بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika dalam Kuliah Fiqh seorang bertanya kepada Guru yang sedang menyampaikan ilmu,
"Ya Ustaz, ketika seorang wanita sudah didatangi haid di dalam bulan Ramadhan, apakah ada amalan yang membolehkannya menyamai pahala orang berpuasa di bulan Ramadhan sepanjang dia tak boleh melakukan ibadah puasa dan ibadah fardhu yang lain?"
Guru itu menjawab, "Saudara, kalau kita mahu pahala puasa yang Allah SWT janjikan, maka antara caranya ialah dengan memberi makanan untuk orang lain berbuka puasa. Ini boleh dilakukan dengan menjemput mereka untuk berbuka atau menghantar makanan terhadap mereka. Kalaulah yang diundang tersebut orang sholeh, maka lebih utama lagi kerana nanti kita akan diberi pahala puasa seumpama pahala orang sholeh tersebut."
Dalam hadits ada dinyatakan bahawa daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ
[ رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ ]
Bermaksud, “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” [ HR. At Tirmidzi ]
Selain mendapat ganjaran pahala yang banyak, Malaikat akan mendoakan rahmat buat orang yang menjamu orang berbuka puasa. Ini disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu doa beliau, “Orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.” [Sahih Sunan Abu Dawud]
Ya Muslimah, janganlah kalian merasa sedih kerana tidak boleh berpuasa atas fitrah kejadian kalian. Allah telah menetapkan gandaan pahala kepada semua hambanya yang beriman. Tetaplah diri kalian dalam menghormati bulan Ramadhan dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari walaupun kalian tidak boleh berpuasa serta gunakan rezeki yang ada dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa di sekeliling kalian biarpun ianya hanya sebiji kurma. Pasti kalian beroleh pahala seperti orang berpuasa seperti yang Nabi s.a.w. sebut dalam haditsnya di atas.
Wahai temanku sekalian, rebutlah peluang keemasan ini untuk meraih keredhaan Allah SWT, mudah-mudahan kalian menjadi orang yang bertakwa.

Assalamu'alaikum Ustaz.
ReplyDeleteSekejap sahaja sudah 14 Ramadhan hari ini.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa kakcik, hari berlalu begitu pantas dan semakin sedikit masa untuk kita beramal...
MasyaAllah, meraih pahala tatkala keuzuran tidak pernah tertutup. Ganjarannya sentiasa menanti buat kaum hawa di luar sana. Langsung daripada itu menerangi hati dengan zikir merimbunkan amalan di bulan berkah ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah sekalipun dalam keuzuran muslimah tidak ketinggalan untuk meraih ganjaran dari Yang Maha Pemurah dan Penyayang..
DeletePahala dariNya, hadiah termahal buat kita....
ReplyDeleteIanya tidak boleh dijualbeli..
DeleteAssalamu'alaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Amiin.
Dengan limpahan kasih sayangNya Allah sediakan banyak peluang buat hambaNya kan untuk meraih pahala kan.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doanya kak! Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..Aamiin.
Ya kak, ianya hanya disediakan kepada umat Muhammad sahaja dan yang mahu menerimanya..
nice post...
ReplyDeletesalam
Terima kasih atas kunjungan..
Deleteassalamualaikum ustaz...
ReplyDeleteInfo yang menarik...menjadi panduan buat wanita menambah pahala meskipun dlm keuzuran.
Syukran...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSyukur atas limpahan kurnia~Nya membolehkan kaum hawa beramal..
salam ust
ReplyDeletebenar, ramadhan Allah lipatkan ganjaran, sayang sekali jika Umat Rasulullah tak ambil peluang ini terutama malam2 10 ramdhan yang terakhir.
Salam...
DeleteYa saudara, sangat rugi kerana kita tidak jamin apakah kita boleh berjumpa lagi Ramadhan akan datang..
bagus artikel nie...suatu perkongsian yang baik . Untuk kaum hawa mendapat pahala walaupun ketika dalam keadaan uzur kan....ustad ceramah tu hari pun cakap mcam nie....alhamdullilah...moga usaha tuan ustad ini dalam menyampaikan2 ini mendapat pahala k...insaallah.
ReplyDeleteAssalammualaikum ustad...
persahabatan yang tak pernah putus...moga kita sentiasa ukhuwah....
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAllah memberi peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja yang mahu merebut ganjaran pahala di bulan yang mulia ini sekali pun wanita itu dalam keadaan uzur.
Assalamualaikum sahabatku..
ReplyDeleteAlhamdulillah..peluang mudah utk wanita meraih ganjaran besar kurniaan dariNya
Semoga sahabat sentiasa sihat dlm menjalani ibadah puasa..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa sahabat, sekali pun wanita itu dalam keuzuran, ia diberi peluang dan ganjaran..
Moga sahabat pun demikian juga...aamiin
Assalamualaikum wbt...
ReplyDeleteSubhanallah..Alhamdulillah, syukran atas perkongsian ilmunya ya sahabat, sangat bermanfaat buat kami muslimah khususnya..moga Allah memberkahi segala usaha sahabat, aamiin
Moga sihat selalu hendaknya, insyaAllah..:)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAmin amin ya rabbial 'alamin...terima kasih sahabatku, moga sahabat sentiasa diberkati dan dirahmati~Nya...aamiin
Alhamdulillah baik sihat hari ini, moga sahabat pun demikian juga..:)
Insya Allah...:)
Assalamualaikum wbt...
ReplyDeleteTernyata allah jadikan sesuatu ada hikmahnya..
Para muslimah kene beringat2, perlu jugak menghormati bulan puasa walaupun x dapat berpuasa..
Rupanya, allah sediakan pahala yang sebanding dengan org berpuasa bg mereka yg memberi makan kpd org berpuasa...(gembira sgt sy baca tentang ni)..
t.kasih...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMenghormati bulan Ramadhan tertanggung kepada semua umat Islam.
Hendaknya mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
Terima kasih kembali..
Assalamualaikum ustaz
ReplyDeletesubhanallah...aturan Tuhan buat kaum muslimah...InsyaAllah ustaz..sama2 kita meraih dan berebut sesuatu yang terbaik di bulan Ramadhan ini
السلم عليكم ورحمة الله
DeleteYa, Allah Maha Adil dalam semua perkara..
Selamat menyambut Nuzul Quran buat ustaz...
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, selamat menyambut Nuzul Quran...
Delete~Assalamualaikum wbth..
ReplyDeletesyukran..info yg sgt berguna..mmg setiap wanita yg kedatangan haid dan nifas, tdk pernah di beza & di ketepikan olih Islam dlm menghayati bln Ramadhan Al Mubarak dgn ibadah & amalan kebaikan sehari2..~
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAfwan...moga kita semua bisa mengambil peluang keemasan ini untuk kita terus istiqamah beribadah dan beramal di bulan yang mulia ini..
Assalamualaikum wbth
ReplyDeletePekabar Tuan.....
maaf baru ada kelapangan menziarahi blog tuan...
Nice info.......amat berguna buat panduan dikala terleka seketika.....
oh ya....
selamat menunaikan ibadah puasa...semoga ceria selalu tuan
From TiranaAduka....
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAlhamdulillah saya sihat..
Terima kasih...selamat menunaikan ibadah puasa..
Ramadhan, bulan tarbiyyah bagi orang-orang mu'min untuk meraih derajat muttaqin....khazanah segala kebaikan dihimpun belipat ganda dibulan ini, semoga tiap detik yang berlalu dibulan ini berbuah hasanah dan pahala....
ReplyDeleteYa saudara, moga Ramadhan bisa membimbing kita ke arah yang diredha Allah SWT..
DeleteSalam brother
ReplyDeleteMasa inilah kita rebut peluang yang ada..
Salam Sis..
DeleteYa sis, kita tidak pasti dan jamin akan bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan..
amin ya Allah amin..syukran ingatkan :)
ReplyDeletetuan, boleh minta ajar sy sikit ilmu tentang KhurAin..?
Sama-sama..
DeleteMaaf saya tidak punya ilmu mengenainya..
kalau x puasa pun still boleh beribadat dengan berzikir, memasak makanan untuk org berbuka pun mndpt ganjaran pahala berlipat, layan suami pun mcm tu jugak kan ustaz? semua tu mesti dpt ganjaran berlipat kali ganda jugak kan?
ReplyDeleteYa ladybird, semua kebaikan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini mendapat ganjaran berlipat ganda..
Deletesalam ramadhan sahabat ^__^
ReplyDelete**moge sihat**
Salam Ramadhan sahabat...:)
DeleteAlhamdulillah saya sihat, moga awak pun demikian juga..
assalamualaikum..
ReplyDeleteAllah maha pengasih
ganjaranNya adalah adil pada hambaNya
Alhamdulillah.. tiada yg kurang di sisi Allah
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteBenar, kebaikan dibalas setimpal dengan apa yang dikerjakan dan dilipat ganda atas kemurahan~Nya..
ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHHI WABARAKAHTU USTAZ ,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH USTAZ
TETAPI BAGAIMANA ORANG YANG TIADA MASA INGIN MEMBERI MAKANAN TETAPI INGIN MEREBUT PAHALA NAK DAPAT PAHALA USTAZ SEPERTI PELAJAR SEKOLAH .