بسم الله الرحمن الرحيم
Rumah, selalu memiliki daya tarik dan pesona bagi pemiliknya. Antara senang dan susah, antara bahagia dan sengsara bercampur layaknya gula dan kopi yang larut dalam segelas air panas, gula yang manis memberikan keseimbangan rasa pada kopi yang pahit. Begitulah sunnatullah itu terjadi, ketika kita menemukan keinginan-keinginan kita bertembung dengan realiti yang terjadi, akan ada hati yang gundah, akan ada hati yang gelisah. Namun kegundahan dan kegelisahan itu di suatu waktu akan mendewasakan kehidupan kita, akan membesarkan hati kita untuk tetap mengais hikmah dari peristiwa kehidupan yang kita alami.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang meninggal." [ HR Muslim ]
Oleh kerana itu maka haruslah rumah itu dijadikan tempat untuk mengingat Allah dengan segala bentuknya baik itu dengan berzikir dalam hati atau dengan lisan, mendirikan solat, membaca al-Quran, atau dengan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmunya.
Berapa banyak rumah-rumah orang Islam sekarang keadaannya mati akibat tidak dilakukan zikrullah di dalamnya, seperti disebutkan di dalam hadis di atas. Bahkan, memang demikian keadaan rumah tersebut jika di dalamnya ada nyanyi-nyanyian syaitan dari jenis seruling dan lagu-lagu, ghaibah, kebohongan dan membicarakan kejelekan orang lain.
Bagaimana lagi keadaannya kalau rumah tersebut penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran, seperti jika terjadi percampuran antara lelaki dan wanita yang diharamkan dan pendedahan aurat di hadapan karib kerabat dan tetangga yang bukan mahram yang sama-sama berada di dalam rumah itu? Sesungguhnya dosa dan maksiat itu akan menghalang ilmu, rezeki, ketaatan, memendekkan umur, menghilangkan berkat, mewarisi kehinaan, merosakkan akal, menghilangkan malu, memadamkan cahaya hati dan menghalangi dakwah.
Alangkah ruginya penghuni yang berada di dalam kemungkaran-kemungkaran yang menyebabkan perkara di atas berlaku. Selain dari itu, dosa dan maksiat akan membutakan hati serta menjauhkan hamba dari pencipta~Nya.
Bagaimana malaikat akan masuk ke dalam rumah yang keadaannya seperti ini? Oleh kerana itu, hidupkanlah suasana rumah kalian dengan berbagai bentuk zikrullah agar Allah memberikan rahmat~Nya kepada kalian. Rumah yang digunakan untuk zikrullah adalah rumah yang "hidup", di mana aspek keimanan dapat tumbuh subur di dalamnya. Sementara rumah yang "mati" adalah rumah yang tiada terdapat kegiatan apapun juga dalam rangka mengingat Allah.
Menumbuhkan suasana ibadah dalam rumah dengan menjadikan rumah sebagai tempat untuk menegakkan solat khususnya solat sunnah. Dengan ditegakkannya solat, khususnya solat sunnah, rumah akan terasa "hidup" dengan suasana keagamaan dan tercermin kebahagiaan bagi penghuninya. Firman Allah SWT bermaksud, "Perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat dan bersabarlah atasnya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu bahkan Kamilah yang memberimu rezeki dan balasan yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa.” [QS Thaha: 132]
Tumbuhnya suasana ibadah dalam sebuah rumah menyebabkan penghuninya merasa bahagia dan tenteram. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith tentang dihidupkannya solat sunnah dalam rumah: "Jabir ra., mengabarkan, Rasulullah saw bersabda: 'Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakan pula solat (sunnah) di rumah, kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah tersebut bahagia." [HR. Muslim]
Begitulah seharusnya hidup berumahtangga. Sepasang insan yang beriman kepada Allah dan hari akhir selalu dipenuhi dengan ibadah dan amal ketaatan kepada Allah, ajakan dan anjuran kepada anggota keluarga untuk mengerjakan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Sehingga kita dapat melahirkan keluarga muslim iaitu keluarga yang senantiasa berlumba-lumba kepada kebaikan, mengutamakan dalam menjalankan perintah Allah.
Hakikatnya rumah tangga adalah syurga ‘Ajilah, iaitu syurga yang didahulukan di dunia ini. Rumah tangga yang bagaimanakah yang dipanggil syurga ‘Ajilah? Semestinya rumah tangga yang dibina daripada tiang-tiang kasih sayang, mawaddah, sakinah, qanaah dan redha. Berkata ahli sufi: “Carilah syurga ‘Ajilah yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!”
Wallahu'alam...
Soalan Quiz Agama. Seorang lelaki mendatangi Masjid pada hari Jumaat, mendapati solat sudah bermula dan dia pun berniat solat Jumaat mengikut Imam. Namun, apabila Imam memberi Salam, Dia meneruskan solat hingga 4 rakaat iaitu solat Zohor. Kenapa ya?

SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. PERINGATAN YG AMAT BAIK UTK LF DAN KELUARGA.
Ada rumah yang tersergam indah bagai istana tapi penghuninya tidak pernah merasa aman dan tenang.. Ada rumah yang sempit tapi memberikan keceriaan dan ketenangan.
ReplyDeleteSetuju kak tirana!..
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan...
Saudara, saya percaya, nak bina rumah yang sentiasa dipenuhi dengan zikrullah dan suasana keimanan bermula dari mencari pasangan. InsyaAllah jika salah seorang pasangan kita itu telah terdidik dengan suasana rumah yang sentiasa dipenuhi dengan suasana zikrullah, dia akan menarik pasangannya untuk menyemai suasana yang sama. Tapi jika dua2 dah terbiasa dengan suasana kemaksiatan dan kemungkaran,betapa ruginya mereka melainkan mereka berubah...Allahualam..
ps: thanks saudara utk peringatan yang hebat ni:)
--> musollahehsan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, ianya sangat penting bagi semua umat Islam untuk mewujudkan suasana di rumah yang aman dan bahagia...
--> Tirana
ReplyDeleteBenar Kak Tirana, tersergamnya indah kerana dilihat dari fizikalnya sahaja, namun hakikat ianya tidak diindahkan dengan zikrullah dan ibadah-ibadah lain. Berlainan pula dengan rumah yang sempit, mereka redha dengan apa yang ada dan tetap sentiasa mengingati Allah Taala..
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan...
Memang pada hakikatnya begitu, orang yang beriman lahirnya dari keluarga yang baik-baik, sentiasa menjaga kerukunan rumahtangga mengikut apa yang disyariatkan, maka dengan itu Allah akan datangkan kepadanya kebaikan yang banyak termasuklah mencari pasangan hidup.
Afwan ya saudari..:)
Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian. :)
assalamualaikum,
ReplyDeletet kasih atas peringatan yang sungguh bermakna.
yang baik perlu dipertingkatkan,
yang kurang insya-Allah akan diperbaiki.
moga sentiasa dalam rahmat & redha-Nya.
p/s- tak layak jawab teka teki :)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteRumahku, syurga 'Ajilahku...mudah-mudahan.
Lelaki itu terlepas solat Jumaat dan meneruskan solat zohor..(Jawapan teka je tak merujuk mana-mana) Saya memohon jawapan yang jelas dari saudara, terima kasih.
Salam.. Rumahku syurgaku.. Semoga kita semua dapat mewujudkan keadaan yang sebegitu.. Amin...
ReplyDeletesalam sahabat, pesanan yang sangat menyentuh hati dan memberikan panduan untuk membina keimanan bermula di rumah sebelum melangkah pergi lebih jauh...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.
Tugas kita para ibu bapalah mendidik dari seawal usia bagi mendapatkan rumah yang dalamnya penuh dengan suasana mengingati Allah dan hari akhirat.
Kak masih lagi berusaha agar rumah kak mendapat suasana sedemikian.
Tentang kuiz tu, rasanya lelaki tu datang sebagai masbuk dan dia tak sempat mendengar khutbah jadi kenalah sambung sebagai solat zohor.. betul ke?
Assalamualaikum wbth,,
ReplyDeletelama su tak singgah sini belek2 isi blog nie...nak cari sesuatu buat sejukkan hati nie,,,
tgh duka nestapa....
salam rindu dari sumanje
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali kakcik..:)
--> aku HIV positif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama saudara, moga kebaikan itu sentiasa terus dipertingkatkan dengan bantuan dari Allah SWT.
MOga saudara sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya, terus diberi kesihatan yang baik..amin
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah kurniakan kita semua
Rumahku, syurga 'Ajilahku..
Jawapannya lebih kurang begitu, insya Allah nanti akan saya terangkan lebih terperinci supaya pembaca lain dapat membacanya ya cikgu
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSemoga Ustaz sihat2 selalu...
Mekasih kerana mengingatkan...
Dari rumah la awal pendidikan kita bermula...Jika baik permulaannya,InsyaALLAH baiklah pengakhirannya mudah2an..
Soklan kuiz tu saya x bani nak jawab..Tggu jwpn Ustaz jer nt :)
assalam..
ReplyDeletemmg terasa tenang dan gmbira je hti kalo suma dlm rmh sntiasa meriahkan dgn bacaan al quran pe lagi pas solat.. moga kita suma akan diperlihara
--> AmirFX
ReplyDeleteSalam.. Rumahku syurgaku.. semua orang berhajat begitu dan kesempurnaannya akan terlihat jika kita benar-benar menghayati Islam itu sepenuhnya dalam kehidupan kita..
--> Mohamadazhan.com
ReplyDeleteSalam sahabat, benar apa yang dikatakan, semestinya membina keimanan itu bermula dalam diri kita dan di rumah, dan mendidik orang di bawah kita agar terpancar keimanan itu keseluruhan keluarga kita..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKebanyakan rumah hari ini diimarahkan dengan pameran khat yang cantik dan mahal-mahal, tapi ayat-ayat itu tidak melekat di hati, tidak ditadabbur dalam hidup penghuninya.Wal'iyadzubillah.
Salam saudara Razak
ReplyDeleteN3 yang sungguh bermakna... Rumah adalah syurga dunia jika dibanjiri dengan keimana dan takwa didalamya...
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMoga kitak diberikan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu...Amin:)
Tksh yaa utk perkongsian ilmu tukk..:)
Andailah semua kediaman hidup dgn amalan2Nya serta zikrullah...pasti seiisi ahli rumah memperolehi ketenangannya...itulah yg dikatakan..RumahKu SyurgaKu..:)
Tq yaa kitak..:)
--> werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak sihat di sana dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.
Apabila nilai-nilai agama wujud pada diri seseorang, baik laki-laki maupun wanita, maka Allah SWT akan memperbaiki kehidupannya di rumah. Dan ahli rumah akan sering mengadakan pembicaraan tentang kepentingan iman di rumah kita bersama keluarga dan semua penghuni rumah, membicarakan kebesaran, kekuasaan, kesempurnaan dan sifat-sifat Allah SWT, membicarakan keadaan alam akhirat, membicarakan pentingnya menghidupkan sunnah dan mendorong keluarga kita yang laki-laki untuk memperjuangkan Agama Allah SWT.
P/S : Tentang soalan quiz tu INSYA ALLAH akan saya terangkan terlebih lanjut mengenainya..:)
--> ~~su manje~~~
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih singgah sini, moga segala isinya mendatangkan manfaat yang banyak buat saudari
--> Cik SHiNJU
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, semoga saudari sihat juga di sana..
Semesti rumahlah tempat pendidikan awal bagi anak-anak. Jika baik tarbiah yang ibubapa lakukan maka baiklah anak-anak itu dan begitulah disebaliknya.
--> maiyah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar Maiyah, hati kita akan rasa tenteram jika rumah itu sentiasa ada zikrullah di dalamnya
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar, ianya tidak mendatangkan apa-apa melainkan hiasan semata. Sepatutnya hasil dari kesenian khat itu diambil faedahnya dengan mempelajari dan mendalami maksudnya dan dihayati dalam kehidupan..
--> atie
ReplyDeleteSalam sahabat..
Sungguh perilaku penghuni rumah itulah yang menentukan apakah sebuah rumah menjadi rumah syurga atau rumah neraka...
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih doa untuk kamek. Moga kitak juak diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya sentiasa...Amin..:)
Sama-sama kita..:)
Benar kata kitak, sesungguhnya rumah yang berdiri di atas ketaqwaan kepada Allah, dengan tujuan membentuk sebuah keluarga yang sakinah (tenteram), mawaddah (saling mencintai) dan rahmah (saling mengasihi).
Tq juak buat kitak..:)
mmg utk jadikan rumahku syurgaku...zikrullah dan amalan tuntutan-Nya perlu kita perbykkan. bila rumah baik dan 'subur' maka baiklah penghuninya insyaAllah
ReplyDelete--> nahmy
ReplyDeleteBenar saudara, jangan hendaknya masa kita di rumah hanya terbuang dengan menonton TV atau mendengar lagu sehingga kita melupai Pencipta kita Yang Maha Esa..
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga sihat hendaknya...
Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan..hargailah pasangan anda,rumahtangga bahagia apabila rumahku syurga ku..insyaallah..
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.
Sentiasa berdoa dan berusaha supaya rumah yang diduduki betul-betul menjadi rumah ku sorga ku dunia dan akhirat.
hi..
ReplyDeletesaya selalu rindukan rumah di kampung kerana saya merasakan ada damai dan ketenangan di sana. tapi saya ingin sekali mempunyai rumah sendiri kerana hidup menyewa dengan kawan2 ni sangat memeningkan kepala..
hehehe
ASSALAMUALAIKUM....
ReplyDeletetrime kasih atas titipan ini..semoga sdra sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan
Assalamualaikum sahabatku :)
ReplyDeleteMaaf ya..lama tak ke sini..semoga sahabat sihat selalu disana..
Sebaiknya jadikan rumah itu tempat kita menyemai ilmu dan iman..
p/s Ada hadiah ke..? Gurau jer..:)
Assalamualaikum Ust,
ReplyDeleteAlhamdulillah rumah kakak masih lagi mengamlakn itu semua dan moga Allah terus kuatkan iman kami...
Kakak nak juga menjawab: -
Syarat sah solat jumaat tidak cukup buat makmum yg masbuk. Dia boleh bermakmum sekadar utk mendapat fadhilat solat jemaah tetapi kenalah solat zuhor.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteCantek perkongsian ni, alhamdulillah..Moga sahabat sekeluarga terus berada dalam naungan kasih-Nya, aamiin..
Sungguh, di rumahlah madrasah pertama bagi setiap generasi manusia dalam membentuk keluarga yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH S.W.T
Insya-ALLAH mudah-mudahan rumah yang kita duduki sarat dengan suasana dien yang Hanif..sama-sama kita doakan.
Untuk soalan quiz tu, ana serahkan pada mereka yang lebih 'arif dan berilmu.
Jazakallahukhair ya syabab :-)
Tetapi dugaan banyak di laur rumah...
ReplyDeleteVideo Karnival Silat ,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara Zul..
semoga saudara sihat hendaknya..
Rumahtangga bahagia bertunjang pada tiang yang kukuh. Andai goyah satu tiang maka goyahlah istana yang dibina. Kita tidak boleh membentuk rumah tangga mengikut cita rasa kita tetapi mengikut cita rasa Tuhan walaupun bertentangan dengan cita rasa kita sendiri.
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.
Sungguh Allah mendengar doa kakak, moga Dia memakbulkan...amin
--> Dearie Pearls
ReplyDeleteHi..
Kalau rindu baliklah sekejab untuk melepaskan rindu. Sabarlah akan tiba masanya nanti punya keluarga dan rumah sendiri...:)
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali saudara...semoga saudara juga sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan seharian..
--> Arianni
ReplyDeleteWa'alaikumusalam sahabatku.. :)
Tak mengapa, sibuk ya! Semoga sahabat sihat juga di sana..
Rumah adalah tempat yang saling lengkap melengkapi dan tempat bagi menyemai ilmu dan iman.
P/S : Pasti hadiahnya ialah penambahan ilmu dan keberkatan dari Allah SWT...:)
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah moga Allah kurniakan terus nikmat yang sudah sedia ada di rumah kakak.
Jawapannya betul, insya Allah nanti saya perjelaskan jawapannya
--> ♥ Ahlia Iman ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih sahabat, sentiasa mendoakan saya...Moga sahabat sekeluarga juga terus berada dalam naungan kasih~Nya, aamiin..
Benar apa yang dibicara, anak adalah amanah bagi kedua orang tuanya dan rumahlah tempat pertamanya ia mendapat pendidikan. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik (ihsan) kepada anak-anak serta bersungguh-sungguh dalam mendidiknya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَخُونُوا اللهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahuai. [Al Anfal:27].
Afwan ya syabab..:)
--> Miecyber
ReplyDeleteYa memang banyak dugaan di luar rumah, jadi ada baiknya tak perlulah berada di luar rumah jika tiada tujuan yang benar-benar memerlukan..
Assalamualaikum.
ReplyDeleteRumahku Syurgaku, bukan hanya sekadar kalimah azimat. Ia perlu direalisasikan. Amalkan segala perintah Allah, jauhi segala yang terlarang.
Sesekali walaupun lebih elok bagi si suami atau si ayah ke masjid, elok juga bersama-sama anak isteri berjamaah di rumah, selain mengidupkan alunan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir.
TQ
Asalam..
ReplyDeleteSyukran ..alhamdulilah..
berada didalamnya rasa tenang selalu...sentiasa ingat nak bersegera balik dan rindu teramat pd rumah...mudah2an ini adalah sebahagian yg kita harapkan..rumah yg punyai ciri keharmonian dan keimanan.
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleterumah adalah syurga keluarga untuk
berehat dan beribadah bersama2...
thanks for sharing here brother...
lelaki tu dah masbuq dua rakaat kot. :)
ReplyDeletesalam sahabat ^_^
ReplyDeletekekadang takut bila berada dirumah tanpa keberkatan dan rahmat dr ALLAH...