بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Ibrahim bin Adham mengatakan:
Aku bersahabat dengan sebahagian ahli ibadah di Gunung Lebanon.
Mereka menasihati aku : Jika engkau kembali ke tengah-tengah masyarakat, nasihatilah mereka dengan empat perkara.
Pertama, sesiapa banyak makan nescaya tidak akan merasakan nikmat ibadah.
Kedua, sesiapa yang banyak tidur, nescaya tidak mendapat berkat dalam hidup.
Ketiga, sesiapa yang menginginkan keredhaan orang lain, jangan berharap mendapat redha Allah.
Keempat, sesiapa banyak bercakap tentang sesuatu yang tidak bermanfaat, maka dia akan mendapat su'ul khatimah dan terkeluar daripada Islam.
Saidina Anas bin Malik r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya :
عليك بحسن الخلق، وطول الصمت فوالذي نفسي بيده ما تجمل الخلا ئق بمثلها
"Hendaklah kamu berakhlak baik dan banyak berdiam, demi yang jiwaku di tangan~Nya (iaitu Kekuasaan~Nya) alangkah cantiknya sesiapa yang menghiasi diri dengan akhlak seumpamanya."
Wallahu a'lam...
Aku bersahabat dengan sebahagian ahli ibadah di Gunung Lebanon.
Mereka menasihati aku : Jika engkau kembali ke tengah-tengah masyarakat, nasihatilah mereka dengan empat perkara.
Pertama, sesiapa banyak makan nescaya tidak akan merasakan nikmat ibadah.
Kedua, sesiapa yang banyak tidur, nescaya tidak mendapat berkat dalam hidup.
Ketiga, sesiapa yang menginginkan keredhaan orang lain, jangan berharap mendapat redha Allah.
Keempat, sesiapa banyak bercakap tentang sesuatu yang tidak bermanfaat, maka dia akan mendapat su'ul khatimah dan terkeluar daripada Islam.
Saidina Anas bin Malik r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya :
عليك بحسن الخلق، وطول الصمت فوالذي نفسي بيده ما تجمل الخلا ئق بمثلها
"Hendaklah kamu berakhlak baik dan banyak berdiam, demi yang jiwaku di tangan~Nya (iaitu Kekuasaan~Nya) alangkah cantiknya sesiapa yang menghiasi diri dengan akhlak seumpamanya."
Wallahu a'lam...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMoga dirahmatiNya selalu..Amin
Terimakasih utk peringatan di pg jumaat yg berkat...moga kita sentiasa dipeliharaNya agr dlm redhaNya jua...
:-)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteMoga kitak juak sentiasa dalam rahmat~Nya..aamiin
Sama-sama kitak, peringatan untuk dirik kamek juak tok..
Moga kita semua dalam redha Allah sehinggalah ke akhirat..:)
Terima kasih,buat peringatan kita semua dan semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT.
ReplyDeleteTerima kasih kembali...redha Allah SWT sentiasa kita harapkan..
Deleteberdiam lebih baik, dari kita menyakitkan hati orang, andai kita tidak mengerti kan? ustaz
ReplyDeletemekasih ustaz
Ya, diam itu perhiasan tanpa berhias.
Delete"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
Salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga saudara sihat hendaknya..
kategori diam yang di maksudkan pada pemikiran saya;
1-diam lebih baik dari mengumpat
2-diam lebih baik kalau bersuara menyakitkan hati orang lain
3-diam dari bercakap perkataan sia-sia
semoga kita semua mendapat ssuatu dari kisah di atas
sebagai persediaan menyambut Ramadan tak lama lagi :)
Wa'alaikumusalam Saudara Zul..
DeleteSemoga saudara juga sihat hendaknya..
Ya saudara, diam kena pada tempatnya kecuali jika ada kemungkaran berlaku di hadapan kita, wajib kita menegur yang cara yang terbaik.
assalamualaikum
ReplyDeleteskrng sy tgh marah kat sorg kwn sy ni. tp sy amik keputusan utk berdiam diri. kalo tak nnti sy anta msg yg bunyi marah2 @ tak puas hati kat dia, nnti jadi lg panjang!
buleh mcm tu kan? ;)
Wa'alaikumusalam..
DeleteAkhlak yang baik, menjaga hubungan dengan menahan marah dan berdiam diri..
benarlah, lagi banyak bercakap lagi banyak kesilapan, jadi
ReplyDeletelebih baik berdiam diri...
Diam yang tepat pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia..
DeleteAssalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan rahmat kasih sayangNya
Beruntung jika dapat menjadikan ke empat-empat perkara yang dinasihatkan itu sebagai tauladan dan sempadan..
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteTerima kasih mendoakan saya, semoga kakak pun demikian juga...aamiin
Ya kak, bersederhana dalam semua perkara adalah baik. Makan, tidur dan bercakap, semuanya sedikit dan sentiasa berharap keredhaan Allah SWT
Assalamualaikum...
ReplyDeleteImlak ul khoiri khoirum minassukut,
Wassukutu khoirum min imlak_isy syarri...
Memberitahu sesiapa sahaja tntg apa2 perkara baik adlah lebih baik daripada diam dan diam adalah lebih baik daripada memberitahu perkara yang buruk..
Moga Allah kasih.
Wa'alaikumusalam...
DeleteYa, diam daripada mengatakan yang hak (benar) dan menegur yang salah itu sudah tentu perkara yang sangat dicela dan inilah orang yang diam dikatakan 'syaitan bisu'.
Syukran..:)
salam..
ReplyDeletediam tu mmg lebih baik, memilih diam adalah yg bijak
Salam...
DeleteDiam dalam keadaan yang kena pada tempatnya..
Kadangkala diam adalah lebih baik supaya keadaan tak menjadi lebih buruk.
ReplyDeleteDiam bukan bermakna tewas, tapi diam bermaksud kita tak perlu berdebat dengan mereka yang jahil/tak faham agama.
Jika kita ikut berdebat seperti mereka tentang sesuatu yang tak perlu dipertikaikan, kita juga ibarat seperti mereka.
Setiap perkataan yang terdapat di dalam hati terbina atas percakapan lidah, maka ada baiknya kita diam kerana perkataan yang jahat itu menghitamkan hati.
DeleteTiadalah gunanya berdebat jika berpecahnya masyarakat dan umat Islam..
salam ustaz... dulu lady pendiam.. tp skrg dah kecoh :( huhuhuhu..
ReplyDeleteSalam...
DeleteYa ker, kecoh buat perniagaan erk..:)
silence = golden... :)
ReplyDeleteDiam itu berharga..:)
DeleteBenar tuh brother.. Namun sikap berdiam juga kadang kala menghancurkan
ReplyDeletediri kerana tidak berterus terang..
Ya sis...bercakap yang benar biar pun perit..
DeleteAssalamualaikum ...
ReplyDeletesaya baca dan saya faham .
Saya akan tunduk diam bila marah menguasai diri [ trutama terhadap anak2].
selama mana saya diam, saya akan istigfar berulang2 kali hingga saya benar2 yakin hati tdk goyah dan utuh semuanya ada ujian Allah .
Wa'alaikumusalam...
DeleteMudah-mudahan kefahaman awak itu meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT...aamiin
Kehidupan di dalam rumah tangga banyak dugaan, atas kesabaran dan keimanan bisa menenangkan keadaan baik dalam ketenangan atau ketegangan.
alhamdullilah,,, dulu anak2 saya kecil,, sekarang mereka meningkat remaja.. hati ini yakin dan utuh untuk mendidik mereka. tq Allah .. semuanya maniss & smile
DeleteAlhamdulillah, meningkatnya mereka remaja, tumpuan awak kepada mereka terus kukuh..
Delete:-)
Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya". [Sahih Bukhari]
ReplyDeleteRasulullah SAW juga mengingatkan kita agar untuk menjadi sebagai seorang Muslim yang baik ialah meninggalkan apa yang bukan bidang kita. Ia juga bermaksud kita tidak menjaga kain tepi orang. Masya-Allah! terima kasih ustaz atas pencerahan ini.
Terima kasih atas penambahan saudara..
DeleteSifat diam itu adalah hikmat dan sangat sedikit yang mampu melakukannya..
Assalamualaikum wbth...
ReplyDeleteTn.Abd Razak...
Salam perkenalan dari
TiranaAduka...
Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..
From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..
Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....
Wasalam..
Ikhlas,
TiranaAduka...
Salam Tuan...
ReplyDeletesinggah ptg mencari sedikit panduan di blog tuan ini...
thanks sharing info