بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kitab Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (Imam Ghazali r.a.) pernah berpesan kepada anak-anaknya,
"Wahai anakku yang tercinta, seandainya ilmu itu semata-mata cukup bagi engkau dan tidak perlu kepada amalan, maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam, seperti disebutkan :
هَلْ مِنْ سَاِئلٍ؟ هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ؟ هَلْ مِنْ تَائِبٍ؟
"Adakah di sana orang yang meminta sesuatu? Adakah di sana orang yang meminta ampun? Adakah di sana orang yang bertaubat?"
Anakku, hendaklah engkau mengingati firman-firman Allah SWT dalam Surah al-Isra' ayat 79 yang bermaksud, "Dan hendaklah engkau bangkit solat tahajjud pada sebahagian daripada waktu malam." Dan firman ini mengandungi makna suruhan.
Dan firman~Nya lagi bermaksud, "Dan di waktu sahur mereka sentiada beristighfar (meminta ampun) akan Allah. [Surah az Zariyat : 18] Dan firman ini mengandungi makna syukur.
Dan firman~Nya lagi dengan maksudnya, "(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar di waktu sahur." [Surah Ali Imran ; 17] Dalam firman ini mengandungi peringatan.
Bersabda Rasulullah s.a.w., "Ada tiga macam suara yang dicintai oleh Allah, suara ayam jantan yang berkokok, suara orang membaca al-Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu sahur."
Dan berkata Sufyan As Sauri r.a. "Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta satu angin yang berhempus di waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan, Raja Yang Maha Perkasa.
Temanku, bahawa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam keadaan seperti ini, roh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah SWT. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur'an dan beristighfar merupakan Ibadah paling utama di malam seribu bulan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sekian, selamat beribadah dan memburu lailatul qadr..

السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletesemoga saudara sihat hendaknya
10 malam terakhir..terus istiqamah
selamat beribadah dan memburu lailatul qadr
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAlhamdulillah saya sihat, moga saudara pun begitu juga..
Ya saudara, kena pecut masa ni..
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSelamat memburu lailatulqadr serta menemuinya.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih cikgu..
Selamat hari raya juga buat cikgu, maaf zahir batin
Assalamualaikum ustaz
ReplyDeleteInsyaAllah...mekasih ustaz, selalu mengingatkan diri ini yang kadang2 alpa
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih kembali, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
Selamat meneruskan ibadah di fasa terakhir Ramadhan ya ustaz.
ReplyDeleteYa cikgu, moga Allah permudahkan kita...
DeleteAssalamualaikum:)
ReplyDeleteMoga ktk dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu..amin..:)
Tksh utk kitak yang selalu berkongsi ilmu dan peringatan tuk..
Moga segala usaha dan sajian ilmu ini memberi manfaat bersama sekaligus menambah keberkatan utk kita sekalian...InsyaAllah..
:)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doa kitak, moga kitak pun demikian juak dianugerahkan kesihatan yang baik dari~Nya...aamiin :)
Tok untuk peringatan kamek juak, agar diri tidak leka dengan dunia..
Moga dengan usaha sekecil tok, Allah angkatkan derajat kita semua dan mendapat keredhaan~Nya...aamiin
:)
Moga Allah muliakan ustaz, tadzkirah ustaz membangunkan ana bahwa kita sudah memasuki detik-detik lailatul qodar, moga kita menjumpainya dengan kecintaan dan ketulusan
ReplyDeleteTerima kasih saudara, moga Allah muliakan saudara juga...aamiin
DeleteLailatul Qadr kian menggamit rasa...
assalamualaikum wbt...
ReplyDeletetiada kata yg dapat diungkapkan tentang kelebihan malam 1000 bulan ni...
allah hu rabbi..
moga dipertemukan dengannya...
Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tak kira pangkat, keturunan dan harta.
Moga Allah memilih kita...aminn..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa, sungguh bertuah umat Muhammad, anugerah dari Allah yang sangat tinggi nilainya dan sangat rugi jika kita tidak berusaha mencarinya..
Moga Allah beri kekuatan...aamiin
Salam'alaik...
ReplyDeleteSemoga Allah SWT sentiasa merahmati sahabat sekeluarga serta diberi kesihatan yang baik selalu hendaknya, aamiin
Ya sahabat, mudah-mudahan dengan rahmatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadr, terus memburu, moga Allah pilih kita, insyaALLAH...:)
Jazakallahu khair, perkongsian ilmunya, alhamdulillah^^
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doa sahabat, moga juga Allah merahmati sahabat sekeluarga nan jauh di sana serta dilimpahkan kesihatan yang berpanjangan...aamiin
Begitulah harapan kita ya sahabat dan moga Allah turunkan pertolongan memudahkan kita dalam usaha mencari malam yang penuh berkat itu..insyaAllah...:)
Moga Allah memberkatimu..:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmatNya..Amiin
Sesiapa yang berusaha insyaAllah dia diketemukan dengan malam yang berkat ini. Mudah-mudahan dengan mofivasi yang diberikan di sini menambahkan keinginan untuk berusaha dengan lebih gigih..amiin
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSemoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak...aamiin
Benar kak, dengan sebab usaha kita bersungguh-sungguh Allah akan turunkan bantuan menemukan kita dengan malam yang dijanjikan Allah itu..
salam sahabat ^_^
ReplyDeletejazakallah utk ilmu yg canteeq...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAfwan ya sahabat, moga ianya mendorongkan kita semua berusaha ke arahnya...
Assalamaualaikum wbth,,,
ReplyDeletesyukur menimba ilmu diblog tuan.....
singgah selepas subuh disini.....
Thanks Tuan...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas kunjungan, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak..
Assalamualaikum wbth Tuan...
Deletesinggah belek-belek blog tuan......maaf saya lama disini..mencari sedikit info yang bermanfaat buat rujukkan diri saya....
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa carilah, moga ada manfaatnya..
salam ustaz...
ReplyDeletesemoga kite menemui malam lailatul qadar nanti.. ameeennn..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteye syeikh...lagi 7 hari Ramadhan ni. kena pulun ni...tapi ya Allah ujianNya juga amat getir. semoga Allah permudahkan segalanya
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa, kita tak boleh tunggu lagi kena pecut sekalipun getir perlu dilalui dan kita berdoa agar Allah turunkan pertolongan...
senang membaca artikel di sini, sebagai tuntunan dan petunjuk saya untuk melaksanakan anjuran di atas, Insya Allah
ReplyDeletesalam kenal, dan follow 518, sudilah kiranya followback
untuk persahabatan kita
ditunggu
salam ramadlon
terima kasih
Terima kasih...insya Allah saya akan follow..
DeleteTeruskan usaha mencari malam yang dijanjikan seribu bulan..
beruntungnya bagi orang2 yang bisa menjumpai malam spesial ini...
ReplyDeleteBenar, insya Allah jika diusahakan bersungguh-sungguh bisa menjumpainya..
Deletesemoga kita dapat melipat gandakan amalan kita di malam2 terakhir ini
ReplyDeletesalam lebaran juga dari saya ;)
Mudah-mudahan Allah kurniakan kebaikan yang banyak serta kekuatan untuk beribadah kepada~Nya...aamiin
DeleteSalam brother..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga amalan2 kita diterima Allah SWT
dan dihidupkan malam 7 akhir ramadan.. Mudah2an Allah
memberi peluang utk kita berjumpa mlm LailatulQadar..
Salam sis..
DeleteMoga Allah perkenankan doa...aamiin
p/s/v :TiranaAduka & keluarga nak uchapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin andai ada salah silap selama kita kenal di alam maya ni ..!!
ReplyDeleteTerima kasih, Selamat hari raya juga buat Tirana Aduka serta keluarga, maaf andaikata ada silap dan salah..
Deleteselamat hari raya buat en.Abd Razak...
ReplyDeletesaya minta maaf andai ada salah silap baik perbuatan dan perkataan yang disengaja atau pun tidak...doa saya agar en.abd razak sentiasa sihat dan dapat berkongsi ilmu dengan saya k....ceria2 selalu berbahagia disamping keluarga dan rakan2 serta mendapat lindungan Rahmat-Nya...amin
Selamat Hari Raya..
DeleteBegitulah juga saya, minta maaf atas segala silap dan salah, moga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menerima semua amalan baik kita di sepanjang bulan Ramadhan..aamiin
Perkongsian Ilmu yang sangat bermanfaat. . . Alhamdulillah. . . . Jazakallahu khairan katsiran. . . .pada kesempatan ini pula aisyah mengucapkan selamat hari raya idul fitri kepada akhi Abd Razak . . . .semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Swt. . . amin.
ReplyDeleteTerima kasih...selamat menyambut hari raya idul fitri juga buat ukhti Aisyah, moga terhasil segala usaha di sepanjang bulan Ramadhan dalam membentuk diri mendekati Allah SWT dan dikurniakan~Nya keampunan dosa, kemantapan iman sehingga akhir hayat serta menjadi orang yang bertakwa...aamiin
Delete