بسم الله الرحمن الرحيم
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut : “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”
Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."
"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).
Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
**Published thru Samsung Galaxy via DIGI

Salam sahabat semoga sahabat sihat dan sentiasa dirahmati ... semoga kita dihindari dan dipeluhara daripada fitnah dajjal...
ReplyDeleteSalam sahabat...
DeleteMoga sahabat pun demikian juga sentiasa sihat dan dirahmati Allah SWT..aamiin
Sentiasalah berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”
Salam.. Terima kasih atas perkongsian cerita tok...
ReplyDeleteSalam Mir..
DeleteTerima kasih juak ngan kerana sudi ke sitok..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA.
Fitnah yang amat ditakuti, semoga kita dijauhkan daripadanya.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...
DeleteTerima atas doa kakak, semoga juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin
Hendaknya kita berpegang teguh dengan Islam dan bersenjatakan iman serta mengetahui nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sifat-sifat~Nya yang mulia yang tidak ada seorangpun menyamai~Nya dalam masalah ini. Diketahui bahawa Dajjal adalah manusia biasa yang makan dan minum, dan Maha Suci Allah dari hal itu. Dajjal buta sebelah sementara Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak demikian. Dan tidak ada seorang pun bisa melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala sampai mati, sementara Dajjal dilihat ketika keluarnya baik oleh orang-orang kafir atau mukmin.
Assalamualaikum ustaz..
ReplyDeletedah lama tak singgah diharap ustaz sihat..
kisah dajjal..yg jarang didengar..syukran ya ustaz..
Wa'alaikumusalam YA...
DeleteAlhamdulillah saya sihat, moga Ya pun demikian juga...aamiin
Munculnya Dajjal merupakan salah satu tanda hari kiamat kubra (tanda-tanda yang besar). Ertinya, tanda-tanda yang muncul mendekati hari kiamat dan bukan tanda yang biasa terjadi. Seperti munculnya Dajjal, turunnya ‘Isa, munculnya Ya’juj dan Ma’juj, serta terbitnya matahari dari sebelah barat. (Lihat At-Tadzkirah karya Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu hal. 264, Fathul Bari 13/485, dan Ikmal Mu’allim Syarah Shahih Muslim, 1/70)
salam sahabat...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH...penah nengok YT n dengaq citer niii...
utk kita ingatkan diri kita tentang dajjal...
**beberapa minggu niii tetiba byk kali dengaq kuliah tentang dajjal n hari akhirat, terbaru baca n3 sahabat**
**moge sahabat sihat**
Salam sahabat...
DeleteAlhamdulillah, kat masjid pun Pak Iman ada bertanya ana perkara ni dan dapatlah menayangkan video mengenainya pada hari sabtu lepas selepas solat subuh, jemaah pun rasa puas..
**Alhamdulillah ana sihat, moge sahabat pun sama sihat..
salam alaik,
ReplyDeletejum2 amalkan surah alkahfi..
mudah-mudahan Allah pelihara kita..InsyaAllah:)
Wa'alaikumusalam...
DeleteAda juga lahir di hati nak ajak jemaah di masjid baca surah al kahfi pada malam jumaat...moga Allah beri mudah agar terlaksana
Assalamualaikum:-)
ReplyDeleteMg ktk sihat dan dirahmatiNya selalu....amin...
Tksh ktk utk kisah yg menarik tukk....terasa cam membaca kesinambungan novel sejarah islam tukk....:-):-)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteTerima kasih kitak mendoakan kamek, moga kitak juak sentiasa sihat dan dirahmati Allah SWT...aamiin..
Afwan kitak, kamek sambung sikit di bawah tok
Ibnu Hajar rahimahullahu berkata: “Pada diri Dajjal terdapat bukti nyata atas kedustaannya di hadapan orang-orang yang berakal. Kerana dia memiliki wujud fisik serta memiliki bukti dari perbuatannya. Bersamaan dengan kekurangan pada dirinya bahawa dia adalah orang yang buta sebelah matanya. Jika dia menyeru manusia untuk mempertuhankannya itu menunjukkan keadaannya yang paling buruk. Bagi orang yang berakal mengetahui bahawa dia tidak mungkin akan bisa menciptakan selainnya, memperbaiki dan memperbagus serta dia tidak sanggup untuk menghilangkan kekurangan (seperti: matanya yang buta, tulisan kafir di dahinya, dll) yang ada pada dirinya. Maka ucapan yang paling ringan untuk dikatakan adalah: ‘Wahai orang yang menyangka bisa menciptakan langit dan bumi, bentuklah dirimu, perbaguslah dan hilangkan sifat kekurangan pada dirimu. Dan jika kamu menyangka bahawa tidak akan terjadi sesuatu yang baru pada diri Rabb, maka hilangkan apa yang tertulis di antara kedua matamu’.” (Fathul Bari 13/103)
makasih atas info tok ustaz...bgs kisah tok dihebahkan...soh dirik tok sntiasa ingat pdNya....n beringat akan kewujudan dajjal
DeleteSama-sama kitak...auk, rami juak antara kita tok lom tauk gik ingatan Rasulullah s.a.w. tentang Dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Moga rami gik yang lom tauk maca kisah tok..
Deletebunyinya mcm dari negara matahari terbit jer...
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui perkara ini...
DeleteAssalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan saudara kesihatan yang baik.
Terima kasih atas N3 yang sangat bagus ni. Kisah Dajjal sudah banyak diperkatakan...
Wa'alaikumusalam Kak Ani...
DeleteSemoga Allah kurniakan juga buat kakak kesihatan yang baik...aamiin
Terima kasih kembali kak! Kita perlu waspada sentiasa kerana tentera Dajjal sudah ramai bilangannya berkeliaran cuba memesung umat Islam.