Friday, April 13, 2012

Usia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para tabiin dan orang-orang mengikutinya hingga hari kiamat.

Usia adalah anugerah yang begitu berharga yang diberikan Allah kepada manusia. Dengan bergantinya tahun maka semakin bertambah umur kita akan tetapi sesungguhnya semakin berkurang waktu hidup kita di dunia. Setiap detik menuju ke sana kita rasakan dalam getaran hati dan jiwa ini, sungguh semakin dekat seakan ajal menghampiri kita. Lalu apakah yang telah kita perbuat selama ini dihadapan Allah. Sudah bersiapkah kita jika sewaktu Allah mengambil kita.

Orang yang cerdik adalah orang yang berjuang keras mempergunakan umurnya dengan berbakti kepada Allah SWT. Tiada jalan lain selain mengisi umur kita dengan berbagai macam kebaikan dan kemuliaan. Dengan demikian kita telah menempuh hidup atau mengisi usia ini dengan tidak sia-sia. Agama Islam menganjurkan agar hidup kita di hari ini lebih baik daripada semalam. Jika tidak demikian maka kita termasuk orang yang rugi.

Usia adalah masa yang menentukan baik-buruknya manusia. Siapa yang menyia-nyiakannya maka sia-sialah hidupnya. Dan kelak dapat menemui hasil yang telah disia-siakan selama hidupnya. Keyakinan dengan membenarkan sebenar-benarnya akan hidup akan datang dan di saat kedatangannya itu tiada berguna kerana sudah berlalu masanya.

Selanjutnya hadapilah keadaan hidup yang tiada batas akhirnya nan abadi dengan ganjaran setimpal dari hasil yang diperolehnya tatkala itu. Oleh kerana itu tidak sesuai kita sebagai seorang Muslim yang beriman menyambut setiap pergantian tahun dengan hura-hura apalagi berpesta.

Seharusnya kita merayakannya dengan muhasabah diri bertaubat kemudian merapikan diri. Adapun rasa kegembiraan sebagai sifat dasar yang umum sebagai manusia maka cukuplah dengan mengungkapkan kegembiraan yang tidak berlebihan. Allah SWT berfirman yang ertinya “Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [QS al-Hasyr 59 : 18]

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik, memberikan berbagai kelebihan, dan memuliakan mereka di antara semua makhluk~Nya. Sudah menjadi ketetapan Allah bahawa manusia akan mengalami perkembangan dan pertumbuhan dalam perjalanan hidupnya, tahap demi tahap, dari masa bayi ke masa kanak-kanak, lalu menjadi remaja, setelah itu menapaki usia dewasa, kemudian separuh baya, dan akhirnya memasuki usia lanjut dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Meskipun urutannya demikian, tak seorang pun akan dapat memastikan bahawa hidupnya akan berlanjut terus hingga tua, kerana boleh jadi belum sempat tua, bahkan mungkin masih muda remaja, ajal telah menjemputnya. Ya, usia memang misteri yang tak pernah terungkap dalam kehidupan manusia. Tiada siapa pun dapat meneka dengan tepat atau tahu dengan terperinci berapa tahun ia akan hidup di dunia yang fana ini, pada tahun berapa ia akan mati, di mana akan berakhir hidupnya. Kerana itu, Islam terus mengingatkan penganutnya untuk sebaik mungkin memanfaatkan usia yang sedang dijalani, kerana waktu yang berlalu tak akan kembali.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Belum hilang jejak telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke kubur, seorang hamba akan ditanya mengenai empat hal, iaitu tentang usianya ke mana dihabiskannya, tentang tubuhnya untuk apa digunakannya, tentang ilmunya seberapa banyak yang diamalkannya, serta hartanya dari mana diperolehnya dan untuk apa dibelanjakannya." [HR At-Tirmidzi]

Bagi seseorang soleh, setiap kali Allah disebut Rahman dan Rahim yang dirindukan kampung halaman iaitu kembali ke alam arwah. Jadi kalau alam rahim ertinya alam yang penuh kasih sayang, alam arwah, maksudnya dalam kehidupan yang damai bersama Allah yang Rahman dan Rahim. Ada semacam kerinduan, sehingga orang Sufi mengatakan, "Kematian adalah pintu gerbang untuk lebih dekat kepada yang dicintai."

Jadi kematian tidak perlu ditakuti, tapi bila lebih dekat kepada Allah iaitu melalui kematian. Jadi semakin tua jangan takut dengan kematian tapi harus gembira kerana akan kembali ke kampung halaman.

Marilah kita hidup dengan baik dan menjadi manusia yang berguna. Ya Allah, cukupkanlah umur dan waktu kami di dunia ini untuk hidup sesuai dengan keinginan~Mu agar pada saatnya nanti kami siap “bertemu” dengan~Mu. Redhailah semua usaha yang kami lakukan ini, usaha untuk membuat kami “siap” bertatap wajah dengan~Mu.

Ya Allah, terimalah amal kami hari ini, ampunilah dosa-dosa kami. Ya Allah kiranya engkau panjangkan usia kami esok, semoga ketika kami bangun, Iman dan Islam masih tetap ada pada diri kami. Dan kalau Engkau mengambil diri kami, kerana sememang kami milik~Mu.

36 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Alhamdulillah dapat membaca tazkirah yg berguna selepas Subuh Jumaat ini.

    Semoga kita tak tergolong dalam ujat yang membazirkan usia yg dianugerahi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu..

      Hidup ini adalah anugerah dan menghargai masa yang dikurniakan untuk menunaikan maksud asal diri kita diciptakan.

      Terima kasih cikgu..:)

      Delete
  2. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga Allah berikan saudara kesihatan yang baik.

    Semoga kita berupaya menjadikan usia singkat yang diberikan Allah ini sebgai usia yang berkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Ani..:)

      Semoga kakak juga diberikan Allah kesihatan yang baik...aamiin

      Usia kita di dunia amat sedikit dan ianya merupakan ujian yang besar bagi kita samada kita beroleh kejayaan dengannya atau disebaliknya.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan dalam redha Allah.

    Pada dasarnya seorang muslim yang paling baik ialah orang yang boleh memanfaatkan umutnya untuk meraih semua keuntungan.

    "Sebahagian daripada kesempurnaan iman seseorang ialah meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat" HR Tirmizi

    Terima kasih kerana selalu memberi peringatan.

    Semoga kita terus berusaha gigih memanfaatkan waktu yang dikurniakan.. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Semoga kakak juga sentiasa dalam kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

      Benar kak, kita dikurniakan umur untuk memakmurkan bumi, kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Sungguh umur yang paling baik sekali ialah umur yang dibekati Allah Taala yang diberi taufik untuk mengerjakan amalan soleh dan kebajikan-kebajikan yang lain.

      Terima kasih kerana sentiasa hadir di sini..

      Delete
  4. Salam.. Benarlah bila orang padah bila usia bukanlah sesuatu yang dibanggakan tetapi ilmu dan amal yang kekal sehingga kita tok mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Benar mir, mun umur kita panjang camni pun mun sik ada ilmu dan amal sik ada nilai di sisi Allah sebab sik menepati tujuan kita diciptakan..

      Delete
  5. Salam..
    semoga saudara sihat hendaknya..
    alhamdulillah..masih bernyawa
    ketika menulis komen ini..
    semoga Allah memberkati kita
    semua dengan kesihatan yang baik
    untuk beramal ke arah kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Moga saudara pun begitu juga, sihat sejahtera hendaknya..

      Hidup yang berkat adalah sentiasa menggunakan masa yang ada dengan memastikan berada di atas jalan kebaikan.

      Delete
  6. Asalam..
    Semoga tuan sihat bahagia dihari jumaat. Memang wajib kita semua mengingati mati, mati itu jodoh kehidupan yang pasti. Terima kasih tazkirah ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Terima kasih atas doanya. Kematian itu merupakan pengajaran bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran dan menjadi bahan fikiran bagi orang yang mahu berfikir.

      Delete
  7. terasa byk kekurangan bila bc entry usia ktk tok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusahalah untuk membaikinya kedong gik ada masa dan peluang..

      Delete
    2. aok..insyaAllah...makseh ustaz

      Delete
    3. Umur kita tok sik tahu bepa jak di dunia tok,so guna jak kesempatan yang ada...

      Delete
    4. tersentuh bila bc 'kematian tidak perlu ditakuti'...mmg..mun difikir2kan benda ya plg menakutkan..sbb..rs msh byk kekurangn..makseh kpd ktk sbb membrikan keberanian utk kmk...n perkongsian entry tok amat bermakna bt kmk..

      kmk sllu menghdpi situasi bila mendgr khabar org meninggal, seluruh bdn kmk rs lemah, rs goyah bila berdiri...adakah kmk lemah semangat..kmk x pasti

      *blog ktk xda verification word..senang mok komen

      Delete
    5. Semua kita tok pasti mati dan kadangkali kita merasa takut kerana amal dan persediaan bekal kita kurang. Sik ada lain caranya kenak usaha nambah amal dan tauk apa sebenarnya tujuan kita dicipta di dunia tok...

      Delete
  8. Assalamualaikum:)

    Moga ktk sihat2 di sinun..dan sentiasa dilindungiNya & diberkatiNya..Amin

    ..semoga kita sekalian diberkati usia..dan andai sampai masanya...moga berakhir dalam keadaan sempurna & dalam keimanan...Moga bahagia di sana...InsyaAllah.....

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak pun demikian juak, sentiasa dilindungi dan diberkati~Nya...aamiin

      Manusia tidak seharusnya dipandang dari panjangnya (lamanya hidup) kerana terkadang manusia diberi umur panjang tetapi tidak ada berkatnya. Manakala ada orang yang singkat usianya tetapi dapat berbuat banyak, melakukan pelbagai kebajikan, dan malah melakukan amal yang terbaik.

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  9. Assalamu'alaikum,

    Tazkirah yg menginsafkan, seringkali terlupa dan lalai didalam kehidupan,

    rebutlah masa muda sebelum tua, hidup sebelum mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Jujurlah pada diri kita ketika bermuhasabah. Baiki segala kesalahan dan kelemahan dari masa ke semasa. Jangan pernah merasa bosan. Akui hakikat kelemahan dan kelalaian kita. Itulah caranya kita mengasihi diri kita sendiri kerana setiap kesalahan di dunia ini tanpa taubat azab akan menunggu kita di akhirat kelak.

      Delete
  10. Assalamu'alaikum wbt...

    Aamiin Ya Rabbal'alamin..
    Allahu Rabbi!..Jazakallahu khair atas ingatannya ya sahabat, Alhamdulillah^^
    Robbuna Yusahhil, Allah Yubarik fik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullah...^_^

      Moga Allah memberkati dirimu duhai sahabat...aamiin

      Rasulullah s.a.w. mengingatkan akan keutamaan usia ini melalui sabdanya yang bermaksud: "Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yang berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan." (Riwayat al-Bukhari)

      Syukran ya sahabat..:)

      Delete
  11. salam alaik^^,

    ayuh manfaatkan usia:)

    moga Allah redha dan memberkati amalan yang dilakukan sepanjang usia kita kini^_~y.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Ya, usia kita teramat sedikit di dunia ini, dari itu usah persiakan.

      Moga Allah perkenankan permintaanmu...aamiin

      Delete
  12. Waalaikumsalam brother
    Sentiasa mengingati mati dan sentiasa berfikir bagaimanakah
    keadaan aku semasa Malaikat mencabut nyawaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis..

      Apabila tidak lupa kepada mati, maka kesannya sungguh baik. Akhlaknya terpuji, ibadatnya bermutu dan istimewanya menjadi hamba sangat disayangi dan diredai Allah.

      Delete
  13. ...السلام عليكم ورحمةالله

    Lama tidak bertandang ke blog Ustaz. Semoga sihat hendaknya.
    Benar, usia terlalu misteri buat manusia. Tanda pengetahuan manusia sangat-sangat terbatas.

    'Lalu nikmat manakah yang kamu dustakan?'(Arrahman)

    Baru diuji dengan kematian seorang sahabat yang dikasihi. Seakan masih segar kenangan tatkala beliau memarahi kami kerana ceteknya ilmu Tauhid kami. ALLAH.. DIA menentukan bahawa sahabat, muallim saya ini pergi dalam keadaan tiada seorang pun mengerti tanda-tanda bakal kematiannya, melainkan selepas jasad sudah bersemadi. Meninggalkan seorang isteri yang baru sahaja dinikahi dan mengandungkan zuriat sulung. Al-Fatihah..

    Benar ustaz, kematian itu pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah saya sihat, moga cikgu pun sedemikian juga.

      Matinya seseorang itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sebagai manusia, kita sepatutnya mengikut suruhan~Nya dan menjauhkan perkara yang dilarang oleh~Nya. Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.

      Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

      Moga Allah mengampunkan segala dosa sahabat cikgu tu..aamiin

      Delete
  14. amat rugi bagi mereka yang dalam hidupnya tidak ada masa untuk berbakti pada masyarakat dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, masa akan terus pergi dan baik buruk yang tercatat di dalamnya akan kita ketahui kelak di akhirat

      Terima kasih

      Delete
  15. Salam sahabat semoga sentiasa dirahmati dan diberkati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..

      Terima kasih atas doanya, moga sahabat pun sedemikian juga..aamiin

      Delete
  16. kalau boleh tak mahu menyia2kan usia dan kehidupan, ingin terus berusaha mencari sebanyak mana yg boleh dibawa bekal ke SANA...

    memang kematian tak perlu ditakuti yang ditakuti adakah sudah cukup bekal untuk kesana..dan selalu tertanya2 adakah aku sudah siap unutk menghadap Allah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, begitulah seharusnya usia itu usah dipersia-siakan. Ingatlah masa itu adalah kehidupan, tidak berlalu masa itu melainkan habis kehidupan kita, dan ianya tidak boleh digantikan lagi selama-lamanya.

      Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Setiap hamba pada Hari Kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara dan salah satu daripadanya, tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia? [HR Tirmizi]

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.