بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin~Nya dapat kita bersua lagi di ruang ini. Selawat dan salam kita ucapkan buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan didoakan semoga teman semua di dalam keadaan sihat sejahtera.
Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya.
Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.
Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggaman~Nya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga di hari pertemuan dengan~Nya.
Allah, Pencipta segalanya dalam diri kamu dan di sekitar kamu, memiliki kekuasaan yang tak terbatas. Allah menciptakan kita dan memerintahkan kita untuk menghormati~Nya dan berlaku baik seperti yang dituntun dalam Al Qur'an. Yang dituntut oleh Allah dari kita adalah ibadah. Puasa, solat, bersyukur kepada Allah, sabar, dan melakukan amal saleh adalah beberapa bentuk ibadah.
Tetapi sebahagian besar orang, meskipun sedar dengan tanggung jawab mereka, tidak mahu menerimanya. Kerana kesombongan mereka yang parah, mereka merasa sulit untuk tunduk kepada Allah. Mereka tidak mahu mendengarkan perkataan Allah kerana mereka menganggap diri mereka sangat penting. Kerana tidak mahu menerima bahawa Allah telah menciptakan mereka, mereka berani membangkang kepada Allah. Meskipun Allah-lah yang telah memberi mereka hati, telinga, kesihatan, dan pendeknya, segala hal di dunia ini, mereka tidak merasa bersyukur kepada~Nya untuk seluruh kurnia ini.
Tetapi orang-orang ini akan merasa sangat menyesal. Tidak bersyukur dan sombong akan membuat mereka menjalani hidup yang sukar di dunia dan penyesalan yang dalam di akhirat. Tidak bersyukur (kufur) yang mereka tunjukkan di dunia ini akan membawa mereka pada api neraka.
Setiap orang yang tidak mahu merasakan sesal di kemudian hari sehingga masuk neraka, pastilah bersyukur kepada Allah. Allah menginginkan agar kita bersyukur kepada~Nya dan berdoa serta beribadah kepada~Nya, sebagai bentuk syukur atas nikmat yang telah diberikan~Nya untuk kita. Oleh kerana itu, jika kita melihat nikmat yang sempurna dan indah di sekitar kita (yang tidak akan pernah ada dengan sendirinya), kamu harus mengingat Allah dan merasa bersyukur kepada~Nya. Janganlah menjadi orang yang tidak mampu memperhatikan dan menghargai segala nikmat yang diberikan untuk kita.
Dalam Al Qur'an, Allah memerintahkan kita untuk melakukan berbagai ibadah, selain bersyukur kepada Allah. Melakukan solat lima kali sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat, dan menunaikan haji (sekali seumur hidup) jika mampu adalah bentuk ibadah yang diwajibkan oleh Allah atas kita.
Solat lima waktu sehari-semalam dan menjaga solat tersebut sepanjang hidup kita, dalam keluarga mahupun dalam masyarakat membantu kita untuk terus mengingat kelemahan kita sebagai hamba di depan Allah. Ini adalah bentuk ibadah yang ditunaikan pada waktu-waktu tertentu. Allah memberi tahu kita dalam Al Qur'an bahawa bentuk ibadah ini membantu kita untuk menjauhi perbuatan buruk yang tidak disukai oleh Allah.
Berpuasa juga merupakan bentuk ibadah yang diperintahkan dalam Al Qur'an. Selama bulan Ramadhan, Allah mewajibkan agar kita tidak makan dan minum di siang hari. Dengan menunaikan ibadah ini, kita akan menunjukkan kesabaran untuk tidak makan dan minum dalam jangka waktu tertentu.
Membayar zakat, merupakan pemberian sebahagian harta kita kepada orang miskin dan yang memerlukan serta orang lain yang boleh menerimanya. Seperti bentuk ibadah yang lain, menunaikan zakat sangatlah penting kerana menghindari perbuatan jahat dan menunjukkan sikap rela berkorban adalah sifat yang diredhai oleh Allah. Di samping itu, membayar zakat memperbaiki hubungan sesama manusia dan menguatkan jiwa.
Wallahu'alam...

- Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinan~Nya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.
- Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan. Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinan~Nya dan berada dalam kebenaran.
- Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.
- Terdapat pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.
Allah, Pencipta segalanya dalam diri kamu dan di sekitar kamu, memiliki kekuasaan yang tak terbatas. Allah menciptakan kita dan memerintahkan kita untuk menghormati~Nya dan berlaku baik seperti yang dituntun dalam Al Qur'an. Yang dituntut oleh Allah dari kita adalah ibadah. Puasa, solat, bersyukur kepada Allah, sabar, dan melakukan amal saleh adalah beberapa bentuk ibadah.
Tetapi sebahagian besar orang, meskipun sedar dengan tanggung jawab mereka, tidak mahu menerimanya. Kerana kesombongan mereka yang parah, mereka merasa sulit untuk tunduk kepada Allah. Mereka tidak mahu mendengarkan perkataan Allah kerana mereka menganggap diri mereka sangat penting. Kerana tidak mahu menerima bahawa Allah telah menciptakan mereka, mereka berani membangkang kepada Allah. Meskipun Allah-lah yang telah memberi mereka hati, telinga, kesihatan, dan pendeknya, segala hal di dunia ini, mereka tidak merasa bersyukur kepada~Nya untuk seluruh kurnia ini.
Tetapi orang-orang ini akan merasa sangat menyesal. Tidak bersyukur dan sombong akan membuat mereka menjalani hidup yang sukar di dunia dan penyesalan yang dalam di akhirat. Tidak bersyukur (kufur) yang mereka tunjukkan di dunia ini akan membawa mereka pada api neraka.
Setiap orang yang tidak mahu merasakan sesal di kemudian hari sehingga masuk neraka, pastilah bersyukur kepada Allah. Allah menginginkan agar kita bersyukur kepada~Nya dan berdoa serta beribadah kepada~Nya, sebagai bentuk syukur atas nikmat yang telah diberikan~Nya untuk kita. Oleh kerana itu, jika kita melihat nikmat yang sempurna dan indah di sekitar kita (yang tidak akan pernah ada dengan sendirinya), kamu harus mengingat Allah dan merasa bersyukur kepada~Nya. Janganlah menjadi orang yang tidak mampu memperhatikan dan menghargai segala nikmat yang diberikan untuk kita.
Dalam Al Qur'an, Allah memerintahkan kita untuk melakukan berbagai ibadah, selain bersyukur kepada Allah. Melakukan solat lima kali sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat, dan menunaikan haji (sekali seumur hidup) jika mampu adalah bentuk ibadah yang diwajibkan oleh Allah atas kita.
Solat lima waktu sehari-semalam dan menjaga solat tersebut sepanjang hidup kita, dalam keluarga mahupun dalam masyarakat membantu kita untuk terus mengingat kelemahan kita sebagai hamba di depan Allah. Ini adalah bentuk ibadah yang ditunaikan pada waktu-waktu tertentu. Allah memberi tahu kita dalam Al Qur'an bahawa bentuk ibadah ini membantu kita untuk menjauhi perbuatan buruk yang tidak disukai oleh Allah.
Berpuasa juga merupakan bentuk ibadah yang diperintahkan dalam Al Qur'an. Selama bulan Ramadhan, Allah mewajibkan agar kita tidak makan dan minum di siang hari. Dengan menunaikan ibadah ini, kita akan menunjukkan kesabaran untuk tidak makan dan minum dalam jangka waktu tertentu.
Membayar zakat, merupakan pemberian sebahagian harta kita kepada orang miskin dan yang memerlukan serta orang lain yang boleh menerimanya. Seperti bentuk ibadah yang lain, menunaikan zakat sangatlah penting kerana menghindari perbuatan jahat dan menunjukkan sikap rela berkorban adalah sifat yang diredhai oleh Allah. Di samping itu, membayar zakat memperbaiki hubungan sesama manusia dan menguatkan jiwa.
Wallahu'alam...
"Dan akhirat itu lebih baik dan kekal."
ReplyDeleteAssalamualaikum.
Mengikut fahaman saya, dunia ini juga adalah baik. Tetapi akhirat lebih baik. Jadi janganlah tolak dunia kerana dimanakah hendak kita bercucuk tanam kalau bukan di dunia ?
Apakah fahaman saya itu betul Ust ?
--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya betul fahaman bang haji tu, dunia ini tidaklah buruk, sebaliknya ia merupa ladang akhirat. Apa yang kita tanam di sini akan kita tuai di sana. Dunia ini adalah jalan menuju berkah yang abadi dan kerana itu ia baik, layak didamba dan dipuji. Yang buruk adalah dengan memperlakukan dunia sehingga ada di kalangan manusia menjadi buta kepada kebenaran dan dikuasai sepenuhnya oleh hasrat, keinginan dan cita-cita mereka kepadanya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTazkirah dari tuan sentiasa saya nantikan. Mudah-mudahan saya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk memperbaiki diri. Tazkirah ini menjadi modal buat saya untuk memanjangkan pahala darinya. Terima kasih.
assalamualaikum wrb wbk.
ReplyDeletesubhanallah...
jazakallah khier...
Assalamu'alaikum Ustaz... Paling takut awal hidup menurut perintah Allah tapi saat akhir menemui kematian jalan sesat yg dipilih. Na'uzubillah Himinzalik
ReplyDeleteTakutnya dengan pembalasan Allah...
ReplyDeleteKantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah berikan kekuatan kepada kita semua terus dapat berusaha memperbaiki diri.
Terima kasih kembali
--> aku HIV positif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Afwan ya akhi..
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama kita minta kepada Allah Taala jauhi dari kita pada saat akhir menemui kematian jalan sesat yang dipilih...amin
--> Miecyber
ReplyDeleteSungguh azab Allah itu amat pedih..
Assalamualaikum..
ReplyDeleteHarap-harap penyudahnya husnul khatimah...Ameen ya Rabb.
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
salam ziarah ust
ReplyDeletemoga Allah membeirkan hidayah dan taufik kpd kita, insyaALlah
--> Mohamadazhan
ReplyDeleteSalam..
Terima kasih singgah di sini, sentiasa mengharapkan keampunan dari~Nya...
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletemampu dan bolehkah diri ini tergolong dlm golongan yg pertama? aduh...soalan yg susah utk dicari jawapannya. semoga Allah mempermudahkan segalanya
assalamualaikum ustaz...barakallahu laka ^^,
ReplyDelete"inna solatii wa nusuki wa mahyaya wa mamaati lillahi rabbil a'lamaiin"
moga kita hidup dan mati dalam iman..
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga anda selalu sihat..
ajal dan maut di tangan Allah
tiada siapa yang mampu menafsir
bila kematiannya..moga mati kita semua di dalam iman,,terima kasih
perkongsian ilmu anda.
nasib kita tidak semestinya selalu baik dan diberi petunjuk
ReplyDeletekecuali jika kita sendiri tidak berusaha untuk
kearah itu...
May Allah sentiasa dekatkan diri kita kepada-Nya
agar tidak sesat lebih jauh lagi.. lagi2 skrg
dunia semakin hari semakin bergoncang dgn
ujian tsunami, banjir besar, perang, islam di Hina dan sebagainya...
Assalamualaikum,
ReplyDeletemoga Allah beri kita hidayah dan petunjukNya hingga ke akhir hayat....
Tak tahulah IM ini berada dikategori mana di sisi Tuhan. Selalu, bila melihat mak IM yang kini lumpuh sebelah badan, IM cuba mendalami perasaan mak dalam melalui hujung usia sebagai manusia.
ReplyDeletebeberapa hari lalu bapa kawan baik IM masa kecil meninggal dunia.
itu juga menyentuh perasaan IM untuk beberapa hari!
Doakan semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat saya dan keluarga. Ya Ustaz...
ReplyDelete--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah, dengan pertolongan Allah dan sentiasa patuh dengan perintah~Nya baik ianya merupakan perintah suruhan ataupun tegahan..
--> CikGu Ma
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah memberkatimu juga..
Tiada daya dan upayanya melainkan pertolongan Allah SWT, moga kita dianugerahkan kehidupan yang baik sehingga ke akhirnya...amin
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara..
Moga saudara sihat juga hendaknya dengan izin~Nya..
Ya, manusia yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan bekalan untuk ke sana..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteKita bukanlah maksum seperti Rasul. Kita tidak akan terlepas daripada dosa. Bertaubatlah dan mintalah ampun daripada Allah Azza Wajalla. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah akan bersihkan kita jika kita berusaha ke arah kebaikan.
Pintu yang membawa ke arah kebaikan bermula dari pintu taubat.
--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah memperkenankan doa cikgu...amin
Asalam..
ReplyDeleteDatang membaca, semoga kita tidak dikaburi kehidupan dunia. Adapun kita lebihkan amalan ke akhirat. Allah menyukai hambaNya yang berusaha mempertingkatkan taraf hidup tetapi tiodak menyombong diri. Mendaptkan kejayaan dengan jalan yang benar. InsyaAllah hi taala..
Sabda Nabi SAW,
ReplyDelete"Demi ALLAH, sesungguhnya dunia itu lebih hina dalam pandangan
ALLAH daripada bangkai kambing cacat ini pada pandangan kalian."
(HR Muslim)
Assalamu'alaikum wrbth..
ReplyDeleteSubhanallah! terima kasih duhai sahabat, perkongsian ilmu yg sentiasa membuat setiap hati itu termuhasabah..alhamdulillah
" Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim...jauhkan kami dari tipu daya dunia yang menghalang-halangi kami untuk menuai keindahan-Mu dalam naungan Rahmat dan Redha-Mu..aamiin
Jazakallah ya syabab, Moga ALLAH kasih dan redha sahabat sentiasa :)
Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara dikurnia kesejahteraan dan kasih sayang Allah yang berpanjangan.
ReplyDeleteItulah, kita tak tahu pengakhiran kita nanti macam mana. Sentiasa berdoa moga Allah tidak tarik balik nikmat Iman dan Islam yang Dia dah anugerahkan kat kita. Robbana La Tuzirq Qulubana Ba'da hizhadaitana Wabahlana milladunnka rohmah....
PS: Alhamdulillah, saya selamat sampai malam semalam. Allah permudahkan segala urusan walaupn mencabar juga sebenarnya berada di sana... terima kasih saudara atas ingatan untuk solat sunat musafir...
Assalamualaikum sdr Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga Abd Razak diberikan kesihatan yg baik oleh Allah.
Sentiasa mengharapkan semoga Allah menerima amal ibadat yg kita lakukan.
--> insan_marhaen
ReplyDeleteSelagi kita dalam kebaikan sentiasa menjaga perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya, tanpa ada riak dan syirik kepada~Nya, percayalah kita dalam pimpinan~Nya.
Buat mak IM, moga dia tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mungkin itulah caranya Allah hendak mengangkat segala dosanya dan meninggikan derajatnya
--> ckLah
ReplyDeleteInsya Allah cikgu...
Ya Allah..
Tuhan yang Memberi Petunjuk dan Hidayah, kurniakan petunjuk dan hidayah~Mu jalan selamat menuju~Mu buat cikgu cKLah serta keluarganya, wahai Tuhan yang Memiliki Hidayah dan Keampunan...amin
--> etuza
ReplyDeleteSalam..
Orang yang bijak adalah orang yang merasai bahawa hidup di dunia ini adalah sementara saja, ia tidak buru dunia siang malam hingga melupakan amal soleh, amal ibadah dan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah S.W.T. di muka bumi ini.
Terima kasih cikgu..
--> Cikgu Fasiha
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan..
Hendaknya jangan kita memperlakukan dunia sehingga kita menjadi buta kepada kebenaran dan dikuasai sepenuhnya oleh hasrat, keinginan dan cita-cita kepadanya. Nabi s.a.w. sumber kearifan, pernah ditanya, "Apakah keduniaan itu?" Baginda menjawab, "Apa saja yang membuatmu lalai dan lupa kepada Tuhanmu."
--> - Ukhti iman -
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah atas kurniaan Allah kepada saya, sentiasa dapat mengingati diri dan teman-teman yang dikasihi dalam kita melalui jalan selamat menuju~Nya.
"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim...kau perkenankan permintaan sahabatku ini..aamiin
Afwan ya syabab, Moga ALLAH kasih dan redha sahabat juga :)
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga dikurnia kesejahteraan dan kasih sayang Allah yang berpanjangan.
Kematian dan pengakhiran yang baik sentiasa kita pohonkan kepada Allah SWT dan mengharapkan pertolongan~Nya sentiasa dalam kita beribadah kepada~Nya..
Terima kasih...
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik, moga kak juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.
Sentiasa istiqamah dalam beribadah dan memperbaiki apa yang kurang
asssalamualaikum w.b.t
ReplyDeletedalam idop ini ada orang dapat fokus dengan matlamat idopnya yang berada di penghujung jalan yang lurus, tapi setengahnya mula nampak maya sahaja. tak kurang juga yang nampak terlalu banyak simpang yang menggamit dan ramai pula yang sibuk mengheret apa saja yang ditemui di sepanjang jalan tersebut.
berbahagialah orang yang dapat menahan dirinya daripada kehendak nafsu yang mengajak kita bersantai-santai sewaktu melewati jalan lurus tadi...
moga Allah pelihara kita dan menetapkan kita di atas siratal mustaqim
Saat ending menentukan kemanakah akan kita pergi seterusnya...
ReplyDeleteMyKad Gergasi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja dengan izin Allah. Hari ini boleh jadi baik, mungkin esok berubah jadi jahat.
Berdoalah banyak-banyak pada Allah agar dimudahkan jalan kita. Kalau jahat, minta diberi hidayah agar boleh berubah ke arah kebaikan. Kalau baik, minta Allah tetapkan hati supaya boleh istiqamah dan sentiasa berada di jalan yang benar serta menemui penghujung yang baik.
Wallahu'alam
--> Miecyber
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah akhirkan hidup kita dengan husnul khatimah (akhir yang baik)...amin
Minta dijauhkan dari golongan manusia ke 3 dan 4 itu. Nauzubillah...
ReplyDelete--> ckLah
ReplyDeleteTakut dan bimbang terhadap perkara tu..