Friday, September 14, 2012

Amalkan empat dan jauhkan empat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…

Wahai temanku terimalah nasihatku ini, agar ilmumu tidak menjadi musuhmu pada hari akhirat. Beramallah dengan empat perkara dan tinggalkan empat perkara. Perkara yang perlu kamu tinggalkan :

Pertama, janganlah kamu berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh mungkin. Perbahasan sebenarnya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Perbahasan seperti ini adalah punca kepada semua akhlak yang buruk seperti riak, hasad, bongkak, dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Tetapi kamu diharuskan untuk berbahas dengan seseorang sekiranya untuk menegakkan kebenaran, sedangkan yang berbahas denganmu itu sendiri jahil orangnya. Walau bagaimanapun niatmu itu mesti mempunyai dua tanda:

Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira kebenaran itu berada di sebelah pihakmu atau pihak lain.

Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain.

Ketahuilah bahawa orang jahil itu, tidak sihat hatinya. Manakala para ulama' adalah 'doktor' yang mengubati mereka. Ulama' yang tidak lengkap ilmunya, tidak dapat mengubati penyakit dengan baik. Ulama' yang lengkap ilmunya pula tidak dapat mengubati semua penyakit.

Ia hanya berupaya mengubati mereka yang mahu menerima rawatan dan mahukan kebaikan. Sekiranya penyakit itu sudah terlalu parah atau sudah tidak dapat diubati lagi, maka doktor harus pintar untuk memberitahu pesakit mengenai perkara itu.

Dengan itu tidak perlulah membazirkan masa dan wang untuk cuba mengubatinya lagi. Dan ketahuilah bahawa terdapat empat jenis kejahilan. Satu daripadanya boleh dirawat manakala yang lain tidak dapat diubati.

Jenis-jenis kejahilan yang tidak dapat diubati ialah:

1. Sesiapa yang menyoal dan mengkritik hanya kerana hasad dan rasa marah.

Setiap kali kamu menjawab soalannya dengan baik, dia akan bertambah marah, malah semakin memusuhi dan membencimu. Seorang penyair pernah berkata : "Setiap permusuhan boleh terhapus kecuali permusuhan orang yang memusuhimu kerana hasad dan dengki."

Kamu harus menjauhkan diri daripada orang seperti ini. Biarkan dia dengan penyakitnya. Firman Allah SWT : "Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka yang berpaling dari peringatan Kami dan tidak mengingini kecuali kehidupan dunia." [QS. An-Najm : 29]

Segala perkataan dan perbuatan orang yang berhasad dengki hanya akan menyalakan api yang membakar segala ilmunya. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Hasad itu menghapuskan amalan kebaikan seperti api memakan kayu api." (Riwayat Abu Daud)

2. Kejahilan yang disebabkan oleh kebodohan.

Orang yang mempunyai penyakit ini juga tidak dapat diubati. Seperti kata Nabi Isa a.s.: "Aku berupaya menghidupkan orang mati (dengan izin Allah SWT), tapi aku tidak berupaya mengubati orang yang bodoh."

Contohnya, seperti seorang yang baru sedikit sahaja ilmunya. Dia merasakan ilmunya sudah cukup, lalu cuba membangkang gurunya yang sememangnya arif dengan ilmu tersebut.

Oleh kerana dia merasakan masalah yang diutarakannya adalah juga menjadi masalah kepada gurunya, maka dia akan soal soalan yang bodoh sahaja. Oleh itu, seharusnya soalan seperti itu tidak dilayan.

3. Orang yang mahu diajar, tetapi kemampuan akalnya terbatas

Dia sering menyalah tafsir kata-kata ulama' yang kurang difahaminya. Ia sebenarnya suka untuk bertanya mengenai sesuatu perkara. Tetapi disebabkan akalnya tidak dapat memahami dengan baik, maka soalan-soalannya juga tidak perlu dilayan. Seperti kata Rasulullah s.a.w. : "Kami para anbia, kami diperintahkan supaya bercakap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka." (Al-Iraqi)

Manakala kejahilan yang boleh diubati; seorang yang minta ditunjuk ajar, dan ia sendiri seorang yang cerdik dan mudah untuk faham. Ia tidak dikuasai oleh perasaan hasad, keras hati atau sengaja untuk menguji. Oleh itu kamu harus, wajib menjawab segala soalan yang diajukan.

Kedua, elakkan dari menjadi pendakwah dan mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya. Renungi apa yang telah dikatakan kepada Nabi Isa a.s. : "Wahai anak Maryam, nasihatkanlah dirimu dahulu. Sekiranya ia menerima nasihatmu, barulah kamu nasihatkan orang lain. Jika tidak malulah kepada Tuhanmu."

Ketiga, janganlah bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah SWT amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.

Keempat, jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal.

Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.

Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah SWT dan agar alam ini musnah sepenuhnya.

Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu; "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka gunakan untuk kemaksiatan."

Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini.

Wallahu a'lam

26 comments:

  1. salam sahabat..

    Terima kasih atas nasihat di pagi jumaat yang indah... semoga saya tidak termasuk dalam golangan yg empat ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali sahabat..

      Delete
  2. Assalam..syukran, peringatan yg baik.

    Pernah mengalami perkara yg pertama, sampai ada yg berkecil hati, kena tinggalkan berbahas perkara2 yg remeh.



    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Adalah lebih baik diam daripada berbahas kerana ia bisa memelihara hubungan sesama dan menjauhi persengketaan.

      Afwan..:)

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah.

    Terinvat pesan Imam Ghazali..semua manusia akan rosak kecuali orang yang berilmu, orang yang berilmupun akan rosak kecuali orang yang beramal, orang yang yang beramal pun akan rosak kecuali ikhlas.

    Pengisian ini benar-benar membuatkan diri kak muhasabah diri berkali-kali..bimbang sangat banyak tertinggal dan tak berbuat seperti apa yang kak tulis di blog.

    Buat masa ni kena rehat daripada mengupdate blog..ada kekangan..inipun guna telefon.hadiah daripada suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doanya, dan didoakan moga kakak pun sedemikian juga...aamiin

      Benar kak, apa yang kita tulis dan ingatkan di sini, sentiasa mengingatkan kebaikan kepada orang dan jika kita pula tidak taat melakukannya maka celakalah kita. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita semua.

      Terima kasih kak. Sekalipun ada kekangan, kakak tetap ke sini memberi komen..:)

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    kita ni semua x sempurna kan
    sbb tu Allah bg akal utk
    menilai.. ambil yg baik dan jauhi yg buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Benar Maiyah, jalan kebenaran itu perlu kita pilih sebaiknya.

      Delete
  5. assalamualaikum...

    moga kita berwaspada di atas jalan berduri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Dan juga berwaspada di atas jalan yang berliku..

      Delete
  6. masyaallah...berdiri bulu roma membacanya, Ya Allah...jauhilah kami dari sifat angkuh itu, semoga kami sentiasa mendapat kerehdaanMU...aamiin

    terima kasih ustaz, selalu memperingati kami dan menyedarkan kami dr terus hanyut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...aamiin moga Allah perkenankan doamu...

      Terima kasih kembali...:)

      Delete
  7. Assalamu'alaikum wbt..

    Subhanallah!Sungguh besar peringatan ni sahabatku, Allahu Musta'an!
    Jazakallahu khaira ya syabab, Moga sihat hendaknya, Allah Yahtah Aleik, aamiin^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Afwan ya sahabat..:)

      Alhamdulillah ana sihat, moga sahabat pun sedemikian juga hendaknya...aamiin

      Barakallahu fik..:)

      Delete
  8. alhamdulillah..ilmu baru untuk ana..syukron yaa sohabi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan...moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

      Delete
  9. Assalamu'alaik ya ustadz,

    Jazakalloh khoirol jazaa' atas taushiah 'alat taqwa,

    Semoga kita yang dhoif selalu dianugerahi taufiq dan kekuatan dlam kebaikan dan keridhoan-Nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Afwan..semoga Allah memakbulkan doamu...aamiin

      Delete
    2. aamiin, istajib du'aa-anaa ya kariim...

      Delete
  10. salam tuan
    Kadang TA alpa dalam kehidupan ini..mujur ada yg mengingatkn. Terima kasih Tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TA..

      Tiada siapa yang sempurna dan maksum selain dari Rasulullah s.a.w. dan kewajipan kita sebagai umatnya adalah ingat mengingati antara satu sama lain.

      Moga ada manfaatnya..

      Delete
  11. Aku suka berkongsika tentang orang yang lebih pandai dari GURUnya..
    ini berlaku semasa disekolah agama dulu. Seorang anak murid beriya2
    mempersoalkan kesalahan GURU kerana jawapan yg diberikan itu salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul Guru itu salah sudah tentu ada kaedahnya untuk mempersoalkan kesalahannya., agar tidak menjatuhkan maruah guru itu di kalangan pelajar yang lain.

      Orang muda biasalah kan!

      Delete
  12. menyorot kembali tulisan tuan untuk saya

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum - syukron jazakallahu khair kullu wa antum bil khair

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.