Friday, June 22, 2012

Namamu disebut-sebut...



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Selawat dan salam buat Baginda yang kita cintai Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya sehinggalah alam ini dimusnahkan oleh Allah S.W.T.

Teman, ketika Rasulullah s.a.w. dijemput ke Sidratul Muntaha sebagai tetamu agung kepada Allah S.W.T. betapa gembira dan bahagia rasa di hatinya kerana dapat bertemu dengan kekasihnya dan takkan ada lagi makhluk yang dapat singgah di tempat tertinggi itu. Dan, di situlah Rasulullah s.a.w. menerima anugerah paling agung dan istimewa iaitu perintah solat.

Terkesan di hati bahawa kita umat yang sangat beruntung lantaran anugerah yang Rasulullah s.a.w. terima itu. Nabi pulang ke bumi dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana itulah satu-satunya ibadat yang bakal menyelamat umatnya dari azab neraka meskipun dirasainya akan bertembung dengan dugaan dan tentangan yang amat besar dari masyarakat jahiliah masa itu.

Bila difikirkan memang takkan ada lagi manusia yang akan mendapat anugerah sedemikian dan takkan berlakunya lagi mikraj kepada manusia. Solat tiang agama. Memandu manusia ke jalan redha Allah S.W.T. dan merupakan ibadah yang pertama akan ditanya dalam sesi soal jawab di Padang Mashyar kelak. Namun, di sebalik anugerah itu semuanya terserah kepada kita semua bagaimana kita memeliharanya dengan sebaik-baiknya.

Ketika Nabi diangkat ke langit untuk menerima solat ianya berlaku di sebelah malam yang sunyi sewaktu manusia sedang tidur. Maka dengan sendirinya solat yang dilakukan di waktu sebegitu pasti mendapat tempat yang tertinggi di sisi Allah S.W.T. Ketika manusia sedang nyenyak tidur, ada manusia yang sanggup bangkit meninggalkan tempat tidur mereka demi menjaga dan memelihara anugerah yang Nabi tinggalkan selain solat-solat lain yang difardhukan.

Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa yang hambanya kerjakan, namun Dia bertanya juga kepada Jibril a.s. apakah hambanya sedang buat ketika malam begini. Malaikat Jibril pun menjawab bahawa sebahagiannya sedang tidur, sebahagiannya sedang berbuat maksiat dan amat sedikit yang sedang solat dan bermunajat kepada~Mu.

Lalu Allah S.W.T. berkata kepada Jibril a.s. bahawa Dia mencintai orang yang bersolat itu dan khabarkan kecintaan~Nya itu kepada seluruh penduduk langit dan menyenaraikan namanya dalam senarai orang-orang yang mendapat tempat tertinggi di sisi~Nya. Maka seluruh penduduk langit sentiasa menyebut-nyebut nama orang yang sentiasa menjaga solat malam.

Duhai teman, tidakkah kalian mahu nama kalian sentiasa menjadi sebutan penduduk langit dan mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk kalian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Allah S.W.T. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Allahu Rabbi...jika dengan menghidupkan malam dengan solat sunat sahaja sudah sebegitu tinggi nilainya di sisi~Nya apatah lagi jika kita sentiasa menjaga solat fardhu 5 kali sehari. Tidak hairanlah jika solat itu diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w., Allah sendiri yang menyampaikannya kepada Baginda Nabi di tempat yang tertinggi kerana nilainya sangat tinggi.

Allah S.W.T. berfirman, "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ’sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. [Surah al-Isra' : 79]

Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Nabi SAW bersabda, “Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun (ke langit dunia) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “Barang siapa yang menyeru~Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada~Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada~Ku, Aku ampuni dia.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ayuh temanku yang dikasihi, bangunlah ketika manusia sedang tidur kerana Allah S.W.T. menunggu akan kehadiran kalian. Pintalah keampunan dari~Nya nescaya kalian beroleh kemenangan. Serulah kepada~Nya pengharapan, nescaya kalian beroleh pertolongan dan bimbingan.

Sekian, moga ada manfaatnya.


Jangan himpunkan dosa kalian setiap hari tanpa ketahuan.
Andai ajal menjemput tanpa taubat dan gambar tidak menutup
aurat tetap dalam pandangan bukan mahram hingga akhir zaman.
Ketahuilah ia mengundang bencana yang sangat besar di akhirat.


30 comments:

  1. Salam ustas.. Kat Masjid kmk sitok salu molah Qiamulail... Nang ada beda bila pergi solat time orang lain tengah syok tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir...

      Bagus giya, mun salu ngekot jadi biasa senang jak bangun tiap ari...

      Delete
  2. Salam, biarlah lebih dikenali dikalangan penduduk langit dari penduduk bumi..amat payah melawan nafsu tidur, merebut syurga itu perlukan mujahadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Biarpun tak disuka oleh penduduk bumi pun tak mengapa kan...

      Mujahadah melawan kehendak nafsu nak tidur ni kena berterusan, jika tidak pasti menemui kegagalan..

      Delete
  3. salam...

    allah hu akbar...bangun di tengah malam dgn rasa penuh kehambaan..menghadap Sang Pencipta...terasa ketenangan dan cinta pd yang Satu bertambah-tambah...

    moga solat malam menjadi seperti darah daging kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Ruginya malam-malam berlalu tanpa pengisian ketaatan sebagai hamba..
      masa yg TEPAT untuk segalanya..
      meluahkan rasa CINTA
      meluahkan rasa KEHAMBAAN
      meluahkan rasa PENGHARAPAN

      Delete
  4. kisah yg menarik...moga dirik tok menyelami mesej di sampaikn dgn mendlm..thanks ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kitak juak..
      Teruskan usaha untuk memperbaiki diri..

      Delete
  5. nasib baiklah turun suruh buat 5 saja. itu pun berat rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba~Nya..

      ..dan Rasulullah s.a.w. mengajar kita erti sebenarnya malu kepada Yang Maha Pencipta

      Delete
  6. Assalamualaikum ktk..:)

    Moga ktk sihat2 di sinun..:)
    Ada kamek dgr dari Al-Kuliyyah rasanya..tentang solat..
    Kiranya solat 5 waktu tukk hadiah Allah utk hambaNya..demi menjalin hubungan dgnNya agar sentiasa dekat...
    :)

    p/s: kmk baruk perasan..disebelah tukk ..ada award dari kmk..
    tq yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kitak..:)

      Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak pun demikian juga...aamiin

      Benar, sesungguhnya solat itu mendekatkan hamba kepada Maha Penciptanya. Mun sik solat manusia makin jauh dari Allah, namun Allah tetap juga dekat sentiasa menunggu hambaNya untuk bertaubat.

      P/S : Cantik award kitak..cumanya kamek sik bling2kan perkataan di atas tu..thanks..:)

      Delete
  7. salam ust. lama tak berkunjung sini.moga sihat2.

    InsyaAllah nama-Nya selalu disebut lembut fitrah di hati =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam saudara...

      Alhamdulillah sihat, moga saudara pun begitu juga sihat sejahteranya hendaknya..

      Ya saudara, hendaknya nama~Nya sentiasa di hati kita melebihi segalanya..

      Delete
  8. Salam...
    Ganjaran yang dijanjikan Allah amat besar..tapi ramai antara kita yang memilih untuk tidur...termasuklah diri saya sendiri....:(

    Terima kasih atas peringatan ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....

      Berusahalah ke arah yang dijanjikan pasti Allah akan memberi bantuan dan bimbingan...

      Terima kasih kembali..

      Delete
  9. Terima kasih sahabat atas perkongsian ini... Ramadhan semakin hampir... semoga permulaan ramadhan merupakan permulaan kepada perubahan ....semoga sahabat sentiasa dalam rahmatNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali duhai sahabat..

      Moga Allah SWT beri peluang untuk kita semua berada pada Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi..

      Teruskan usaha ya sahabat...

      Delete
  10. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dikurniakan kesejateraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

    Rugi kan jika terjaga waktu malam tetapi tidak bangun. Mengikut Ustaz Kariman jika tak hendak solatpun tak mengapa tetapi bacalah al-Quran sambil mentadabbur ataupun berzikir. Namun jika bersolat bolehlah sambung bermunajat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah yang dikasihi Allah SWT...

      Semoga kakak dikurniakan juga kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

      Ya kak, memang rugi. Zahirnya untung dan rugi memang tidak kelihatan namun ianya akan dapat dilihat di akhirat kelak. Jika dah bangun tu ada baiknya lakukan solat sunat lagi baik kan kak! Lepas tu bolehlah bermunajat dan baca Quran.

      TQ kak..:)

      Delete
  11. salam ustaz... dah lama lady x bgn tgh malam.. bgn2 pun tuk g toilet jerk.. liat sungguh.. hati mati ke ustaz? huhuhu nauzubillah...

    p/s : trm ksh atas nasihat ustaz.. hubby lady turut hadiri majlis pernikahan mrk.. jd komfirmlah mrk dah jd suami isteri yg sah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ladybird...

      Kalau lama dah tak bangun usahakanlah kembali kerana sangat rugi jika ditinggalkan. Insya Allah jika dah biasa mudah jadinya..

      p/s: ya, sama-sama, berhati-hati itu jalan terbaik..

      Delete
  12. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
    Semoga sihat hendaknya.

    Terima kasih kerana sudi mengingatkan.

    Semoga kita termasuk dalam senarai umat yang menjaga dan memelihara anugerah yang Nabi tinggalkan selain mengerjakan solat-solat lain yang difardhukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak Ani..

      Alhamdulillah sihat, moga kakak pun demikian juga...

      Terima kasih kembali kak. Moga Allah tetapkan kita di atas jalan hidayah dan kebaikan, sentiasa memelihara ibadat kita sehingga akhir hayat...aamiin

      Delete
  13. salam..

    mmg solatlah pnyelamat sekalian mnusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Jika keseluruhan cara hidup kita, kita sandarkan kepada hukum-hakam dalam solat umpamanya, maka kita akan menjadi muslim yang diredhai di dunia dan akhirat.

      Delete
  14. Assalamualaikum wbth tuan...
    maaf lama rasanya su tak singgah blog tuan...
    su kt hospital sekarang nie......mohon doa dari tuan agar sumanje cepat sembuh...
    Su pun dah berdoa buat su sendiri.......

    Sekian terima kasih.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Terima kasih atas kunjungan..
      Moga Allah kembalikan kesihatanmu, sihat sejahtera hendaknya..aamiin

      Delete
    2. Sama-sama tuan...dan su manje ucapkan terima kasih pada tuan sudi jengguk su......
      ape pun...doa dari tuan dan semua sahabat dari alam maya ini su ucapkan terima kasih yang tak terhingga....
      thanks...

      Delete
    3. Ya sama-sama, moga Allah permudahkan..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.