Friday, July 27, 2012

Tanpa alasan



بسم الله الرحمن الرحيم


Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :


Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba datang dua orang lelaki. Kemudian, mereka membawaku ke sebuah gunung yang sulit untuk dilalui. Mereka berkata, "Naiklah." Aku pun menjawab, "Aku tidak dapat naik." Mereka berkata, "Kami akan menjadikannya mudah bagimu."


Aku pun naik ke atas, ketika aku sudah sampai di puncak gunung, aku mendengar suara-suara yang sangat keras. Aku bertanya, "Suara-suara apa ini?" Mereka menjawab, "Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka."


Kemudian mereka berdua membawaku hingga aku melihat suatu kaum yang digantung dengan menggunakan urat-urat tumit mereka lalu mulut-mulut mereka dirobek, hingga mulut-mulut mereka itu mengeluarkan darah. Aku bertanya, "Siapa orang-orang itu?" Mereka berdua menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum puasa mereka berakhir.


Imam at-Tirmizi dan Abu Daud meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sengaja membatalkan puasa satu hari di bulan Ramadhan bukan kerana suatu keringanan ataupun sakit, maka puasa satu tahun belum dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan."


Allahu Rabbi...temanku yang dikasihi. Begitulah azab yang bakal dilalui oleh orang Islam yang membatalkan puasa mereka dengan sengaja tanpa alasan yang kuat. Mengqadarkan puasa yang ditinggalkan secara sengaja takkan dapat sama nilainya seperti satu hari dalam bulan Ramadhan sekalipun kita berpuasa seumur hidup kerana barakah dan rahmat yang ada di bulan Ramadhan takkan bisa terdapat dalam bulan yang lain.


Ayuh teman-temanku sekalian, marilah kita sama-sama menuju ampunan Allah SWT dengan kita mendekatkan diri kepada~Nya dengan beramal soleh, bertaubat dan pohonlah keampunan kepada~Nya pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.


Ya Allah! Anugerahkan kami rahmat~Mu yang luas yang dengannya dosa-dosa kami diampun dan kesalahan kami dihapuskan...aamiin


Sekian...

32 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya dan dapat menyempurnakan amal dalam bulan penuh barakah ini, InsyaAllah. Amiin.

    Mudah-mudahan kita semua dapat memelihara puasa supaya tidak terbatal melalui apa cara sekalipun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih sering mendoakan saya, semoga kakak pun demikian sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin

      Ya kak, moga segala amalan baik kita di bulan yang mulia ini dapat ganjaran dari Allah SWT...aamiin

      Delete
  2. Salam sahabat ...

    semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi.... terima kasih atas peringatan itu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga sahabat pun demikian juga sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum ustaz..

    nauzubillah...begitu seksanya azab yg bakal diterima bagi yg meninggalkan puasa dengan sengaja...

    InsyaAllah ustaz, kita akan buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Memang azab sangat dan jangkanya pasti lama atas keengganan menjalankan perintah Allah SWT...

      Buat terbaik dan hasilnya akan kembali kepada kita juga...

      Delete
  4. Assalamualaikum:)

    Selamat berpuasa ktk..
    Moga dianugerahkan kesihatan yang baik berpanjangan sepjgn Bulan Ramadhan nan berkat tuk..

    Betapa berat balasan dariNya ...namun masih ada jua yang meninggalkannya..biar dalam sihat & dianugerah kudrat serta kesihatan yg baik..:(

    Terimaksh utk peringatan tuk..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Selamat berpuasa kitak juak..:)
      Terima kasih atas doa kitak, moga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan berpanjangan sepanjang bulan Ramadhan tok..aamiin

      Ya, meninggalkan puasa tu dah satu perkara yang melanggar hukum Allah dan kemudiannya bila berpuasa pula boleh sesuka hati nak berbuka sekalipun dirinya tiada alasan yang kuat membolehnya berbuka sebelum waktu berbuka...Allahu Rabbi. Mudah-mudahan sifat sebegini tiada dalam diri umat Islam kita.

      Terima kasih kitak juak..:)

      Delete
  5. Salam Ramadhan al-mubarak sahabat. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmah buat sahabat sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, salam Ramadhan al-mubarak juga buat sahabat sekeluarga di sana. Moga dengannya kita semua menjadi orang-orang yang bertakwa..aamiin

      Delete
  6. Allahuakbar.. ya Allah, Engkau terimalah ibadahku yg srba kekurangan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, perkenankanlah permintaannya...aamiin

      Delete
  7. Bersegeralah mencari keampunan tuhanMu yang luasnya seluas langit dan bumi..

    Moga hari ini lbh baik dr semalam dan setiap hari yang mendatang lbh baik dr hari yang berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh beruntung bagi mereka yang segera sedar dan segera kembali.

      “Bersegeralah menuju ampunan Tuhanmu dan bersegeralah menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” [QS: Ali Imran; 133]

      Delete
  8. semoga Allah ampunkan dosa2 kita dibulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  9. Salam AR

    Semoga ibadat kita diterima Allah dan dosa2 kita diampunkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq...

      Moga Allah perkenankan permintaanmu....aamiin

      Delete
  10. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

    Semoga kita diberi kekuatan utk istiqomah dgn segala amalan wajib & sunat di bulan yg penuh berkat ini..

    Kasihan pada mereka yg enggan berpuasa, nampaknya peringatan2 Allah SWT tidak terkesan dihati, tiada rasa gerun dan gentar..semoga mereka diberi hidayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan al-Mubarak...

      Terima kasih...

      Ya kita hanya mampu melahirkan rasa simpati kerana hidayah itu bukan hak kita memberinya, semuanya datang dari Allah SWT. Doalah yang boleh mengiringi mereka agar kembali kepada~Nya sebelum terlambat.

      Delete
  11. Assalamualaikum wbth. Tuan

    Singgah di awal pagi mengisi rohani disini...santapan yang baik dari tuan...

    Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih singgah...peringatan untuk kita semua..

      Welcome...

      Delete
  12. ~Assalamualaikum wbth..Alhamdulillah jumpa blog yg byk pengisian ilmu..ada masa singgahlah ke teratak damai ana..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukran...insya Allah akan cuba sedaya upaya meluangkan masa...

      Delete
  13. Assalamu;alaikum...

    kunjungan pertama, salam kenal dari semarang

    ditunggu followbacknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam kenal dan terima kasih..

      Delete
  14. Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

    Salam kenal dari Jakarta, ustadz. Semoga kita tak termasuk golongan orang-orang yang menjauhi perintahNya.

    Alhamdulillah puasa saya lancar (insyaAllah berkah), namun saya puasa bukan karena takut neraka, hanya ingin mendapakan redhaNya saja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam kenal, moga Allah tetapkan iman dan hati kita tetap dalam ketaatan kepada~Nya..aamiin

      Delete
  15. assalamualaikum wbt


    moga sihat sokmo ya akhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah ana sihat, moga enta pun demikian juga..:)

      Delete
  16. Salam saudara Abdul Razak
    semoga sihat hendaknya.....

    Berpuasa membezakan kita dengan
    agama lain, sepatutnya kita
    berbangga di anugerahkan nikmat
    berpuasa..sayang bila ada yang
    mengeluh bila berpuasa :(

    Ya Allah! Anugerahkan kami rahmat~Mu
    yang luas yang dengannya dosa-dosa kami
    diampun dan kesalahan kami dihapuskan...
    aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Zul...
      Semoga sdra sihat juga hendaknya...

      Ya sdra, puasa banyak mengajar kita erti kehidupan sebenarnya. Dengan kita berlapar dan menjauhi segala perkara yang membatalkan puasa jelas menunjukkan kita akur dengan perintah Allah SWT tanpa ada bantahan dan keluhan. Dengan begitu kita berharap beroleh kemenangan dan menjadi orang yang bertakwa.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.