Friday, July 20, 2012

Piala Takwa



بسم الله الرحمن الرحيم


Berkata sebahagian daripada Ulama' :

Ketika berpuasa dan perut kosong atau kurang mengandungi makanan, roh akan menjulang tinggi, hati akan bersih, penghalang dan tarikan dunia akan hilang. Maka kebersihan pancaran dan sinaran cahaya kebenaran akan menerangi hati.


Lantas diri akan bersedia untuk dibersihkan dengan zikir, tilawah Al-Quran, istighfar, taubat dan doa. Di ketika itu juga akan dapat dirasakan kebahagiaan sebenar, keseronokan roh dan keimtiman dengan Allah SWT.


Jika kita mahu merenung iaitu mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa? Mengapa Allah SWT tidak memilih solat sebagai tiang agama untuk mencapai taqwa, tidak pula melalui zakat, haji dan lain-lain. Bermakna puasa itu adalah ibadah yang sangat istimewa.


Maka benarlah kalau Allah SWT sendiri menyebutkan menerusi hadis qudsi yang bermaksud:

“Semua amal anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali ibadah puasa. Maka sesungguhnya puasa itu untuk~Ku (dilakukan kerana Aku), maka Akulah yang akan membalasnya” [HR. Muslim, Ahmad dan An-Nasa’i]


Maksudnya, kalau lain-lain ibadah, rata-rata manusia sudah dapat menilainya sendiri. Tetapi ibadah puasa yang semata-mata dilakukan kerana Allah SWT., maka jangankan orang lain, pelaksana puasa itu sendiri tidak mampu membuat penilaian tentang nilai tambahnya. Yang tahu hanya Allah, kerana Dialah yang memberi ganjarannya.


Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan mulia, maka hendaknya benar-benar dimuliakan. Janganlah hendaknya Ramadhan yang agung dan suci itu dinodai dengan pelbagai macam perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Teman, bila Allah SWT berkehendakkan kita berada di bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, di mana disediakan ruang keampunan dari~Nya serta amalan yang berlipat ganda pahalanya, ia menampakkan Allah mahu sangat kita berada dalam syurga~Nya kelak di akhirat. Namun, jika kita mensia-siakan peluang yang disediakan~Nya maka kita sebenarnya menolak syurga~Nya dan mahu pula neraka~Nya. Oleh itu duhai teman, rebutlah peluang keemasan yang ada.


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa, rebutlah piala takwa yang Allah janjikan dan semoga Allah kurniakan kita semua kesihatan yang berpanjangan agar dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna.

Akhir kata andaikata ada terkasar bahasa, tersalah kata saya mohon maaf.


32 comments:

  1. salam
    selamat menymabut ramadahn jugak utk saudara...bersam akita merebut ganjaran yg dijanjikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih, moga terhasil apa yang dihajatkan...aamiin

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz :)

    Allahuakbar!

    Alhamdulillah. Selamat menyambut Ramadhan kareem ustaz^^ moga Allah memberkati ustaz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doanya. Selamat berpuasa dan meraih takwa..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Ustaz.

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kakcik, moga Allah beri kesempatan kepada kita semua sehingga ke penghujung Ramadhan...aamiin

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya dan dapat menyempurnakan amal dalam bulan mulia yang akan tiba esok, InsyaAllah. Amiin.

    Ya, puasa adalah amalan istimewa (mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa?) dikatakan begitu kerana hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui isi hati kita sama ada kita berpuasa atau tidak.

    Mudah-mudahan puasa kita semuanya diterima.. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kakak, moga kakak pun demikian juga...aamiin

      Ya kak, puasa adalah satu-satu ibadah yang hanya boleh dinilai oleh pelakunya sendiri dan Allah SWT. Tiada siapa yang tahu samada ia puasa ataupun tidak.

      Delete
  5. Assalamu'alaikum wbt...

    Semoga sahabat sihat hendaknya, serta senantiasa dlm rahmat dan redha ALLAH SWT, aamiin

    Alhamdulillah..
    Moga ALLAH terus menititipkan kekuatan buat kita semua,
    terutama untuk bersungguh2 dlm beramal dan menjaga mutaba’ah amal kita lebih–lebih lagi dalam ramadhan yang penuh barakah ini.

    Dimana suatu pencarian rahmat , keampunan dan pembebasan dr api neraka.
    Serta KETAQWAAN itu yang kita kejar dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini insyaALLAH.

    “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
    (Al-baqarah, 2:183)

    wallahu'alam..

    Salam Ramadhan Al-Mubarak ya syabab, mohon maaf salah dan silap..
    Jazakumullahu khairan katsira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukuran atas doa sahabat, moga sahabat juga sihat hendaknya, serta senantiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT...aamiin

      Ya sahabat, Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita kembali kepada~Nya serta dikurniakan bulan yang penuh barakah kepada kita semua untuk mengutip sebanyak mungkin pahala ganjaran dan keampunan dari~Nya.

      Ya sahabat, maaf jua saya pinta atas keterlanjuran...
      Barakallahu fik..

      Delete
  6. Assalamualaikum Wbth....

    Selamat menunaikan ibadah puasa esok.....
    Thanks sudi singgah blog saya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga Allah beri kesempatan..
      Terima kasih kembali..

      Delete
  7. Salam saudara Abdul Razak
    moga sihat hendaknya seisi keluarga

    Selamat menyambut ramadan & berpuasa..
    Semoga ramadan kali ini lebih baik dari
    tahun-tahun yang lepas. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah sihat, moga sdra pun begitu juga..

      Selamat berpuasa, dan selamat berusaha menuju jalan~Nya..

      Delete
  8. Assalamualaikum wbt.

    allau akbar...puasa semata-mata kerana Allah dan org yg berpuasa sendiri tidak tahu apakah nilai tambahnya di sisi Allah swt...

    Takjub sungguh saya...

    T.kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya, tak dapat kita nak difikirkan ganjaran dari Allah kerana semuanya besar belaka. Lihat saja solat sunat subuh, ianya lebih baik dari dunia dan seisinya...apatah lagi perkara fardhu/wajib jika dilakukan dengan sempurna semata-mata kerana Allah...Allahu Rabbi

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  9. slmt mnymbt rmdhn al-mubarak.. ldy mhn keampunan dr hujung rmbt ke hujung kuku kaki.. smg rmdhn kli ini jauh lbh baik dr sblm2nyer.. ameeenn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia...maaf juga dipinta

      Delete
  10. Assalamualaikum...
    Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia dan selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..aamiin

      Delete
  11. Assalamualaikum ustaz

    InsyaAllah...kita akan rebut sama2, semoga Allah panjangkan usia kita dan kita mampu selesaikan ibadah puasa ini dengan sempurna

    selamat berpuasa ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga Allah berikan kekuatan buat kita semua dapat beribadah dengan sempurna..

      Terima kasih..

      Delete
  12. salam ramadhan ustaz..moga ramadhan tok byk pengisiannya..nice sharing..makseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan...

      Pasti kita semua sik mauk melepaskan peluang dan ganjaran yang Allah janjikan...moga kita semua di akhirnya kelak dapat menjadi orang-orang yang bertakwa...aamiin

      Delete
    2. mudah-mudahan ustaz. kita semua tergolong dlm golongan bertakwa.amin.
      makseh kongsi pasal cabut gigi ya...kmk pn baru tauk..ingat tek mun cabut gigi nang batal posa. makseh sekali lg.

      Delete
  13. Salam Ramadhan buat sahabat........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak

      Delete
  14. assalamualaikum saudara Abd Rzak
    salam ramadhan al karemm untuk saudara
    terima aksih atas perkongsian ilmu ukhrawi
    untaian mutiara hati
    untuk snatapan rohani
    di pagi hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ummu

      Terima kasih...

      Moga ummu sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT
      Selamat berpuasa..:)

      Delete
  15. Assalamualaikum wbth......

    biar blog bertukar rupa
    TiranaAduka singgah jua
    Ape khabar gerangan disana?
    Moga persahabatan kekal selama...

    Tirana ini tak pandai bermadah
    Bersyair gurindam jauh sekali
    Singgah setelah selesai ibadah
    jangan lupa berkunjung kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Template blog tidak ditukar
      Hanya penambahan pada header
      Alhamdulillah saya sihat seadanya
      Moga awak pun demikian juga

      Terima kasih..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.