Friday, June 08, 2012

Pemimpin yang mulia



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sahabatku yang dikashi. Ada seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.

Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umayyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu redha."
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga redha kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka:
"Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku".
Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Selepas sahaja upacara perlantikannya, beliau merasa sangat letih. Oleh itu dia berhasrat untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu solat Zuhur. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik yang berumur 17 tahun masuk berjumpa dengan beliau dan berkata, "Ada orang mahu berjumpa, ayah."

Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih. Selepas solat Zohor nanti akan aku terima sesiapa saja yang ingin menemuiku."

Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa ayahanda akan terus hidup sehingga ke waktu Zohor, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

Begitulah sahabat, ceritanya menggambarkan kepada kita keadilan diri Khalifah Umar Abdul Aziz terhadap kamu muslimin dari segi perwatakan dan cara hidup kepimpinannya. Ingatlah kepimpinan itu bukan suatu perkara yang mudah. Ini adalah urusan kita semua di dunia ini. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Setiap diri kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang segala sesuatu yang berhubungan dengan tanggung jawab dalam kepemimpinannya. Segala sesuatu yang ada dalam diri kita itu amanat. Seorang yang berilmu diberi amanat untuk mengamalkan ilmunya sesuai perintah Allah dan Rasul-Nya.” (An-Nisaa’: 59)

Oleh itu berhati-hatilah dalam kepimpinan kalian semua baik ianya merupakan pemimpin kepada rakyat jelata, pekerja, rumahtangga dan diri sendiri kerana setiap kita akan diminta dipertanggungjawabkan bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat kelak.

Semoga kita dianugerahi pemimpin yang adil, yang membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.


34 comments:

  1. Assalamualaikum tuan. Susah nak cari pemimpin yang adil dan jujur pada masa kini. Manusia berubah bila mendapat pangkat yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam puan...:)

      Mungkin ada tetapi bilangannya amat sedikit dan mereka adalah di kalangan pemimpin di pejabat, sekolah, rumah dan yang paling kecil pemimpin kepada diri sendiri...

      Delete
  2. Assalamualaikum Ustaz.

    terima kasih atas peringatan ini.

    saya nak tanya sikit .. benarkah khalifah umar itu memerintah tidak lama tapi meninggalkan legasi yang sangat besar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Tuan Haji...

      Ya, menurut riwayat yang kebanyakkannya, Khalifah Umar hanya memerintah hanya dalam masa yang singkat iaitu 2 tahun 5 bulan. Namun, dalam tempoh tersebut, Khalifah Umar melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam. Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.

      Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.

      Wallahu a'lam...

      Delete
    2. terima kasih atas jawapan dan penjelasan ustaz.

      Delete
  3. Tanggungjawab seorang pemimpin bukannya ringan. Di zaman sekarang ni orang berlumba-lumba untuk jadi pemimpin. Mungkinkah mereka tidak mengetahui akan tanggungjawab yang berat itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar apa yang dikatakan, berlumba-lumba untuk jadi pemimpin tapi diri sendiri belum cukup terdidik dengan agama dan akhlak, maka tidak hairan segala tindak tanduknya menurut segala kehendak hawa nafsunya bukan pada iman yang sepatutnya.

      Delete
  4. Replies
    1. Afwan...ya memang berat.

      Teringat akan kata-kata Umar Abdul Aziz,

      "Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya."

      Delete
  5. Assalamualaikum..:)

    Moga ktk diberikanNya kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..Amin..

    Sesungguhnya kepimpinan seorang pemimpin itu satu amanah yang terlalu berat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kitak...:)

      Terima kasih atas doa kitak, moga kitak juak diberikan~Nya kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan...aamiin

      Benar kata kitak, pemimpin yang baik adalah kerja yang amat berat. Perlu berlaku adil dan bertanggung jawab bukan sahaja terhadap semua manusia dan semua makhluk di atas bumi bahkan perlu bertanggung jawab juga di hadapan Allah.

      TQ kitak..:)

      Delete
  6. Assalamua'alaikum,

    Alangkah bahagianya mempunyai pemimpin negara sebegini, bercita-cita mencapai 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Pasti pemerintahannya membawa kebahagiaan kepada rakyat jelata...dan kita sentiasa menunggu kehadiran pemimpin sebegini..:)

      Delete
  7. Salam.. Nektok susah la mok tengok pemimpin yang cenya... Tapi yang paling senang adalah nangga cemne upa keluarganya dibentuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mir...

      Aok nang susah dan lom penah agik ada pemimpin camtok pas Rasulullah s.a.w. dan keturunan sahabat-sahabatnya..

      Yang ada nektok rami cam bunga plastik, tahan lamak tapi penuh dengan kepalsuan.

      Delete
  8. Replies
    1. Moga Allah perkenankan permintaan kita..

      Terima kasih..:)

      Delete
  9. Blog dan info yang menarik....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz...
    Saya boleh ambil artikel ustaz ni, buat menambah bahan pengajaran Sejarah tingkatan 4.


    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu...

      Silakan cikgu, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak...

      :-)

      Delete
  11. terima kasih atas perkongsian yg bermakna... semoga sahabat sentiasa diberkati dan dirahmati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat atas doanya..

      Moga sahabat pun demikian juga, sentiasa diberkati dan dirahmati~Nya..

      Delete
  12. menarik kisah pemimpin ya...
    ya la sukar nk temui pemimpin camya...pilihanraya dh nk dekat..
    dlm seharian..kita pn masih digelar pemimpin walau dlm kelompok kecik...

    belon kmk nait ya dari mukah ke miaw miaw..alhamdulillah, even diriknya kecik at least ada juak pengangkutan yg mudah...even rasa takut skit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisahnya tersiar di zaman kita tok, tapi sik ada yang mok ngambik iktibar dan pengajaran darinya...sejarah pemimpin kinek tok semuanya jatuh kerana ketamakan dan penyelewengan.

      Jauh juak dari Mukah yaa...anyway siklah lelak gilak nok drive berjam-jam bok sampe

      Delete
  13. Sekarang untuk mendapatkan pemimpin yang benar2 mementingkan
    agam dan rakyat amat sukar sekali.. masing2 lakukan demi harta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sis, lihat saja dari kebanyakan pemimpin yang jatuh dan diguling oleh rakyat, semuanya terhasil dari pemerintahan yang tidak amanah, penyelewengan dan tamak...Allahu Rabbi, agaknya bagaimana di akhirat kelak pemimpin sebegini..

      Delete
  14. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

    Tidak jemu membaca dan mendengar kisah khalifah ini.. alangkan indahnya jika masih ada pemimpin yang mahu berakhlak sepertinya kan.. masih lagi menonton di you tube..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak...:)

      Terima kasih atas doa yang kak titipkan, semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya....aamiin

      Ya kak, indahnya hidup rakyat punya pemimpin sepertinya, namun tidak semudah yang kita harap. Ianya perlu dididik seawalnya dari perut ibu.

      P/S: Kakak sibuk ker, lama tak update blog..^_^

      Delete
  15. Assalamu'alaikum Akhi Abd Razak ....artikel bagus sebagai ibrah bagi kita dan juga bagi para pemimpin-pemimpin kita ..bagi kita usaha tentu.. do'a juga .... Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak...Semoga kita dianugerahi pemimpin yang adil, yang membawa kebaikan bagi kaum muslimin dunia dan akhirat...amiin ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya ukhti..

      Ya kita bisa terdidik dengan sifat-sifat mereka, guna untuk kita praktik dalam pimpinan kita. Doa seharusnya mengiringi langkah kita memilih pemimpin yang baik agar keadilan tertegak dalam masyarakat kita.

      Terima kasih..:)

      Delete
  16. Assalamualaikum...

    Yakin dengan janji-janjiNya.
    Bina kepimpinan dengan kepimpinan manusia agung baginda Muhammad.
    Insyaallah, bantuan dariNya akan tiba.

    Banyak da tertinggal kat sini...

    "Moga Allah kasih (doakan saya)"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Benar, jika tidak penderitaan dan kehancuran yang akan dialami.
      Tiada daya dan upayanya tanpa bantuan dari~Nya..

      Moga Allah permudahkan segala urusanmu dan tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan...aamin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.