بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana atas limpah rahmat kasih sayang~Nya kepada kita semua. Selawat dan salam kita ucapkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda serta orang-orang mengikutinya sehinggalah ke akhir zaman.
Ketahuilah wahai saudaraku sekalian! Bekal yang terbaik bagi seorang hamba untuk meraih kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat kelak adalah bekal ketakwaan kepada Allah. Sebagaimana telah Allah azza wa jalla jelaskan dalam firman-Nya (yang ertinya): “Dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada~Ku Hai orang-orang yang berakal.” (QS Al-Baqarah: 197)
Sungguh takwa itu adalah perhiasan hati kerana ianya merupakan sebaik-baik pakaian serta ianya berkaitan dengan hubungan seseorang dengan Allah SWT. Sesungguhnya, kecantikan hati dengan ketakwaan itulah yang meningkatkan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT.
Al-Habib Abdullah bin 'Alawi Al-Hadad r.a. berkata, "Takwa merupakan wasiat utama dari Allah SWT untuk orang-orang yang terdahulu mahupun orang-orang yang terkemudian...Bukankah Allah SWT sering menjelaskan kepada kita melalui kitab suci~Nya iaitu al-Quran yang mulia, bahawa dalam sifat takwa itu, ada kebahagiaan sejati dan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya."
Imam Al-Habib Abdullah Al-Hadad juga menyenaraikan beberapa kebaikan sifat takwa dalam 'An-Naso'ih Ad-Diniyyah wal-Washoya Imaniyah' iaitu:
PERTAMA: Sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.
Allah SWT berfirman, وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya, "...bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa." [Surah Al-Baqarah: 194]
KEDUA: Dikurniakan ilmu daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman, وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ
Maksudnya, "...dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu..." [Surah al-Baqarah: 282]
Ketiga: Mendapat petunjuk daripada Allah SWT dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan ketika timbul kekeliruan.
KEEMPAT: Sebagai penebus (kaffarah) kesalahan dan penyucian dosa-dosa.
Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." [Surah Al-Anfaal: 29]
KELIMA: Keselamatan daripada azab neraka.
Allah SWT berfirman,
وَإِن مِّنكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَّقْضِيًّا * ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوا وَّنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا
Maksudnya, Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu. [Surah Maryam: 71-72]
KEENAM: Terhindar daripada bebanan hidup, rezeki sentiasa melimpah ruah tanpa diduga, sentiasa hidup dengan penuh ketenteraman dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "...dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [Surah At-Tholaq: 2-3]
KETUJUH: Allah SWT menjanjikan syurga buat orang-orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT, تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيًّا
Maksudnya, Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami. [Surah Maryam: 63]
KELAPAN: Mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman, إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya, "...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan~Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
Bekalan menuju kebahagiaan di akhirat adalah ketakwaan dan amal soleh. Oleh yang demikian, Allah SWT mengingatkan kita agar berbekal dengan ketakwaan kerana takwa adalah sebaik-baik bekalan untuk menuju sebaik-baik tempat iaitulah syurga~Nya. Semoga Allah senantiasa mencurahkan rahmat~Nya bagi kita semua.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan segala perintah~Nya dan menjauhi semua larangan~Nya, serta menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang yang bertakwa yang akan meraih Al-Jannah yang penuh dengan kenikmatan. Aamiin..

Salam Juamaat yang indah buat sahabat... semoga sahabat dikurniakan kesihatan dan rahmat dari Allah SWT... semoga kita dikurniakan Allah SWT dan dipelihara untuk terus bertakwa kepada NYA..
ReplyDeleteSalam ya sahabat...
DeleteTerima kasih mendoakan saya, didoakan sedemikian juga buat sahabat. Semoga Allah SWT mengurniakan ketakwaan kepada kita dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini...aamiin
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteAmin amin...
Semoga ALLAH kurniakan ketakwaan yang kekal kepada kita sehingga akhir nyawa umat Muhammad..amin....
Wa'alaikumusalam wbt..
DeleteBerbahagialah bagi orang-orang yang terpilih untuk mengecapi nikmat ketakwaan dan moga kita semua berada dalam golongan yang terpilih itu.
Assalamu'alaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.
Semoga kita semua dapat berusaha membersihkan hati dan berusaha meningkatkan ketakwaan kepadaNya.
Hamba yang bertakwa kepada Allah secara benar dan ikhlas akan memperoleh anugerah Allah yang sangat besar iaitu syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang bertakwa kepada Tuhan, dibawa ke dalam syurga berkumpulan pula. Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka oleh penjaga: “Kesejahteraan dilimpah ke atasmu. Berbahagialah kamu, maka masukilah syurga ini sedang kamu kekal di dalamnya.” - (Surah az-Zumar 39 : 73)
Dan mereka tersisih daripada api neraka. Apa yang paling ditakuti oleh semua mukmin ialah apabila tiba di akhirat nanti akan dicampakkan ke dalam api neraka. Bagi orang yang bertakwa, mereka tidak perlu takut, kerana mereka pasti akan diselamatkan oleh Allah daripada api neraka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menyelamatkan orang yang bertakwa kerana kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula mereka berduka cita.” - (Surah Az-Zumar 39 :61))
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...:)
DeleteSemoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin.
Sesungguhnya, tiada bergunanya sebuah kehidupan jika tiada takwa di hati. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam segenap kehidupan dan takutlah terhadap kemurkaan~Nya serta carilah redha~Nya dalam setiap perbuatan.
Terima kasih kak!
Salam'alaik..
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal'alamin..InsyaALLAH.
Sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia dpt mengenali mana yg haq dan mana yg batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat kelak...Allahu Allah
Jazakumullahu khaira ya syabab, salam sayyidul ayyam...
Allah Yubarik fik, aamiin^^
Wa'alaikumusalam wrbt...:)
DeleteYa sahabat, bila seseorang itu sudah bersih daripada pengaruh hawa nafsu yang menyesatkan dan sudah disinari cahaya iman, maka gerak hatinya adalah suatu ukuran yang benar dalam membuat pilihan terutamanya pada perkara-perkara yang samar. Hal ini pernah disebut oleh Imam Nawawi dalam kitab Arba'iin di mana Rasulullah SAW bersabda, "Mintalah fatwa hati."
Sesungguhnya Allah SWT memberi suatu perbezaan dalam hati orang-orang yang bertakwa dalam memilih kebenaran dan menjauhi kebatilan.
Afwan ya sahabat, Salam sayyidul ayyam..
Moga Allah memberkatimu...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Ameen.
Betapa banyaknya ganjaran yang dikurniakan Allah kepada para hamba-Nya,namun berapa ramaikah yang bersegera mendapatkanya. Benar,segala amal soleh yang membuahkan takwa hanya mendapat rahmat-Nya jika kita melakukannya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya,namun bukankah ganjaran Allah kepada kita itu adalah hadiah terbesar dari Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi...Sama-sama kita renungkan :)
Wa'alaikumusalam...
DeleteTerima kasih atas doanya, moga kitak juak demikian juga...aamiin
“Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Surah Al Imran : 133-134]
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar untuk orang-orang yang bertaqwa iaitu yang takutkan Allah SWT dengan cara mereka melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.
Salam Ustaz... Thanks for sharing the info.. Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang diturunkan untuk kita...
ReplyDeleteSalam Mir...
DeleteSemoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang bertakwa dan mendapat ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT, insyaAllah.
Assalamualaikum Ustaz..
ReplyDeleteLama x singgah sini..Semoga Ustaz dalam
rahmat ALLAH sentiasa..
Wa'alaikumusalam...
DeleteTerima kasih singgah dan doanya, moga saudari pun begitu juga..
assalamualaikum...kaifa hal?lama tak jengah sambil menyedut halwa rohani kat sini..moga ustaz sihat =)
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ