Friday, November 18, 2011

Cinta kerana Allah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus-ikhlas dalam berkasih-sayang, selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis Qudsi:

"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaan~Ku bagi dua orang yang sayang-menyayangi kerana~Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana~Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana~Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana~Ku."

Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain:

"Berfirman Allah Ta'ala di Hari Kiamat: Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagungan~Ku. Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naungan~Ku; iaitu hari yang tiada naungan selain naungan~Ku."

Sabdanya lagi: "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Dalam sebuah sabda Rasulullah s.a.w tersebut: Tujuh orang yang akan dinaungi Allah di bawah naungan~Nya, pada hari tiada naungan selain naungan~Nya. Baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu, sehingga katanya: Dan dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah, dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu bisa membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya; atau pun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan keduniaannya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang mana menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta itu adalah cinta tabi'i, cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan semata-mata, dan meskipun ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat, malah kadangkala belum sempat tiba di akhirat, di dunia dahulu sudah menjadi porak poranda.

Firman Allah Ta'ala:

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." [QS az-Zukhruf : 67]

Sekian, dipetik daripada
Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman,
dialihbahasakan dari
Kitab an-Nasha'ih ad-Diniyah wal-Washaaya al-Imaaniyah
karya Imam Habib Abdullah Haddad,
oleh Ustaz Syed Ahmad Semait.

"Kamu dikira jahil jika cemburu pada suami atau isterimu tetapi tak pernah cemburu pada imanmu sendiri. Kamu cemburu pada suami atau isterimu kerana hawa nafsu dan syahwat, sementara kamu tidak cemburu pada kalbumu kerana Tuhan. Kalau kamu dapat menjaga apa yang menjadi hakmu, mengapa kamu tidak menjaga apa yang menjadi hak Allah?"
[ Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a. ]


48 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz.

    Terima kasih kerana berkongsi tips dalam mencari sahabat.

    Bagaimana kalau kita bersahabat dengan orang yang jahat dengan tujuan untuk membawanya kembali kelandasan yang betul?

    ReplyDelete
  2. IM sedang berusaha memperbetulkan cara hidup sahabat IM yang dulunya kaki gitar, minum dan judi ke jalan yang betul. susah juga sebab kena guna cara paling lembut dan ambil masa..

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    BAGUS SANGAT TAZKIRAH INI ..... KITA MANFAATKAN

    ReplyDelete
  4. Salam.. Semoga kita semua mendapat manfaat dari Ilmu yang berguna ini... Insyaallah...

    ReplyDelete
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    ramai sgt yg nak jaga 'hak' sendiri tanpa mengetahui yg 'hak' dia tu pun hak Allah.

    ReplyDelete
  6. --> al-lavendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    Dibolehkan Tuan Haji, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam.

    Allah S.W.T. berfirman, “Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat Ustaz..

    Terima kasih..byk ilmu dpt dr sini..



    p/s - nak minta tlg bg idea nama syrkt dr perkataan arab tp dlm ejaan rumi...Saya nk upgrade biz sempena awal muharam nt..

    ReplyDelete
  8. --> insan_marhaen

    Berusahalah dan minta pertolongan dari Allah, insya Allah saudara akan berjaya membawanya kembali ke jalan yang benar...moga Allah permudahkan, amin

    ReplyDelete
  9. --> luahfikiran

    Salam Dato'

    Terima kasih...moga Allah beri pertolongan...

    ReplyDelete
  10. --> AmirFX

    Salam..

    Dengan kita mengamalkannya mudah-mudahan kita dipilih Allah sebagai golongan yang mendapat naungannya di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  11. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Jika kita faham agama Islam dengan betul kita bisa mengetahui dan menjaga hak Allah bersungguh-sungguh

    ReplyDelete
  12. --> Cik SHiNJU

    Salam Saudari Shinju..

    Terima kasih kembali..

    P/s - agak sukar sikit nak beri nama tu sebab saya tidak tahu nature of business saudari tu..

    ReplyDelete
  13. As salam...

    Nama apa2 jer Ustaz...
    Asalkan baik bunyinya dan
    sesuai utk perniagaan..huhu

    Segan la nak citer sini..

    ReplyDelete
  14. alangkah beruntungnya memiliki sahabat yg selalu membawa kita dekat denganNya....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga Allah sentiasa memberkati hidup saudara sekeluarga...

    Kalau ada niat yang tak betul sebab musabab kita berkawan dengan sesiapa jua..., kena betulkan. Moga2 Allah sentiasa menganugerahkan kita kawan2 dan sahabat2 yang sentiasa membawa kita ke arah jalan yang diredhai Allah..insyaAllah..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ustaz,
    Terima kasih dan tahniah kerana usaha mengadakan artikel yang bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  17. Salam ustaz..

    ustaz doakan agar lady jumpa cinta hati lady ek..

    ReplyDelete
  18. --> Cik SHiNJU

    Boleh cuba nama ni Siddiqa (Jujur dan dipercayai) atau Saleema (Selamat)

    ReplyDelete
  19. --> Norsha

    Ya, ia membawa kebahagiaan dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  20. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Didoakan juga semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan saudari.dan seluruh keluarga saudari..

    Ya saudari, cinta Allah adalah kunci segala-galanya. Jika semua manusia cinta Allah, semua masalah akan selesai. Cinta Allah itu merupakan titik awal dalam membuat sesuatu perubahan.

    ReplyDelete
  21. --> Sekolah4u

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat yang banyak..

    ReplyDelete
  22. --> LadyBird

    Salam Ladybird..

    Insya Allah..:)

    ReplyDelete
  23. Abd Razak.
    Awesome,
    kiasan bijaksana selalu mengingatkan supaya berkawanlah dengan penjual minyak wangi agar kita akan turut berbau harum.

    Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 119
    "Wahat orang-orang yang beriman bertakwahlah! Dan hendaklah kamu bersam-sama orang yang bersifat benar"

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum saudara Abd Razak,

    Semoga saudara sihat.

    Pendek kata kalau berkawan biarlah kawan yang boleh membawa kita kearah kebaikan dunia dan kebaikan diakhirat.

    ReplyDelete
  25. Salam Razak..semoga sihat hendaknya...

    Sungguh indah persahabatan yang diniatkan kerana Allah semata. Terimakasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  26. --> noorlara

    Benar. Imam Syafiee pernah berkata, lebih baik bersahabat dengan anjing kerana katanya sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.

    Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

    Thanks..

    ReplyDelete
  27. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan semoga kakak sihat juga di sana..

    Ya kakak, kata Saidina Ali r.a., "Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."

    ReplyDelete
  28. --> Tirana

    Salam Kak..semoga kakak sihat juga hendaknya...

    Kita tidak sempurna punya kelemahan yang mana terkadang tidak terlihat oleh kita sendiri, maka sahabatlah memainkan peranan sebagai penasihat dan pembantu kita untuk membaiki kelemahan itu.

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  29. Salam...apa khabar?

    Orang yang mencintai Allah akan lunak hatinya, mesra dan sayang kepada sesama manusia. Iman kepada Allah adalah asas dalam berkasih sayang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

    "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

    semuga Allah sentiasa memberkati segala usaha yg AR lakukan utk m'gembangkan agamaNya....

    ReplyDelete
  30. --> sekuntum mawar berduri

    Salam...alhamdulillah saya sihat dengan izin~Nya..

    Sungguh hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika kamu mencintai~Nya, kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenal~Nya.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  31. Semoga kita dikasihi Allah dan mengasihi saudara-saudara kita...

    ReplyDelete
  32. --> @xiiinam

    Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

    ReplyDelete
  33. Ustaz...

    Kalau 'berkat usaha' dalam bahasa arab mcamana yer?

    ReplyDelete
  34. --> Cik SHiNJU

    Berkat usaha - الجهود المباركة

    Al-juhud al-mubarakah (Ejaan dalam ruminya lebih kurang begitu)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum,
    subhanallah,
    sebuah tazkirah yang sangat indah untuk dihadami dan diamalkan.
    insya-Allah...
    moga pahala berlipatkali ganda.

    ReplyDelete
  36. maaf ustaz,
    nak tumpang bertanya di sini kepada cik shinju:

    yun, tak tau kenapa, saya tak dapat nak buka blog yun. virus kut.

    ReplyDelete
  37. --> aku HIV positif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah...hanya peringatan untuk diri yang terlalu banyak dosa ni agar banyak melakukan pembaikan diri...

    ReplyDelete
  38. --> aku HIV positif

    Rasanya tak ada masalah nak bukak blognya..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum :)

    MOga ktk sentiasa dilindungiNya..amin

    Senang dengar Ustaz Kazim tajuk
    "Benci & Sayang Kerana Allah"
    sambil baca n3 tuk.

    Tq utk perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  40. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan kamek, moga kitak juak sentiasa dilindungi~Nya..amin

    Ya, banyak ilmu yang tercurah dalam ceramah tu dan moga ianya mendatang manfaat yang banyak.

    Afwan..:)

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbt..
    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  42. Waalaikumsalam brother..

    Aku suka d last words.. tentang cemburu tuh..
    Benar tuh, kenapa yer aku kadang2 pun susah nak cemburukan imanku..

    Aku masih lg mencari siapa diri aku disisi-Nya

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum

    ada benteng yang kukuh menjadi hijab pada hati hingga kita lebih banyak berasad dengki berbanding hidup berkasih sayang sesama muslim... di mana agaknya titik iman yang perlu kita sentuh sampai kita semua sedar kita sebenarnya bersaudara dalam erti kata sebenar sepertimana muhajirn dan ansar

    ReplyDelete
  44. --> Cikgu Tie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali..selamat bercuti cikgu..:)

    ReplyDelete
  45. --> Nur Misnan

    Perkara ni berbalik kepada iman, ilmu dan amal. Kalau semuanya kurang memang payah untuk kita cemburu kepada iman kita kerana sangat kurang didikan kepada hati kita...

    ReplyDelete
  46. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya benteng yang kukuh itu adalah kerana hasad yang terbina dalam hati. Apabila ia bertapak dalam hati, ia akan memakan akan kebajikan yang kita lakukan sehingga gelap hati itu dan kurang memikirkan akan kasih sayang sesama insan.

    ReplyDelete
  47. salam sahabat...

    ilmu yg 'canteeq'...syukran ^_^

    kata orang nak melihat diri orang itu, kita tengok dengan siapa orang itu bersahabat...

    **indahnyee bersahabat kerana ALLAH**

    ReplyDelete
  48. --> cun09

    Salam sahabatku...

    Afwan... ^_^

    Orang yang paling dicintai Allah
    adalah orang yang menjadikan Allah
    mencintai hamba-hamba~Nya, dan
    beramal soleh di muka bumi dengan segala ketulusan.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.