belaka dan tidak ada satu pun yang sia-sia.

    ReplyDelete
  21. Salam Uztad Razak.. Terima kaseh atas perkongsian ilmu.. Ya duhal rahsia angka tujuh..

    ReplyDelete
  22. --> Yatie Awang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan saya, semoga YA juga sihat menjalani hari-hari InsyaAllah....

    Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya ilmu~Nya benar-benar meliputi segala sesuatu. Dia menciptakan segala-galanya untuk kita berfikir akan kebesaran~Nya.

    ReplyDelete
  23. --> klcitizen cikgunormah

    Terima kasih kembali cikgu..

    Maha Luas ilmu Allah, hanya sedikit yang kita ketahui..

    ReplyDelete
  24. --> zino

    Moga hari-hari yang mendatang terhias kebaikan yang banyak buat kita semua..amin

    ReplyDelete
  25. --> LadyBird

    Subhanallah..

    Semua ciptaan~Nya untuk kita berfikir akan kebesaran dan Maha Luas ilmu~Nya

    ReplyDelete
  26. السلم عليكم ورحمة الله

    begitulah maha tingginya kekuasaan Allah dlm penciptaan. syukran tuan atas perkongsian info ini

    ReplyDelete
  27. --> fuad ansari

    Sesungguhnya Allah SWT menyukai yang ganjil dalam banyak hal. Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dan Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal dan mentafakurinya) akan masuk syurga. Dia itu Witir (ganjil) dan menyukai yang ganjil ” (HR. Bukhary-Muslim)

    ReplyDelete
  28. pengisian yang menarik..mohon share yerk..trima kasih..-)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.