Friday, September 21, 2012

Unta berkata-kata



بسم الله الرحمن الرحيم


Lelaki Muslim itu terkejut dan bingung. Unta itu adalah miliknya, tetapi dia dituduh mencurinya pula.


Sungguh licik si pemuda Yahudi itu. Dia telah membawa empat orang saksi bersama-samanya dan keempat-empat orang saksi itu membuat tuduhan palsu terhadapnya. Pemuda Muslim itu tidak dapat mempertahankan diri kerana tidak mempunyai saksi. Lalu Rasulullah SAW memutuskan unta itu adalah milik si pemuda Yahudi dan lelaki Muslim dijatuhkan hukuman potong tangan.


Dalam keadaan bingung, pemuda Muslim itu mendongak sambil menadah tangan seraya berdoa, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”


Setelah berdoa, pemuda Muslim itu sekali lagi menemui Rasulullah SAW. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keterangan kepada Rasulullah SAW untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, melainkan dia meminta Rasulullah SAW bertanya sendiri kepada unta itu.


Memang sesuatu yang aneh untuk bertanyakan soalan kepada seekor binatang, tetapi oleh sebab lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan yang dia tidak bersalah, Rasulullah SAW bertanya kepada unta itu,
“Hai unta! Milik siapakah engkau ini?”


“Wahai Rasulullah! Aku adalah milik pemuda Muslim ini dan sesungguhnya para saksi lelaki Yahudi itu adalah pendusta,” jawab unta itu dengan terang dan jelas.


Rasulullah SAW kehairanan apabila mendengar pengakuan unta itu.


“Wahai pemuda Muslim! Beritahu kepadaku, apakah yang telah engkau lakukan sehingga Allah membolehkan unta ini bercakap perkara yang benar.”


“Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak tidur pada waktu malam melainkan aku terlebih dahulu membaca selawat ke atasmu sepuluh kali,” jawab pemuda Muslim itu dengan jujur.


“Engkau telah selamat daripada dihukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga daripada seksaan di akhirat nanti kerana berkatnya engkau membaca selawat untukku,” sabda Rasulullah SAW.


Dengan keputusan Rasulullah SAW, pemuda itu terlepas daripada hukuman dan bebas daripada dituduh mencuri. Dia sangat bersyukur dan yakin bahawa Allah SWT akan memberikan perlindungan kepadanya selagi dia terus melaksanakan amalan-amalan yang baik.


Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu Muhammad s.a.w., walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu [ al-Habib Abdullah bin Alwi al-Hadad ]


30 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Subhanallah, kelebihan berselawat amat besar fadilatnya..walaupun sedikit tetapi sentiasa istiqomah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sungguh di akhirat kelak mendapat kedudukan yang baik serta tidak akan kecewa pada hari itu...

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    subhanallah...betapa besar keagungan Tuhan. kebaikkan pasti dibalas kebaikkan

    selawat untukMU Nabi Junjungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung...

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah.

    Maha Suci Allah..Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kakak, moga kakak pun demikian juga sentiasa dalam redha Allah...aamiin :)

      Segala doa akan diperkenankan oleh Allah..

      Delete
  4. السلم عليكم ورحمة الله
    andai kita benar maka
    berpeganglah padanya
    selalulah berdoa agar
    mendapat keredhaan Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat..
      Segala doa akan diperkenankan oleh Allah..

      Delete
  5. Replies
    1. ... وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

      Delete
  6. السلم عليكم ورحمة الله

    betapa hebatnya ganjaran & pertolongan Allah pd mereka yg sentiasa memberikan salam & selawat kpd junjungan Rasulullah s.a.w...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sesungguhnya Sholawat itu akan membuka kesulitan dan menghilangkan kesusahan..

      Delete
  7. Assalamualaikum sahabat. Semoga mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dgn tazkirah yang baik ini. Satu peringatan kepada diri yang serba kekurangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya sahabat...

      Terima kasih atas doanya, semoga sahabat pun sedemikian juga hendaknya..aamiin

      Delete
  8. Assalamu'alaikum wbt~

    Subhanallah! Alhamdulillah!

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
    Dengan membaca kisah2 sebegini, semakin membuah cinta padamu Ya Rasul:'( Allahu Allah!

    Syukran katsir sahabatku, berkongsi kisah penuh hikmah..alhamdulillah
    Moga sudi lagi berkongsi buat tatapan semua :)
    Allah Yaftah Aleik, Robbuna Yusahhil,aamiin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

      Ya sahabatku, begitulah kelebihan dan kemuliaan kita bershalawat kepada Nabi s.a.w.

      Shalawat menjadikannya dipenuhi hajat-hajatnya dan ia akan mencukupkan apa yang diinginkannya. Jika kita ikhlas bershalawat untuk Rasulullah, niscaya Allah akan memenuhi hajat-hajat kita.

      Ya sahabatku...afwan dan insya Allah akan saya usahakan...:)

      Delete
  9. subhanallah.. satu kisah yg sgt terkesan.. Allah mndgr doa dan kelebihan selawat ke atas Nabi SAW.. trm ksh berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kisahnya banyak memberi pengajaran kepada kita dan perkara itu amat mudah bagi Allah untuk memberi pertolongan kepada hambanya yang taat dan patuh...

      Terima kasih kembali...:)

      Delete
  10. salam Tuan,
    Cerita yg baik dan bagus tuan.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Allah Akhbar, Dia yang mentakbir alam ini dan menurunkan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan...

      Delete
  12. allah maha adil dan maha mengetahui.. sungguh kisah yang patut kita renungkan dalam hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar....sesungguhnya bersholawat ke atas NAbi itu mengandungi makna yang mendalam...

      Delete
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    kisah yang mengharukan, sungguh akan mulia muslim yang senantiasa mendzikirkan sholawat atas Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya saudaraku, moga Allah sentiasa merahmati kita semua dengan sebab sentiasa melazimi sholawat kepada Nabi s.a.w...

      Delete
  14. Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya saudara, kebenaran akan mengatasi kebatilan..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.