بسم الله الرحمن الرحيم
Sejam lagi masuklah waktu berbuka puasa.
Muazzin yang bertugas keluar ke perkarangan masjid untuk berehat dan duduk di sebuah kerusi yang berhampiran dengan tempat letak kereta.
Sambil duduk dia memerhati sekeliling alam ciptaan Allah. Sungguh tenang dirasakan. Sedang asyik dia ternampak sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan masjid. Sesampainya kereta itu lalu terbukalah cermin kereta dan pemandunya memanggil muazzin yang ada di situ. Muazzin tadi bergegas menuju kereta itu.
"Ustaz, dekat belakang kereta saya ni ada banyak pisang. Ustaz ambillah untuk jemaah berbuka puasa nanti." Kata Pemuda yang memandu kereta mewah tadi.
Muazzin itu berkata, "Baik saudara." Sambil matanya mengerling ke arah pemuda di dalam kereta itu yang hanya berbaji T-shirt dan berseluar pendek.
"Allahu Akhbar, banyaknya pisang." Kata muazzin dalam hatinya dan kemudiannya terus menutup but belakang kereta itu dan terus mendapati pemuda tadi di hadapan.
"Saudara, saya boleh ambil pisang itu untuk jemaah berbuka puasa tapi dengan satu syarat." Kata Muazzin itu kepada pemuda itu.
"Apa dia syaratnya?" Tanya pemuda itu kehairanan.
"Beginilah ya saudara! Menutup aurat itu wajib dan memberi makan itu sunat. Jika saudara punya wang mencukupi, saya boleh ambil pisang tu tapi jika di sebaliknya ada baiknya saudara bawa pisang itu ke pasar untuk dijual dan hasilnya nanti belilah seluar yang boleh menutup aurat saudara." Kata muazzin itu kepada pemuda itu.
Lalu pemuda itu menaikkan cermin kereta dan terus memandu keretanya keluar dari masjid.
Ya temanku yang dikasihi sekalian, memberi makan itu adalah sunat. Namun, jika ia mendahului perkara yang wajib, maka perkara itu perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana kita perlu mengutamakan wajib dahulu daripada perkara sunat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 269,
يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
Maksudnya, "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki~Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
Sekian, moga ada manfaatnya.

Assalamualaikum Ustaz.
ReplyDeletenampaknya pemuda itu salah keutamaan ..
- pernah juga seorang ustaz secara melawak dalam ceramahnya menempelak orang yg suka beri pisang kat surau/masjid dengan berkata "dia ingat kita ni monyet ke?"
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteKadangkali perkara yang utama ada orang tak nampak..
Ya tuan haji, pisang merupakan buah yang murah dan mudah didapati. Mudah-mudahan dengan usaha dan niat baik itu mendatangkan kebaikan di sisi Allah SWT
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDahulukan yang wajib...dan kita akan dapat pahala yang sunat seperti mengerjakan qada puasa dalam bulan syawal, kita mendapat pahala 'puasa enam' juga....benarkah begitu? wallahualam.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa cikgu, banyak pendapat dari kalangan ulama' mengatakan bila kita mengerjakan qada puasa dalam bulan syawal, kita dapat juga pahala puasa enam. Ada sesetengahnya pula mengatakan ada baiknya dipisahkan keduanya. Namun, kedua-dua pendapat mereka ada sandarannya, dan kita ikutlah apa yang terbaik.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKemurahan hati itu baik..memang ramai dikalangan kita yang suka menghulurkan sedekah sesama manusia dan memenuhi keperluan manusia yang lain,tapi mereka lupa untuk memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah serta melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan olehNya.
Kadang-kadang terfikir..adakah kerana mereka keliru mana satu keperluan(amalan wajib) dan mana satu kehendak(amalan sunat) dalam beragama...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteBila ilmu mencukupi dalam dada dan faham dalam beragama, kekeliruan tidak bisa berlaku. Bila dirasakan keliru dirujuk dengan cepat dengan yang arif agar masalah dapat diatasi. Begitulah sikap orang bijak, ia mengatur kehidupan agar bisa dalam jalan yang benar.
assalamualaikum ustaz
ReplyDeletekeutamaan yg wajibkan? selalunya kalau cakap tentang aurat, pasti tertumpu pada wanita, yg lelaki banyaknya terlepaskan?...itulahkan, kita kerjakan yg wajib pasti pahala yg datang, yg sunat, tak lakukankan pun, kita tak dapat dosa...kan ustaz
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa keutamaan perlu diberikan kepada perkara yang wajib. Saya nampak begitulah bila bercakap tentang aurat bisanya tertumpu kepada wanita. Sepatutnya aurat orang lelaki perlu ditekankan lebih dari wanita kerana mereka bisa memberi contoh kepada orang pimpinannya seperti isteri dan anak-anaknya.
assalamualaikum..
ReplyDeletekdg2 kita ambil mudah
trm ksh beri ilmu ini
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih kembali...
salam
ReplyDeletecerita simple tapi sangat bermakna...
ni pengalaman penulis yea? hehe
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat semua..
Pengalaman kawan saya ni..:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah.. Aamiin
Mudah-mudahan kisah ini menyedarkan ramai pembaca agar memahami apa itu keutamaan.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSemoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin
Ya kak, utamakan terlebih dahulu perkara yang wajib sebelum perkara yang sunat
assalamualikum.
ReplyDeletelama xsinggah sini.
entri y bermanfaat :)
yuk!
sama2 muhasabah ^-^
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih singgah..:)
Kesimpulannya, keutamaan yang perlu diutamakan ialah melaksanakan setiap perintah Allah dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Assalamu'alaikum wbt...
ReplyDeleteJazaakumullahu khairan katsira, perkongsian kisahnya, alhamdulillah :)
Moga menjadi ingatan bt semua, insyaAllah
Allah Yubarik fik ya syabab^^
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa sahabatku, terima kasih kembali...:)
Peranan penting kita semua adalah memastikan kita sentiasa memperingati antara satu sama lain dalam kehidupan kita sebagai muslim.
Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Barakallahu fik...:)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSememangnya banyak lagi perkara yang orang mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Ditakuti ibadah sunat itu akan menjadi sia sia dan tidak diterima Allah bilamana ibadah wajib tidak dikerjakan. Wallahualam
Semoga sahabat sihat selalu dalam perlindunganNya..
ps cantik gambar N3 nie..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteBenar apa yang dibicara, dalam bab solat sesetengah Ulama' mengatakan jika ada sesiapa yang meninggalkan solat untuk sekalian lama maka perlu ia mengqadakan solat itu sehingga selesai barulah ia boleh mengerjakan solat sunat rawatib dan sunat-sunat yang lain.
Terima kasih atas doanya, moga sahabat pun demikian juga....aamiin
Beruntung mu'min yang dapat membedakan keutamaan yang mesti didahulukan dan mana keutamaan sebagai penyempurna fardhu,
ReplyDeletesemua itu dapat diperoleh dengan ilmu tentunya,
Ya saudara, ilmu itu membedakan antara yang hak dan yang batil..
DeleteTerima kasih...
salam,
ReplyDeletebetul
KLIK transformasi pendidikan mundurkan negara page
Salam...
DeleteTerima kasih kerana sudi singgah...:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMoga saudara selalu sihat dan
di berkati Allah hendaknya..
dah selalu jumpa orang sebegitu..
pada mereka "mungkin" wang ringgit
boleh membayar dosa-dosa mereka..
wallahuaqlam..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa saudara terima kasih atas doanya dan semoga saudara pun sedemikian juga hendaknya...aamiin
Mereka boleh guna harta kekayaan mereka untuk ke jalan Allah asalkan segala kewajipan yang utama diselesaikan, segala perintah Allah dilaksanakan dan menjauhi segala larangan~Nya. Bahkan itulah sebaik-baiknya langkah dalam menggunakan limpahan rezeki yang Allah kurniakan.
Memang hebat muazzin itu kerana boleh menyebar dakwah secara terang dan tegas...
ReplyDeleteYa saudara, kaedah berdakwah itu ada masanya kena begitu tegas dan berterus terang...
Deleteulangkaji saya di sini
ReplyDeleteulangkaji saya di sini
ReplyDelete