Tuesday, January 03, 2012

Pernyataan Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم


PERNYATAAN CINTA
Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam kata,
Kusimpan kasih-Mu dalam dada.
Bila kucium harum mawar tanpa cinta-Mu,
Segera saja bagai duri bakarlah aku.

Meskipun aku diam tenang bagai ikan,
Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan
Kau yang telah menutup rapat bibirku,
Tariklah misaiku ke dekat-Mu.
Apakah maksud-Mu?
Mana kutahu?

Aku hanya tahu bahwa aku siap dalam iringan ini selalu.
Kukunyah lagi mamahan kepedihan mengenangmu,
Bagai unta memahah biak makanannya,
Dan bagai unta yang geram mulutku berbusa.
Meskipun aku tinggal tersembunyi dan tidak bicara,
Di hadirat Kasih aku jelas dan nyata.
Aku bagai benih di bawah tanah,
Aku menanti tanda musim semi.
Hingga tanpa nafasku sendiri aku dapat bernafas wangi,
Dan tanpa kepalaku sendiri aku dapat membelai kepala lagi.

CINTA : LAUTAN TAK BERTEPI
Cinta adalah lautan tak bertepi
langit hanyalah serpihan buih belaka.
Ketahuilah langit berputar kerana gelombang Cinta
Andai tak ada Cinta, Dunia akan membeku.
Bila bukan kerana Cinta,
Bagaimana sesuatu yang organik berubah menjadi tumbuhan?
Bagaimana tumbuhan akan mengorbankan diri demi memperoleh ruh (hewani)?
Bagaimana ruh (hewani) akan mengorbankan diri demi nafas (Ruh) yang menghamili Maryam?
Semua itu akan menjadi beku dan kaku bagai salju
Tidak dapat terbang serta mencari padang ilalang bagai belalang.
Setiap atom jatuh cinta pada Yang Maha Sempurna
Dan naik ke atas laksana tunas.
Cita-cita mereka yang tak terdengar, sesungguhnya, adalah
lagu pujian Keagungan pada Tuhan.

PERIH CINTA
Perih Cinta inilah yang membuka tabir hasrat pencinta:
Tiada penyakit yang dapat menyamai dukacita hati ini.
Cinta adalah sebuah penyakit karena berpisah, isyarat
Dan astrolabium rahasia-rahasia Ilahi.
Apakah dari jamur langit ataupun jamur bumi,
Cintalah yang membimbing kita ke Sana pada akhirnya.
Akal ’kan sia-sia bahkan menggelepar ’tuk menerangkan Cinta,
Bagai keledai dalam lumpur: Cinta adalah sang penerang Cinta itu sendiri.
Bukankah matahari yang menyatakan dirinya matahari?
Perhatikanlah ia! Seluruh bukit yang kau cari ada di sana.

TANPA CINTA, SEGALANYA TAK BERNILAI
Jika engkau bukan seorang pencinta,
maka jangan pandang hidupmu adalah hidup
Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan
dihitung Pada Hari Perhitungan nanti
Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta,
akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapan~Nya.
Burung-burung Kesedaran telah turun dari langit
dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari
Mereka merupakan bintang-bintang di langit
agama yang dikirim dari langit ke bumi
Demikian pentingnya Penyatuan dengan Allah
dan betapa menderitanya Keterpisahan denganNya.
Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting
dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan
Lihatlah pepohonan ini! Semuanya gembira
bagaikan sekumpulan kebahagiaan
Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan?
Sang lili berbisik pada kuncup : “Matamu yang menguncup akan segera mekar.
Sebab engkau telah merasakan bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”
Di manapun, jalan untuk mencapai Kesucian Hati
adalah melalui Kerendahan Hati.
Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan :
“Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

KEARIFAN CINTA
CINTA yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
Namun kenikmatan itu,
jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarnya
kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang

Karya :
Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al Khattabi al-Bakri (Jalaluddin Rumi)

43 comments:

  1. Ya Allah,
    cinta-Mu,
    Sungguh indah dan syahdu,
    Ya Rahman,
    Kasih-Mu,
    Mencairkan hatiku
    yang keras dan kaku.

    Titisan hidayah-Mu penyejuk jiwa ini,
    Dingin mengalir bagai dibasahi,
    Ku cuba dekati,
    dan ku pasti,
    Rahmat-Mu selautan
    mata air Firdausi.

    p/s:.....petikan sajak Puisi Cinta Ilahi...:)

    ReplyDelete
  2. --> Pn Kartini

    Indah susunan bait puisinya..:)

    Hati kita akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika kita mencintai~Nya. Kita akan mencintai~Nya jika kita mengenal~Nya. Semakin tinggi pengenalan kita terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjat kita dan semakin terasa agung ketentuan~Nya bagi kita.

    Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenal~Nya.

    Terima kasih kitak..:)

    ReplyDelete
  3. Karya yang sangat best untuk dikongsi... Terbaik!

    ReplyDelete
  4. amat sukar untuk memahami patah2 katanya..
    sbnrnye apakah maksud keseluruhan puisi ini?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..AB

    indah sekali bait2 ayatnya...terasa sangat
    Ingin sekali merasa sebenar2nya cinta Ilahi...InsyaAllah..akan terus dikejar kerana itu cinta sejati dan hakiki...

    ReplyDelete
  6. --> AmirFX

    Auk nang best, banyak gik hasil karya Maulana tok, kelak kamek kongsikan agik

    ReplyDelete
  7. --> LadyBird

    Ya memang sukar untuk memahaminya, cuma yang dapat saya katakan bahawa rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya.

    Berkata Imam Ibnu Athaillah, "mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh seorang hamba Allah berlandaskan keyakinan."

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  8. puisi cinta sang sufi sangat dalam maksudnya dan adakalanya sukar diselami perasaannya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara sentiasa dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah..

    Allah..tinggi sangat bahasanya, sampai kena baca 2 kali:D..

    pada mulanya saya ingatkan hasil nukilan saudara;)

    ReplyDelete
  10. --> Yatie Awang

    Wa'alaikumusalam YA..

    Ya, indah hingga terkesan dihati.

    Kenalilah Allah maka kita bisa memperolehi cinta~Nya. Allah berfirman, "Aku adalah kekayaan tersembunyi, Aku cinta untuk dikenal dan dengan cinta inilah Aku ciptakan makhluk."

    ReplyDelete
  11. --> cemomoi

    Benar, hati mereka sentiasa tertuju kepada Yang Maha Esa, kenikmatan yang mereka rasai kadangkali dizahirkan amat dalam untuk difahami..

    ReplyDelete
  12. --> Afida Anuar

    Wa'alaikumusalam Saudari Afida..

    Semoga saudari juga sentiasa dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah..

    Hati mereka sangat jernih sehingga apa yang mereka tulis adalah pertolongan dan penjagaan dari Allah

    Allahu Akhbar, saya ni terlalu kerdil untuk menghasilkan nukilan sebegitu..:)

    ReplyDelete
  13. seronok bercinta ni, kan ustaz...tapi nak cari kelazatan cintakan Allah, masyaAllah...nikmat sangat sapa yg benar2 ada zuuq tu...

    ReplyDelete
  14. ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

    Sesungguhnya cinta ALLAH adalah yang paling agung...

    ReplyDelete
  15. Ibnu Taimiyyah pernah berkata,

    "Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini,dan tidak pernah merasakan yang termanis darinya."

    Lalu ia ditanya, "Apakah yang termanis di dunia?"

    "Manisnya bermesraan dengan ALLAH 'Azza Wa Jalla," jawabnya.

    Inilah hakikat cinta yg sebenar, cinta yg sejati, Allahu Rabbi! moga dapat merasai walau sezarah cintaNya, Allahumma Aamiin..

    ~Jazakallah ya sahabat atas kiriman ilmu, moga ALLAH redha duniya wal akhirah, aamiin :)

    ReplyDelete
  16. --> Cikgu Ma

    Ya memang seronok bercinta, namun kelazatan cinta Allah itu tak dapat dibayangkan dan diungkapkan dengan kata-kata, hanya mereka yang dah merasainya tahu bagaimana rasanya..

    ReplyDelete
  17. --> Noorieda

    وعليكم السلام ورحة الله

    Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.

    Cinta Yang Hakiki..

    ReplyDelete
  18. --> - Ukhty Iman -

    Ya sahabatku yang dikasih Allah SWT, tiada yang manis selain dari cinta kepada Yang Maha Pencipta.

    Sayyidina Hasan Al-Basri r.a. berkata, "Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang menjadikan Allah mencintai hamba-hamba~Nya, dan beramal soleh di muka bumi dengan segala ketulusan."

    **Terima kasih kembali ya sahabat, moga Allah limpahkan kasih sayang~Nya kepada kita semuanya..amin :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga sihat sejahtera.

    Berusahalah kearah mengapai cinta yang indah itu.

    ReplyDelete
  20. --> Kunang-Kunang

    Wa'alaikumusalam ya kak Ani..:)

    Alhamdulillah saya sihat, semoga kakak sihat sejahtera juga hendaknya.

    Menggapai cinta~NYa dengan kita sentiasa membaca Al-Qur'an kerana ianya merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itulah Allah memuliakan manusia serta kasih sayang~Nya.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum. Apa khabar Ustaz? Semoga dalam keadaan sihat hendaknya.

    Begitu puitis puisi ni. Moga kita terus mengejar cinta yang hakiki dan abadi.

    ReplyDelete
  22. salam sahabat...

    "Demi cinta ALLAH yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

    **moge sihat ^__^ **

    ReplyDelete
  23. --> Nur-nba

    Wa'alaikumusalam, alhamdulillah saya sihat, moga Nur juga dalam keadaan sihat hendaknya.

    Ya, berusahalah untuk meraihnya..

    ReplyDelete
  24. --> cun09

    Salam sahabat...

    Amin...amin ya Rabbial 'alamin..

    Cintailah Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah kecintaan Rasulullah dan orang-orang soleh." [Al-Imam Asy-Syafi'i]

    **Alhamdulillah sihat moge awak juga sihat ^__^ **

    ReplyDelete
  25. KEARIFAN CINTA
    CINTA yang dibangkitkan
    oleh khayalan yang salah
    dan tidak pada tempatnya
    bisa saja menghantarkannya
    pada keadaan ekstasi.
    Namun kenikmatan itu,
    jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarnya
    kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang

    -- Hakikat yg x ramai menyedarinya..


    *** Ustaz,saya ade kemusykilan..kaki saya terseliuh baru2 ni..bengkak..boleh berdiri tp x betul2 tegak n x boleh lama...boleh ke saya solat duduk jer? sbb saya ade baca satu pendapat yg menyatakan kita kena solat berdiri selagi boleh berdiri...

    ReplyDelete
  26. --> Cik SHiNJU

    Saya doakan semoga Allah sembuhkan kaki Cik Shinju dan kembali sihat seperti biasa.

    Kaedahnya jika tak boleh berdiri lama, Cik Shinju wajib berdiri dahulu untuk Takbiratul Ihram, kemudiannya barulah duduk (atas kerusi) dan sempurnakan solat dalam keadaan duduk sehingga salam.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  27. salam sahabat...

    baru selesai dengaq kuliah subuh... ^_^ **syukran**

    adakah kita kena mentaati seorg ibu tiri sama mcam ibu sendiri ?

    ReplyDelete
  28. --> cun09

    Salam sahabat...:)

    Afwan.. ^_^

    Ya wajib kita mentaatinya selagi mana ia tidak bertujuan kepada maksiat dan dosa..

    ReplyDelete
  29. Owh..mcm tu...
    Saya solat berdiri gak sblm ni...tahan jelah sakit pun...
    Mekasih atas doa dan juga jawapannya yer Ustaz...

    ReplyDelete
  30. --> Cik SHiNJU

    Solat adalah ibadah yang mudah untuk dikerjakan, ia tidak membebankan sama sekali bagi muslim yang ingin mengerjakannya. Bila kita sakit ada kaedahnya untuk kita melaksanakannya..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum ustaz. Semoga senantiada mendapat keredhaan dariNya. Tiada sebenar-benar kebahagiaan apabila kita cinta dan dicintai olehNya.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Ustaz.

    Subhanallah, betapa bait-bait puisi Jalaludin Rumi ini benar-benar mengenai cinta menuju kepada Tuhan.

    ReplyDelete
  33. Salam ustaz,
    puisi yg sungguh menggetar jiwa...
    kita selalu lupa pada CintaNya kerana mengejar cinta manusia....

    ReplyDelete
  34. --> DrSam

    Wa'alaikumusalam Dr Sam..

    Terima kasih mendoakan saya, moga Allah perkenankan..

    Cinta adalah akar dari segala kebaikkan dan keutamaan hidup manusia.

    ReplyDelete
  35. --> ashrafi

    Wa'alaikumusalam...

    Indah sekali lakarannya.

    Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.

    ReplyDelete
  36. --> Norsha

    Wa'alaikumusalam..

    Ya, alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

    ReplyDelete
  37. setiap hari penuh cinta..

    samada kita mahu cinta Allah ataupun kita akan terjebak dengan cinta dunia.. (",)

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah.. sedap hati membacanya brother..

    thanks for sharing here... i love that. =)

    ReplyDelete
  39. --> fuad ansari

    Ulama pernah berkata, "Orang yang menyukai dunia dan dunia itu juga membuatnya senang, maka rasa takut akan kegentingan akhirat akan dicabut dari hatinya." Nauzubillah..

    Terima kasih saudara..:)

    ReplyDelete
  40. --> Nur Misnan

    You're most welcome, sis! :)

    ReplyDelete
  41. assalmualaikumm ustaz..harap ustaz sekeluarga sihat dengan izinNya...

    terima kasih ustaz dengan pandangan ustaz psl kopi radix tu..saya pun baru teringat mak saya ada gastrik, bila amalkan kopi tu lama2 dah ok...sy cuma bawa 3 paket kecil jerr dr kampung...sekadar minum suka2.. =)

    ReplyDelete
  42. Salam,
    Tkasih byk2 atas perkongsian ini ... terasa sangat kelemahan dan kekurangan diri ini... Mahu memanfaat kesempatan sedikit yg masih ada ini

    ReplyDelete
  43. salam ziarah anda
    saudara ku Abdul Razak..moga anda selalu sihat dan sejahtera hendaknya..rasa CINTA pasti ada, pada tiap insan yang bernyawa..sesungguhnya cintakan Allah, cinta abadi..tapi..mampukah bila di kelilingi dengan nikmat duniawi?

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.