Friday, December 23, 2011

Qana'ah dan Tawaduk


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin~Nya dapat kita bersua lagi di ruang tanpa sempadan ini. Selawat dan salam kita tujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda serta para tabiin yang mengikuti Baginda sehinggalah hari kiamat.

Sifat takabur dan besar diri (ghurur) adalah sifat kesyaitanan. Mereka yang bersifat demikian dibenci oleh Allah SWT. Untuk mendampingi Allah SWT seseorang itu perlu membuang sifat takabur dan besar diri. Firman Allah yang bermaksud, “Dan rendahkanlah sayap kamu (khuduk dan tawaduklah) kepada orang-orang mukmin”. [QS al-Hajr: 88]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah.”. [Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih]

Temanku sekalian, ambillah pesan Al-Iman Al-Harits Al-Muhasibi seperti mana yang telah beliau tinggalkan dalam salah satu kitab karangannya. Saudaraku! Jika kalian ingin mencari pintu yang dapat menutup dirimu daripada bahaya dunia dan dapat membukakanmu menuju kebahagiaan akhirat, maka pintu itu adalah al-qanaah (menerima apa adanya kurnia yang diberikan) dan al-tawadhuk (rendah hati).

Keduanya adalah lawan kepada sikap bermegah-megahan dan sombong. Apabila seseorang bersikap tawaduk di dunia ini, bermakna dia telah menepis sifat sombong di dalam hatinya. Apabila seseorang tidak berkeinginan untuk mencari pangkat dan jawatan, maka dia telah selamat dari bahaya dunia.

Dengan ketawadukannya, seseorang itu akan menjauhkan dirinya daripada dunia. Hidupnya akan selalu terarah demi mencari keredhaan Allah semata-mata. Begitu pula seseorang yang bersikap qana'ah. Dia rela dengan kurnia yang diterima. Dalam mencari dunia, dia tidak berusaha memperbanyak harta yang ada, kerana jika dia melakukan sedemikian, dia tak ubah seperti anjing yang selalu sibuk mencari bangkai binatang untuk santapannya. Dia redha dengan harta seadanya sehingga sedikit sekali dosa yang dilakukannya. Kerana dia redha denga rezekinya yang sedikit, Allah pun redha kepadanya dengan amal kebajikan yang sedikit. Oleh itu, kamu harus segera memiliki sifat qana'ah itu. Dengan memilikinya, kamu akan senang di dunia dan bahagia di akhirat.

Saudaraku, takutlah kepada Allah SWT. Terimalah segala pemberiaan~Nya. Hindarilah corak kehidupan yang berlebih-lebihan. Dengan itu, kamu tidak akan jatuh miskin. Diriwayatkan, harta yang dikumpulkan secara berlebihan adalah najis. Pada hari kiamat nanti, harta itu akan dihisab. "Pisahkanlah harta yang diperolehi kerana Allah dan buanglah sisa-sisa harta lainnya ke dalam neraka," demikian perintah Allah.

Dikatakan dalam sebuah hadis, "Dunia itu makhluk yang dilaknat. Hanya dunia yang digunakan untuk berzikir kepada Allah yang selamat dari laknat." [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmidzi, hadis ini hasan sahih] Sabda Rasulullah s.a.w. "Dunia itu diperuntukkan bagi ahlinya. Siapa yang mengambil dunia lebih dari batas kecukupan, maka tanpa sedar, dia telah merenggut ajal kematiannya. [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar melalui jalur Anas - Lihat Ihya' Ulum al-Din 3/227]

Seorang sahabat pernah berkata, "Seburuk-buruk manusia adalah orang yang mengambil dunia lebih daripada batas kecukupan."

Saudaraku, siapa yang tidak puas dengan harta yang diperolehi, bererti dia harus berhati-hati dengan kandungan hadis berikut. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika manusia telah memiliki dua lembah emas, tentu ia akan mencari lembah yang ketiga. Mulutnya tidak akan penuh sebelum dipenuhi tanah. Allah akan menerima siapa saja yang bertaubat kepada~Nya." [Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Sahihnya, hadis no. 117; al-Bukhari dalam kitab Sahihnya,bab ke-10 dan 49 dari kitab al-riqaq; al-Tirmidzi dalam kitab Sunannya bab ke-27 dari kitab al-zuhd; al-Qudha'i meriwayatkan dalam al-Syihab melalui Anas dan Ibn 'Abbas]

Kalian harus ingat, siapa yang tidak merasa puas dengan kurnia yang ada, bagaimana mungkin dia terselamat daripada ancaman hadis di atas. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [QS al-Takatsur : 1-4]

Salah seorang sahabat berkata, "Celaka, setiap orang yang tamak, mulutnya selalu terbuka bagaikan orang gila. Ia selalu tertarik kepada milik orang lain, sementara miliknya sendiri tidak pernah dipandangnya. Orang seperti itu akan celaka dan mendapat siksa dalam waktu yang lama, sepertimana malam tidak dapat mendahului siang. Begitu juga dia. Tidak mungkin dirinya dapat diselamatkan."

Demi Allah, keuntungan yang sebenarnya adalah sikap redha kita dalam menerima penghasilan yang ada, bukan terletak pada sifat bermegah-megah. Keuntungan itu milik orang yang rendah hati, bukan milik orang sombong dan bongkak. Moga Allah kasih kita semua dengan kurniaan~Nya dalam hati kita sifat qanaah dan tawaduk. Amin..

Wallahu'alam..

36 comments:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI ... MOGA ALLAH MENJAUHI KITA DRPD SIFAT2 DIRI YG DILARANG OLEH ALLAH INI. BERSYUKUR DAN REDHALAH DENGAN APA YG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA KITA

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله saudara abdul razak,

    semoga saudara sentiasa dikurnia rahmat dan kasih sayang dari Allah selalu, Ameen...

    Ya Allah....janganlah kau hadirkan walau sekelumit takabbur dalam hati kami..bimbang juga sebenarnya saudara, dalam tak sedar, hati kita dikotori dengan sifat2 ahli neraka ni... Allah....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ...

    Astagfirullahalazim, moga terhindar dari manusia sebegini,
    tak mahu menjadi manusia yang lupa diri..InsyaAllah

    tapikan AB, kenapa orang yang sombong ni cepat sangat terasa, mungkinkah kerana dia tidak boleh menerima kritikan langsung?


    Wanita suka mengumpat sulit dikapankan

    ReplyDelete
  4. Ya Allah....lindungilah kami dari sifat2 yg tercela ini.....

    ReplyDelete
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    bila baca entry ni teringat pula akan terjemahan surah al-asri, 'demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian'. jd apala yg kita semua nak sombongkan dgn 'kehidupan' di dunia ini. semuanya 'RUGI'...walaupun baru dpt gelaran 'datuk'....

    ReplyDelete
  6. Salam... Tazkirah pagi Jumaat yang amat berguna.. InsyaAllah.. Semoga kita semua mendapat manfaat...

    ReplyDelete
  7. --> luahfikiran

    Salam..

    Sama-sama Dato'

    Barangsiapa tidak bersyukur yakni kufur pada segala nikmat yang Allah kurniakan kepadanya, yang terdiri daripada kesenangan, atau harta-benda atau kesihatan tubuh-badan dan sebagainya, maka sesungguhnya telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan nikmat itu dicabut darinya.

    ReplyDelete
  8. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله saudari afida..

    Semoga saudari juga sentiasa dikurnia rahmat dan kasih sayang Allah, Ameen...

    Ya Allah...perkenankanlah permintaan sahabatku ini, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi segala nikmat dan kasih sayang

    ReplyDelete
  9. --> Yatie Awang

    وعليكم السلام ورحة الله

    YA, bila semuanya(hati dan anggota) terarah untuk sentiasa Melihat Yang Memberi Nikmat, maka tertegahlah daripada berhadap bagi lainnya, dan menghinakan pada pekerjaannya(urusan dirinya) yakni tidak ada pandangan dan tilikan kepada sesuatu selain daripada Allah sama ada yang berbentuk duniawi atau ukhrawi.

    Namun, berlainan pula berlakunya kepada orang sombong, hatinya tidak terarah kepada Yang Maha Pemberi Nikmat, maka ia merasa dirinya besar.

    ReplyDelete
  10. --> Norsha

    Amin..amin ya Rabbial 'Alamin..

    Syukran..:)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam brother...

    Hebat siksaan Allah SWT kpd hamba-Nya yg
    tamak dan riak... Sifat sombong dan meninggi
    diri sentiasa ada manusia cuma bezanya diri
    kita saja yang dapat mengawalnya..

    InsyaAllah... moga2 sifat rendah diri dan nafsu
    harta tidak merasuk dalam diri hingga lupa
    tanggungjawab kpd-Nya.. thanks for sharing
    here brother... aku suka... =)

    ReplyDelete
  12. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Bila manusia merasa dirinya besar dengan pangkat, gelaran dan sebagainya, maka orang ini sudah cuba keluar dari daerah kehambaan dan cuba menceroboh daerah ketuhanan ingin menyaingi Allah...sangat bahaya keadaan sebegini..

    ReplyDelete
  13. --> AmirFX

    Salam...

    Moga ianya mengetuk hati kita sekuat-kuatnya agar kita sentiasa beringat dan waspada akan sifat-sifat yang tidak baik..

    ReplyDelete
  14. --> Nur Misnan

    Sekelumit sifat sombong, bongkak, dan takabur itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

    Terima kasih sis..:)

    ReplyDelete
  15. Salam Sahabat..

    Lama sungguh saya tidak berkunjung ke sini menimba ilmu .... cuti sekolah lebih banyak masa dihabiskan untuk anak2.... semoga sahabat sihat hendaknya.... saya suka dengan n3 sahabat kali ini... kerana saya sedang mencuba untuk menerima segala yang diberikan oleh Allah SWT. Dengan Redha dan Qanaah.... sesungguhnya setiap pemberian Allah SWT itu adalah yg terbaik buat kita.... redha atas rahmat dan kurnia... banyak yg saya baca dalam buku La Tahzan tentang Redha dan Qannah... semoga kita di jalan Nya dan sentiasa diberi petunjuk Nya.....

    ReplyDelete
  16. --> atie

    Salam Sahabat..

    Terima kasih datang. Benar, terimalah seadanya kurniaan Allah kepada kita kerana pemberiaan~Nya itu tanda kasih sayang~Nya dan Dia beri dalam keadaan redha kepada kita. Jika banyak sekali pun jika pemberiaan~Nya dalam keadaan murka, maka ianya tidak mendatangkan apa-apa melainkan azab di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kitak:)

    Moga dirahmatiNya selalu dan sihat sejahtera hendaknya...Amin..:)

    "Setinggi mana ilmu..tanpa berkat dariNya..ilmu itu hanya sia-sia...
    Setinggi mana pangkat & kedudukan,
    dihadapan Allah semua makhluk ini sama...
    Sebanyak mana harta dan secantik mana paras rupa..sekelip mata sahaja Allah mampu menariknya semula....."

    ReplyDelete
  18. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga kitak juak sihat di sinun dengan izin Allah SWT dan sentiasa dalam keberkatan~Nya...Amin..:)

    Membanggakan diri dengan pangkat, harta, kedudukan hatta ilmu sekali pun merupakan perbuatan sangat hina di dunia. Semestinya kita tidak tergoda dengan kehidupan dunia dan mengalihkan perhatian kita untuk beribadah kepada Allah semata-mata serta tunduk di dalam kekuasaan~Nya.

    Terima kasih kitak..:)

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum Razak..

    Terimakasih atas tazkirah yang sungguh berkesan.

    Orang yang tidak bersikap tawadhu' dan tidak bersikap qana'ah, sesungguhnya hidup mereka di dunia tidak beroleh ketenangan.

    ReplyDelete
  20. --> Tirana Mutiara

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali kak!

    Tawadhu’ yang terpuji iaitu tawadhunya seseorang kepada Allah dan tidak mengangkat diri di hadapan hamba-hamba Allah dan tetap menerima sahaja apa yang dikurniakan kepadanya.

    ReplyDelete
  21. kekadang kita berasa sudah tawadduk tetapi sebenarnya kita riak..

    ReplyDelete
  22. salam sahabat...

    ~~ [Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Sahihnya, hadis no. 117;

    ~~ [QS al-Takatsur : 1-4]

    ~~ "Celaka, setiap orang yang tamak, mulutnya selalu terbuka bagaikan orang gila. Ia selalu tertarik kepada milik orang lain, sementara miliknya sendiri tidak pernah dipandangnya. Orang seperti itu akan celaka dan mendapat siksa dalam waktu yang lama, sepertimana malam tidak dapat mendahului siang. Begitu juga dia. Tidak mungkin dirinya dapat diselamatkan."

    **ayat2 yg buat kita KENA SEDAR DIRI sebab BENDA NII selalu BERMAIN-MAIN dlm DIRI INI...peringatan utk saya, syukran sahabat**

    **moge sihat ^_^**

    ReplyDelete
  23. --> insan_marhaen

    Benar tu, bimbang bila laksanakan ibadah kita pamerkan sehingga satu dunia tahu seperti ayam telur sebiji riuh sekampong...beribadahlah kerana Allah semata maka kepada~Nya sahaja selayaknya ditunjuk bukan kepada makhluk...

    ReplyDelete
  24. --> cun09

    Salam sahabat...:)

    Begitulah sering saya fikirkan sedar akan tujuan hidup di dunia dan sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri. Keberhasilannya hanya akan diperolehi dengan menjauhi dunia.

    Semoga Allah membimbing kita untuk melakukan segala amal kebajikan..amin

    **Alhamdulillah saya sihat ^_^ **

    ReplyDelete
  25. insya-Allah.. smg kite semua dpt melarikan diri daripada hambatan perasaan takbur dan riak.. ameennn..

    ReplyDelete
  26. --> LadyBird

    Ya..hambatannya kadangkali tanpa ketahuan maka berhati-hatilah setiap masa dan ketika

    ReplyDelete
  27. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya..

    Lambat sikit singgah ke sini, sangat menakutkan bila membaca terjemahan surah at-takaasur.. sungguh takut bila membayangkan apa yang akan berlaku kelak. Mudah-mudahan dapatlah kita membersihkan hati daripada sifat merasa tidak cukup dengan harta, sebaliknya sentiasa takut bekalan tidak sempurna untuk dibawa bertemu denganNya.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,,

    “Pandanglah olehmu orang yang lebih rendah darimu, dan janganlah kamu memandang orang yang di atasmu. Maka cara tersebut lebih sesuai kerana kamu tidak merasa hina (kekurangan) terhadap nikmat Allah Swt atas dirimu” (HR. Imam Tirmidzi dari Abu Hurairah).

    Bersyukur kita dengan apa yang telah ditentukan olehNya buat kita... (^-^)y

    "KeredhaanNya dicari"

    ReplyDelete
  29. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

    Saya pun merasa gerun dengan amaran Allah mengenai harta, kerana harta, ramai orang berani mengabaikan hak Allah sehingga tidak peduli lagi kepada ketentuan-ketentuan~Nya seperti solat, puasa dan sebagainya.

    Moga kita terhindar dari fitnah harta..

    ReplyDelete
  30. --> RuMaH TuA

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya, satu-satunya jalan menuju keselamatan ialah mengambil sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita sekadar keperluan kita dan selebihnya digunakan untuk jalan Allah.

    "Moga Keredhaan~Nya diperolehi"

    ReplyDelete
  31. salam saudara Abdul Razak...moga anda selalu sihat hendaknya...

    "Seburuk-buruk manusia adalah orang yang mengambil dunia lebih daripada batas kecukupan."

    tak tahu entah sudah terlebihkah yang saya ambil??moga di jauhkan..bagaimana nak tahu apa yang saya ambil melebihi keperluan?terima kasih perkongsian anda.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum

    jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum Saudara AB,

    Saya sendiri mengaku susahnya utk membuang perasaan riak yg tiba2 terlintas tanpa sedar.. Lagi2 kalau apa yg kita perolehi itu sesuatu yg sgt bernilai..tp cepat2 beristighfar, mudah2an Allah mengampuni kerana tidak layak langsung utk berasa bangga dengan kurniaan yg hanya pinjaman..malunya pada Tuhan...

    ReplyDelete
  34. --> zulkbo

    Salam saudara zul...

    Moga saudara juga beroleh kesihatan yang baik..amin

    Saya rasa banyak perkara yang kita ambil lebih dari keperluan umpamanya pakaian, kenderaan, makan, minum, tidur dan lain-lain semuanya lebih tetapi lihat sahaja ibadah yang kita lakukan. Ini saya katakan pada diri sayalah. Sering saya fikirkan apakah lebihan itu sudah kita gunakan di dunia dan tanpa ingat kegunaannya di akhirat.

    ReplyDelete
  35. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih jenguk di sini, moga sdra sihat juga hendaknya

    ReplyDelete
  36. --> Hana Faza-same person

    وعليكم السلام ورحة الله

    Kita manusia ni dalam semua hal sangat lemah. Mintalah pertolongan dan bantuan kepada Allah agar kita diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah~Nya serta menjauhi segala larangan~Nya.

    Tanpa bantuan~Nya kita tak mampu untuk melaksanakan perintah~Nya dan menjauhi segala maksiat. Semuanya itu ujian bagi kita.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.