Friday, July 13, 2012

Makan dan minum


بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang pesakit pernah bertanya kepada seorang doktor pakar, "Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghindari sakit jantung dan sebagainya?"


Doktor itu menjawab, "Tiada lain selain dari mengikuti apa yang terkandung di dalam al-Quran dan As-sunnah. Hayatilah ayat 31 pada surah al-A'raaf, Allah SWT berfirman,


وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


“dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [QS. Al-A’raf: 31]


"Makanlah sekadar apa yang diperlukan badan. Apabila kita mengatasi hadnya maka kita mengundang penyakit. Sesungguhnya makan berlebihan itu mendatangkan mudarat kepada kita," jelas doktor itu lagi.


Katanya lagi, cuba pula kita perhatikan hadis Nabi mengenai perkara ini.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalaupun dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” [HR. Turmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim]


Kata al-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad :


Memakan yang halal itu akan menambahkan cahaya hati serta melembutkannya. Selain itu ia akan menimbulkan rasa gentar dan khusyuk terhadap kebesaran Allah SWT, mencergaskan seluruh anggota untuk beribadah dan melakukan ketaatan, mengurangkan kecenderungan hati kepada dunia dan menambahkan ingatan terhadap hari Akhirat. Semua sifat-sifat yang tersebut tadi akan menjadi sebab utama bagi terkabulnya amalan soleh dan diterimanya doa.


Luqman al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: "Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."


Duhai teman, begitulah sebahagian dari nasihat dan peringatan dari Allah SWT serta sunnah Rasulullah s.a.w. mengenai makan dan minum. Janganlah berlebih-lebihan. Jagalah kesihatan dan jangan menurut hawa nafsu kerana ia akan merosakkan kalian. Ingatlah kesihatan itu merupakan aset yang paling penting untuk kita menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT.


Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu [Riwayat Imam Bukhari] dan sabdanya lagi: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah [Riwayat Imam Muslim]


Wallahu a'lam...


26 comments:

  1. Assalamu'alaikum saudara,

    Bersederhana dlm makan & minum, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

    *Blog berwajah baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Ya, itulah cara terbaik untuk mencegah sebarang penyakit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

      Blog masih berwajah lama cuma ditukarkan headernya sahaja..:)

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz

    berhenti sebelum kenyang...kadang2 pemakanan orang2 kita ini berlebihan....memang tahap pembaziran kan?

    header baru nak sambut Ramadhan ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Apa yang Nabi ajar kepada kita semua baik belaka, agar dapat kita menjaga kesihatan di samping mengelakkan pembaziran..

      Header Ramadhan lain kot..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum sahabat.
    Makan walaupun suatu keperluan hidup hendaklah berserderhana. Ini nasihat kepada diri saya sendiri, memandangkan Ramadhan pun hampir tiba.

    Semoga sahabat sentiasa di dalam ingatanNyha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Benar sahabat, bersederhana itu sangat baik, makan sekadar untuk meluruskan tulang belakang.

      Semoga sahabat juga sentiasa dalam ingatan~Nya...aamiin

      Delete
  4. Sebab itu kita boleh lihat apa yg berlaku pada zaman skrg
    kebanyakkan anak2 muda sudah hilang rasa hormat pd diri
    terutama orang yg lebih tua dr mereka.. Ini semua adakah
    silap didikan dr ibu bapa atau pemakanan brother..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Didikan ibubapa dan pemakanan berkait rapat dalam usaha kita melahirkan insan yang mulia.

      Kadang didikannya cukup hebat namun sumber makanannya tidak menetapi akan syariat Islam maka hilanglah akhlak dan adab dalam jiwa anak muda. Demikian pula jika sumber makanannya cukup terjaga menjauhi segala yang haram, namun didikannya kurang sempurna maka gagallah juga untuk melahir insan yang berakhlak mulia.

      Delete
  5. salam Ustaz abd razak
    makanan dan minuman halal thoyyibah itu penting kan ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Ya ummu, yang halal dan baik menjamin doa terkabul serta memurnikan jiwa...

      Delete
  6. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Amiin.

    Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur subahat atau bersederhana dalam mengisinya adalah satu tuntutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Terima kasih atas doanya, moga kakak pun demikian juga...aamiin

      Benar kak, unsur yang haram itu akan menumbuhkan daging yang selayaknya hanya bahan api neraka..

      Delete
  7. Muga Ramadhan kali ini menjadi perintis kepada sikap berpada-pada dalam pemakanan.

    Juga muga Ramadhan kali ini memperbetulkan sikap kepada memakan makanan yang bukan saja halal tapi thoyyiban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah harapan kita semua, saudara..

      Apa yang kita makan memperlihatkan kepada kita kejelasan halal atau haram...

      Delete
  8. makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hendaknya dah sendawa baru nak berhenti..

      Bahagian angin di dalam perut sudah diambil tempat oleh makanan, maka terpaksalah ia keluar...

      Delete
  9. السلم عليكم ورحمة الله

    syukran syeikh atas peringatan ni....lebih2 dgn Ramadhan yg semakin hampir ni. kkdg nafsu menguasai diri bila jalan di pasar Ramadhan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Afwan ya syeikh, moga Allah beri kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan kelak dan dapat menjadi orang-orang yang bertakwa

      Delete
  10. saya baca dan faham .. tkasih yaa

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada manfaatnya..

      Terima kasih kembali

      :)

      Delete
  11. Assalamulaikum wbth...

    thanks atas perkongsian yg bermakna...
    sronok singgh di pg minggu nie disini...
    thanks juga sudi singgh blog saya
    wasalam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      You're most welcome...
      Moga ada kebaikan dapat diambil di sini..

      Delete
  12. salam..
    makanan jg dtg segala pnyakit
    lebih baik kurang dr berlebihan
    dr pngalaman sy sndri suka mkn
    tp skrg dah x brape lagi
    trm ksh mngingatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Benar tu, hendaknya kita sentiasa mengawal nafsu kita.

      Makan yang banyak punca segala penyakit termasuklah penyakit hati seperti riak dan sebagainya...

      Delete
  13. As Salam Abg Razak...
    lamak mena dah kmk sik singgah ctok... Apa khabar ktk? Sihat ka? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah kamek bait, moga kitak pun sama juak...

      TQ..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.