بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Teman, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan kepada kita semua,
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat,
maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali,
Allah akan berselawat kepadanya 10 kali
(Allah akan memberinya rahmat 10 kali)."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Guru saya pernah bercerita, ada seorang pemuda dan ayahnya berhasrat untuk menunaikan ibadah haji.
Lalu mereka berdua bersiap-siap dan memulakan perjalanan.
Diceritakan dalam perjalanan ayahnya meninggal dunia.
Sedih di hatinya melihat wajah ayahnya bertukar menjadi hitam lantaran banyak dosa.
Maka, sebelum disempurnakan pengkebumian, pemuda itu terlelap kerana keletihan.
Lalu ia bermimpi, datang satu cahaya dari jauh menghampirinya.
Kemudian bila berdekatan ia adalah seorang manusia sangat indah rupa dan pakaian.
Dia menghampiri jenayah ayahnya dan membuka kain yang menyelimutinya.
Lalu, diusapnya wajah ayah pemuda itu dengan tangannya.
Maka menjadi bercahaya dan putih wajah ayahnya.
Selesai, dia pun ingin berlalu tapi pemuda itu menahannya dan bertanya.
Siapakah gerangan kamu dan apakah kelebihan yang ada pada ayahku sehingga engkau sanggup datang memberi pertolongan kepadanya.
Aku adalah Rasulullah dan ayah kamu semasa hidupnya sentiasa berselawat kepadaku maka aku datang memberi syafaat kepadanya.
Ketika Rasulullah s.a.w. pergi berlalu, pemuda itu terjaga dari tidurnya.
Kemudian pemuda itu teringat akan mimpinya.
Lalu dia segera membuka kain yang menyaluti muka ayahnya dan didapati wajah ayah sudah putih berseri-seri.
Selesai ayahnya dikebumikan, maka berangkatlah pemuda itu ke Makkah.
Sesampai di tanah Haram, pemuda itu terus melakukan ibadah tawaf khudum.
Teringat akan ayahandanya yang kehidupannya banyak berselawat kepada nabi.
Lalu, 7 pusingan tawaf itu dipenuhi hanya dengan bacaan selawat sahaja.
Hairan melihat keadaan itu, seorang wali yang ketika itu ada di sebelah pemuda itu bertanya,
"Wahai pemuda, kenapa kamu sangat melazimi selawat dalam bertawaf."
Lalu pemuda itu bercerita hal ayahnya.
Wali itu membenarkan ketinggian dan kelebihan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Lihatlah teman, betapa Allah SWT memuliakan Rasulullah s.a.w. sehingga apabila kita berselawat kepada Baginda, Allah pancarkan rahmat kasih sayang~Nya kepada kita serta syafaat di akhirat kelak.
Oleh itu perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi s.a.w.
Mudah-mudahan ada manfaatnya..
Al-Fatihah buat yang sudah pergi meninggalkan kita.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka,
serta ditempatkan roh mereka dalam kalangan
orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya...aamiin

salam...tuan....
ReplyDeletethanks sudi singgah ....
Hari jumaat nie su selawat bebanyak je......cam babah su nasihatkan pada sumanje.......
walaupun tidak pada lidah tapi di dalam hati...su berzikir.....
hilang rasa duka nestapa.....
Thanks sharing tuan....
Salam...
DeleteBanyak kelebihan berselewat ke atas Nabi dan sabdanya,
"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."
[Riwayat Ahmad Nasai]
Assalamu'alaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin..
Itulah janji Allah dan RasulNya.. jadi haruslah kita ambil manfaatnya kan.. semoga kita diberikan kekuatan untuk amalkan segala saranan yang baik.. amiin
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteSemoga Kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang~Nya.. aamiin..
Ya kak, sangat rugi jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada. Sambil kita buat kerja pun boleh berselawat, tidak semestinya hanya berzikir dan berselawat selepas solat. Moga Allah beri kekuatan.
tak susah nak selawat cuma berat bagi yang tidak tahu fadhilatnya
ReplyDeleteBenar saudara, daripada kita bercakap tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah ada baiknya kita berselawat..
Delete"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
ReplyDeleteterima kasih.
Terima kasih saudara..
Deleteamal yg nampak mudah dan ringkas, tapi nilainya besar.. (",)
ReplyDeleteYa benar saudara, moga kita diberi Allah kekuatan untuk mengamalkannya..aamiin
DeleteAllahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wasallam.
ReplyDeleteBerselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
DeleteSalam saudara Abd Razak,
ReplyDeleteMudah2an Allah kurniakan Abd Razak kesihatan yang baik.
Terima kasih sudi mengingatkan. Semoga bibir kita selalu berzikir dan berselawat.
Wa'alaikumusalam Kak Ani..
DeleteTerima kasih atas doa kakak, semoga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik...aamiin
Tiada hadiah yang saya hendak berikan melainkan nasihat untuk akhirat dan ia berguna untuk diri saya juga..
Aamiin ya rabbal alaamiin...selawat dan salam buat junjungan nabi saw...terima kasih atas perkongsian cerita ini
ReplyDeleteYa terima kasih kembali...
DeleteAllahumma solli ala saiyyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi wa azwajihi wa zurriyyatihi ajma'inn ^-^
ReplyDeleteBasahkan lidah dengan ucapan shalawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Moga ungkapan shalawat kecintaan tersebut meresap ke hati sanubari kita dan menumbuhkan pohon-pohon mahabbah yang sejati kepada Baginda Nabi s.a.w.
DeleteAssalam, saudara..
ReplyDeleteBerselawat ke atas Rasulullah SAW, keluarga & sahabat2nya sangat besar fadhilatnya.
semoga kita tidak termasuk orang yg bakhil seperti hadis Rasulullah SAW, "orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat padaku" - Riwayat Tirmizi
Wa'alaikumusalam...
DeleteBerselawat ke atas Nabi s.a.w. merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
makseh perkongsian tok ustaz..mudahan lepas tok dirik tok sllu berselawat...
ReplyDeleteSama-sama kitak...moga dipermudahkan..
Deleteassalamualaikum wbth....
ReplyDeleteMencari infomasi di blog tuan......
maafkan su ......su singgah di pagi ni...
Wa'alaikumusalam...
DeleteTakper, teruskan pencarian anda..
salam ustaz
ReplyDeletemari kita berselawat pada Nabi Muhammad...hari ini 16 Sya'ban...tinggal beberapa hari amadhan tiba.
ustaz, saya pernah alami satu pengalaman sewaktu menaiki pesawat dan situasi cemas itu saya membaca selawat.....alhamdulillah...
Salam Ummu...
DeleteYa Ummu, moga Allah sampaikan umur kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dan sentiasa memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w...
Assalamualaikum sahabat. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Mohon tumpang tazkirah : Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.) Wallahuaklam.
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
DeleteTerima kasih sahabat atas tazkirah..