Friday, June 15, 2012

Azab bagi wanita...



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya sehingga hari kiamat.

Sahabatku yang mulia, bulan Rejab kian hampir ke penghujungnya. Maka semakin terasa dekatnya diri kita untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Saat di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah S.W.T. menjadi tetamu~Nya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Antara yang terpenting perlu kita ambil ikhtibar dari peristiwa itu ialah renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri sekali pun peringatan ini sentiasa kita dengar setiap kali tibanya bulan Rejab.

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah s.a.w. menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah s.a.w. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung (kayu pemukul) dari api neraka," kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab,
  • "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa sholat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Sahabatku sekalian, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi telah diperlihatkan keadaan azab seksa yang ditimpakan kepada umatnya yang melanggar larangan Allah S.W.T. ketika beliau di isra' dan mikraj. Kemudian beliau sampaikan kepada puteri-puteri dan sahabat-sahabatnya. Lalu ia berterusan sehingga sampai kepada kita hari ini.

Kita sedar akan azab itu amat pedih maka jauhilah segala larangan Allah S.W.T. dan bimbinglah orang-orang yang dibawah pimpinanmu dengan baik dan ingatkan mereka akan azab yang akan mereka lalui seperti mana yang telah Rasulullah s.a.w. nyatakan. Moga kita semua terselamat dari azab tersebut baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Salam Ukhuwah, selamat menyambut Isra' dan Mikraj...



41 comments:

  1. assalamualaikum.

    terima kasih atas peringatan dan pesanan ini. ngeri saya bila membayangakan siksaan-siksaan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Tuan Haji...

      Terima kasih kembali, peringatan dan pesanan ini untuk diri saya juga agar sentiasa waspada akan ancaman Allah ini..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Ustaz.

    Terima kasih kerana 'menyegarkan' kembali ingatan-ingatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Sama-sama kakcik, semoga kita terus dalam ketaatan kepada~Nya..

      Delete
  3. assalamualaikum tuan. terima kasih atas ingatan yg sgt terkesan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sis intan...

      Afwan...sentiasa beringat agar tidak terhina di akhirat kelak..

      Delete
  4. Salam ustaz... Selamat pagi... Sik lamak gik israk mikraj ooo.. Time tok pun dah terasa dah bulan ramadhan makin hampir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir..

      Selamat pagi, aok ada sebulan lebih gik, kenak bersedia dari awal tok

      Delete
    2. aok mir hooo...posa ganti boh lupak mir mun ada...
      makseh atas perkongsian kisah tok ustaz...moga sntiasa memberi peringatan utk kmk..

      Delete
    3. Mun ada posa ganti kenak polah cepat-cepat sebelum masuk bulan Ramadhan...mun sik kenak fidyah kelak..

      Delete
  5. Replies
    1. Afwan ya akhi...moga kita terhindar dari azab yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

      Delete
  6. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin

    Sungguh ngeri akan azab yang dijanjikan Allah SWT ini.Allahu Rabbi. Mudah-mudahan dapatlah berusaha dengan bersungguh-sungguh menghindarkan diri daripada siksaan ini..

    Keadaan kak taklah sibuk sangat cuma nak menaip N3 akan ambil masa yang agak lama.. agak sakit sedikit yang menekan di (L4 dan L5 spinal)ketika duduk jadi tertangguhlah untuk menaip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Terima kasih mendoakan saya, semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.. aamiin

      Allahu Rabbi...sangat menakutkan dan bimbang kita tersenarai juga dalam orang-orang akan diazab seperti yang disebut Rasulullah s.a.w.

      Allahu Akhbar...sian juga dengar kakak keadaannya begitu. Takper kak, kehendak~Nya begitu terimalah dengan senang hati, mudah-mudahan terhapus segala dosa.

      Delete
  7. Robbaba atina fi dunia khasanah, wa fil akhiroti khasanah, wa kina 'azabannar. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...aamiin ya Rabbial 'Alamin..

      Moga Allah perkenankan doa cikgu...

      Delete
  8. salam sahabat...

    ptg td usrah kt umah saya juge perihal isra' dan mikraj... moge yee tetap "dalam ingatan" kita semua kisah2 yg bertahun2 kita dengar tapi ada ketikanya kita sendiri "buat2 lupa" bila melakukan perbuatan maksiat...nauzubillah...

    **moge sahabat sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      Alhamdulillah saban tahun kita diingatkan dengan perkara yang sama..
      memberi ruang dan peluang untuk kita kembali kepada~Nya..
      sedikit yang ingat dan ramainya yang lupa..
      namun, Allah sentiasa membuka jalan untuk bertaubat kepada~Nya.

      **Alhamdulillah saya sihat, moge sahabat pun demikian juga*

      Delete
  9. Salam
    moga saudara sihat dan dibawah
    lindungan Allah hendaknya..saya
    suka tazkirah sebegini, sentiasa
    mengingati perkara yang kita mudah
    lupa..dengan izin satu hari nanti
    saya akan kongsikan di blog saya
    artikel ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,

      Moga saudara pun demikian juga sihat sejahtera..
      Sentiasa dalam perlindungan~Nya..
      Ya kita umat sentiasa ingat mengingati sesama..
      Itu ajaran Nabi kepada kita
      Kongsikanlah agar manfaat untuk semua
      Agar kita selamat dunia dan akhirat tanpa azab sengsara..

      Delete
  10. salam...

    pagi tadi ada juga dngr ceramah pasal ini.

    walaupun sudah banyak peringatan diberi...namun wanita hari ini tetap memilih utk mendedahkan aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Mudah-mudahan hasil dari ingatan yang tidak pernah terhenti membuka hati-hati mereka untuk bertaubat dan kembali atas jalan yang benar..

      Delete
  11. baru je smlm ibu mertua lady citer kisah israk mikraj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisahnya banyak memberi pengajaran agar kita sentiasa atas jalan yang diredhai Allah S.W.T.

      Delete
  12. moga saya dpt mengambil iktibar drp tazkirah ni..

    t.ksh..

    ReplyDelete
  13. tak dapat dibayangkan pedihnya siksaan Tuhan. tapi hati ini masih selalu alpa pada suruhanNya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika panas api di dunia pun kita tak tahan apatah lagi panas api di neraka...Allahu Rabbi, moga hati kita sentiasa beringat dan taat akan suruhan~Nya

      Delete
  14. Salam buat sahabat semoga dirahmati dan diberkati terima kasih atas n3 yang memberi peringatan kepada kami kaum hawa ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      Moga sahabat juga sentiasa diberkati Allah SWT...aamin

      Terima kasih kembali..

      Delete
  15. Assalamualaikum ustaz...dari dulu hingga kini kalau baca kisah ini memang menakutkan, keinsafan sentiasa ada dlm diri..semoga Allah sentiasa melindungi kita terutama kaum hawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Ya, kita masih diberi Allah peluang untuk memperbaiki diri. Dia mahu kita sempurna sebelum kembali kepada~Nya sebab itu ianya dipertontonkan kepada Rasulullah agar kita sentiasa beringat...

      Delete
  16. Terima kasih sudi kongsikan info yang menarik ini sekaligus satu peringatan buat kami ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali...moga ia mendatangkan kebaikan yang banyak

      Delete
  17. assalam..

    ya Allah.. jauhkanlah kami kaum hawa dr azab api nerakaMu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Aamiin ya Rabbial 'Alamin...

      Delete
  18. Assalamualaikum sahabat..
    terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat berguna ini...
    mohon share di blog saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Ya, teruskan moga ada manfaatnya..

      Delete
  19. termenung seketika tat kala membaca....
    merenung dalam diri sumanje....
    menambahkan kesedaran pada diku ini...
    thanks so much tuan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setiap tahun kita diingatkan tentang perkara ini..
      Moga kita terus ingat dan cuba memperbaiki diri..

      Welcome..

      Delete
    2. setiap insan di dunia tak lari dari melakukan kesilapan..........atas apa yang su pelajari...kesilapan yang kita lakukan mengajar kita lebih dewasa dan lebih berwaspada.....

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.