بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam tertujunya kepada manusia yang telah menyinari kehidupan kita Nabi Muhammad SAW serta juga keluarga, sahabat dan orang-orang yang mengikut jejaknya sehingga hari kiamat.
Ketahuilah wahai temanku sekalian bahawa kita adalah penulis kepada buku amalan kita. Apabila setiap dari kita dibangkitkan kelak di Padang Masyar buku ini akan diserahkan kembali kepada kita setelah disemak oleh Allah SWT dan cara penyerahannya pasti berbeza dari apa yang telah kita alami di dunia. Tiada orang kenamaan sebagai penyampainya kerana mereka pun menjadi penerimanya. Tiada buku aturan majlis apatah lagi pengacara majlisnya. Semuanya sebagai penerima kitab amal.
Pastilah kita tidak ingat apa yang pernah kita catat. Apa pun semua catatan itu berdasarkan segala tindak tanduk dan perbuatan kita. Dari sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya baik ianya merupakan amalan soleh ataupun di sebaliknya. Semuanya dapat kita baca kelak. Kedua-dua malaikat yang Allah lantikkan sebagai setiausaha kita tidak pernah lalai dan leka, mencatat apa yang kita suruh. Mereka taat kepada perintah Allah dan tetap menjalankan tugas mereka setiap masa dan ketika.
Bagaimana pula kita menerima buku amal tersebut? Buku amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan buku amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya.
Allah S.W.T berfirman, "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!" [QS Al-Haqqah : 19]
Firman Allah S.W.T lagi, "(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun." [QS Al-Israa : 71]
Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing hati dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya.
Allah S.W.T berfirman, "Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku." [QS Al-Haqqah : 25]
Ingatlah wahai temanku yang dikasihi sekalian, bahawa setiap apa yang kita lakukan dari pandangan mata, sebutan dari mulut, yang didengari telinga, bisikan hati, dan lain-lainnya menghasilkan tugas kepada malaikat yang ada di samping, akan tercatat pada buku amalan kita.
“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.” [QS Al-Insyiqaaq : 6-12]
Sahabat yang dikasihi, marilah kita sama-sama meningkatkan amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan dalam rangka mencari keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini akan menjadi saksi di hari akhirat dan akan mencatat amal kebaikan dan keburukan kita begitu juga malaikat rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita dan memberikan rezeki dengan izin Allah S.W.T. Oleh itu perlulah kita berwaspada setiap detik dan saat supaya sentiasa melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. dan menjauhi larangan~Nya.
Buat teman-teman yang bergelar guru, doaku untuk kalian moga keikhlasanmu selama ini mendatangkan pahala dari Allah S.W.T. yang mengalir deras sehingga hari kiamat serta dicukupkan~Nya rezeki kalian dengan penuh berkah...aamiin
SELAMAT HARI GURU...
Barangsiapa mahu menjadi guru,
biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri
sebelum mengajar orang lain,
dan biarkan dia mengajar dengan teladan
sebelum mengajar dengan kata-kata.
Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri
dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri
lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan
daripada mereka yang hanya mengajar orang lain
dan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain.
[ Khalil Gibran ]

Assalamualaikum,
ReplyDeleteTidak disangka kita semuanya adalah sebagai penulis buku! (disamping penulis blog).
Marilah kita menulis sebaiknya....namun tidak dinafikan perkara-perkara buruk yang telah dinukilkan.
Wa'alaikumusalam cikgu...
DeleteYa cikgu, kita menulis tidak menggunakan pen atau keyboard...
Perkara-perkara buruk bisa terpadam dengan taubat sungguh-sungguh..
Salam... Selamat Hari Guru untuk ktk juak Ustaz.. Pasu bunga rumah kmk tok nang banyak.. Adanya kmk orang sedekah juak ngn jiran2. :D
ReplyDeleteSalam...
DeleteMun dah dapat sedekah ngan jiran-jiran kira manyak yaa..dapat juak pahala owhhh..
Salam sahabat semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati .... dan diberi kesihatan yang baik... terima kasih atas peringatan2 yang sememangnya mendidik hati.............
ReplyDeleteSalam sahabat..
DeleteSemoga sahabat juga sentiasa dirahmati dan diberkati~Nya..
Untuk peringatan diri saya juga...
Assalamu'alaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah. Amiin
Kita bukan sahaja pebulis buku malah kita juga akan menghitung sendiri amalan kita.
Allah berfirman:
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (al-Israa' [17] : 14)
Bermaksud; Ambillah buku ini, buku yang mencatat segala amalan kamu semasa berada di dunia, lihatlah! dan kamu sendiri akan dapat menghitung. Ketika itu manusia disuruh untuk membaca sendiri atau meneliti sendiri. Ketika ini manusia akan tahu ke mana dia akan tuju, syurga atau neraka?.
Bimbang sangat akan hal ini. Dengan itu benarlah nasihat supaya kita menghisab diri sebelum kita dihisab. Allahu Akbar.
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;"(An-Najm 53:39 - 41)
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)
DeleteTerima kasih atas doanya, semoga kakak pun sedemikian juga halnya..aamin
Ya kakak, apa yang berlaku di hadapan kita mudah saja kita menganalisanya. Begitu juga dengan tingkah laku orang di sekeliling, pantas sekali kita membuat tafsiran di sebalik tingkah laku mereka.
Namun, tingkah laku sendiri jarang kita analisa walaupun kesilapan yang sama turut kita lakukan. Tetapi, salah orang terlebih dahulu kita nampak.
Ambillah sedikit masa di kala malam hari sebelum tidur untuk kita menghitung amal kita di hari yang sedang melabuhkan tirainya. Moga kita tidak mengulangi kesialapan yang sama di hari esoknya.
Terima kasih kak..:)
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
ReplyDelete1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
Moga usahanya membawa kepada kebaikan yang banyak...aamiin
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteSabda baginda:-
Sonai'ul makrufi taqi masori'as sui... Wassodaqotul khofiyyatu tutfiu ghodhobar robbi....
"perbuatan2 makruf boleh memelihara pembuatnya dari terjatuh ke tempat2 buruk yg membinasakannya (sama ada dunia atau akhirat). Sedekah yg tersembunyi pula boleh memadam kemarahan Allah. "
Doakan iqa menjadi dia yang boleh mengajar diri sendiri sebelum mengajar mereka yg lain...
Moga Allah kasih dirimu.
Wa'alaikumusalam....
DeleteMenjayakan amar makruf nahi mungkar, kerahmatan Ilahi juga yang akan menjelma memayungi kehidupan ummah sejagat...
Moga Allah limpahkan ilmu yang manfaat buat dirimu, akhlak yang sempurna dan dapat menyampaikannya kepada orang lain dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas...aamiin
Moga Allah kasih dirimu jua...
teruskan dakwah lewat media ini, semoga mendapat pahala dari Allah swt. Amiin
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan buat saya...aamiin
DeleteTerima kasih..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarkatuh.
ReplyDeleteKebenaran itu berhak untuk diikuti..
kerena ia adalah cahaya yang menghidupkan hati..
jauh dari kebenaran akan mengelabui hakekat penciptaan..
siapa yang mencari kebenaran insya Allah akan menemukannya..
kebenaran tetap akan terlihat meski dikubur oleh kekuasaan...
Terimakasih Akhi atas kunjungannya, semoga da'wahnya mendapat limpahan rahmat dari Allah Subhanahu wata'ala, Amin...
Wa'alaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh...
DeleteSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kekal sekumpulan di kalangan umatku di atas kebenaran. Tidak memberi mudarat kepada mereka sesiapa yang meninggalkan mereka serta sesiapa yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah sedangkan mereka tetap (di atas kebenaran).”
Terima kasih kembali..
Ass salam Adinda Abd Razak.
ReplyDeleteTerimakasih kerana ingat mengingati...
Akan terus berusaha dan berdoa untuk menjadi guru yang lebih baik dari semalam...selagi Allah memberikan kesempatan...
Wa'alaikumusalam Kanda...
DeleteYa Kak! Sebagai hamba Allah kita perlu berdoa memohon kepada~Nya, kerana kita sebagai makhluk ciptaan~Nya, kita tidak boleh melepaskan diri daripada~Nya.
Terima kasih atas kunjungan kakak. Moga Allah kasih.
Assalamualaikum....:-)
ReplyDeleteTksh utk setiap usaha ktk yg tdk jemu2 mberi peringatan utk teman sekalian...dan doa yg dititipkan utk kebaikan bersama...
Mg ktk dianugerahkn keberkatan..& dipermudahkn segala urusan ktk..tidak kira mana jua ktk berada...
:-)
Wa'alaikumusalam...:-)
DeleteTiada daya dan upayanya melainkan pertolongan~Nya, Allah yang memberi kekuatan kepada kita semua, kamek diberi kekuatan untuk memberi peringatan dan kitak pula diberi kekuatan melangkah masuk membacanya. Semuanya atas kehendak dan kasih sayang Allah kepada kita.
Terima kasih mendoakan kamek, moga kitak juak dianugerahkan keberkatan dan dipermudahkan segala tugas dan tanggungjawab kitak...aamiin :)
salam ustaz.. sy copy sdkt ayat ustaz.. sy ltk dlm facebook sy.. ayat ni :
ReplyDelete'Ketahuilah wahai temanku sekalian bahawa kita adalah penulis kepada buku amalan kita. Apabila setiap dari kita dibangkitkan kelak di Padang Masyar buku ini akan diserahkan kembali kepada kita setelah disemak oleh Allah SWT dan cara penyerahannya pasti berbeza dari apa yang telah kita alami di dunia. Tiada orang kenamaan sebagai penyampainya kerana mereka pun menjadi penerimanya. Tiada buku aturan majlis apatah lagi pengacara majlisnya. Semuanya sebagai penerima kitab amal.'
Salam Lady bird..
DeleteYa teruskan usahamu, mudah-mudahan ianya mendatangkan kebaikan yang banyak...aamiin
Salam'alaik..
ReplyDeleteMoga sahabat sentiasa dlm rahmat dan redhaNya ALLAH SWT, aamiin
Subhanallah, perkongsian yg sentiasa tidak mengecewakan, alhamdulillah..:)
Jazakumullahu khairan katsira ya syabab fillah^^
Wa'alaikumusalam sahabatku...:)
DeleteTerima kasih mendoakan ana, moga sahabat pun demikian juga sentiasa dalam rahmat dan redha~Nya Allah SWT...aamiin
Semuanya datang dari Allah SWT atas kasih sayang~Nya, menghendaki kita semua dalam ketaatan kepada~Nya dan menjauhi larangan~Nya. Kebaikan atau disebaliknya semuanya akan kembali kepada kita kelak dan kita akan menyaksikannya di akhirat kelak.
Terima kasih sahabat..:)
suka singgah sitok...coz sntiasa mengingatkan kmk pdNya..makaseh ustaz...
ReplyDeletemek suka la kata2 dri khalil gibran ya...
selamat hari guru....
Kamek lagik suka nangga kitak dan sidak lain singgah sitok...sik ada lain yang boleh kamek berik selain dari nasihat dan peringatan kerana masa di dunia tok jak boleh macam tok. Bila kita semua dah pindah ke alam akhirat, pasti sik ada agik chan nok beribadah untuk nyelamat dirik kita...
DeleteTQ kitak..:)