بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memujiMu, memohon pertolonganMu, dan memohon ampunanMu. Kami berlindung kepada mu ya Allah dari keburukan diri kami dan kejelekan amal kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan maka tiada ada yang memberikannya petunjuk untuknya. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginga serta orang-orang yang mengikutinya sehingga hari kiamat.
Imam Asy-Syafie berkata, "Yang paling jauh bukannya bintang, matahari atau bulan, tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak akan kembali. Semalam yang luput menjadi kenangan. Kelmarin yang terluput menjadi sesalan. Yang ada hanya hari ini dan yang akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya.
Inilah yang Allah SWT tekankan dalam surah Al-‘Ashr yang diketengahkan khususkan untuk menyedarkan umat Islam menghayati betapa pentingnya masa. Inilah antara soalan yang terpenting yang diberikan perhatian oleh semua masyarakat yang bertamadun di dunia, tanpa mengira bangsa dan di mana jua mereka berada. Kerana masa merupakan kehidupan, masa merupakan penentu keadaan kita di akhirat kelak. Realiti inilah yang perlu disedari oleh umat bahawa budaya menfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan seharian umat Islam.
Allah menjadikan masa selam 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hamba~Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara penting. Meninggalkan perkara yang tidak memberi manfaat dan menggantikannya dengan perkara yang berfaedah.
Tapi, bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yang perlu didahulukan daripada perkara-perkara remeh yang lain? Inilah pentingnya kita memahami ‘Fiqh al-Awlawiyat’ yang memberikan kita kefahaman untuk membahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.
Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. Allah SWT telah membekalkan kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik. Dengan akhlak yang sempurna, sudah barang pasti kita akan menjadi pemimpinan yang berwibawa. Menghayati surah Al-‘Ashr dituruti dengan kefahaman terhadap ‘Fiqh al-Awlawiyat’ menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan mampu untuk membereskan kerja bukan sekadar menurut ‘mood’ atau desakan pihak-pihak tertentu, tetapi kesemuanya berpandukan ajaran Allah SWT yang melengkap setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak 1400 tahun yang lalu.
Justeru, kehidupan muda kita ini menuntut kita untuk menjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Usia muda yang penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat, ia merupakan aset terpenting untuk melepasi titian sirat.
Sekiranya kita meneliti kehidupan para sahabat r.a mereka memanfaatkan masa muda dan kesihatan ketika mana sebelum datangnya waktu tua semaksimun mungkin. Khalid al-Walid menjadi tentera yang berjuang di jalan Allah semenjak usianya belasan tahun lagi. Begitu juga beberapa orang sahabat yang lain, menjadikan usia muda sebagai modal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat demi mengejar syahid. Tidak ketinggalan yang tua, umpamanya Abu Thalhah, yang menghabiskan usia tuanya di jalan jihad sehingga dikebumikan di negeri orang semata-mata usahanya mengatur langkah demi menegakkan kalimah Allah SWT. Inilah jejak langkah yang perlu kita teliti dan perlu kita lalui supaya tidak menjadi orang yang rugi di akhirat; hanya mendapat laba dunia tetapi ketika dibangkitkan kali kedua terpaksa merana.
Penghayatan masa perlu kita perbaiki terutama dalam usaha untuk menegakkan ketuanan Islam. Kita bukan sekadar perlu memenuhi tuntutan masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan perlu menghormati masa untuk dihormati. Gerakan Islam tidak perlu lagi melewat-lewatkan mesyuarat atau aktiviti hanya semata-mata menunggu pihak lain, akan tetapi ketetapan masa perlu kita kuasai dengan sebaik mungkin. Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya.
Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan.
Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.
Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka.
Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Wallahu a'lam

Terima kasih sahabat semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati....
ReplyDeleteTerima kasih kembali, semoga sahabat pun sedemikian juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin
Deleteramai yang berjanji untuk tepati masa,
ReplyDeletetapi tak ramai yang betul2 'punctual' dengan masa..
pepatah arab ->> "alwaktu kassaif..fain lam yakto', fayaktou' alaik"
mudah-mudahan ustaz dan saya sama2 hargai masa.
InsyaAllah..(",)
Ya benar, masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.
DeleteOrang yang mengerti tentang masa akan lebih menghargai masa. Dia akan mengisi dengan perkara yang berfaedah. Dia akan menyediakan kehidupan yang lebih bererti, bersungguh-sungguh mengumpul pahala buat bekalan untuk kehidupan abadi di akhirat kelak.
Syukran..
Salam.. Wal Asr.. In nal in sa nala fi husr.. Sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian...
ReplyDeleteSalam Mir...
DeleteSemua kita tok dalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal dan yang selalu berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran
Assalamualaikum saudara Abd Razak,
ReplyDeleteDidoakan Abd Razak sihat.
Masa yg telah berlalu tidak akan menjengok kita lagi. Jadi kehidupan dan masa yg kita miliki sekarang kita manfaatkan utk mencari keperluan dunia dan akhirat.
Wa'alaikumusalam Kak Ani..:)
DeleteTerima kasih atas doanya, moga kakak sihat juga di sana...aamiin
Moga tercurah masa yang berbaki di dunia ini dengan amalan yang baik, kerana di sana nanti kita tidak diberi peluang lagi untuk beribadah.
Assalamualaikum ktk:)
ReplyDeletemoga ktk dianugerah kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu..Amin
Betapa pantas masa berlalu
tidak dapat bisa dibayar dengan emas permata masa yg pergi
Namun..kesempatan yang diberikanNya
andai dimanfaat sebaik mungkin
pasti bahagialah di sana............
:)
Wa'alaikumusalam kitak..:)
DeleteTerima kasih atas doa kitak, moga kitak juak dianugerahkan Allah kesihatan yang baik dan diberkati~Nya sentiasa...aamiin
Bukalah jendela hati kita,
lapangkan kamar jiwa kita
sediakan ruang untuk cahaya~Nya
laksanakan ibadah dalam waktu yang dicipta~Nya
penuhilah ia dengan kebaikan
TQ kitak :):)
assalamualaikum...
ReplyDeletesemoga kita akan sentiasa menjadi orang-orang yang sling berpesan kerana Allah dan menerima teguran juga kerana Allah. Semoga Allah memelihara kita semua dari sifat2 mazmumah yang nyata ataupun tersembunyi...insyaAllah.
Wa'alaikumusalam...
DeleteIndahnya hubungan sesama muslim dan yang bergelar sahabat yang sering berpesan-pesan dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran.
Terima kasih..:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh keejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.
Masa, perkara yang amat penting sehingga Allah bersumpah dengannya. Semoga kita dapat memanfaatkannya dengan melakukan perkara-perkara yang berguna.
Sekarang berada di Nashville, Tennesse, USA menghadiri acara konvokesyen anak bongsu. InsyaAllah berada di Malaysia semula pagi selasa.
Wa'alaikumusalam kak..
DeleteTerima kasih mendoakan saya, semoga kakak pun demikian juga, beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin
Masa juga dipertanggungjawabkan kepada kita semua di akhirat kelak.
Alhamdulillah tahniah buat kakak dan anak bongsu atas kejayaan. Teringin juga rasanya nak pergi ke sana semula nak tengok tempat saya belajar dulu. Moga Allah permudahkan perjalanan kakak nanti...aamiin
Assalamu'alaikum sekali lagi
DeleteAlhamdulillah kak dah selamat sampai ke negara sendiri awal pagi tadi.. ya ke sama tempat belajar alhamdulillah, insyaAllah jika ada kemahuan dapatlah Abd Razak ke sana lagi. Bagi kak ujian di sana dapat dihadapi alhamdulillah, maklumlah dengan keadaan begini.
Terima kasih atas doa dan ucapan. Amiin
Wa'alaikumusalam...
DeleteAlhamdulillah segala urusan di sana sudah terhasil. Moga perjalanan seterusnya Allah permudahkan...aamiin
salam alaika...insyaAllah akan ingat nasihat dan pesanan ust. Setiap hari melalui masa, harap tidak terbuang begitu sahaja
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
DeleteSama-sama kita sering ingat mengingati dan berpesan kepada kebaikan..
ye..masa itu emas..sy singgah dan follow ok.
ReplyDeleteSetiap saat dunia diperbaharui
Deletekita tak sedar ianya bertukar ganti
Hari demi hari
saat demi saat tanpa henti
Terima kasih singgah...
Waalaikumsalam brother...
ReplyDeletekadang2 bila terlalu mengejar hal dunia hingga lupa
masa2 yang berkualiti untuk akhirat..