Friday, August 31, 2012

Intipati Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kita dah selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadhan yang baru berlalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.“ [Hadis riwayat Imam Muslim]

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepada~Nya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun sebaik mana pun ianya tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

Ya Allah, berilah kemampuan kepada kami untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Lindungilah kami dengan rahmat~Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan~Mu wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah, jadikan usaha kami sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa kami sebagai dosa yang diampuni, kebaikan kami sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban kami sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Aamiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

22 comments:

  1. Amin. Amin. Makbulkanlah doa pada para akhir penulisan ustaz ini, ya Rabb...


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Aamiin Ya Rabbal'alamin~

    Alhamdulillah, peluang sentiasa ada Allah sediakan, tinggal lagi terpulang pd empunya diri, Moga Allah terus memberikan kekuatan buat kita, kekuatan iman yang mendalam lalu menggerakkan menjadi amal insyaAllah..moga Allah redha..

    Jazaakumullahu khairan katsir ya sahabat..:)
    besar peringatan ni bt ana, Allah Yubarik fik..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah atas segala nikmat pertolongan dan bantuan Allah, kita mampu melakukan ketaatan. Moga Allah terus melimpahi kekuatan dan pertolongan~Nya untuk kita terus istiqamah dalam beribadah kepada~Nya...aamiin

      Terima kasih kembali duhai sahabatku..:)

      Barakallahu fik..:)

      Delete
  3. Aamiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

    Assalamualaikum ustaz, InsyaAllah...setiap tahun cuba elakukan puasa ganti dengan secepat yg mungkin, mekasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga Allah kurniakan kekuatan, tanpa pertolongan~Nya pasti kita tidak mampu untuk berbuat..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. sy dah
    selesai sudah qadha dan sunat syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, moga Allah menerima segala kebaikan dan amalanmu...aamiin

      Delete
  5. Ramadhan dan aidil fitri telah berlalu, semoga mujahadan dalam berkhidmat padaNya dalam kedua moment agung itu berbuah ampunan dan senantiasa berpengaruh pada ibadah setelahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudara, meneruskan usaha membaiki diri dengan amal soleh agar diri tetap taat dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya...

      Delete
  6. Assalamualaikum wbth Tuan...
    Singgah menatap post yang tuan pautkan disini...Thanks sudi berkongsi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih...barakallahu fik

      Delete
  7. Assalamualaikum..:)
    Semoga ktk dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu..Amin

    Terima kasih utk sentiasa memberi pengisian ilmu serta peringatan buat kita semua..
    Semoga keberkatan Ramadhan bisa kita diberikan lagi kesempatan menemuinya di tahun2 yang mendatang..InsyaAllah

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kitak, semoga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati~Nya...aamiin :)

      Terima kasih juak ngan kitak, kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk kamek terus memberi pengisian ilmu serta peringatan dengan bantuan Allah SWT. Dan untuk ingatan kamek juak tok.. ^_^

      :)

      Delete
  8. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.. Amiin

    Semoga kita dapat mengerjakan amalan baik yang berterusan dengan meminta pertolongan daripada Allah yang mengawal hati kita..

    Terima kasih kerana selalu memperingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah sihat cuma rasa penat sangat hari ni. Semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin

      Moga Allah perkenankan permintaan kakak, tanpa pertolongan~Nya sukar untuk kita berlaku taat dan mengawal hati kita yang terus-terusan dihasut nafsu dan syaitan.

      Terima kasih kembali kak...:)

      Delete
  9. Amin, amin ya Rabbalalamin,

    Assalamualaikum dan selamat hari raya saudara Abd Razak,
    Semoga sihat di bulan yg mulia ini.

    Sama2lah kita berdoa semoga kita dijadikamn Allah orang istigomah dalam beribadat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Selamat Hari Raya kak! Moga kakak juga sihat hendaknya di sana...

      Delete
  10. Bekalan 11 bulan sebelum bertemu Ramadhan akan datang..insyaAllah ..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...dan

      Tetap istiqamah dalam mengerjakan ibadah...:)

      Delete
  11. Ramadhan..memang saat ketibaannya dirindukan oleh umat Islam yg beriman..sungguh hebat fadilat ramadhan ..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Saudara Abdul Razak..
    semoga anda selalu sihat

    masih berbaki 5 hari di bulan
    Syawal...?masihkah kita sibuk
    berhari raya..open house di mana
    mana..betapa nikmat mewah yang
    Allah berikan pada kita?

    Disusuli dengan penyakit akibat
    terlebih makan..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.